Got it fr the web:
Aku nak tulis tentang asal-usul solat 5 waktu yang kita kerjakan selama ini.Bersyukurlah kepada ALLAH SWT kerana telah memilih umat Nabi Muhammad SAW untuk meneruskan dan melaksanakan amanah ini dibandingkan dgn umat para Rasul yang terdahulu.
Fardu SUBUH:
Manusia yang pertama mengerjakan solat Subuh ialah Nabi Adam a.s tatkala dikeluarkan drpd syurga dan dihantar ke alam dunia.Perkara pertama dilihatnya ialah kegelapan dan baginda merasa takut yang teramat sangat.Apabila terbit fajar baginda pun solat 2 rakaat.Rakaat pertama adalah tanda syukur kerana terlepas drpd kegelapan malam dan rakaat kedua adalah tanda syukur kerana siang menjelma.
Fardu ZOHOR:
Manusia yang pertama mengerjakan solat Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s tatkala ALLAH memerintahkan baginda menyembelih puteranya Nabi Ismail a.s dan perintah ALLAH ini datangnya pada waktu tergelincir matahari.Rakaat pertama adalah tanda syukur atas perintah ALLAH.Rakaat kedua adalah bersyukur kerana hilangnya rasa dukacita baginda dan puteranya.Rakaat ketiga memohon keredhaan ALLAH.Rakaat keempat adalah tanda syukur kerana korbannya telah digantikan dengan kibas oleh ALLAH.
Fardu ASAR:
Manusia yang pertama mengerjakan solat Asar ialah Nabi Yunus a.s tatkala baginda dikeluarkan oleh ALLAH drpd perut ikan Nun.Baginda telah dimuntahkan tatkala ketika itu masuknya waktu Asar.Sebagai tanda syukur baginda telah sujud sebanyak 4 rakaat.Rakaat pertama adalah tanda syukur pada ALLAH kerana terlepas drpd rasa berdosa.Rakaat kedua adalah tanda syukur terlepas drpd kegelapan air laut.Rakaat ketiga kerana terlepas drpd kegelapan malam.Rakaat keempat kerana terlepas drpd kegelapan perut ikan Nun.
Fardu MAGHRIB:
Manusia yang pertama mengerjakan solat Maghrib ialah Nabi Isa a.s kerana ALLAH telah menyelamatkan baginda drpd kejahilan dan kerakusan kaumnya tatkala waktu itu terbenamnya matahari.Sebagai tanda syukur baginda mengerjakan solat 3 rakaat.Rakaat pertama ialah menafikan ujudnya tuhan lain selain drpd ALLAH.Rakaat kedua adalah utk menafikan tohmahan ke atas ibunya Siti Maryam ketika mengandungkan baginda.Rakaat ketiga adalah utk menyakinkan kaumnya bahawa ALLAH itu satu tiada dua atau beranak pinak.
Fardu ISYAK:
Manusia yang pertama mengerjakan solat Isyak ialah Nabi Musa a.s ketika tersesat mencari jalan keluar dari Madyan dalam keadaan berdukacita.ALLAH menghilangkan rasa dukacitanya pada waktu Isyak yang akhir.Baginda mengerjakan solat 4 rakaat sebagai tanda syukur terlepas drpd 4 rasa dukacitanya.Rakaat pertama bersyukur terlepas drpd rasa dukacita terhadap isterinya.Rakaat kedua terlepas drpd rasa dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun a.s.Rakaat ketiga terlepas drpd rasa dukacita terhadap firaun.Rakaat keeempat kerana terlepas drpd rasa dukacitanya terhadap anak firaun.
Mudah2an apa yang ditulis ini memberikan manfaat yang besar kepada kita semua.Sesungguhnya ALLAH tidak pernah membebankan hamba2Nya melainkan setiap perintahNya itu mengandungi hikmah dan kebaikan utk umat manusia itu sendiri.WALLAHU 'ALAM.
No comments:
Post a Comment