Pages

Sunday, December 22, 2013

Adyra 101


Ini budak tecik sudah mcm budak betarr.. sudah pandai pilih baju sendiri.org pilih talak mau ooo..dia sendili punya pilihan juga mau..
Baju mummy pun dia mau pilih juga
Mummy MUSTIII pakai baju yg dia juga pilih..ayyooiii. .byk munyikk la ini budakk

Sent from Samsung Mobile

Sunday, November 24, 2013

Umar 30sen





Disuatu hari

Umar. .sayang mummy tak?

Sayang! 

Sayang mummy berapa?

Tiga!!

Tiga je?? Tiga apa?

Tiga posenn...

Alahai..jadilah kan
Honestly, I was expecting tiga ratus juta2

Sent from Samsung Mobile

Thursday, November 21, 2013

Kembali ke sekolahhh

Assalamualaikumm
Dah ujung2 tahun ni sesuai la sgt nak start shopping utk anak masuk sekolah tahun dpn.
Time2 mcm ni Pasaraya2 mula buat promosi brg sekolah. .masih ada masa utk round2 dulu compare harga dan brg.
Maklumla belanja nk masuk sekolah bukan sikit. .nasibbaik yuran dah takde. Kalau yg masuk tadika tu siap ler koman2 pun lima lapan ratus. Itu cara2 tadika biasa2.  Kalau yg up sikit ada jenama siap ler 2500..mcm nk masuk unibersiti gayanya.
Ok baru tgk pamplet Tesco. Baju kurung murah eh..selai 9hinggit jek. Shirt only 7.90. Kasut sekolah as cheap as 8.90! Boleh sgt la tu. Kualiti kain tak sure la sbb xtgk lg tp rasanya ok. 
Baju canggih masih canggih reganya. Selai dlm 22+ tp ada diskon rm2.

Berapa pasang baju nk kena bel ni??
Bagi ibu yg bekerja, saya cadangkan kalau mampu beli 4psg terus..senang atur siap2 sehari sepasang. Lg satu hari diorg akan pakai baju sukan.
Bukan apa..budak2 ni konpem sememeh punya blk sekolah baju dah serupa belacan. Kalau basuh hari2 pun kena spare buatnya tak kering ke apa..
Sbb tu aku beli baju murahan je hahaha karang nk boh klorok bagai so tak la ralat sgt.
Kalau anak sekolah agama..tgk la agak2 kot boleh pakai baju yg sama tukar kain je jimat sikit. Tp kalau tak de harapan elokla beli juga brg 4 psg..
Kalau bajet tak berapa menyebelahi poket..boleh beli sikit2 dulu..tp at least 3 psg utk sek kbgsaan..2psg utk sek agama. Sekolah agama 3jam je selalunya tak kotor sgt baju ( kalau sesi pagi la)
Kasut pulak..kurang2 2 pasang. Bukan sekadar backup utk basuh tp percayalah- 90% budak tahun 1 akan tertukar kasut pada minggu2 pertama sekolah. So awal2 tu tayah bg anak pakai kasut mahal. Buat sakit hati je kalau hilang. Bila dah ok nanti baru beli kasut yg elok sikit. 
Tp boleh juga nk standby..sbb ramai parents komplen baru bulan 5 kasut sekolah dah rabak!! Bukan sikit2 koyak tp mmg misteri sbb dah rupa roti kirai. Kalau kasut murah borong je siap2. .tiap2 bulan boleh tukar.
Tu baru baju.. beg, pensel buku tulis blom lagi no..
Hat tu tak boleh nk habaq lebih2. .kena rasa sendiri esok2 baru tauu...hehe
Ok..selamat bersoping. Kalau ada masa pi tgk2 la kat byk tempat.
Antara kedai yg jual murah2
1. Hypermarket -tesco, aeonBig, giant, econsave etc
2. Pasaraya sakan
3. Pasaraya karnival

Sent from Samsung Mobile

Friday, November 15, 2013

Rezeki dan garisan merah yg tipis

Assalamualaikum

Jumaat dah hari ni.. Alhamdulillah panjang lgi umur.

seronok aku tgk kawan2 sekarang dah pakat2 berjaya.. paling penting depa tu tau macamana nk berjaya
dan paling paling penting lagi.. semua tak lokek nk share ilmu..pakat habaq kat kawan2 mcmana nk buat duit.
Alhamdulillah..bes kan?
sebagai kawan, aku tumpang happy.
dan sebagai kawan juga aku rasa terpanggil untuk saling mengingatkan sesama kita

1. duit byk itu bagus.. sebab duit lebih boleh buat investment dgn wakaf dan sedekah. kalau tak de duit lebih mcmana nk sedekah? Islam tak halang kita jadi kaya raya.
tapi kena ingat, Islam larang kita berlebih2an. Islam juga suruh kita bayar zakat.

2. duit bukan segalanya. ada duit bukan bererti kita confirm akan bahagia. ok cliche. tp ada kebenarannya. esok2 bila kita dah ada duit baru kita akan nmpk semua tu. la ni tgh sibuk kumpul duit kita akan kata 'ishh takkanlah..esok2 aku dah byk duit takkan la aku buat gitu.." ok, tell you, you'l be tested. so prepare your self.

3. selidik dulu 'punca' pendapatan kita.
sekali pandang mungkin nmpk halal... tapi.. tgk baik2. kot2 ada unsur syubhah. esp kalau melibatkan 'perkongsian maklumat' . cthnya ramai yg buat side income melalui twitter dan facebook, and also blog. we can get more income when we tweet or people retweet..or when more people click and share. i dun have to get into details on this, cukup lah sekadar mengingatkan - jauhi unsur fitnah, jgn sebarkan perkara yg kita tak pasti, atau cerita2 panas atau menggalakkan maksiat semata2 untuk tambahkan ratings/income kita. pikir balik..--> halalkah income kita kalau sumbernya tak halal atau meragukan? mungkin di dunia kita dpt wang besar tp sanggupkah kita jika wang besar itu akan menarik kita ke neraka kelak?

bila sentuh bab halal haram, ramai yg keliru atau kabur..
haram adalah bila kita mengambil sesuatu yg bukan hak.
haram bila kita mengajak org membuat maksiat.

mungkin kita rasa 'tak apa' sebab hukum dunia tak boleh bawa masuk penjara pun..so ok lah kan?
fikir2 lagi..
tepuk poket tanya lah iman..
di mana kita?

wassalam

Monday, November 11, 2013

Aliya is 5

besday si Aliya ni antara yg last..sebab bulan 10..
tiap kali besday org dia sebok tanya bila nak besday Liya ni...
masuk bulan 10 je kawan dah excited.. hari2 tanya Mummy..hari ni hari berapa? lambatnyaa laha kan nk hari 30 tu eh..

finally the day is here..its Wednesday, mummy ko keje so kita sambut kecik2lan kita kita je lah eh dulu
mak bapak dia biasalah dah masuk anak ramai ni tak amik pot dah nk selebret2 ni..yg penting, make them happy and loved..
ingat nk cari kek kecit2 tp dah lambat pulak kedai kek mana la bukak..dah la musim ujan mummy sampai rumah je dah nk magrib. kat area ofis ni byk je kek kecik comey dan sedap2, tapi nk beli kek siap2 karang meleleh dlm beg.
sudahnya ke Secret Recipe je la..pakat amik sorg sepotong, yg penting semua org dpt makan kek ikut citarasa memasing. Besday girl makan apa pun dah tak nak,, nak makan kek je katanya.
dan dia kalut tanya bila nk pegi makan kek kat rumah tokmama.hehe
sebab besday semua org mesti sambut ramai2 kat sana kan..so must her birthday!
present? haha ni yg kesian..si along yg sentopp sebab dia tak dapat present.. mummy amik 2 nk suruh Aliya pilih..along ingat mummy nk beli satu utk dia.. aloo..setahun berapa kali mau hadiah deyyy..

Hari Sabtu baru pegi rumah tokmama..pagi2 lagi tokmama dah pesan soh dtg hihi.. tp biasala mummy hang kalut mendobi melipat baju semua dulu kasi setel baru boleh pegi sana huhu


muka happy dpt present dari maklong..and kek princess.
gambar pun mummy cilok dari blog maklong je muahahha.. nowadays tak dan de nk snap2 gambar dah

Alhamdulillah..Ya Allah, berkati anakku ini dgn sebaik2 redha, rahmat dan rahimMu.. jadikan anak2 dan keturunanku dari golongan yg tetap mengerjakan solat
Amiinnn..

Monday, November 04, 2013

owh so trendy

aku mmg bajet nk update 2 bulan sekali.. tu pun 2 3 baris je
sbb sekrg mmg trend blogger kelas atasan mcm tu lah gayenye


dah pi buat keje..

Friday, October 11, 2013

AUdi A6


Ya Rabbul Jalil..
jika dia bukan milikku
damaikanlah hatiku dengan ketentuanMu..





Tuesday, October 01, 2013

sekarang ni trip santai ke kedai kopi sudah hampir tiada dlm kamus hidup saya
bila ber enam dgn askar2 itu mmg tak senang duduk jadinya.
dan yg sgt pasti kami sekeluarga akan menjadi objek of public interest. ada yg tersengeh tgk gelagat kami..mungkin terkenang pengalaman mereka sendiri..ada yg pandang dgn muka tak faham..agaknya dlm hati theymust be thinking what a crazy family we must be kan..dgn anak berlari satu kedai terbalik kerusi meja, mak bapak menjerit menjerkah je selang 2 minit..who wouldnt think so??

but what they do not see is..

when we came home, the kids will kiss me goodnite
and this macho boy came to me when im busy iroing the school uniforms for tomorrow
'mummy...
yes?
Umar rase kan..
and i was waiting attentively..curious what he is going to say next

senyum2 simpul

'Umar nak minta maaf...'

alalala....schweet kan?????
so i asked..why is that so?
'Sebab mummy marah Umar tadi kat kedai..
ok..why mummy marah Umar?
"tah..Umar dok diam diam je..."
ewah2..ye la sgt kan..hahhaha
'Ye ke..bukan Umar lari2 lompat2 ke tadi....."
hihihihi sengeh2 dia


i kissed him and hold him tight
its so good to be a mummy!!
expect the unexpected! its never boring

Saturday, August 31, 2013

Rabun

Aku rabun.
Memang takberapa bes dan rasa dunia ini agak limited bila berkaca mata. Dan stress bila anak2 dok tarik spek mata. Habih senget benget spek aku depa tarik. Kdg2 bgn tido melilau cari spek takjumpa..dah la mata tak berapa nampak..lupa pulak mlm tadi letak kat mana.
Tapi ada masa2 aku bersyukur dan berterima kasih kepada rabun ini..terutama bila belek2 muka kat cermin..tak berapa nmpk garis2 dgn kerutu..semua nmpk smooth dan gebu je.mcm efek cymera.
Lg satu rasa tenang bila tgk lantai tak nmpk sangat habuk2 semua.. takde la aku stress sgt hehe 


Sent from Samsung Mobile

Friday, August 23, 2013

Maaa..Robbuka?!!


Salam Jumaat semua,

Terjemahan talkin dalam Bahasa Malaysia.

Maksud (dalam RUMI) talkin yang selalu dibaca utk orang yg meninggal dunia. Masa baca tu, sebut2lah nama sendiri yer...., kalau tak terasa meremang, sama2lah kita beramal ibadat.
Bukanlah perkara yang mudah setelah mambaca atau menghafalnya begitu sahaja sesungguhnya hanya amalan baik yg kita lakukan selama hidup di dunia yg akan menjadi penyelamat,
InsyaAllah..

WALLAHU A'LAAMM.


Bismillah Hir Rah Man Nir Rahim.

Mahasuci Tuhan yang Engkau bersifat dengan Baqa' dan Qidam, Tuhan yang

berkuasa mematikan sekalian yang bernyawa,

Mahasuci Tuhan yang menjadikan mati dan hidup untuk menguji siapa yang baik

dan siapa yang kecewa.

Mahasuci Tuhan yang menjadikan lubang kubur sebesar-besar pengajaran untuk

menjadi iktibar kepada orang yang lalai, dan sebesar-besar amaran kepada

orang yang masih hidup.

Ingatlah! Bahawa sekalian mahluk Allah akan jahanam dan binasa,melainkan

zat Allah Taala. Ialah Tuhan yang Mahabesar kuasa

menghukum, manakala kita sekalian akan kembali menghadap hadirat Allah

Taala.

Wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA,

hendaklah kamu ingat akan janji-janji Allah yang mana kamu ada bawa

bersama-sama dari dunia ini.

Sekarang kamu telah menuju masuk ke negeri Akhirat.

Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya

melainkan Allah, dan bahawa senya Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah.

Ingatlah wahai SAYA Bin IBU SAYA, apabila datang kepada kamu 2 orang

malaikat yang serupa dengan kamu iaitu Mungkar dan Nakir, maka janganlah

berasa gentar dan takut, janganlah kamu berdukacita dan risau serta

janganlah kamu susah-hati dan terkejut.

Ketahuilah wahai SAYA Bin IBU SAYA, bahawasanya Mungkar dan Nakir itu hamba

Allah Taala, sebagaimana kamu juga hamba Allah Taala.

Apabila mereka menyuruh kamu duduk, mereka juga akan menyoal kamu.

Mereka berkata:


Siapakah Tuhan kamu?

Siapakah Nabi kamu?

Apakah agama kamu?

Apakah kiblat kamu?

Siapakah saudara kamu?

Apakah pegangan iktikad kamu?

Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?

Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka dengan cermat dan

sehabis-habis terang, tepat dan betul.

Janganlah berasa gementar, janganlah cuak dan janganlah bergopoh-gapah,

biarlah tenang dan berhati-hati.

Hendaklah kamu jawab begini:

Allah Taala Tuhanku,

Muhammad nabiku,

Islam agamaku,

kitab suci Al-Quran ikutanku,

Baitullah itu qiblatku, malahan solah lima waktu, puasa di bulan

Ramadhan,mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji diwajibkan ke atas

aku.Semua orang Islam dan orang yang beriman adalah saudara aku, bahkan

dari masa hidup hingga aku mati aku mengucap: "La ila ha illallah

Muhammaddur rasulullah".


Wahai SAYA Bin IBU SAYA tetapkanlah hatimu, inilah dia suatu dugaan yang

paling besar. Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang tinggal didalam alam

Barzakh, sehingga sampai satu masa kelak, kamu akan dibangunkan semula

untuk berkumpul di Padang Mahsyar.

Insaflah wahai SAYA Bin IBU SAYA, bahawa senya mati ini adalah benar,

soalan malaikat Mungkar dan Nakir di dalam kubur ini adalah benar,bangun

dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benar,berkumpul dan

berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar, dihisab dan dikira segala amalan

kamu adalah benar, minum di kolam air nabi adalah benar, ada syurga dan

neraka adalah benar.

Bahawa senya hari Kiamat tetap akan adanya, begitu juga Tuhan yang maha

berkuasa akan membangkitkan semula orang-orang yang di dalam kubur.

Di akhirnya kami ucapkan selamat berpisah dan selamat tinggal kamu disisi

Allah Taala.

Semoga Tuhan akan memberi sejahtera kepada kamu. Tuhan jua yang menetapkan

hati kamu. Kami sekalian berdoa mudah mudahan Allah Taala menjinakkan hati

kamu yang liar, dan Allah menaruh belas kasihan kepada kamu yang berdagang

seorang diri di dalam kubur ini.Mudah-mudahan Tuhan akan memberi keampunan

dan memaafkan kesalahan kamu serta menerima segala amal kebajikan kamu.

Ya Allah Ya Tuhan, kami merayu dan bermohon kepada Mu supaya tidak disiksa

mayat ini dengan kemegahan penghulu kami Muhammad SAW.

Subhana rabbika rabbil izati amma ya sifun wassallamu alalmursalinwalham

dulillahi rabbil alamin.



Setiap yang bernafas, Pasti akan Mati - "Kullu nafsin za iqatul maut"

Firman Allah swt, "Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar berada

di dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, yang

ingat-mengingati supaya mentaati kebenaran, dan yang ingat-mengingati

dengan kesabaran." Surah Al-A'sr .


Dari Abdullah bin 'Amr R.A, Rasulullah S.A.W bersabda: "Sampaikanlah

pesanku walaupun satu ayat..."


Disebutkan didalam satu riwayat, bahawasanya apabila para makhluk

dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya berdiri tegak di kubur

"masing-masing selama 44 tahun UMUR AKHIRAT dalam keadaan TIDAK MAKAN" dan

TIDAK MINUM, TIDAK DUDUK dan TIDAK BERCAKAP.


Bertanya orang kepada Rasulullah saw : "Bagaimana kita dapat mengenali

ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari qiamat?"

Maka jawabnya Rasulullah saw "Umat dikenal kerana WAJAH mereka putih

disebabkan oleh WUDHU'."

Bila qiamat datang maka malaikat datang ke kubur orang mukmin sambil

membersihkan debu di badan mereka KECUALI pada tempat sujud. Bekas SUJUD

tidak dihilangkan. Maka memanggillah dari zat yang memanggil. Bukanlah debu

"itu dari debu kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah debu KEIMANAN"

mereka. Oleh itu tinggallah debu itu sehingga mereka melalui titian"

Siratul Mustaqim dan memasuki alam syurga, sehingga setiap orang melihat

para mukmin itu mengetahui bahawa mereka adalah pelayan Ku dan hamba-hamba

Ku.Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahawa sepuluh orang yang mayatnya


TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuh asal diwaktu mati

1. Para Nabi

2 Para Ahli Jihad

3. Para Alim Ulama

4. Para Syuhada

5. Para Penghafal Al Quran

6. Imam atau Pemimpin yang Adil

7. Tukang Azan

8 . Wanita yang mati kelahiran/beranak

9. Orang mati dibunuh atau dianiaya

10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu dari
kalangan orang yang beriman.


Didalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah ra sabda Rasulullah saw:

Apabila datang hari qiamat dan orang orang yang berada di dalam kubur

dibangkitkan maka Allah swt memberi wahyu kepada Malaikat Ridhwan:

" Wahai Ridhwan , sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hamba-hamba Ku

berpuasa ( ahli puasa ) dari kubur mereka di dalam keadaan letih dan

dahaga.

Maka ambillah dan berikan mereka segala makanan yang digoreng dan buah

buahan syurga.

"Maka Malaikat Ridhwan menyeru, wahai sekelian kawan-kawan dan semua

anak-anak yang belum baligh, lalu mereka semua datang dengan membawa dulang
dari nur dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang yang penuh

dengan buahan dan minuman yang lazat dari syurga dengan sangat banyak

melebihi daun-daun kayu di bumi.

Jika Malaikat Ridhwan berjumpa mukmin maka dia memberi makanan itu kepada

mereka sambil mengucap sebagaiman yang difirman oleh Allah swt di dalam

Surah Al-Haqqah bermaksud

"Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan AMAL yang telah kamu kerjakan

pada HARI yang telah LALU itu."

* Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Islam yang lain. Ilmu yang

bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang

mengajarnya meskipun dia sudah mati. " Dan ( ingatlah ) Allah sentiasa

mengetahui dengan mendalam akan apa jua yang kamu lakukan." Surah

Al-Baqarah : 237


Untuk renungan dan amalan bersama .

"LAA ILAHA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINALZHAALIMIIN"




Thursday, August 22, 2013

Domestic arrangements

Dalam dok basuh baju hari2 penuh bakul..still dok ada je lg menanti in another basket hohoho
Dan hari ni mana dgn nk basuh comforter lg..so abg ajies sajes utk sub aje kat Adan laundry.
Sebab kedai dia ada playground. 



Sent from Samsung Mobile

Wednesday, August 21, 2013

Umar is 3


Umar is 3 today.

I asked him how many is three? 
And he struggled to show me his 3 fingers..last 2 penat he said frustratedly
' jari umar pendek!!'

I asked him again
Now that u are 3, kena buat apa?

Confidently answer me
"Makan!!
Hahaha yeah that's my boy.

Lagi?
Ermm... main belon kat dapor?!!!



Sent from Samsung Mobile



Tuesday, August 20, 2013

Deserted

Kitorg sekarang shopping kat Aeon Big mostly.  Sebab org tak ramai jadi senang sikit nk monitor anak2.
Kalau diorang nak melalak menjerit bergaduh ke apa pun tak malu sgt org tgk. Parking pun senang.
Aman..


Sent from Samsung Mobile

Friday, August 16, 2013

Raya tak lengkap tanpa nasi royale

tahun ni alhamdulillah since raya was on khamis and jumaat plus cuti sekolah 2 minggu, kami dpt berlama-lama sikit di kg.
wahh..sgt bes perasaan duduk di kg ni.
dari menjejak pasar ramadan mencari kuih spesel dan air jagung, hingga makan nasi kandaq versi kedah aka nasi lemak mamak.

nasi lemak royale hijau kuning adalah kemestian. walaupun terpaksa tunggu sampai saat2 akhir nk bertolak balik ke pangkal jalan mlm tu baru dpt. sejak awal mmg penuh dan sgt panjang barisan. jadi terpaksa beralih arah mencari nasi madinah simpang kuala dan nasi lemak pak ali sri tanjung dan restoran amin.


bungkas saja sebab takde tempat nk duduk.


bila lebih 3 hari akibatnya mcm2 projek akan berjalan. memula pakai lipstik dan touch up setiap 3 minit.. lama2 kena test apa perasaan kalau boleh lipstik boleh jadi crayon utk bermain tic tac to dan meninggalkan kenangan manis utk tatapan maktok di kala kami tiada nanti.. ya we love you maktok!


Thursday, August 15, 2013

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2013

hari ni dah raya ke berapa tah..dah tak kira dah..
posa belom sempat berganti. sejak balik kg dari sebelum raya sampai semlm dok makan je tak berenti.
ni jerawat dah naik seketoi la pulak.

tahun ini alhamdulillah meriah raya. sebab both family beraya sekali (lebih kurang la hehe) penuh rumah dari buka posa sampai pagi raya.. my mom berapa kali dok sebut seronoknya ramai2 gini.

dan mcm biasa takde nk bergambar keluarga di pagi raya. abg ajies tunggu kitorg ready panggil dia, while akak sebok dok ajak jom la..jom la.. sambil dok kayuh kuah laksa. takdenye dia nk layan. dan macam biasa takdenya nak sedondon pakai baju raya kain sekayu. Anak2 dara berjubah hitam masing2, Umar je pakai baju melayu purple/pink sebab itu mmg kaler rancangan awal. aku pakai baju kurung bunga pinky pinky 3 thn lepas gak. baju raya reserve utk gi jalan2 je, dok rumah tayah nak beradun sgt karang nk basuh pinggan la buat air la kacau kuah laksa la buat naya ja pakai cantik2. abg ajies pakai baju melayu kaler kelabu 3 tahun lepas (eksyen kau baju muat lagi!) harap butang je lah pinky pinky. tu pun sebab tersalah beli dlm gelap nmpk mcm putih. oh Si Adira berbaju kurung pink berkain batik bersaiz 9mth-12yr. nasib ada saiz.



ini gambaq ptg raya. baju first beli utk raya sebelom posa lg. masa tuh rega RM30. raya ke 2 pegi MyDin the same baju pesen peplum budak2 tu same material katanya potongan rega dari RM59.90 jadi 49.90 saje. cehh..the girls suka sgt baju tu asyik dok ulang pakai sampai tak dan nk kering kat ampaian.

Dalam kemeriahan beraya tahun ni, jauh di sudut hari ada kesayuan. mengenang org yg tiada, orang baru yg tak dpt balik beraya.. terkenang esok lusa tahun  depan belum tahu entah dapat berjumpa Ramadhan dan Syawal lagi..belum tentu akan cukup korum begini.. dan selepas cuti panjang raya ni byk perancangan perlu disusun kembali. Insyaallah.
Ya Rabb.. tabahkan hati. Jika ini jalanku, bimbinglah aku menuju sebaik-baik tempat kembali.

Monday, August 05, 2013

Live your life like its your last day..

ajal itu pasti,
cuma kita tak pasti bila
beruntung org yg dpt agak bila..kurang2 dpt buat persediaan
drpd kita dok la lagha tak sudah..asyik bertunda je semua projek

what if you only have 100 days to live.. what will you do?

live life to the fullest
love more and more
tell people you love them
of course.. repent - solat taubat, and more ibadah..

Thursday, August 01, 2013

Anak hebat

"Teamwork - Embrace diversity and promote an environment that enables us to reach our full potential"



Aisyah baru 7thn. Mmg dah darjah satu tp naluri budak dia masih tebal..masih tinggi semangat nk bermain esp dgn adik adik yg lain. Ada masa dia mcm teringin nk jadi budak kecik balik mcm diorg kot.
Kdg2 bila geram sgt tgk dia main dan buat perangai mcm budak kecik, aku akan ckp kat dia
'Aisyah berapa tahun dah ni? Blom sekolah ke yg buat perangai mcm budak tak sekolah ni? Kalau mcm ni tak payah pi sekolah lah esok...!"

Dan jawapan yg aku dapat
'YEAYYYYY ESOK TAKYAH PEGI SEKOLAH!!! '

hmmm anak yg sgt bertuah.



