Pages

Tuesday, October 30, 2012

Aliya is 4 today

today marked another milestone for this cheeky lady

Happy 4th Birthday Aliya

Bismillahirrahmanirrahim..
dengan nama Allah kamu datang..
dengan Nama Nya juga Mommy sentiasa bekalkan kamu..

Semoga Allah sentiasa memberkati setiap pekerjaanmu
Semoga Allah kurniakan rambut yg cantik buatmu
Semoga Allah luaskan rumahmu, dan banyakkan rezekimu
Semoga kamu sentiasa dalam lindungan rahmatNya

Ya Allah,
Jadikan Aliya anak (dan wanita) yg Solehah seperti Fatimah bt Muhammad
kurniakan Aliya aqal dan ilmu yg tinggi sepertimana Kau kurniakan kepada Ali bin Abi Talib
tinggikan akhlaknya sebagaimana Kau tinggikan akhlak Rasul2 Mu Ya Allah
Sihatkan tubuh badannya, penglihatannya dan pendengarannya
Fasihkan lidahnya, dan Lunakkan suaranya untuk membaca Al-Quran (serta faham isinya)
Jadikan ALiya (dan seluruh keturunannya) seorang yg tetap mengerjakan solatnya
Peliharalah dia dari pandangan mata/niat jahat manusia dan seluruh makhlukMu
..Amiinn Aminn Ya Robbal Alamin..


Aliya,
Mommy loves you the way you are
im sorry..sometimes i forgot that you'r barely 4!!
you had so much more in front of you
do not be afraid to venture out of the ordinary
just be careful ya..

*thank you maklong and pakteh for the pic hehe

the YOung Gun

*intro lagu young riders di balik tabir


sapa amik pistol saya cepat ngaku?!!

Sunday, October 28, 2012

Education does not have to be expensive
Look around you
There's always a teaching tool within reach.
Like my case, why waste a calendar note book - its have just nicely sized box for kid to write in it, with the date as reference. Great for teaching the numbers and the sequence, or just to introduce random number, whicever u prefer it.

Sent from my BlackBerry® wireless device.

Friday, October 26, 2012

Ben 10

Siapa nama?
Muhammad..
'mmmadd..!"

..Uumarrr...
"mmat!"

Qayyum..
'Yyomm!'


Bin?
Ajies...?

(Geleng kepala..)
Butan!

Eh? Ye la
Abis tu bin apa?

Ten!!

Sent from my BlackBerry® wireless device.

Wednesday, October 24, 2012

Ejen M

the name is M..
Malas..

dah masuk 8 bulan ni aku mengaku dah mula malas nak pam susu Adyra
ditambah dengan kekangan kerja di opfis..selalu cuma dpt pam lepas zohor
(okayyy..ok aku tau itu ekskius..big ekskiuss pffff)

selalunya pam pukul 2+ tu dpt la 6oz
pastu sampai rumah sebelum amik derang balik aku pam lagi seround
Adyra pulak tak minum byk, 8oz pun tak abis!
dia ni ada angin sikit, pg2 kdg2 dia dah minum direct kul 6 tu, pastu kat sekolah tak minum pun sampai tghari terus lunch ajek

baru ni pulak dah sesema berkahak bagai sampai kena neb.. sian la kecik2 dah kena amik gas
nangis meraung2 sampai serak sora. makcik tu pulak mmg kalau dia taknak pulun nangis sampai nk keluar tekak.

bila anak tak sihat gitu, mmg rasa nak kena tambahkan production
sebab taknak kasi susu lembu, kot2 elejik ke apa ke

juga perlu makan dgn lebih sihat
dan stop amik those 3-in 1 oldtown hazelnut ..huhuhuhu
*iskk iskk..*

so M, please go away..
come back another day

Tuesday, October 23, 2012

WonderGirls

CAKkk!!

Abg Ajies's all four..

Sent from my BlackBerry® wireless device.

Sunday, October 21, 2012

Saat saat indah

Budak 'Umar ni org dah cakap takleh tutup tin tu sebab pensel kaler panjang..Dia nakkkkk juga tutup sampai meraung2
Rasa nak tempeleng je 2 3 das

Sent from my BlackBerry® wireless device.

Friday, October 19, 2012

Lirik Suka Hati

Kayu hapi basahh
Kayu hapi basahhh
Mcmana kamu tak basahhh
Tanya sama pokokkk
Nanti pokok cepuk kamuuu
Rasa sayang yeyy
Hey Rasa sayanggg. Rasa sayang yeyy
Lihat jauh rasa sayang heyy
Buah cempedak diluaaar pagar
Tolong ambil tolong jolokkan
Saya lah budak baru belajar
Lihat jauh rasa sayang ehh
Ayahh dan ibuu..
Ayah dan ibUuu...
Ibu dan bapa sila nikmati
Penat memasak malam ke pagii
.
..
..




