Pages

Thursday, August 15, 2013

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2013

hari ni dah raya ke berapa tah..dah tak kira dah..
posa belom sempat berganti. sejak balik kg dari sebelum raya sampai semlm dok makan je tak berenti.
ni jerawat dah naik seketoi la pulak.

tahun ini alhamdulillah meriah raya. sebab both family beraya sekali (lebih kurang la hehe) penuh rumah dari buka posa sampai pagi raya.. my mom berapa kali dok sebut seronoknya ramai2 gini.

dan mcm biasa takde nk bergambar keluarga di pagi raya. abg ajies tunggu kitorg ready panggil dia, while akak sebok dok ajak jom la..jom la.. sambil dok kayuh kuah laksa. takdenye dia nk layan. dan macam biasa takdenya nak sedondon pakai baju raya kain sekayu. Anak2 dara berjubah hitam masing2, Umar je pakai baju melayu purple/pink sebab itu mmg kaler rancangan awal. aku pakai baju kurung bunga pinky pinky 3 thn lepas gak. baju raya reserve utk gi jalan2 je, dok rumah tayah nak beradun sgt karang nk basuh pinggan la buat air la kacau kuah laksa la buat naya ja pakai cantik2. abg ajies pakai baju melayu kaler kelabu 3 tahun lepas (eksyen kau baju muat lagi!) harap butang je lah pinky pinky. tu pun sebab tersalah beli dlm gelap nmpk mcm putih. oh Si Adira berbaju kurung pink berkain batik bersaiz 9mth-12yr. nasib ada saiz.



ini gambaq ptg raya. baju first beli utk raya sebelom posa lg. masa tuh rega RM30. raya ke 2 pegi MyDin the same baju pesen peplum budak2 tu same material katanya potongan rega dari RM59.90 jadi 49.90 saje. cehh..the girls suka sgt baju tu asyik dok ulang pakai sampai tak dan nk kering kat ampaian.

Dalam kemeriahan beraya tahun ni, jauh di sudut hari ada kesayuan. mengenang org yg tiada, orang baru yg tak dpt balik beraya.. terkenang esok lusa tahun  depan belum tahu entah dapat berjumpa Ramadhan dan Syawal lagi..belum tentu akan cukup korum begini.. dan selepas cuti panjang raya ni byk perancangan perlu disusun kembali. Insyaallah.
Ya Rabb.. tabahkan hati. Jika ini jalanku, bimbinglah aku menuju sebaik-baik tempat kembali.