Pages

Friday, August 28, 2009

Nak ke Tak?

wiken ni cuti panjang kan? 3 hr je pun
ok la tu
wiken ni je cuti lebih sikit, minggu depan tak cuti
sebab Quran turun kat Selangor, je.. WPKL takk.. (tu kata org yg ceramah kat masjid subang jaya beberapa tahun nan lalu, aku kopipes je)

so,
isu hari ni adalah : nk balik kg ke tak??
memula giat nk balik.. tp bila pikir 2 3 kali, karang raya pun nk balik gak kan, better sep bajet balik raya je
tp bila pikir lagi 63 juta kali
elok juga balik, berpuasa, ber buka, bersahur dgn mak ayah, mesti depa suka kan?
dan menghepikan ibubapa itu bukankah perkara mulia?
duit boleh dicari.. tp kegembiraan mak ayah is simply priceless
you dont even need a mastercard to have that

so
Tuanku Yang Mulia
kita bertolak lepas buka ke sahur eh? hehe

opps, belum bgtau mak and abak lagi ni
pepandai je akakk
semlm tak bgtau sebab EnAna wat taktau je.. balik2 'tengok la' dijawabnya..

Pat pat siku lipat, ku tunggu tunggu tak dapat?

aarghhhh..
patut la ku tunggu2 tak kunjung tibaa
ropa ropanya budak2 ni tak hantar claim hakuuu!!
haa akak nk hijau dah ni
we'r supposed to send everybody's claims in one batch, senang bos nk sain
and MY TEAM dah siapkan dulu, nk tunggu Team nomot 2 yg tak siap lagi
tapi dengan takdir Sang Dewata Mulia Raya Allah Taala sekonyong-konyong kejadian pada hari itu ada org telah tinggalkan fail yg didalamnya terkandung claim2 kitorang, dan Team 2 pulak terus hantar direct kat bos sebab ingat kitorang dah hantar dulu
benda nk jadi kan..
takpe, yg penting - bos pun tak sain lagi Team B punya.. dia nk sain semua sekali
hahahahhahaa
sila gelak besar kat jiran ku and the geng hihi

owh.. minta2 mgu depan dpt lah eh
fuhh fuhhh
sudah sengkek ni
masuk gaji je menderu org dtg kutip hutang huhu
padanmuka kan, masa membeli tak hengatt
haa tu belom masuk duit kuih raya.. nasib baik mak hanis jalika tu dah tutup order. kalau tidak.. taktau la nk gadai apa

Thursday, August 27, 2009

hari ke 6

hari ni alhamdulillah hari ke err.. jap nk bilang
sabtu ahad senin selasa rabu aa kamis 1 2 3 4 5
ok yg ke 6!
alhamdulillah lagi sekali sebab aku berjaya puasa 5 hari setengah dah, walaupun makan minum tak berapa nk teratur
sabtu ahad okay la sebab balik rumah mak
tapi stil sahur bukan takat ala kadar, dah tahap kadiron wal tangkap al muat aje
bgn take turn dgn TB, minum herbalife + kurma 3 biji
sunat tuhh.
tapi ku sure sgt TB tak mkn kurma pon, ubat gastrik lagi laa tunggu sakit nk pengsan dulu baru makan, lebih afdal kata dia. iku petua org2 yg gastrik, tips untuk menghadapi bulan puasa ni adalah :
1. elok berbuka dan bersahur dgn kurma dulu
2. ambil ubat gastrik yg putih tu masa sahur, wpun tak sakit. precaution la ni. but now dah ada tablet punya
3. elakkan makanan pedas - kari, sambal <- haa ni masalah besar kan?
insyaallah tahanlah sikit perut tu time puasa
well, ku dah bgtau apa ku tau kan, nk ikut ke tak.. ikut sukaaa laaa. ckp byk kali kang kata membebel pulak

semlm pegi gergasi lagi, ingat nk beli brg dapor yg dah kering kontang tu. wahh ahkak tgh semangat waja nk masak ni eh
sebab berbuka pun ala kadaron je, so apa2 hal makan le dulu kan. wpun rasa dah kenyang tp tatapp nk cari nasi jugak.
tp kan, bila dah kenyang tu, teruss semangat waja yg berkobar tadi terus pelan-pelan bertukar jadi semangat yg hilang hehe..dok nmpk bantal je
elok nk masuk je, tgk2 alahh liya sudah buat kueh baekkkk punya. dan dikebetulan itu juga lah mami tak bawa segala persalinan, haa amikk
selalu cam tu kan, time ku bawak berdozen2 korang rilek je kan, time takde tu la nk kotor baju la, nk tumpah, terburai itu ini,
sudahnya.. balik je la
esok2 je la beli brg
so mlm ni, again, berbuka belum tau menunya..

Wednesday, August 26, 2009

watch out for geniuses in the making



kalau ikut ckp Dr Laili


kanak2 mmg kejadiannya untuk bermain


masa bermain itu sebenarnya mereka melatih otak untuk menjadi seorang genius



jadi..



bila anak2 nak bermain (read: tong menan akan ditonggangterbalikkan dan ditabur-tabur satu rumah)



biarkann..jgn ganggu proses menjadi genius. anda mahukan anak2 yg genius bukan?




tengok.. suci je muka.. tak sanggup nk lepuk hehe
apa2 pun..
mami nk tenangkan perasaan duluu..




Daaa..!