Suka hati hang la Aliyaaaa.. asal bahagia


Sent from my BlackBerry® wireless device.

heinz yg halal ditonton


antara karekter utama dlm katun fineas and ferb ni adalah si villain dr heinz doofenshmirtz (watever the spelling is, i still cant spell it correctly walaupun tiap episod mesti akan tunjuk gambar wisma doofenshimrtzz itu)

tapi dia ni takde la jahat sgt..jahat2 manja je gitu
sebab dia ni saintis, jadi dia hanya semata2 nk cuba rekaan terbaru dia je
walaupun si Perry platipus tu adalah ejen rahsia yg ditugaskan untuk menggagalkan setiap misi dr heinz ni, sebenarnya he ha a soft spot for perry. setiap kali kalau dia ada evil plan, dia mesti tunggu perry dtg dulu baru jalan.
ada satu episod tu yg fineas+ferb and the geng jumpa time machine dan pergi ke masa hadapan, ada scene dr heinz dan perry dah tua giler dok main chess sama2, lepas tu bergaduh dan dr heinz "lari' pakai tongkat sambil di'kejar' oleh perry. dah macam slow-mo pulak.
walaupun jahat, dia sebenarnya adalah insan berhati mulia dgn anak pompuan dia yg 'howtt' itu dan juga dgn ex-wife dia.

aku teringat kat dia ni sebab semlm aku nampak sorg staf kat sini, eh ada iras2 dr heinz la pulak.
lebih kurang je pun gayanya..
hmm..bakal?

Obviously obvious

Antara perkara yg aku tak berapa berkenan adalah apabila orang suka menyuluh di dalam terang..(Baca: stating the obvious)
Untuk apa? Lainlah kalau menyuluh bawah sofa. Ok kat situ mmg gelap walaupun seluruh bilik disinari cahaya.
Kdg2 saja nak bercakap juga sebab nk tunjuk kau masih ada authoriti?
Ke rasa org lain tak cerdik tak leh fikir mcm kau?
Org mcm ni mmg kita akan jumpa. Kalau dulu kat sekolah kita tak nmpk sgt bulunya tp bila dah keja kat opis mula lah muncul dlm hidup kita. Kat perumahan, hatta sedara mara pun akan ada sorg dua.. Yg tukang wat kecoh arah itu ini time ada majlis. Depa ni hari tu lah nk tunjuk pandai atur itu ini padahal org lain dah berbulan mensyuarat nk susunatur.
Adik aku dulu tetiba penah kena sound dgn sorg sedara kitorang yg baru je Tunjuk muka hari kenduri kakak aku, arah dia buat itu ini..bengkekk je diaa, terus ban abang tu dari salasilah keluarga haha

Myself, kalau terpaksa kena hadap golongan ini aku wat muka blur je..
Ye, aah.. hangguk sikit..
dah jom blahh...!


Sent from my BlackBerry® wireless device.

Thursday, October 18, 2012

Piala

bila hujan mlm2 dah astro takdak siaran, bagus juga sebab boleh spend quality time bersama sekeluarga.
abg ajies spray ubat nyamuk kat depan so ramai2 pakat menyempit dalam bilik belakang yg juga merangkap bilik persalinan keluarga.
jadi aktiviti paling sesuai adalah tidak lain tak bukan adalah acara melipat baju masing2.
tak kisahlah bila si kecil lipat baju senget2, kurang2 diorang belajar take charge.
abak mcm biasa la, tolong jaga Adyra yg dah makin melasak skrg ni. tu cara2 belum boleh merangkak lagi tu, baru dok belajar push badan ke depan. kalau letak kat lantai pusing sekejap tgk dah sampai bawah katil dah..

mula2 Aisyah taknak tolong, tapi bila Aliya wat statement wajib dia
"Liya tolong mummy lipat kain, Liya kat anak yg baik kan mummy kan??'

terusss cargas je kaklong sama tolong..

taknak kalah, kaklong pun wat dialog
'Abak, Aisyah lipat kain ni Allah nampak kan? Nanti Allah bagi piala kat along kan abak kan?'

ye la...piala pun piala la..
derang ni mmg sampai ke sudah dok konfius pahala dgn piala
ada sekali tu bila Aisyah baca dlm majalah ada gambar piala, dia terus tanya,
Mummy, ni ke piala yg Allah bagi kat kita tu?

alohhh camna nk jawab tu?

