Pages

Wednesday, September 26, 2012

Mak, mak.. pegi kedai beli baju warna a..pa..?!





Sapa penah main anak patung ni cepat jerit 'Yaa..oh yeeyy!!'
dah..dah.. ombak2 takpayah laa

zaman aku kecik2 sampai tak berapa kecik dulu mmg sukeee sgt main menda alah ni
beli kat kedai apek depan masjid masa pi sekolah agama, berapa sen ke sekeping
tp anak patung dia takde lah rope anak mat saleh mcm kat atas tu.. tu aku gugel jek
selalunya rupe anak dara jepun je
yg bes dia ada byk baju2, siap ada topi la henbeg la kasut la
boleh la buat berangan masa main dgn kawan2 kat sekolah.
nanti lama2 bila anak patung ngn baju2 tu dah lunyai, kitorang akan pakat2 tekap balik anak patung tu kat manila kad. masa tu sailor moon dan anak2 dara jepun yg lain tgh femes jadinya patung kitorang pun akan bermata bulat sebesar alam siap ada efek 'berkaca' lagi. konon habih comel la
pastu kalau boring dgn baju2 dia, kitorang akan design baju sendiri.. ikut shape 'baju' lama, sebab anak patung ni unik, kalau tgn dia melenggang ke tepi ke tgh lambai2 ke haa sampai kesudah la dia jadi camtu so penggayaan baju pun kena sepesen ja
pastu kitorang design la baju apa nak, baju gaun ke, baju ofis ke baju seket la seluar kembang la semua ado..siap buat swimming suit lagi!
yg best tu sorang kawan aku ni mmg pandai design baju. cantik2 baju anak patung dia. dan berebut la semua pakat2 nk tempah rekaan dia. tapi sekarang jadi designer baju artis, dah kawen dgn artis pun kau Ruby eh..hehe
tp sekarang ni aku kesian dgn anak2 aku.. main  tukar2 baju anak patung pun dlm alam maya jek.. tekan2 dah siap.. mana thrill!

pikir2 balik baguih jugak main mcm org dulu2..walaupun mak aku tak berapa berkenan.
dan semua anak patung tu ko kena cross kat leher sebab takut besok2 kat akhirat dia dtg minta nyawa dgn kau sebab korang yg 'create' dia huhu..buleh?

benda2 ni mmg menjana minda sebab kau betul2 'involve'
boleh pegang dan sentuh <-- dan="dan" deria="deria" itu="itu" kan="kan" ke="ke" menggerakkan="menggerakkan" otak.="otak." sambung="sambung" terus="terus">nak lukih2 dan kaler baju semua tu membina kreativiti kanak2
mcm aku, at age 9 aku dah poyo design baju sendiri..hahaha. makteh aku tukang jahit, so baju2 aku byk dia yg jahit. aku pun membesar di kalangan tukang jahit semi-pro so selalu la tgk org dtg nk upah makteh jahit baju. nanti makteh akan lukih2 gambaq baju dlm buku hikmat dia. majalah2 wanita,  jelita semua2 bersepah buat rujukan contoh baju kurung pesen apa ko nak..
mak nah pun ada gak belajar jahit baju. masa kekecik baju raya mmg tayah beli la, beli kain je mak jahit kan. bila dah besar sikit mula la demand nk pesen selit sini la ropol2 sini la

apapun, itu semua tak menjamin kehidupan setelah dewasa
tak bermakna aku sekarang dah jadi profesional designer.
aku masih hanya setakat tukang design baju anak patung.
baju sendiri pun ala kadar je, mmg dah semulajadi jenis tak pedulik apa rupa sendiri
sokmo kena sound dengan polis fesyen di opis ni hehe
aahh janji 'presentable' dan aku tak pakai baju oren+kain ijau+tudung pink sudahhh..
btw, its kinda 'fashionable' wahat to wear such color block kan..
afterall, fashion is an art.. so everyone is free to manifest their own.
rejoice!

No comments: