Pages

Thursday, April 29, 2010

mencari Al- GahZali ku

dekat..
tapi bila nak capai tak sampai

ingin ku biar kau terbang
ku bimbang kau tak pulang2

ingin ku genggam kemas
karang kau mati lemas

ditelan mati mak, diluah  mati bapak
tp kalau ku kulum kaang aku tercekik sensorang

tak ku impi wang berjuta
atau banglo luas berdepa
encik Lepat bersusun menjalar
disaluti emas permata
mahupun LV gucci  atau prada

ku cuma minta kau setia
susah senang dikongsi bersama
kau faham apa ku rasa
penenang jiwa di kala duka
juga peneman bergelak ketawa

sayangiii.. dakuuuu...
pelukk la dakuuu...
eh kenapa tetiba jadi lagu cik siti pulakkk

Wednesday, April 28, 2010

Pesan Nenek

skrg ni entri aku cma bosan eh.. sebab takde gambar
kalau ada yg tersesat pun sebab aku ter rajin nk menggugel

memang la sekeping gambar itu boleh 'menggambarkan' seribu perkataan
dan satu perkataan belum tentu mampu menggambarkan seribu gambar

alah.. kalau barang baik, takde gambar pun mesej akan sampai ye dak

2 3 menjak ni akak cepat pulak nk terpilu
tetiba.

pagi pagi mmg bes sebab rasa bersemangat
sireis semangat di pagi hari mmg lain kan
akak rasa pagi2 mmg masa yang paling tepat utk muhasabah diri
seswai sungguh la radio ikim pasang ceramah agama pagi2
sambil drive tu atleast ada gak le pahala
kalau tak penuh berbakul dok marah org kiri kanan je..

pagi2 kita akan bangun dengan penuh harapan
especially bila lepas solat subuh tu
semoga hari ini akan menjadi/memberi yang lebih baik pada kita
pada semua yg kita ada - family, kerja, hartabenda, kesihatan.. etc
tp selalu solat subuh pun kelamkabut doa pendek2 je.. hehe
tu aku la,
hari cuti pun tak juga nak bangun awal kot nk tambah sunat ke, layan al-mathurat ke.. bila tah nk insaf ni..

apa2 pun mulakan hari anda dengan positif
kalau tak de sgt, cuba cari
mesti ada sesuatu yg boleh bagi kita semangat utk teruskan perjuangan satu hari lagi
cthnya dengar bunyi burung, atau tengok langit yang bercahaya cemerlang, putih bersih awan dan birunya langit pagi..
atau sekurang2 bersyukur kerana kita  masih kita yg semalam - masih sihat, masih ada ingatan, nasih berselera nak makan, masih ada family di sisi, kereta kita masih ada ditempat parking, rumah kita masih teguh berdiri, mak ayah kita masih ada.. eh banyak laa

who knows pagi ni mungkin pagi terakhir untuk kita
so make full use of it
- tell everyone we love them, kiss them if you can
- try to pay off your debt - tak dpt bayar semua bayar dulu mana yg mampu. sikit2 pun takpe yg penting kita ada niat dan usaha (drpada dok ckp 'nanti.. nanti lah bila ada duit..' bila tah nak adanya..)
buang sangka buruk pada org, esp pada org yg nk masuk depan keta kita tp hampeh tak bagi signal pon,
- berterima kasih pada polis2 trafik wpun nampak je depa dok nganga tengah jalan tu kan, we dont actually know their work, jgn tau komplen ja, pi jadi polis trafik dulu baru tau depa reti buat kerja ke tak, jgn nk kutuk ja. (suruh pi keja polis taknak pulak)
- cuba.. cuba utk jgn nak marah2 pagi2.
- paling penting, enjoy your brekfast hehe

tu je lah ye..
ingat!
insan yang cemerlang lahir dari akal dan hati yg bersih.. ye.. yee
(di iringi oleh soundtrack Dr Fadzilah Kamtumi)

Aku Tetamu Senja, Kamu?

Tetamu Senja ~ A. Samad Said


Kita datang ini hanya sebagai tetamu senja
Bila cukup detik kembalilah
Kita kepadanya

Kita datang ini kosong tangan dada
Bila pulang nanti bawa dosa bawa pahala

Pada tetamu yang datang dan
Kenal jalan pulang
Bawalah bakti mesra
kepada Tuhan
kepada Insan

Pada tetamu yang datang
Dan lupa jalan pulang
Usahlah derhaka pula
Pada Tuhan, kepada insan

Bila kita lihat manusia lupa tempat
Atau segera sesat
puja darjat, Puja pangkat

Segera kita insaf kita ini punya kiblat
Segera kita ingat kita ini punya tekad

Bila kita lihat manusia terbiar larat
Hingga mesti merempat ke laut biru
Ke kuning darat
Harus kita lekas sedar penuh pada tugas
Harus kita tegas sembah
Seluruh rasa belas

Kita datang ini satu roh satu jasad
Bila pulang nanti bawa bakti padat berkat
Kita datang ini satu roh satu jasad
Bila pulang nanti bawa bakti padat berkat

~ A. Samad Said
First came across this thru Kopratasa
then someone recite it in the radio
when it was recited partly in one of Akademi Fantasyia's student performance last week, i guess its making the comeback

its so.. touching
reminding..
of what i am
who i am
where we came from from
and where i am (should be ) going