barangkali tulisan dan otak pun sudah gerhana seperti gerhana bulan yg kecoh tahun ini..
ya.. benar March bulan yg molek penuh sejarah..
ramai bercakap tentang gerhana..tambah pulak di zaman fb dan insta semua di hujung jari, semua cepat aje menjadi viral
ada yg tak ambik port (mcm aku la..siap lupa lagi ingat mlm hahaha)
ada yg seronok terlebih
ada yg kecoh ribut risaukan petanda kiamat sudah dekat..
ya, barangkali, Allah lebih tahu, tapi kita org Islam ikutlah cara Rasulullah, buat solat sunat gerhana, bukan bersorak2 gempita menghalau resaksa yg menelan matahari..
aku tak nak cakap pasal saintifik teori kenapa telur berdiri atau pokok2 mati time gerhana
tp aku nk ingatkan diri sendiri beberapa point yg aku terfikir:
1. gerhana menyadarkan aku betapa.. betapa masa ini sungguh cepat beredar. cuba tgk berapa lama masa diambil utk bulan 'lalu' kat matahari? about seminit 20s gitu kan? ke lain tempat lain tempohnya?
apapun.. kalau tgk balik..Allahu..masa yg beredar tak mungkin boleh diulang semula.
dan kita semua sedar about the time that passed during the eclipse..
but yg setiap saat yg beredar waktu lain kita tak amik kesah pun.. cuma kita tersedar bila angkat kepala.. eh dah pukul 12, eehh.. dah pukul 4.. eh laa dah pukul 6.30..
tu pun boleh dok buat ralit lagi, kejap la tgk playboy dulu, tgk bimbo dulu, basuh pinggan dulu
cer tetiba..eh.. dah time nk mati? haa
2. bila berlaku gerhana baru kita nmpak dan sedar ada benda2 lain kat dunia ni yg berlaku di belakang kita. yg kita tak sedar, atau tak pernah tahu pun dia ada. ni pun nasib Nampak..kalau tak sampai ke sudah tak tahu yg bulan tu pusing bumi, bumi pusing bulan boleh bertembung pulak pada waktu sekian-sekiann.
yg kita sebok bila artis tu nak kawen, bila diorg nak cerai, dia pakai baju apa, anak dia pandai nyanyi ke tak, bila
sedangkan byyyyyykkkk sgt kejadian kat dunia ni yg berlaku tanpa kita sedari.. sedangkan dalam Quran Allah dah cerita macam2, dari hal kandungan dlm Rahim ibu, pokok2 tumbuh dan hujan turun, rahsia dalam lautan yg dalam, sampai ke big bang dan bintang2 mati menjai supernova,
itu baru kejadian alam, bab manusia buat itu ini, lg macam2 kalau tgk berita..
moral of the stories - benda yg kita tak Nampak tak semestinya takde,
dan yg kita Nampak tak semestiny betul, kerana pandangan mata itu boleh jadi menipu
3. gerhana adalah bukti hukum alam. ya Allah Maha Mencipta, telah mencipta alam ni dengan hukum2nya. macam pergerakan bulan dan matahari byk kali disebut dlm AlQuran - beredar pada tempat yg telah ditetapkan (paksi masing2) dan pada masa yg tertentu (balik pada hukum) akan bertemu pada satu titik. kalau ikut lojik manusia ini hukum matematik dan hukum fizik. jom pi mengaji lebih lagi!
4. gerhana kali ni tak la penuh sgt sebab bulan tak tutup matahari 100%, masih nmpk tepi2 tu cahaya matahari. but still.. matahari tu berapa kali ganda saiznya dari bulan?
yet, bulan masih 'mampu' menghalang cahaya matahari dari sampai ke bumi
somehow, benda lebih kecil pun boleh menewaskan benda yg lebih besar, kalau kena time dan gaya la. pikir2 kan..
ok lah sesi akademik kita kali ni.. ciaaaaa