Tazkirah ramadhan

semlm ada ceramah ramadhan
ustaz tu kata kan, org yang palingberiman di bulan puasa adalah...
mereka2, cik-cik abang kita yg sanggup tak merokok di siang hari. walaupun selalunya 2 jam sekali dah nk kena sebatang
TATAPPIII
di bulan ramadhan ni mereka sanggup menahan diri sampai almost 14 jam tuu!!
so KUDOSS to them! kalau pastu nk berasap non-stop dari berbuka sampai sahur lain cerita la

hehe.. bangga le tuu..! ye laa beriman tangtu je lah

tapi kan
adalah lebih afdal jika boleh berenti terus kan?
bukan saja menyelamatkan diri sendiri, malah memastikan udara dikeliling anak isteri lebih selamat dan bersih
pelik kan, bulan posa boleh pulak tak isap satu hari
tapi hari biasa menggeletis nk kena jugak
why cant you treat everyday as posa, can aa?

Monday, August 24, 2009

Daku kena Buliiii!


cuba tengok tu?

tengok..!

tengokk...
betapa tingginya timbunan yg mesti ku langsaikan..
huwaaaaaa!!
korang mmg kijammm
kijammm!
mentang2 la Buk Junida cuti, korang buli ahkak ye.. huh

Like mother like doter

wahh kecik2 sudah tunjuk bakat aa..

eh eh ni saya punya la!!

mami.. nanti mami beli beg baru ni bagi saya ya!

semlm abak bagi saya mkn yogurt

eiii tak syedapp!!

cemana la mami boleh lalu nk telan?

nak oii, mami hg nk cantek punya pasai.. balun saja laa..ikikiki

Tazkirah ramadhan

well,
sempat lagi akak berblog buat kesekian kalinya hari ni eh
untuk tujuan murni, takpe.. teruskan haha

ok berbalik pada tajuk kita ye tuan2 dan puan2 yang dirahmati Allah sekalian (sila baca dgn gaya penceramah bebas)
semlm terdengar kat radio ada cerita pasal cucunda Rasulullah SAW, Saidina Hussain pernah berkata 'sekiranya ada org dtg kepadaku dan bercerita hal org lain dihadapanku, tidak mustahil dia akan berlaku yang sama tentangku'
atau lebih kurang dalam bahasa melayu archepialo nya ' kalau org tu dtg mengumpat pasai org lain kat aku, tak mustahil dia pun mengumpat hal aku kat org lain.'
haa.. sila ambil perhatian ya..
terutama di bulan ramadhan al-mubarak (majid) ini, bersama-sama lah kita menjauhkan mengumpat buat ketupat terutama ketupat daging
kalau org dtg buka cerita, tahanlah gelodak jiwamu itu seraya berkatalah 'weh, mengumpat itu berdosaaa...'
sama2 lah kita
dan
selamat beramal!

Aku pon ada p ingat juga



haa ingat junida je byk pingat?

meh nk tayang aku punya lak! hehe


tengok betul betullll...

RUNNER-UP okeyy..

haha

actually sebenarnya yg 2 bawah tu tahun lepas punya

tahun ni dpt satu je, sebab aku main satu game je

kira kasi can lah org lain pulak kan

kalau tak asek aku je menang tak bes la kan.. hahahaha

Apa ada pada nama?

the much awaited news was deleivered last friday. at 6.30pm

by the time i was already home

so got mine today.

what can i say - with the revised job title and all

its bit not up to expectation..

well, at least to me, i still can swallow it

dont really make big fuss about it


to me, whatever is rizqi

cast down upon us by the Great Almighty

so,

if its not what you hoped

fret not

maybe its ME, MYSELF the reason

maybe i dont deserved it? (solat hujung2 waktu mcm tak ikhlas je ada ati nk minta duit berkepuk jatuh dari langit??)

and if, lets say la if

the reason was because i had long leave last year because im busy bringing Aliya to the world

makanya.. akak redhaaa..

because she's worth more than that..



apa2pun i stil regard this as rizqi ramadhan

semoga saya menjadi pekerja yang lebih cemerlang dan high performance

lebih ikhlas bekerja

serta tidak membuang masa berblog bagai

hehe.. see.. dlm dok insap pun sempat nk buat enteri baru


like my boss put it - rezeki tu bukan RM semata, kesihatan, bahagia.. pun rezeki juga. $ byk pun bukannya boleh janji ko happy.

ya, saya happy what i have right now

and saya juga bukanlah jenis yg mengejar pangkat sgt, now saya sgt bersyukur ada kerja, ada gaji tiap bulan utk sara keluarga. biarpun bukan tanggungjawab saya sepenuhnya, dah saya yg nak hidup bergaya berlebih2 haa kena la kuar duit sendiri ye tak?




kepada jiranku:

dgn ucapan, semoga bertambah dimurahkan rezeki dan berbahagialah kamu hendaknya ;-)



now,

the challenge is how could i help boost the morale of my staff(s) whom were entirely downn..??

see, i am not alone, derang lagi teruk, remuk rendam perasaan bagai kaca terhempas ke batu

Friday, August 21, 2009

anxiously waiting


Dear All,

We are pleased to inform that we will be having our 5th Townhall meeting tomorrow (Friday, 21st August 2009), the details as follows:

Time: 9.30am
Date: Friday, 21st August 2009
Venue: Multipurpose Hall, Level 6

Kindly be informed that attendance is compulsory.

Please be punctual and be seated at the Multipurpose Hall by 9.30 am sharp.
Thank you

this better be good news, or..

actually we'r having department meeting today, wic I was scheduled to recite the co's poem

wic akak sgtlah terlupaaa...

until yesterday, after being reminded by jiranku

at 4.30 lbih kurang

hambekk kooo..

dah le panjang gile sajak tu

kosserrrr akak nk hapal

pg2 sampai tgk ada emel tu.. YUHUUUUU!!!! terlepas bala akan barang sekijap hehe

Thursday, August 20, 2009

something i would smile upon ten, twenty years the road..

selasa lepas ku tensyenn sungguh dgn budak2 2 orang tuh
anak sapaaaaa la ni eh.. sah anak abak haha!

pukul seploh akak sudah siap2 soh tido..
but aisyah had her own agenda..
adaaa je kerja dia nk buat
lepas pi toilet siap bukak baju, basah la apa la..ada jee alasan dia
pastu buat perangai taknak pakai baju grgrgrggrggrr

si Liya pulak, tgk kaklong tak tido, mana buleh jadi kan, must la join the club
jenuh ku paksa dia tido, stil tak jln
dengar je sore kaklong terus angkat kepala
yg taktahan siap gelak mengekek-kekek.. tau je la aliya kan macho..susah nor nk dengar dia gelak
last-last.. ku letak je 2-2 kat bawah
haa lantak le hangpa.. mummy nk tido dah ni


*pakai lampin sebab nk berak mulanya..kelakar sebab kitorang selalu suruh dia guna potty, and i always said rugi $ mami tau pakai lampin. to which, everytime nk pakai lampin she'l say 'mami, ni tiga ringgit ni' wakakakkaka


tengok, habis cadar pun dah terbarai..

ok..elele senyum-senyum kena marah.. mana laa mami tak cairr..

ok, 1 down!
one more to go
at last..
ku berjaya pakaikan baju and ready to take off to slumberland..
*actually aku suruh aisyah berlakon dah tido for the purpose of this enteri hehe
pandai berlakon tak anak ku?

sedikit tazkirah menjelang ramadhan

from forwarded email, i put it up here to share with everyone

Sekilas lagi pesanan sempena Ramadan:

Kelak bulan Ramadan, BUKAN bulan Ramakan.
Memanglah berbuka satu nikmat, tetapi berbuka pun bukan maraton atau peraduan makan.
Kasihan orang di sebelah kita semasa tarawih nanti, kerana terpaksa layan sendawa kita setiap kali bangun dari rukuk dan sujud.
Baik sekiranya kita amalkan makan seolah-olah kita di restoran mahal - perlahan-lahan kunyah dan hayati setiap suapan. Nabi sendiri kunyah sekurang-kurangnya 40 kali.
Pada akhirnya, bagi seseorang yang sudah berpuasa sehari suntuk, sekeping roti bersapukan mentega dan gula diiring segelas air madu pun akan terasa seperti masakan cef handalan.

Memang ada bufet dalam Ramadan - tetapi BUKAN bufet restoran.
Sebaliknya, bufet amalan - tahajud, baca Al-Quran, zikir dan seterusnya - bagi kita pilih-pilih, rasa-rasa dan cuba-cuba dan kemudian teruskan melewati Ramadan.

Berpuasa ibarat masuk program spa, BUKAN penjara atau pusat pemulihan.
Bagi sesetengah kita, puasa ibarat 'seksaan' hinggakan timbul gastrik dan perasaan seolah-olah kita banduan. Padahal, yang terbelenggu syaitan agar kita bebas menjalankan segala tuntutan berpuasa.
Kalau dulu nak baca Al-Quran ada 'bisikan' tonton sinetron dulu, dalam Ramadan tak ada alasan untuk ini.
Kalau dulu nak ke masjid, ada 'hasutan' tukar haluan ke kedai kopi, mulai lusa tak boleh salahkan syaitan dan iblis lagi.
Kerana itu berpuasa sebenarnya macam pergi spa, kerana di akhir program sebulan nanti terjamin kita jadi lebih langsing, sihat, segar dan tenang. Itu pun kalau kita patuhi segala pantang larang.

Bulan puasa BUKAN bulan kemas rumah. <- auuuww.. this wan i loikkeee..hihi
Ia bulan kita renungi dan perkemas diri.
Ramadan beri kita peluang meninjau dan mengemas kini amalan harian diri kita dan keluarga - mana yang buruk kita buang, mana yang baik kita kekal dan pertingkatkan.
Tiada ertinya rumah kemas, tetapi keluarga tunggang-langgang - ibu bapa ke mana, anak ke mana. ya ya saya sungguh setuju haha

Bulan puasa bulan ujian, tetapi bagi iman.
Ia BUKAN bulan uji kemahiran kita buat kek kukus, masak rendang atau anyam ketupat.
Ia bukan ujian cari kuih Raya paling unik.
Ia bukan ujian kecerdikan kita cari diskaun terbesar di bazar.

Akhir kalam, sayang sekiranya orang Islam tidak hargai ibadat puasa Ramadan yang tiada tandingannya sezaman.
Memanglah agama lain pun ada anjuran puasa, tetapi tidak selama dan seberat puasa Ramadan. Pun puasa mereka kebanyakannya membolehkan alas perut dengan makanan ringan atau minuman.
Puasa Ramadan pun tidak seberat santhara - di mana penganut Jain dibolehkan berpuasa hingga sampai ajal seperti yang dilakukan Cik Keila Devi Hirawat di India pada 2006.
Kemampuan orang kita menahan diri waktu siang selama 30 hari tanpa makan dan minum (dan rokok) adalah sesuatu yang disegani dan patut dimanfaatkan.
Hakikatnya, dalam Ramadanlah kita berupaya menunjukkan kemurnian peribadi selaku individu dan kesepaduan hati selaku umat.
Bayangkan betapa mengagumkan sebuah masyarakat yang setiap daripada ratusan ribu anggotanya menjauhi kejahatan dan menceburi kebaikan.
Itulah potensi Ramadan - sebagai pameran tamadun umat Islam, lebih gah dan menyentuh hati daripada sebarang acara lain.
Anda dipersila turut jadi peserta lusa nanti.