Thursday, July 25, 2013

Jaya Grocer

sejak ada econsave kat area rumah aku ni mmg situ je lah kitorang menempek beli brg dapor.
so far ok la di kala kecemasan. cumanya ikan ayam dia tak berapa nk fresh. aku mmg beli sayor dgn bawang je la.
baru tak baru jugak la Jaya dah buka pulak kat seberang jln nun..
dan semlm..feeling2 nk makan western..aku pun ajak la abg ajies merendek ke situ pulak.
kitorang mmg suka kalau pegi jaya ni.. ralit tgk brg2 dia

taktau la.. aku rasa sebab cara dia pack brg2 tu nmpk mcm suci dan segar je.. sayor2 omputeh mmg byk, kot nk buat salad mmg bes ah. segala mak nenek marjoram fresh pun ada..buah2 pun nmpk fresh sgt. sambil2 tu feeling2 org kaya hehe..
lg satu yg wat kitorang teruja adalah menda alah ni... hehe

semlm aku beli potato sebab nk buat sherperd pie..
lima kali abg ajies tanya aku, awak nk buat apa tu??
bila aku jawap, dia pandang muka aku tak percaya.. cehh.. aku reti laa!
dia pulak borong stok macaroni and cheese..
maka berbuka lah kitorang dgn mac&cheese, sherperd pie dan sosej bun..


ni bukan gambaq pie aku.. tp lebih kurang la hihi.. kira jadi lah kan..? tp aku lupa bubuh tepung sket so daging tu mcm kering sikit. nasib kuah cheese abg ajies byk so kita mix and match lah ye..

sebenarnya aku gigih buat sebab nk return pinggan org sebelah.. takkan nk bagi balik pinggan kosong ye dak.. dah la pinggan mangkuk makcik depan tu nk nk dekat setahun aku tak pulang2 balik hahha.. mau taknye dari 3 mangkuk tinggai 1 je..lg 2 dah pecah! huhu.. nk ganti sebijik camtu mmg takde aaa..mana nk cari pinggan antik tu.. aku rasa cam nk beli satu set baru ganti balik je..ok tak?

Tuesday, July 23, 2013

kuah kacang

oooh.. saya baru tahu rahsia buat kuah kacang yg sedap adalah apabila semua bahan cili bawang serai yg nk kisar tu digoreng (sangai? sangrai?) dulu sebelum blend.
patutla kdg2 bila kita mkn rasa macam... tak sampai.
dan akan tahan lebih lama rasanya sebab pelakon2 utama tu dah masak dah dulu.

ok sekian.

impian ramadhan

ramadhan tahun ni mmg berbeza sebab sgt lah 'meriah'nya rumah aku time buka dan sahur.
bukan meriah je..dah jadi riuh rendah dah!
time buka std la kan rakyat ramai  mmg kecoh kat meja
si adira nk tunjuk eksyen nk suap sendiri semua nk buat sendiri
sudahnya pinggan cawan semua kelentung kelentang ke lantai juga akhirnya
umar kejap2 nk panjat duduk atas meja, bising nak itu nak ini
amin kuih satu, gigit pastu letak balik dlm pinggan..mau tak kena jerit dgn cikgu disiplin.
aisyah biasa balik sekolah mmg melepet tido sampai azan jenuh  nk kejut dia..payah2 sgt, abak simbah air ke muka haa..amikkauu...
dan bermulalah episod tragis drama anak tiri berbuka puasa tanpa kasih sayang..
abg ajies ni bukan jenis makan beria sgt.. time buka dia nk ringan2..kuih2 je. nasi nunn sahur satgi baru nk jamah.. tu pun tgk angin dia. kalau menang main bingo mlm tadi boleh la separuh pinggan dia habiskan.
kalau tak..mau 2 3 suap je..
time sahur memula dulu riuh gak sebab SEMUA org bangun okehhhh..
pergh rasa mcm keluarga bahagia sangat! hahaha
tp dah masuk minggu ke2 ni mmg makin suam le sambutan pelanggan
aku pun dah tatau  nk masak apa dah nk bagi diorang ni makan byk..
anak2 mmg kalau dpt sup hatta di pagi hening tu pun mmg bertambah esp aliya.
hari tu rekues nk lauk telur goreng je pastu buat kuah kicap. apaknye nk bilis goreng.
senanggg idup kitchen boss...

tp kan.. aku ni pun manusia biasa juga..
aku pon teringin nk haplod gambaq lauk aku masak kat fb nun..takkan tgk lauk org jek..apa ingat aku tatau masak??? hahahhahaha

ish mlm ni mcm nk masak sardin la pulak..dah lama tak pekena.lauk ni konpem mendapat sambutan hangat di pasaran
sapa tah tu dok layoq sardin kentang dia tu... ngehehehe

perkara wajib

setiap tahun bulan puasa mesti kita akan ada satu hari (atau lebih) terlajak tak bangun sahur
Kan?
hari kitorang semlm..
dan pg tadi terjaga tgk dan dekat 5.30
nasi dah masak, lauk pun dah ada cuma nk panaskan je
tp nk makan dlm kocoh2 kelamkabut tu hilang selera
karang tercekik satu hal kena naik ambulan subuh2 sepiee..
so sahurlah abg ajies dgn nestum segera shaja.
aisyah dah stat suara parau aku rasa tak payah la nk puasa penuh satu hari kot.
dan aku pulak sahur jus kurma segelas pukul 7 tadi ngehehe..

Tuesday, July 16, 2013

SSawang!!!

amboiii lama no chek rak apdet blog noo...
rindu kaa? ehehehe

bukan apaa.. la ni sebok sungguh la habaq hang..
tak dan nk tulih
ok la ni pun abis masa dah..
sambung esok lah noo

Wednesday, May 15, 2013

Selamat hari guru

Dan selamatlah juga poket mummy korang eh
Dan selamatlah jua abak kau membalut dgn tahap kegigihan yg sgt tinggi..
Masa dok bahagi2 hadiah utk cikgu memasing, aisyah siap pesan kat aliya..
"Esok masa bg kat cikgu Liya ckp Selamat hari guru tau!
Ermmm..ckp selamat hari ustazah pun boleh gak"
(Sebab cikgu aliya semua ustazah je)


Sent from Samsung Mobile

Monday, April 29, 2013

Ibramsha punya ayam, tgn yg bau kari

Kdg2..kalau ada geng ofer nk pegi pak ibram atau yaasin..aku pun tumpang join meramaikan korum nasi kandaq di tghari.  
Tp lepas tu mmg sampai ke petg la tgn bau kari. Ye, kari aku suka tp bau yg lekay kat jari tu tak berapa suka.sama la bau sambal belacan pun. 
Walaupun mulanya tak selesa..tp jari2 dan bau kari itulah yg ternyata menjadi penyelamat nyawa dlm monorel bila aku tersepit antara manusia2 yg dikurniakan Allah beberapa kelebihan kpd mereka, termasuklah bau bdn.

Benarlah..perkara yg kita tak suka itu mungkin ada kebaikan utk kita..kalau kita betul berfikir. 


Sent from Samsung Mobile

Tuesday, April 16, 2013

Lupa lagik

antara benda yg paling tak suka
ialah bila online tapi lupa apa benda aku nk google tadi eh??


Thursday, April 11, 2013

Projek IF

ok aku tgh ada idea ni
(haa atas sebab2 mcm ni la aku amat perlukan samsung note 2 ;-p)

kalau korang tau blogger best yg pandai masak atau ada resepi yg best,
minta tolong bagi link boleh?

so far aku tau mat gebu dan hanieliza jek..

nk bg link blog sendiri pun boleh jugak.. aku tau org besout tu mesti nk promote diri sendiri hahhaha

terima kasih.

Wednesday, April 10, 2013

Saka

aku tau kerajaan dan SPAD dan PEMANDU tgh pening kepala nk fikir mcmana nk improve kan public transport kat kl ni..
aku sendiri pun tatau nk cadang apa.. sebabnya tgk dah mcm2 cara cuba..dokkkk lagu tu juga
org ramai sgt kot kat kl ni?
buat train 3 min sekali pun sesak jugak


http://www.backpackingmalaysia.com

ini bukan pemandangan biasa.. aku rasa kalau sesak sampai mcm ni waktu ada bola kat stadium bukit jalil atau malam tahun baru je lah kot.. takpun time ketapi mogok/rosak.
kalau waktu puncak biasa, takde la seramai begini, kurang sikit dlm 20%..korang agak2 lah sendiri sebab aku tak kosser nk amik gambar penumpang train. tapi sesak la jugak.. dah la dlm tren pun dah sesak, sampai kat stesen aku tunggu tu ada la kot 4 5 org je boleh masuk.
sebenarnya 8 org boleh la gagah nk masuk, kalau mamat2 yg berdiri depan pintu tu bergerak sedikit ke dalam,, ni tak.. dok la situ tanak gerak2 kan..padahal kau nk turun kat stesen last kot!
tak paham aku.


http://cdn3.vtourist.com

kalau mcm ni tak de la sesak sgt kan..tayah tgk jam, maknanya tu blom pukul 5.30pm.
itu pun nasib la kalau tren tak penuh boleh la naik. kemungkinan nk dpt selit dlm tu adalah 50-50.
ada hari2 semua org boleh naik, ada masa 2 org je selamattt..
kadang2 aku rasa kalau aku ada niat nk buat baik kat suami mlm ni mmg senang dpt tren hahaha

bila di stesen mcm2 org kau boleh tgk
tp awas jgn tertipu dgn pandangan luaran
ada yg nmpk kecik comel jambu je..
tp... sekali tren buka pintu..terusssss...

dan proses penukaran identiti tu pun bermcm2
ada yg stail meluru tak hengat mcm org menurun
ada yg posing rilek je tepi rail tu.. elok pintu tu bunyi tuttt tutttt je dia pun dan dan lompat masuk. aku rasa yg ni keturunan ultraman
ada yg pakai kuasa suara - heyyy!!! dont pushh!! oii!!!

dan ada minah sorg tu... salah guna helmet utk kepentingan diri sendiri

ingat tak teori org melayu ni byk saka la, ..amuk la apa semua tu kan

aku rasa betul la
sebab bila time tertekan mcm ni ataupun time kat jalanraya
akan membangkitkan dna memori siapa mereka yg sebenar

baru aku tau rupanya sardin2 dlm monorel tu sebenarnya adalah saka piranha belaka...

pilihan dlm hidup

how a simple turn in your life can make a difference..

mcm pagi tadi
biasanya saya akan pilih stall belah kanan, tp pg tadi terasa nk pi belah kiri
dan di situ rupanya rezeki saya termakan nasi lemak sambal sotong yg sedap
gout or no gout.. we'l deal with it later

penah tak kdg2 kita rasa mcm eh nk ikut jln ni lah hari ni
atau tetiba kita terlambat dan miss train yg kita selalu naik

walaupun nmpak mcm 'kita' sendiri yg pilih jalan tu
tapi sebenarnya Allah lah yg gerakkan hati kita
ada sebab Dia atur kita mcm tu
mungkin Dia nk kita jumpa sesuatu yg baru
atau mungkin juga selamatkan kita dari bahaya ..
kita je yg tak sedar...

apa2 pun.. jalan mana pun yg kita pilih
paling penting.. berserah diri padaNya
percaya dgn yakin.. Allah yg tentukan 'jalan' ini

Friday, April 05, 2013

Boikot McDonald!

i realised that i hardly write about Adyra..
mmg lately jarang nk criter pasai family..byk blog pasai masalah dunia je

Cek mek ni dah setahun sebulan dah pon..


ni hobi terbaru buat muka yg konon kiut la tu
haa..mmg kiut la sgt..


mcm biasa anak2 ai koman setahun 2 bulan baru setat jalan.
si Dyra ni dah mula had her first step last month actually.. tapi setapak 2 je la
pastu turun merangkak

mgu lepas byk tapak gak dia jln..
tapi minggu ni wat perangai kalau kita kasi dia berdiri.. maka dok la keras kat situ...sambil nangis suruh org amik dia..

badan dok kecik camtu la jugak..
sora je yg tak kecik..dah pandai bergaduh dgn abg 'Umar..
usik2 org pun pandai!
yg bes bila dia dah faham apa kita ckp..
good to see anak2  membesar kan..

and when i watched the video of them all..alahaii.. i soo miss the day when they'r younger..esp tgk videa Aisyah and Aliya..alahaaiii...
rasa nk balik rumah gomoi2 depa laa ni jugak!

Sunday, March 24, 2013


"Achievement Oriented- Continuously Challenge Ourselves To Deliver Results That Exceed Benchmark "



My latest henbeg.. 
Vintage tak hakuu..?




Friday, March 22, 2013

put down the seat please!

antara perkara paling menakutkan di dunia selepas tanah  kubur adalah toilet seat yg tertutup rapi.
oone will never know what one will find underneath.
espesyeli public toilet.
kalau toilet kat rumah tak pa lagi.. masih boleh di  tolerate sebagai harta sepencarian.

or kalau buka pintu je rupa toilect camni mmg tarak risau punya lah kan..

tapi kalau kat rnr time cuti raya dah bekalan air terputus.. byg kan lah sendiri.

Wednesday, March 20, 2013

Gunung daik bercabang tiga

some people said:

'takpe.. endure the hardship of climbing the mountain..
you can enjoy the view from the top!'

well..
if u ask me.. So?
so what with the view?
to me.. enjoying the view vs 'kepuasan' selepas bersusahpayah mendaki adalah 2 perkara yg berbeza.
i can stil enjoy the pain even if there's not  much a view awaits
it depends on my aim and objective
why, at the first place aku susah payah panjat bukit tu?
most probably i want to challenge myself.
so, keberjayaan untuk sampai ke puncak adalah satu pencapaian already.

if, aku panjat bukit sebab nk tgk view, i can always find other ways to do it.. the less painful ways obviously.

apa2pun..have it your way dude!

aku jumpa blog ni cerita pasal gunung daik.
oh, kalau sesapa tau cerita asal gunung daik tolong share ya..tk

Monday, March 18, 2013

Berpijak di bumi nyata

"Achievement Oriented- Continuously Challenge Ourselves To Deliver Results That Exceed Benchmark "

* Aku terlupa alamat emel blog ni sebenarnya. Jadi ni nak test mobile posting nih.


Since the past 5 months, mmg dah memasang angan2 ingin membeli kasut utk berjalan.
Sebab nk berjalan lah.
Sakit kaki ai bila hari2 jln hayun helmet pakai kasut yg mcm polis tu. Tp elok gak, sbb bila buat muka siries sikit org ingat aku polis bantuan hehe.

Bila balik naik monorel aku ada 2 pilihan - samada turun kat hang tuah, dan amik star ke stesen komuter; Atau turun direct kat 2 stesen selepas ni dan jalan kaki ke stesen komuter, dan jimat RM1.70.

Selalunya mmg aku Cuma ikut hang tuah kalau hari hujan.
Sebab nk jimat RM1.70.
Kalau seminggu aku dah save RM8.50.
Sebulan RM34.

So far dah almost 5 bulan... jadi jumlah terkumpul setakat ini adalah RM170!!!
Yihaaaa.. cukup lah kan untuk buat subsidi beli kasut bagus sikit.
Dah lama dok aim trainer yg konon2 fleksibel sgt tu kan...

Bagus tak motivasi aku?


Thursday, March 14, 2013

Chrome

woohoott..!
rupanya bila guna google chrome ni baru tersingkap segala yg tersangkut.hahahaa

HAHAHAHAHAHAA

im backkkkk...!

Wednesday, March 13, 2013

Rock ooo sgt rock!!

disebabkan kekangan di tempat kerja baru di mana garisan adalah tidak berapa nak clear, jadi blog amat susah nak diupdet. haha macam la ada org kesah pon kan.
tambah tekanan bilamana tak  boleh buka blog bacaan wajib. nyampess..
terpaksalah saya menjadi pekerja yg sgt tekun kebelakangan ini.
nak pulak baru dpt kenaikan gaji tahunan..jadi perlulah membetulkan diri sendiri dan lebih jujur dalam berkerjaya.
tp.. saya rasa macam nk kena dptkan smat fon baru suapaya lebih bebas menjalani hidup sebagai blogger kunun.. hahahaha <--- apa="" eh="" lawaknye="" tatau="" yg="">
dan 2 3 menjak ini juga blog saya selaluu tampak dihujani dgn komen2 spam. sampai saya pun dah terikut-ikut menulis sperti mereka. mesti awak pun penah dpt komen yg direct translation tahapae2 tp sebenarnya cuma nak juai produk ataupun suruh amik personal loan.

ok lah..ada masa di setesen keretapi saya updet lah ekk..

Rockk oooooo!
oh, takde lah, saya mana ada masa nak tgk wayang sekarang ni..

Friday, March 01, 2013

Bila sena berbunga..

Apa eh nama pokok bunga kuning ni?
Sekrg dah musim bunga, mmg lebat aa..kuningg je pemandangan. Especially pagi2 dan ptg mmg penuh depan rumah. Cantik.
Dan sakit toOo nak menyapu!
Nak pulak kalau hujan pastu dia kembang dan melekat..
Pagi2 penuh atas kereta. Dah rupa mcm kereta pengantin cerita Mann.

Sent from my BlackBerry® wireless device.

Thursday, February 28, 2013

Super Power

Dulu rabun aku 200 'je'.
Bila spek patah, aku beli kontek lens sebab nk cepat. Leceh nk pi wat spek. Lgpun lens rm60 dpt 3psg. Tahan la 4-5bln. Ye aku mmg pakai disposebel lens tu sebulan lebih haha
Tp bila pakai lens aku mmg tak bukak2 dah sampai lah balik rumah. Kdg2 sampai nk tido. Sbb karang nk tgk tv camne tak nmpak. Mmg lebih 12jam le mata aku berkontek dgn lens tu. Pastu komplen sakit la bengkak la apa kan..
Sudahny Abg ajies paksa aku buat spek baru. Maka perasan cantik la aku skrg dgn spek bingkai tebal ala org bijak pandai ni. Jadi bahan pun ye jugak, konon tukar dept terus tukar imej muahahaha
Tapi yg takbesnya bila check mata utk wat spek tu, power aku menjadi2, siap ada silau lagi. Patutla now kalau mlm2 aku perasan lampu kereta org lain mcm sikit. Dan lagi tak bes, bila dah pakai spek berkeupayaan tinggi ni, buka je semua blurr!! Terkedip2 aku nk baca notis kat dinding surau. Rasanya sebelum tukar spek ni boleh lg la baca. Asal eh? (Tanya pulakk!)