Wednesday, October 17, 2012

Pesan ibu sepanjang zaman

Dari kecik mak saya pesan:

1. susah2 kita makan ke tak, ada ke takde..dok rumah dendiam. makan/pakai apa yg ada..

Maknanya - tak perlu jaja sekampung kesusahan atau kesempitan hidup kita.
Mak pesan sgt2 kat kami sebab rumah tok sebelah je, agaknya mak risau kot kitorang kena intebiu dgn tok/tokwan/makcik2. Segan agaknya.
Dan sekrg bila dah ada rumahtangga sendiri saya mulai faham. Dan saya pun pesan benda yg sama kat anak2. Tau je lah anak2 saya yg bijak ini juga sgt jujur dlm bercerita. Aisyah penah ckp kat cikgu tadika kat rumah dia takde beras! Hehe mmg la takde sebab masa tu saya jarang masak di rumah.
Apapun, The best is to pray to Allah, Dia lah sebaik-baik pemberi rezeki

2. Biar tak baru tapi bersih + tak selekeh.

Mak mg pantang kami pakai baju koyak/berlubang. Mak akan jahit selagi boleh pakai. Tapi seingat saya, miskin2 kami Alhamdulillah tak pernah lah sampai pakai baju bertampal. Takat berlubang sikit2 tu adalah mak jahitkan.kdg2 dia sengaja taknak jahit sebab dia tak suka saya pakai baju tu..
Tiap kali raya koman2 mesti ada kurung sepasang. Mak jahit sendiri.
Saya sendiri jadi pelik bila tgk budak2 sekampung pakai baju koyak2 berlubang, like mcmana la korang boleh pakai baju camtu??
And now dah jadi mak (again) baru paham hehe
Budak2 ni kdg2 sukasuki je ambik baju pakai.depa bukan kesah baju lusuh dah nak wat kain buruk ka, janji dia suka. Jenuh la nak sembunyi dari diorang. Anak saya lak mmg jenis perisik tegar mmg habis la kotak2 baju lama yg kita dah kemas kena bongkar. Bila mak saya dtg pulak habis dia basuh semua,
"Laa mak mana tau, tgk mcm elok je lagi ingat budak2 ni pakai lagi.."


Itulah mak saya dan pesan hikmatnya

Sent from my BlackBerry® wireless device.
Semalam terdengar anak2 bergaduh. Perkara biasa dlm hidup beranak pinak.
Along Aisyah seperti selalu akan dictate dan menggunakan kuasa kakak.
Dan Aliya juga mcm biasa akan 'bertarung' sepenuh hati. Sama saja mcm mummy dgn maklong kecik2 dulu.

Terdengar Aliya mengejek
'Tak takott!! Liya takut Allah!!!'

Cukup utk membuat mummy dan abak bertentang mata. Senyum sedikit terukir di hujung bibir.
Adakah ini hasil didikan ibubapa? Alangkah cantiknya kalau 'takut' hanya kepada Yang Esa itu kekal sampai bila2 dan bukan setakat alasan nak menang bergaduh.

Sent from my BlackBerry® wireless device.

Tuesday, October 16, 2012

Apek minang

dalam dok redho jadi bahan ujikaji kakak2 atau model sambilan bila kaklong nk belajar 'set' rambut atau main mekap2, "Umar masih tegap mencirikan boyish featuresnya sebagai jatidiri lelaki sejati haha

dia ni kalau main bola je manjang tangkap bola pastu jatuhkan diri ala-ala goalie..

so khairul fahmie.. (ehem)..anda ada 10tahun je lagi sebelum hero malaya baru ni naik eh.
masa tu 'apek' look mungkin dah tak berapa nak in, MMS (minang+mami+siam) will be the new sage.. true blood gitu..hahaha

err.. ada sapa2 nk sponsor kasut tak? :-p

Monday, October 15, 2012

Anak awak berapa A?