Komen: Sama-samalah kita perhati balik, apakah perkara seperti di atas ada pada kita, jadi perbetulkanlah balik… buat diri aku memang ada juga tu….

Wednesday, August 19, 2009

who did your hair?

kepada org ramai yg bertanya apakah rahsia atau trik2 untuk mendapatkan rambut anak yg kinting, ikutlah petua aisyah:




langkah pertama ye puan-puan


cari kipas angin. yg berdiri lagi elok




langkah kedua


berdiri/atau dirikan anak anda di belakang kipas tersebut




langkah ke tiga


kita putarrrrrrr!!!!


yaa.. masukkan rambut yg hendak dikerintingkan dlm kipas tu




dan hasilnya..
tadaa!!

Nurul, tag kau ku buat jua akhirnya


• so these are the rules..
# Write five (5) interesting facts about the person who gave you this award.
# Jot down ten (10) interesting facts about yourself or your hobbies.
# Pick your ten (10) most deserving recipients and describe them.
# Leave a comment on the recipients' blog to tell them they've been tagged
# Paste the award badge in your sidebar ..

this is what i am to nurul. sila beri perhatian pada ayat yg agak gemok berbanding lain2 ya.



Che Ta
Che Ta nie aku kenal melalui alam maya gak. Dah pernah jumpa, very sweet lady. A mother for 2 lovely daughters. Anak dia yg elder Aisyah mmg same age dgn Cha.
Aku kalo masuk blog che ta nie..mmg gelak sorang2 cz ayat
yg dia tulis mmg simple tp menghiburkan. Kalo aku tension, masuk blog che ta nie..bulih bikin aku senyum sorang2





hehe, lawak ke aku?


ok, let's start the 10 things about me..


1. aku ni pendiam, actually. tapi kalau bertemu buku dgn ruas, ataupun secara lebih ilmiahnya, kalau kena 'gu' dan kepala kimia yg sama, mmg boleh geng. instantly. mcm dah kenal lama wpun baru jumpa first time. kdg2 bila jumpa org tak kenal kat dalam bas, masa kat cashier.. ada masa aku terlebih ramah ada ati nk tegor org,



tp kdg2 (baca: selalunya lah) aku buat muka sombong je.



2. rujuk #1, org yang kenal aku selalu ckp 'tau tak, dulu masa mula
jumpa, ingatkan you ni sombong..rupanya kepala gila gak eh'


ayat standard. dah biasa la terima komen camtu. ada ke patut ckp aku gila??
tak masuk akal langsung.



3. apa ahh.. lupa dah..


ye.. aku mmg pelupa. sebab tuu ramai org suka mengambil kesempatan


haa ingat aku taktau ke yu ol nye dirty trick!


4. dulu2, aku suka gelak. ckp sikit, gelak lebih. bila terlebih seronot, aku gelak. bila nebes pun aku gelak..


lama2 aku rasa cam budusss pulak gelak tanpa sempadan gitu.. so now aku menten senyum sengeh2 je la..


tak pun aku buat2 muka mcm bagoss.. ala2 m.nasir, eh bukan.. mcm fauziah nawi. bukan fauziah ahmad daud ye. tu masa zaman aku gelak dulu tu baru mcm fauziah amad daud. oh sori, Dato'! dah lama eh tak nmpk fauziah nawi kat tv. ehm dah nk posa ni, karang kompem astro ulang citer2 sedih tahun2 lepas tu.


eh ni tag aku ke fauziah nawi?


5. aku tulis blog kat ofis je, baru ada 'feel' and 'thrill'. baru rasa berdosa sket. miahahahaa!


6. aku kawen tahun 2004. tu je nk bgtau.


7. aku penah tulis '10 thing i hate bout u' utk Tuan Besar. masa tu lepaih tgk citer 10 thing tu le kan.. must la tiru kan.. jgn tanya.. aku dah tak ingat. TB pun tak ingat tuh..


8. aku suka tulis/ckp 'kan' kan? tak caya cuba kira berapa kan aku dah tulis hari ni.


9. sebenarnya aku ada presentation japgi ni, tp sompek jo nk berblog haha.. siap buat tagging panjang2 lagi. sila beri tepukan berdiri ya!


10. aku seorang yg penyayang.. penyabar, pencinta alam, takut buang sampah kat tepi jalan, tak suka ludah keluar keta (unles terpaksa, masa tu aku peknen, big ekskius me ok).


tak caya tanya TB, kan TB kan??


ok setel.


no kena tulis lima benda pasai nurul pulak..


1. kenal melalui persatuan ibu2 hehe


2. sama minat iaitu mengabis duit kat kedai2


3. sama2 suka makan.. haha jgn tak ngaku eh!


4. kulit dia cantekkkk.. licin gebus mcm gosok dgn kertas pasir youuu


5. ku rasa nurul minat anuar zeng la, kan nurul kan?


ok now, masa utk memilih calon2 seterusnya..


1. ibu fauziah nawi - sebab dah sebut nama dia tadi kan, kira letak dia top dalam ini honor list gitu kekdahnye.. aku tau dia mmg pelakon berbakat, semua dialek dia boleh ckp! eh dia ada blog ke?


2. Dato' fauziah ahmad Daud - sapa tak kenal dia ni ku taktau la dok planet mana..


3. jiranku junida nama sebenar - yupp she' my neber, and partner in crime hehe


4. Mr Ana - laki ku ler.. buah ati ku.. cinta ku.. walaupun kutahu idoknye dia nak buat tag gini hehe


5. ibuk Awien yg semakin vogue sejak bermastautin di ibukota fesyen itu


6. Puan shahidah ayob dengan harapan dia akan lebih kerap update blog haha


7. sesiapa yg baru mkn ikan bakar minggu lepas


8. sesapa yang masih belum habis ganti posa. sebenarnya taknak tulis nama cida terang2an, mahu menjaga nama baik dia..


9. oh lupa, tag ini ditujukan khas buat abak, moga2 boleh jadi tag pertama dalam sejarah perblogkan


10. adik ijati.


ok. hari ni agak sebok. makanya aktiviti meletak sidebar akan dibuat kemudian.


sekian terima kasih


Monday, August 17, 2009

mengambil dan diambil

pertama:
beberapa hari ni ramai yg sampai seru
takde notis pulak tu
tetiba je jatuh, dan..
kebetulan kah
bila sorang jatuh kat tv3, sorang lagi kat rtm
dan yg sorang lagi jatuh masa tgh berlatih nk buat konsert

itu lah.. bila tiba masa
siapa pun taktau
kalau tahu sekian2 waktu, senang la nk atur kan, simpan $ byk mana kat anak bini, utang sapa nk tlg bayarkan, rumah nk letak nama sapa, henbeg2 mahal/pinggan mangkuk vantage nk wariskan kat sapa - tgk, nk mati pon stil sebok nk atur dunia bila kita takde??
takut sgtkah kita nk tinggalkan dunia ni?
selama ni kitakah yg mengatur segala menda?
lupa ka?
hidup kita pun di 'atur' oleh Nya, memandai2 nk atur hidup org pulakkk
dah mati tu dok dendiam bilang dosa pahala ler kak oiii

tu lah org dah ckp
jgn tunggu time raya baru nk salam laki bini
salam hari-hari
espesially mlm2 sebelum nk tido tu
mana tau esok pagi tak bgn dah ke, ha baru nk nyesal
ckp mmg senang ek, akak dulu buat kejap
kejap je hehe
lama2 kenape tah..
kenapa eh abg ajies ko takmo salam dgn ku?

kedua:
wah wah ada 2 org tu sudah selamat menikah alkisahnya
walaupun 2 3 bulan dulu tak ngaku pun ada perasaan chenta
ye la.. mungkin masa tu sungguh takde
dah satu malaysia dok ckp.. haa now dah ada la sudahnya
org2 tua dah pesan, ckp2 tu kan doa
haa kan dah makbul tu..
kepada mereka2 yg elmo,
dah jodoh depa.., biarlah
siapa kita nk mengata?
kurang2, akad itu selepas lafaz cerai. bukan tgh2 jln
cuba kalau si W tu besfren kita, mesti kita sokong kaw2 punya kan?
sama je ,
besfren si X pun mesti bagi sokongan padu kat X kan.. dah nama pun kawan takkan nk pi layan kompang, tabur beras kunyit masa kenduri org tu pulak kan

itu lah
dabel standad je ku rasa

just because we think we know better, we tend to make our own judgement
the big Q is, Do We?

sometimes i do believe in karma
what we give, we get back
kita buat kat org, org buat kat kita

so, take it positively
marilah berbuat baik kat semua org
so that only good things happen to us

some quotes that i'l always remember
' ingat kebaikan org pada kita
tetapi jgn ingat kebaikan kita pada org;
ingat jahat kita kat org
tetapi jgn ingat kejahatan org kat kita'

can you?

fesbuking, anyone?

why i dont fancy facebook?
sebab ku rasa renyah je nk wat segala mak nenek application dlm tu
dulu masa memula teringin gak nk join,
tp kekangan seperti kena hantar kepada sekurang2nya 63 org dulu sebelum boleh dpt jawapan,
atau, masalah server yg lembab mcm siput khinzir langsung terbantut nk donlod

lama2 ku malas je nk layan
masuk fesbuk pun sekali sekala
tu pun, setakat nk delete or ignore all je..
opps sori la abak, tak buat pun test org kedah tu hehe tau dah mesti score punya..

alasang kedua,

semua 'fren' ku kena screen test dulu
kalau jawatankuase pematuhan dan penapisan tak approve, tokleh le berkawan kekdahnya
(saje nk terai guna perkataan 'kekdah', takde perasaan pun tulis gitu?)
tapi kan, bila ku tengok list rakan taulan dia yg berjela, siap ada emma la.. sesapa laa (hehe sorg tu je pon, saje nk over elmo)
haaii.. duniaa.. di manakah keadilann!!
ku add je la kalau2 mmg ada kena mengena dgn kehidupan masa lampau, tayah la nk jeles2 yaa
kurang2 aku takde pet yg nama sama cam jiran sebelahku..


alasan ketiga

bos2 zaman sekrang sudah pandai berintenet

di mana termasuk la juga berfasebook dan berblog
jadi harus lebih berhati-hati

tidak boleh komen sebarangan

jika tidak jadi le cam gini hehe


oh
utk pengetahuan, seluruh keluarga Tuan Anwar sudah ada facebook ya
termasuk ibu mertuaku


comey je gambar senyum camtu haha

Yuna Yuni ku beri nama.. cikebum cikebum

oh aliya minat yuna rupanyaa..
semlm dlm keta dengar lagu yuna terus tersengeh
siap 'nyanyi' sama.. aaa haaa aaa..
gawang2 tangan lagi

pagi tadi
meragam masa nk pegi nursery
nasib sgt baik, elok jln je, ada lagu bulan pulak
terus diamm tuh!

disebabkan itu, ibu kena lah pakai tudung yuna
sebagai tribute kepada yuna yg telah menggumbirakan anak ku

mgu lepas,
aisyah menerai tudung baru ku
she came to me
'mami.. mami.. cantek tak?
aisyah pakai tudung yuni..'

haha

Saturday, August 15, 2009

Ganu part II

terengganu has always been a fofuler tourism destination
femes for its batikcraft, tembaga thing-y and of course - the keropok lekor
only one frustation - its hard to find good eatery
i mean yg sedap la
maybe ada tp sungguh la kept as secret.. even bila tanya org ganu sendiri, depa dunno what to sajes
paling2 they'l say ' tah, kalau nk makan sedap, kat rumah aku le, mak aku masak. kitorang selalu mkn kat rumah je..'
akak kalau pi mana2, mmg agenda utama adalah menterai makanan kebangsaan sesebuah negeri tu.. so bila ke ganu mesti lah nk merasa nasi dagang, nasi minyak, nasi kerabu, laksam and all..
first had laksam kat fudkot mydin ( haa mmg pon, pi jauh2 semata2 nk lepak mydin hehe mydin kat kl/subng pon setahun 2 kali je pegi). sungguh tak sedapp!! ferasss akak!
terus mogok taknak mkn apa2 daH

aiii
\a
iali\|ya nk menaip jugakkkk ish Is\hhh

haa sambung citer mkn
nasib baik esoknya org kat MBKT jamu nasi dagang yg sgt sedapp!! tp nk kayuh lelebih malu la pulak kan hahaa
at least terubat juga duka
hari kedua, since ada assignment kat bkt losong, makanya terusla langsung borong kepok lekor
sebelum pi siap serbey gerai mana paling tersedap. lepas beli terus mkn dlm keta hehe
stil tak puas ati, pegi cari pulak kepok lekor 007 yg konon femes tu..
sekali silap kedai daaaa.. rupany ada lagi satu kedai,tp its actually 3007, wic nomot 3 itu kecittt je tulih kat depan.. ok la, not bad
next day ada org ckp satu tempat lagi - kg tok beng
kebetulan tempat tu dah on the way balik ke kt so terpaksa la singgah kan. hmm sedap la jugak

aahh ada gangguan pulakk..
daaa!

ok sambungg..

hari khamis last assignment lepas checkout terus gerak balik
rindu anak woooo..
tp apa2pun agenda wajib adalah singgah minum kopi kat kemaman..
lepas tu baru boleh balik kl dgn aman..

apa2 pun rasanya kena dtg balik..
next time berempat pulak kot?

ke 4 setengah?
hehe
tahun lepas we came, aliya stil dlm peyut

me, berisi again this year? not this fast kot
tunggu la 2 3 tahun lagi ke..

Friday, August 14, 2009

in the name of charity

today my ofis is having charity sale

baju sulam bandung.. sangat cantik dipandang,used books.. ada buku grapes of wrath or something.. but didnt buy, malas nk baca buku serius now hehe
huhu..tergudak sungguh!
since wpun for charity tp reganya stil cheaper than kat luar
dah la poketku udah rabak lepas balik ganu, nk servis keta bagai
dlm dok taknak beli tu, 'ter'ambik juga tudung 2 lai hihi
and 2 tshirt for MrAna ku
see, i beli utk you taww.. bukan utk sapa2.. murah je, seploh hengget
pastu udah oderin baju kurung raya utk aisyah hehe..
and.. got my hands on this book too..
was bit late, beaten by junida (nama sebenar) telah cop buku2 yg best. ciss..
kitorang kat level ni dah buat petisyen tahun depan sila buat sale di tingkat lain le..
haruss bocor pokett huhuuu!!

Thursday, August 13, 2009

ingat nk masuk baby contest
tp malas la pulakk

so layan je la gambar2 anak aku ye
i am the Keeper of the seven seas..........haa..haa.. haaa!

Wednesday, August 12, 2009

missing aisyah..

aisyah not here
everything we do felt so.... incomplete
strolling down batu burok beach mcm bosann je
mkn2 felt so tasteless..
ke mmg kat sini makan tak sedap hehe

semlm we video-called
but she refused to talk to us
dia ckp dgn aliya je..
merajuk la tuh
mak kata she said ' mami and abak bawa aliya je..'
alahaii.. sayu je dgr..
sedih

baby..
mommy got work to do here okayy

ishh sebok je abak aisyah dok usik2 mami

okayyy okayy i did cried last nite. afterall im a mommy kan

lepas ni we all can go someplace for our family holiday
ALL four of us

mana ye..
bulan posa lak tu..
hmm..

Monday, August 10, 2009

from Ganu with lurveee

helo helo
kali ini bersiaran langsung dari kuala terengganu
got some work assignment here
terpaksalah ku paksa Tuan Besar amik cuti ikut sekali sebab tak dapek den tinggalkan si liya
aisyah pulak ikut tokmama
actually we all, we all tu maknanya me 4 org sekuarga campur seluruh keturunan encik anwar, turun kontan hari sabtu, memenuhi jemputan org beserah yg kini berserah saja lah haha
berdebar kauuu.. kalau dah jodoh tak kemana, insyaallah dimudahkan. ada org penah ckp, antara tanda2 jodoh yg baik itu dipermudahkan segala urusan. harap2 panjanglah jodoh keduanya, ye.
eh citer jodoh ni nanti2 lah, ada masa boleh tulis panjang
hari ni nk citer pasai kt je dulu..
we stayed @primula, ok lah, bilik deluxe tp kecik je pun. ada seaview yg tak seberapa.. jadi lahh (sebab bukan ku bayar kan, redho je laa)
ni menaip sambil meriba aliya, break kejap seblom next assignment at 2.30pm
depan ku ada cermin besar, sambil taip sambil bf sambil belek2 muka.. tiba2 ku rasa mukaku sgt gemok..aah masalah.
TB ada masalah bila sliding door taklehbuka. Aaaghhhh sudahh..bosannyaaaaa tak leh bukakkk!!

apprently it has become hotel policy not to let it openly open. kena request and sign surat pelepasan dulu baru hotel buka. takut kitorang pakat terjun ramai2 kot.
dari balkoni nmpk la sipi2 laut cina selatan yg biru-hijau tu. ombak cam biasa, ganass. tp tengahari ni nmpk cool sikit, ngantuk katanya.ada kuda kat pantai..
tringin pulak nk merasa wat adegan ala2 iklan hazelsnow..(tiba2 background muzik time after time..) oh lupaa..hanya golongan veteran cam aku je yg ingat iklan tu ekeke, korang2 yg lahir tahun lapan pulohan mana de penah tengok,

aliya having her first time sandy experience..layan je la gambar tuan yg terutama dan sang puterinya sebab permaisuri kena ambik gambar. (takde org nk ambik gambar hakuuu!!) aah takde mase nk buat mozek bagai.
oh sila tahu laki saya mmg sukaaaaaa sgt main pantai.. konon2 saleem la dpt layan blues tepi laut haha
nnt besok2 lah citer pegi pasAR payang. aliya nk menaip sama.






Saturday, August 08, 2009

Back on track

balik kerja semlm mcm biasa terus ambil the two babies
aisyah was her usual riangria self, aliya pulak tgh tido, angkat from the buai
biasanya ku spent 2 3 min chitchat dgn cikgu, minta laporan harian
cikgu kata aliya dah tak demam, tp stil mogok susu
tah mood baik pulak dia semlm, ku letak dlm carseat elok le pulak takde ngamuk2
stil mamai mode kot
mgrib tu rasa kepala n leher dia mcm suam2, terus bg ubat
ni kalau bawa gi klinik sure satu family kena kuarantin ni
hmm.. nk bawa ke tak..
if kuarantin cemana plan ke Ganu, arrangement sumer dah siap sure kelamkabut kat ofis nk cari ganti, gilo last minit camni nk tukar plan! nk abort mission pun, everybody has been notified yet, how if kena kuarantin kat ganu sana? haa karang lagiii lecess
alhamdulillah semlm aliya getting better, thanks to hot weather too
berpeluh sakan both anak dara ku
lega lega legaaa!!!!!

anyway,
today patutnya terus gerak ke kontan, ada jemputan kenduri la pulak
ye, ini jemputan spesel, kena la pi kanhehe ;-)
(padahal ada byk lgi jemputan kenduri hari ni takdak hingin nk pi pun kan, takbaikk tauu org jemput taknak pi!)
tapi, mcm takboleh pegi jaa
sebab rasanya baik let aliya get her rest dulu
tau je la travel ni karang penat sian dia dah le baru baik demam kan..
shud i?

ok,sila layan gambar semlm
aliya yg lepakk.. tp nmpk je mummy nk amik gambar terus pose haha. she was aliya again, sebok duduk tak reti diam.

aisyah yg ceria tetiba gelak berkekek-kekek
oh, sila zoom kat jari dia tu, nmpk tak calar?
haishh.. semlm ku tanya kenapa, dia semyum kulum, selamba je ckp takde pe
well, budak 3 thn nk simpan rahsia, from mummy lak tu, korang rasa pandai sgt ke?
ku tanyalagi, kena kat mana? rumah ke sekolah?
pasai ku saspek she's trying to hide something
'rumah'
kena apa?
'kipas...' selo je jawab
haa..., kan?
eiii budak inii..

Thursday, August 06, 2009

Anakku demam lagi



balik s.alam hari selasa badan aliya setat panas. mcm tinggi je
zrass ke klinik. ramaila pulak budak2 sakit kat situu.. hmm
konpem. 38+ degree.. terus masuk sup. (haa sapa tatau sup tu apa sila angkat tangan, ngaku cepat!)
still lama jugak temperature dia nk turun
esoknya terpaksa juga ku mencemaskan diri tak pegi keja
since my kelik dah cuti, dan bos dah bgtau sensiang ada urgent things to do
terpaksala ku karang sms berunsur kasihan menagih simpati tuan yg terutama ituu
kesian aliya..
tp she's such gud girl, takde nk merengek, meragam ke apa
dia baring diam2 je..
alhamdulillah aisyah dah demam
dia pulak yg sebok ajak pi jalan
tu la, asal aku ada rumah je dia ingat hari cuti, so kena la kuar berjalan kan
tengok aku tukar baju je, she'l ask 'mami nk siap dah ke?'
'siap pi mana?'
'pi jln2 laa!'
'mana boleh, adik liya kan demam..
esok aliya dah okay baru boleh jln2..'

petang tu aliya nmpk okay sikit
dah nk main2 dgn kaklong
after a while ku tgk aliya dah berdiri kat tepi katil!
wah wahh dan boleh bangun sendiri, nk setat meniti dahh
horayyyyy!

(semasa percubaan mengambil gambar tetiba aliya tergolek , nasib baik abak hg tak nmpk hehe)

tp,
mlm nye, panas dtg balik
aroung 3 bagi ubat, lamanya lahaiii nk turun temp

ku lap2 badan, kesian pulak menggigil dia..
terpaksa ku selimut sikit baru dia okay boleh tidor..
almost 5 baru nk suam2 kuku
pukul 7 bagi ubat lagi sekali
aliya, mummy so sorryy.. dear, hari ni terpaksa hantar liya ke sekolah ye
dah pesan kat cikgu, apa2 terus call..
**ala tag si nurul tu panjang la pulak, sampai puloh2 nk kena list
nanti2 la nurul ek hehe

mari mengabis duit lagi

tapi kali ni for good cause la adanya

my ofis will be having jumbo sale to raise fund as part of its corporate social responsibility
so mari la ramai2 memborong, membeli, menguruskan beg duit korang yg berkepuk2 tu, atas nama kebajikan (if it helps to lessen the guilt hihi)
this is the 2nd sale, this year not only offer pre-loved/pre-owned items like books, baju et all, but also provides an array of kuih raya, baju raya, food..
ha apa lagi, yg mana dok dekat2 tu jemput semua

err, if any of you guys out there want to donate also welcomed to do so, cumanya kena cepat sikit so that i can arrange for you, since i'l be out of office next week. apa2 let me know ok!


pehhh.. model mana la depa amik tu, comey sungguh hahahaha!

Tuesday, August 04, 2009

stroke: remember the 1st three letters - S.T.R.

tiba tiba ada entri yang serius pulak ye kawan2. sila baca dan hapal ye, kot esok2 akak ke, abang ajies ke kena strok, tolong la tanya soklan2 tu, soalan bocor la kiranya nih..

From a forwarded e-mail and copied blogentry. Read, practice and pass it on.


During a BBQ, a friend stumbled and took a little fall. She assured everyone that she was fine (They offered to call paramedics). She said she had just tripped over a brick because of her new shoes.
They got her cleaned up and got her a new plate of food. While she appeared a bit shaken up, Ingrid went about enjoying herself the rest of the evening.
Ingrid's husband called later telling everyone that his wife had been taken to the hospital. At 6:00 pm Ingrid passed away. She had suffered a stroke at the BBQ.. Had they known how to identify the signs of a stroke, perhaps Ingrid would be with us today. Some don't die. They end up in a helpless, hopeless condition instead.


It only takes a minute to read this...
A neurologist says that if he can get to a stroke victim within 3 hours he can totally reverse the effects of a stroke...totally. He said the trick was getting a stroke recognized, diagnosed, and then getting the patient medically cared for within 3 hours, which is tough.
Recognizing a Stroke:
Thank God for the sense to remember the '3' steps, STR . Read and learn!

Sometimes symptoms of a stroke are difficult to identify. Unfortunately, the lack of awareness spells disaster. The stroke victim may suffer severe brain damage when people nearby fail to recognize the symptoms of a stroke.
Now doctors say a bystander can recognize a stroke by asking three simple questions:



S *Ask the individual to SMILE.


T *Ask the person to TALK and SPEAK A SIMPLE SENTENCE, coherently. (i.e. It is sunny out today.)


R *Ask him or her to RAISE BOTH ARMS.


If he or she has trouble with ANY ONE of these tasks, call emergency number immediately and describe the symptoms to the dispatcher.
New Sign of a Stroke - Stick out Your Tongue:
Another 'sign' of a stroke is this - Ask the person to 'stick' out his tongue. If the tongue is 'crooked', if it goes to one side or the other, that is also an indication of a stroke.
A cardiologist says if everyone who gets this e-mail sends it to 10 people; you can bet that at least one life will be saved.

I have done my part. Will you?

Monday, August 03, 2009

apakah wedding tanpa gadis bunga nya..

hehe.. apa kes taruk tajuk sebegitu ropa??

uh uh semua org telah update blog mereka dgn acara sabtu lepas

takleh jadi kome nk kena update la jugak
gambar tak byk, so kena cilok korangpunya lah ye , sila redho!

sabtu 1 ogos 2009, dengan izin Allah azzawajalla, maka berakhir sudah penantian ahkak sukasuki_cida kita itu (ampunnn!! )

dengan wajah ceria, masuk menjejak takhta raja sehari beriringan Sang Raja Lelabah (yg bermuka licin setelah dibersihkan sawang2nya hikhik)
berbaju merah, nasib baik tak berseluar yengki
pendek kata semua semua kaler merah la
nasi & lauk pun merah2 juga kalernya

well, see it for yourself..

Sang Pengantin

eh eh mcm kenai ja, sang papparazi tu ada je nk menempek?!

the Gadis-gadis bunga yg dah tak boleh bercakap lepas kena solek

(tengok semua mulut ketatt je haha)
dan..
pengantin yg tak berapa lama hehe

'aliya meragam the whole night, rimas berbaju gon rasa nya kot hehe, asyek2 dia kibas2 gaun, hairband jgn ckp la, awai2 dah tarik2,
aisyah lak komplen sakit kaki, ku pujuk suruh tahan sampai lepas fulfill her duty
after that zrass berlari sana sini shoe-less!

with Acu Ijat, aka Acu Andam hehe


apapun,
big TAHNI AH kepada the Alongs
semoga berbahagia sehingga ke akhirat,
dikurniakan zuriat yg solehs dan solehahs (note the s haha the more the merrier ye dak??)

dan acu ijat, ehem2 dah ada nk isi borang lagi ke haha