Sent from my BlackBerry® wireless device.

Kalau dah Rezeki

Biasanya kalau abg ajies lambat or takleh amik aku naik taksi balik rumah. derang caj seploh hengget. Itu rega dah ditetapkan oleh persatuan pemandu teksi pemalas dan ingkar (PPTPI)mengikut meter katanya. Dan selalunya aku akan gigih tahan teksi yg lalu sebab depa sure akan pkai meter. Dan kos teksi bermeter adalah rm6.50-7
Kecuali kalau urgent aku naik jugakla.
Naik teksi pun byk benda aku belajar pasai rezeki. Kan Allah dah kata kalau Dia nk bagi kat sapa, sapa2 pun xleh nak halang.sama juga kalau dia nak tahan, no way no one can get it thru.
Mcm kdg2 aku gigih tahan teksi luar sebab semata2 taknak byr kat teksi ulat. Jenuh tunggu haremmmm ada teksi nak lalu.. Terdetik dlm hati tak baik aku pikir mcm tu,mungkin hari ni rezeki derang kat aku, so takpa la naik je lah..
Tup2 terus ada teksi lalu and berenti kat aku.. Selamattt rm4..
Itulah Allah nk ajar aku betulkan pandangan agaknya
Dan 2 hari lepas nasib baik dpt teksi. Tgk pulak meter dia mcm jujur je. Sebab selalunya kalau sampai kat trafik light first meter dah rm4 lebih. Tp pakcik ni menten rm3 je lagi.
Sampai rumah baru rm6.40. Aku hulur note sepuloh, kocoh2 amik helmet+beg terus keluar. Lepas tu baru teringat duit belen tak amik. Pastu mcm konfius sorg2 aku angkat tgn tanda takpe lah..
Masuk rumah aku terfikir lagi - itu rezeki dia hari ni, dan rm4 tu bukan rezeki aku

Mudah2 Allah murahkan rezeki kita semua

Sent from my BlackBerry® wireless device.

Wednesday, February 27, 2013

Da'ie

Assalamualaikum,

semalam tetiba ada kesempatan berbual dgn bos tempat lama
dia cerita di ank pegi Masjid Negara, ada saudara baru nk masuk Islam.
dah masuk dah pun sebenarnya, cuma nk pegi formalised kan aje.
tp tak jadi for some reason.
Dia ada sebut pasal tanggungjawab berdakwah. kita setiap org Islam ni sebenarnya WAJIB berdakwah.
bukan kena tunggu jadi ustaz atau pass sekolah agama baru nk kena berdakwah.
kena faham tu..
dan kena faham juga apa itu dakwah
kena ingat esok2 kita akan ditanya -
dan kawan2 non-muslim kita, jiran2 kita akan tuntut dari kit - Why kita tak pernah dakwah kat diorang semasa hayat dulu?
haa cmane nk jawab tuh???!

pada saya la
dakwah ni byk cara
bukan semestinya pergi cakap kat setiap org 'Oiii jom masuk Islam oiii!!'
dakwah perlu kena caranya

dan yg paling pasti.. kena dakwah diri sendiri dulu
dakwah keluarga kita dulu
didik diri kita, keluarga kita solat dgn betul, mengaji dgn betul
ajak org pakai tudung ke... tp cakap elok2 la..

ajak org mencari yg halal pun saya rasa salah satu  bentuk dakwah jugak
ajak org ckp elok2, kurangkan maki2 semua tu..

macam saya,
saya rasa belum mampu nk pegi ckp kat non-muslim kat ofis ni, i dun even know how to brought up the topic. karang dikata langgar hak asasi atau racist pulak kerana membawa hal agama ke pejabat.
nk dakwah kat jiran sebelah, hmm bersembang pun tak penah hahahha baguih punya jiran kan?

tapi apa yg saya mampu buat sekarang ni adalah berdakwah melalui perbuatan. i.e tunjukkan akhlak yg baik. mudah2 dari situ mereka akan tertarik dan menarik. insyaallah.

sebenarnya, the main reason saya buat blog ni pun deep inside untuk tujuan 'dakwah' kat kawan2.. ni je lah investment saya. kecil2an je lah pun, harap2 adalah pulangannya.

Wassalam...

Thursday, February 21, 2013

Steambot DIY

tgh cuci mailbox, terjumpa lak resepi stimbot ni..
letak sini je lah eh kot sapa2 nk wat stimbot sabtu ni, boleh start plan dah..

bahan2an untuk sup:


1 rangka ayam
1 batang carrot
3 batang (stalks) seleri
2 kiub ayam
air satu periuk

Cara buat sup:

Bersihkan rangka ayam dan masukkan ke dalam periuk bersama carrot, daun seleri dan kiub ayam. bubuh sedikit sahaja garam ataupun sos ikan. kemudian rebus guna api sederhana selama dua jam. lepas sejam, kecikkan api supaya air rebusan tidak kering. titiskan sedikit minyak bijan. jangan banyak sangat nanti kuat lak bau dia. kemudian asingkan sayur2 tadi dan ambil sup masukkan ke dalam rice cooker. kalau ada periuk steamboat, masukkan dalam periuk steamboat dan letak atas dapur kecik dan bubuh atas meja.

untuk bahan2 steamboat, terserahlah kepada kesukaan masing2.

setelah semua bahan2 steamboat siap dibersihkan dan dicuci, susunlah atas dulang ke atau pinggan. apabila sup didalam periuk nasi dah melegak, masukkan dulu bahan2 yang keras.

untuk sos cilinya, kisar 2 ulas bawang putih, 1 inci halia dan 7 biji cili merah, bubuh sedikit air sup ayam tadi ke dalam blender dan trrrr sampai halus. oh ya jangan lupa bubuh sedikit gula dan garam. ada orang bubuh cuka. kemudian trrrr lagi sampai puas hati. tuang dalam mangkuk.



masa nak hidang, bubuhlah sedikit sos cili ke dalam mangkok dan kauplah bahan2 yang telah direbus dalam periuk tadi. kena siapkan kipas angin kat sebelah sebab bukan sup jer yang panas dalam mangkuk tapi kita pun berpeluh2.



oh ya ada orang suka di hujung makan bubuh pulak maggie kering ataupun mihun/mi. biar masak sikit barulah kaup bubuh dalam mangkuk. selain itu last sekali pecahkan jugak telor ayam sebjik

Wednesday, February 20, 2013

check result exam anak anda

Dear parents,



U can now check your kids exam results thru this website http://saps.moe.gov.my/ibubapa2/index.php

Just enter their birth cert no or mykid, select either primary or secondary level and taraaaa… the results will appear.

Carilah ilmu sampai ke negara China

kisah Imam As-Syafie buat pegangang dan kekuatan hati ibu..

Sejak kecil, Imam Syafie telah hafal al-Quran dan banyak hadis. Jika mendengar ada guru datang mengajar, dia segera pergi bagi menimba ilmu. Ketika berusia 14 tahun, Imam Syafie menyatakan hasrat kepada ibunya tentang keinginannya untuk merantau bagi menambahkan ilmu.


Pada mulanya, ibunya merasa berat untuk melepaskan kerana Syafie adalah satu-satunya harapan ibunya untuk menjaganya di hari tua. Demi ketaatan dan kasih sayang Syafi'e kepada ibunya, dia membatalkan keinginannya itu. Akhirnya ibunya mengizinkan Syafi’e merantau bagi menambah ilmu pengetahuan.

Sebelumnya melepaskan anaknya, maka ibunya berdoa, “Ya Allah Tuhan yang menguasai seluruh Alam! Anakku ini akan meninggalkan aku untuk berjalan jauh, menuju keredhaanMu. Aku rela melepaskannya untuk menuntut pengetahuan peninggalan PesuruhMu. Oleh kerana itu aku bermohon kepadaMu, ya Allah agar dipermudahkan urusannya. Peliharakanlah keselamatannya, panjangkanlah umurnya agar aku dapat melihat kepulangannya nanti dengan dada yang penuh dengan ilmu yang berguna. Amin!”

Selesainya berdoa ibunya memeluk Syafie yang kecil dengan penuh kasih sayang dan dengan linangan air mata kerana sedih untuk berpisah.

“Pergilah anakku. Allah bersamamu! Insya-Allah engkau akan menjadi bintang ilmu yang paling gemerlapan dikemudian hari. Pergilah sekarang kerana ibu telah redha melepaskanmu. Ingatlah bahwa Allah itulah sebaik-baik tempat untuk memohon perlindungan.”

Selepas ibunya berdoakan, Syafi'e mencium tangan ibunya dan mengucapkan selamat tinggal. Dia meninggalkan ibu yang sangat dikasihinya dengan hati yang pilu dan mengharapkan ibu sentiasa mendoakan kesejahteraannya dalam menuntut ilmu.

Oleh kerana kehidupannya yang sangat miskin, maka Syafi'e berangkat dengan tidak membawa bekalan wang, kecuali dengan berbekalkan doa ibunya dan cita-cita yang teguh untuk menambah ilmu sambil bertawakkal kepada Allah.

Ketika mengingati kisah ini, Imam Syafie berkata, “Sesekali aku menoleh kebelakang untuk melambaikan tangan kepada ibuku. Dia masih berada perkarangan rumah sambil memperhatikan aku. Lama-kelamaan wajah ibu menjadi samar ditelan kabus pagi. Aku meninggalkan kota Makkah yang penuh barakah tanpa membawa sedikit pun bekalan wang. Apa yang menjadi bekalan bagi diriku hanyalah Iman yang teguh dan hati yang penuh tawakkal kepada Allah serta doa restu ibuku sahaja. Aku serahkan diriku kepada Allah seru sekalian Alam.”KST

Hari ini tiap2 hari balik rumah boleh peluk anak2. marah2 pun depa masih di depan mata
tapi, Lambat laun anak2 akan melangkah keluar juga dari pelukan mak depa ini.. semoga Allah beri aku ketabahan untuk menghadapi hari itu.
hantar anak pi sekolah masuk darjah satu pun dah macam2 perasaan, apatah lagi esok2 nak lepas anak2 bersendirian. Apa lgi seorang ibu bapa boleh buat selain berdoa kepada Allah agar dilindungkan dari segala bahaya, dari niat jahat dan hasad dengki manusia, dan semoga mendapat ilmu yg bermanfaat yang penuh di dada mereka..Aminn..

Thursday, February 07, 2013

ADYRA is ONE!!!

Really????
seriuosly i cant believe it myself
this litel cheecky is one-year old?!!

you got to see how small she really is
at first we tot it's normal, since she's not vey big from birth
but she now weigh less than 8kg!

but apart from that she's a happy child and progresses steadily
now on the verge of starting her very first step.
dah pandai turun from bed and sofa dah..
rambut pun dah panjang sikit dah.. (nota: panjang for my kids may equal your newborn's amount of hair lol!)



we dont really plan any big celebration tho, since abak is away and only be coming home later today
and tomorrow is another 'big' day for mummy -  i had 3 big mountains of laundry to setel! and the packing!!! * pengsan siap2 while writing this
before we can head back to kg. then only we have a long cuti there..fuhhh..

but tokmama already requested that we had our normal closed-door celebration, maybe tomorrow. after work we can all head straight to klang.. hope mummy can figure out something.. anything.. poor tokmama too, shes not very well lately, i feed bad to burden her, even when she never complaining, yet stil insists on doing things on her own..

Dear ADyra
eventho sometimes mummy was so clouded by your other siblings,
(forgive me for that!)
or tak sempat to 'protect' you from bro Umar (and this too!)
i'l never forget the day you re born -
how small you were
how sweet and soothing you are
how cute your nose is
how worry we all were seeing you inside the oxygen box with all the wires
how happy we were when you finally can came home for the first time

and not only that,
mummy and abak also will never forget
when we first were 'told' that we'l get you
it was way before i was late
i was reading the translated Quran as usual, spanning the pages to see what the message of the day
then i was 'directed' to Surah Maryam:7:

Wahai Zakaria! Sesungguhnya Kami memberikan khabar yang mengembirakanmu dengan mengurniakan seorang anak lelaki bernama Yahya, yang kami tidak pernah jadikan sebelum itu, seorangpun yang senama dengannya".
i looked up and see abak is looking at me with a knowing smile ( i was never be able to figure out how did he is always ahead of me in this?!!!!! all he said is ' i just know it' :-p )

i read it to him..confused. abak said ' takkan tak percaya kot?'
ok lets see it.
true enough, next few weeks, its confirmed you are there..! its just that you're a girl, but nevermind another girl is always welcomed.. mummy can add another shopping partner!

you, Adyra, is our little miracle, delivered from the heavenly above..
we all are thankful to have you as part of us.

Mummy will always pray for you
Dear Allah,
Made her a righteous muslimah
who is always protected form the evil eyes
and bad intention of others
will always surrounded by love, of people around her, people who loves her and people she loves
bestow her the best barakah You can offer, the most knowledge in the world
please protect and deviate her from the biggest sins
jadikan dia anak yang solehah
tetapkanlah solatnya
lemmbutkan lah hati dah lidahnya
indahkan rupa parasnya supaya menyenangkan hati semua yg melihatnya
murahkan rezekinya, luaskanlah rumahnya
sihatkanlah tubuhbadannya, penglihatannya, pendengarannya dan peliharalah dia dari penyakit berjangkit
peliharalah dia dari bala bencana dan musibah
ampunkan dosa2nya, tetapkanlah tempatnya di syurgamu Ya Allah..
mudah2an dia menjadi seorang yg bertaqwa dan berjaya dunia akhirat dan tergolong dalam golongan yg kanan..
Amiinn..aminn Ya Rabb.. perkenankanlah doa ibu ini ya Allah..
La haulawalaquwwatailla billa hi aliyyil'adzim.

Wednesday, January 23, 2013

Smell like teen spirit

I know that its good sometimes to stop and smell the flower. It made u feel better, and realize that life is more than whatever u're having now.
In the last few weeks DBKL finally finished their job putting up the fences for pedestrarian. Ok did I spell it right?

Lenguh pulak jari taip bahasa penjajah ni
Dekat2 ofis aku ni derang tanam pokok bunga melur. Tp tanam tepi jalan, bukan tepi kolam. Dan takde pulak mana2 nyonya dok pi siram pagi2

Tah apa baja depa boh, kejap je dah berbunga..kalau jalan tu wangiii je bau dia. Walaupun actually aku ni elejik sikit bau 'melur' @jasmine ni, aku pening. The jasmine pun mmg xleh minum. Tgk kotak pun dah loya.
tp tatau la yg ni spesis apa, agaknya sebab open air kot I found it quite soothing gitu, cam nk pegi spa pulak hehe
So look around you and smell what ever flowers you have nearest!

Sent from my BlackBerry® wireless device.

Thursday, January 17, 2013

parking

org citer pasai pagar aku pon sebok nk cerita jugak hahaha

pagar rumah aku tak auto. makna kata tiap kali sampai depan rumah kena turun dan buka gate pastu masuk balik dlm kereta dan masuk rumah.
leceh.
sgt leceh terutama kalau hari hujan.
dan tatkala terlupa nk on balik child-lock kat kereta sebab nanti kanak2 ribena tu akan meluru keluar tanpa dapat ditahan2 lagi.
lagi leceh kalau ada org nk lalu..bila jiran2 lain sederet situ pakat2 parking kat luar juga sebab memasing kereta melebihi kapasiti ruangan tempat letak kereta di dalam rumah. mak bapak dan anak2 semua sorg sebijik kereta. dasar orang kaya nk wat camana. nak tahan tak bg org beli kereta pun tak elok gak, walaupun bertambah karbon monoksida di ruang udara dan meningkatkankan tahap jem di jalan raya, kurang2 dapat gak side income kerajaan dari hasil cukai jalan dan duit tol serta penjualan minyak. ye semua org pun ada masalah dan kita perlu dengar juga kerajaan pun nk bersuara. takkan nk harap tv3 dan rtm je sekali sekala nk masuk tv al hijrah gak
sebelum aku dilantik sebagai penaung pusat aduan baru baik aku stop. dan balik kepada cerita gate tadi.
dan sebab depan rumah kitorang ada pokok, so port tu mmg menjadi rebutan. aku bukan nk berkira kalau orang nak parking depan rumah, janji jgn block jalan masuk sudahlah. tapi leceh jugak kalau nk keluar masuk rumah kena ejas 5 6 kali baru lepas..
sudahnya aku parking kat luar je sekrang. dlm pagar rumah atleast anak2 ada ruang nk main beskal. memang aku tak kasi depa main kat luar sebab, lagi satu benda kitorang tak suka sebab laluan tu org lain yg tak duduk situ guna sebagai short cut. mcmlah cut sgt pun kalau lalu situ. bawa laju2 pulak tu.
biarlah org nk mengata kitorang busuk hati parking kat luar. aku parking depan rumah aku, bukan rumah kau kot. korang parking kat tepi rumah, belakang dapor aku berderet aku tak bising pun. jgn ganggu hidup aku sudah lah.

sekarang aku dah tak drive ke tempat kerja sebab masalah parking dah susah nk dpt.
yg ada makin naik harga dan kena berebut sebab MRT dah amik tanah kosong tu.
tapi semlm baca berita kerajaan nk set siling utk parking di kl maksima RM6 je. murah tu.. sebab sekrang kitorang kena bayar average 5-8 gak sehari.
maknanya jalan tun razak akan mantain jem lah jugak eh..

TGIF

budak darjah satu sekarang pun dah stress agaknya
buktinya semalam aisyah ckp kat saya
'yeayy dah nk sabtu!'
eh, hari ni baru hari apa?
'Rabu...'
ha, lambat lg kan nk sabtu?
'ye la..esok kan dah kamis, pastu jumaat!'
kalau sabtu kenapa?
'tayah pegi sekolah...'

selalunya dia suka nk sabtu sebab boleh balik rumah tokmama je
jadual pun blom dpt dah rasa 'penat' gi sekolah??

SyiLing

Abg ajies ada habit kumpul syiling byk2 dlm poket dia. Bila dia berjln akan dengar satu mcm bunyi dari poket bersyiling tersbut. Baguslah sbb dari jauh dah tau dia nk dtg.
Tp yg tak bagusnya kdg2 bila dia takde kat rumah seakan terdengar pulak bunyi yg serupa..


Huhuuuu selimut...selimuttt

Sent from my BlackBerry® wireless device.

Friday, January 11, 2013

I love colonial buildings. Always.
That's why I love cameron highlands, fraser hill, not because of the stoberies.

This cute little house is one of the many old colonial-styled houses left in kl city. I simply love its simple design..
At first I tot its abandoned and no one lives there anymore, occassionally I saw one old chinese man around. I assumed he is the caretaker.
Until one day construction workers start coming, gates torn down and demolition begin. Thankgoodness (from outside) it looked like it was not major, only some renovation works done.
Few days later as I was mentioning this to a fren, she told me that the old man is actually the owner..and somehow his children (dunno how many) sold the house to MRT operator. Without his consent, maybe.
I dunno wat happen to him.
Everytime I see the house I keep seeing the son laughing all the way to the bank, while the father lying somewhere in pain..
Sent from my BlackBerry® wireless device.

3 Ringgit!

day 1 - zero duit poket
day 2 - singgit pagi, 2 ringgit petang
day 3 - sama

day 4-5 - rm2 pagi, rm2 ptg
day 6 - setat merengek kat wan nak up lagi singgit..
day 7 - merajuk tanak gi sekolah ptg sebab wan tak kasi rm3
day 8 - pi bisik kat maktok 'wan tak kasi aisyah 3 ringgit.. so maktok kena la bagi aisyah...." muka kelip2 ala puss in boots..

disebabkan nk pujuk cucu pegi sekolah, maktok pun pasrah dan akur..

oo..tunggu ye.. balik ni aku nk bg ceramah AKPK dan kepentingan menyimpan di usia muda.

Tuesday, January 08, 2013

nasib anak zaman sekrg

haha ni entry tak lepas publish hari tu agaknya.. di tulis ujung2 disember.
baca buleh tp tayah percaya sgt sebab beberapa fakta telah berubah, harap maklum
___________________________________________________________________

nursery merangkap tadika yg aku biasa hantar anak2 dah tutup.
kes semlm baru bgtau.. giler tak lagi seminggu nk buka sekolah kot!!
mmg aku stress sampai takleh tido semlm. kejap2 tarik rambut..kejap2 tarik rambut
lepas tu takleh tido sebab stress rambut aku makin nipis..huwaaaaaa!

'cikgu' taska ada ofer kalau nak dia jaga budak2 tu lagi dia boleh jaga, tp rumah dia si bebelah sinun nun..jauh sikit la nk u-turn bagai..

so far ada few option:
1. hantar taska lain - dan kena arrangekan transport utk aisyah ke sekolah kebangsaan+kafa dan aliya ke tadika

2. hantar rumah pengasuh - tp so far rumah pengasuh kat rumah flet, aku malas nk mengangkut derang  naik tangga, kang pagi2 mummy dah jadi hulk hijau

3. aisyah hantar transit, aliya hantar tadika terus sampai petg, umar+adira hantar rumah  pengasuh/taska
macam payah la pulak byk2 tempat

even hantar taska mana2 pun, pg2 sure kalut sikit la, sebab aku dah kena gerak dlm pkl 6.45, takkan pkl 7 dah nk drop aisyah ke sekolah kafa?
kalau abg ajies supirkan both aisyah+aliya, meaning mummy mmg kena pegi keja sendiri lah hehe tayah ngade2 nk berhantar lagi eh..:-p
mmg kena keluar awal nk hantar lg dua org tu sekali.
maknanya kena ada kereta lagi satu hehehe..(unless mummy belajar naik motor la..;-p harossss!!)

solution lain (yg kurang mendapat sambutan abg ajies)
4. amik maid - cuma arangekan transport utk aisyah+aliya ke sekolah
so far sekolah kafa ada transport, aku pun mmg dah niat nk tukarkan aliya ke tadika islamic+english medium. rasanya ada transport kot.

tgk la macamana nanti..

Al Insan

An inspiring story from Gaza

Semasa lawatan kami ke sekolah An Nur tadi tu (sila scroll ke post yang sebelum ni), sambil2 duduk dekat sana, saya keluar la kejap..jalan2 dekat depan pintu pa...gar.


Kemudian berjumpalah dua orang budak ni. Main2 luar pagar sekolah. Intai2 ke dalam.
Dia dua orang ni, tersengih2 tgk saya pegang kamera..saya pun snap la gambar dia.

Tiba-tiba hairan, kenapa diorang ni tak pergi sekolah? Saya pun cuba lah datang dekat, nak tanya.

Dalam hati, "aih, aku ni tak tahu bahasa arab. Tahu tanya masmuk (siapa nama awk?) je, itu pun, slank jawa, huhu." Tapi, cuba sajalah, saya fikir.

Jadi, pergi lah tanya..

"Salam alykum.. masmukum?" *aiceyy.

Sorang nama Sham. Sorang nama apa dia ke, lupa dah. Lepastu, saja lah cuba nak tanya, do u speak english? Masa tu, dalam hati rasa, ni mesti tak faham ni. Budak dalam sekolah pun tak faham, inikan pulak mereka ni.

Tiba2 dia selamba je jawab, i do. Nasib baik bukan tengah minum air, kalau tak, dah bersembur dah tu.
Then saya tanya la, dekat mana dia belajar english, dia pergi sekolah ke? Dia cakap, dia tak sekolah. Tapi dia belajar sendiri. English dia kelam2 la jugak, tapi heyy, cukup impressive tau.

Saya tanya lagi, dia nak pergi sekolah tak? Dia cakap nak, tapi kalau dia pergi, tak ada orang nak tolong dkt rumah. Jadi dia cuma belajar dekat masjid je. Time solat, mak dia akan suruh dia pergi masjid, solat, and belajar dari imam.

Last, saya tanya, kenapa dia nak belajar? Saya fikir dia nak bagi la jawapan skema, sebab nak berjaya dalam hidup ke, nak tolong family ke, apa2 ke.

Tahu dia jawab apa?


First dia cakap sebab Allah,
lepas tu dia sebut, surah al insan ayat 2 dan 3.

Saya tak ingat ayat tu maksud dia apa. Saya then, kena off kamera dulu, sebab orang dekat dalam dah panggil. Saya babai dia, and gosok2 siket kepala. Huhu.
Masuk dalam van, bukak quran, cek. Pastu terkedu.
(':

"Sungguh, Kami telah menciptakan manusia dari setetes mani yang bercampur-campur. Kami hendak mengujinya, karena itu Kami jadikan dia mendengar dan melihat.
Sungguh, Kami telah menunjukkan kepadanya jalan yang lurus; ada yang bersyukur dan ada pula yang kufur." (Al insan: 2-3 )

few days ago, when we're on the way to send Aisyah to school.. she asked me
'mummy kenapa Aisyah kena belajar?'

im startled.. i cant find the perfect answer for that
i thought, just to tell her that she need to go to school and get her diploma and degree watsoever so that se can get good job wat soever in later days is so shallow. i need to tell her more than that.

and im still thinking about that
until today, i saw this story in my fb newsfeed.
Subhanallah.. Allah shows me the answer through an innocent child in Gaza..
yes, indeed..whatever we do, FIRST and foremost must be because of Allah.. how could i forgot that..
Allah please forgive me for that..
and secondly, to learn al-Quran as our base.

education, ilm' are so abundance there'r not only available in sekolah bestari or highly-fees  kindergarten
or world-renowned best universities..
its in you.. to find it
and to us parent.. its our responsibility to show them the basics and ways to 'get' it
to instil the spirit and educational 'culture'
to evoke the learning interest
Good Luck parents!

Monday, January 07, 2013

scooter is not just for girl

aduhaiii nye punnn..!!

BMW has done it again..

its a SCOOTER for Gods sake!!
yes  a scooter
betull.. tak tipu punyer..

a perferct combo - ease of a scooter, with performance of a superbike

only the price is slightly cheaper than proton exora, but can get you a MyVi no doubt.
but if i were to choose myvi or BMW.. sure u know my answer.