baru ni aisyah bawa balik kertas peksa
BM - okay
English - okay
Matik matik --
uh uh.. tgk markah 88% je?
ok tahan diri utk tanya soalan berbaur negative dulu
walaupun mulut ringannn je nak tanya 'awat banyak salah ni??'
dgn budak ni kita ibu bapa kena saikologi sikit
ibu bapa kena positif dulu
jadi perlu fokus kepada yg dia buat betul dulu sebelum semak (ye semak, dan bincang. bukan interrogate)
sabar..sabar..
Aisyah pun sibuk buka kertas peksa dan citer apa dia kena buat
so puji lah dulu kan
"oh okayy..haa betul ni, pandai aisyah!"
bila sampai tang salah tu, selo2 tanya 'ermm ni macamana boleh salah ni?'
alahaii .. salah benda simple2 je pun..
aisyah ni mmg kalau buat kerja dia nak cepat, kalut sikit. pastu takleh ada gangguan sikit dia dah lupa apa dia pikir tadi.
sebenarnya aku sedang cuba tanak tekankan sgt pencapaian akademik yg terlampau.
bukan lah tanak atau tak kisah anak nk corot dlm kelas, tp kitorang taknak push anak2 MESTI dpt A semua2..if they can, its bonus for them. bagi kitorang apa yg penting mesti dia paham dulu konsep kehidupan and the survival of realities.
tapi mak diorang ni, somehow taknak la anak2 menten top three terakhir dlm kelas kan..kurang2 pun takdela koman sgt.
apa2pun yg penting, walaupun depa tak top 5, as long as depan faham apa yg depa belajar dan dpt aplikasikan dalam kehidupan is good enough. afterall, aku nak derang jadi 'insan'. bukan wiki berjalan.
if u recall in my previous entry i did tell u about few people i met, they encourage me to fully encourage anak2 to be more than all-star students at school. there;s so much more in kids that we need to nurture.
let them enjoy beings kids now, while they'r kids. but at the same times need to teach them the value of life.
.
.
.
ya itu tidak mudah sebenarnya.
untuk mak bapak nak balancekan semua tu.. dah mak bapak pun tak balance2 lagi hahah

lihat keliling pun, ramai org2 yg berjaya bukan semua star student pun masa sekolah. ada yg tak pass universiti pun.
but takde la aku nk ajar anak tak payah pass belajar kan. belajar is VERY IMPORTANT. menuntut ilmu kan wajib. belajar sampai betul2 faham tu lebih penting dari pass with A. kdg2 dpt A tapi konsep pun tak paham, sebab dok menghafal jek lebih..
biar faham sampai boleh olah teori sendiri, boleh relate dgn semua2 aspek. itu baru betul2 A!
lgi satu, sekeping ijazah bukan jaminan boleh senang2 dapat kerja. so biarlah belajar dengan niat nk tuntut ilmu, bukan nk kerja semata2. kalau dpt kerja, itu rezeki Allah. kalau tak dapat, there's actually rezeki kau di tempat lain.
and most often, at work, kita akan jumpa mereka2 yg kemain berbintang2 berdekan2 masa belajar tapi bila kerja..adoiyaiii sakit kepala nak deal dengan mereka. ada yg sijil biasa2 tapi cara bekerja mmg worth a respect. at the end, itu lah kita nak kan?

pengalaman sendiri semasa budak2, aku tak perlu byk, sebab kehidupan keluarga masa tu dah cukup bg motivasi untuk menjayakan diri sendiri. kecik2 dah faham there's no other way to help my parents than to study hard at that time. syukur Allah sentiasa melindungi dan menolong, i did well, at least.
looking back, im amazed gak, at such young age dah boleh fikir gitu hehe. but again, i know why, its just part of Allah's grand plan. there's reason why he put me there and here and now...
so for my kids, im yet to 'implant' any motivational factors for them. still looking for their specialities to nurture. apa2pun, i believe Allah has already worked His finger. we just need to figure it out.

Friday, October 12, 2012

Family Quality time


KARTUN PUJAAN SEISI KELUARGA SEKARANG INI


pastikan anada menonton dalam bahasa melayu. lebih terserlah kelakarnya.
p/s: watak kesukaan mummy adalah Gunther. cool!

Di tempat kedua adalah:

yg ni kena tengok versi bahasa penjajah

Thursday, October 11, 2012

Wednesday, October 10, 2012

Insaf

Mengikut kawan ke jusco untuk membeli tako pada suatu tengahari
Sempat menjeling baju baru kat ladies dept.. Hati terus teringin
Kalbu sempat berbisik ke serebelum - alah tak sampai rm50, sgt comel dan cutting memenuhi SIRIM 100%..tak salah kan?
Hati mula tidak menentu.. JCard day pun dah dekat ni, hati memujuk lagi.

Tapi teringat kisah Rasulullah, Fatimah dan sahabat2
Fatimah cuma ada 2 helai baju. Lusuh. Takde manik2 atau ropol2. Jauh sekali batu swarowski..


Saidina Umar yg kaya raya..bajunya bertampal ada kot 14 tempat..

Baju aku masih penuh almari..
Jgn kata berlubang..tertarik benang sikit dah taknak pakai..

Astaghfirullah..
Takpa la, tak mati pun kalau takde baju baru...
Hati, belajarlah tinggalkan dunia..

Sent from my BlackBerry® wireless device.

Sendiri


piture courtesy of aramblingmuse.blogspot.com

sebenarnya bila kita rasa totally alone dan takde sapa2
adalah kerana Allah mahu kita berdua dgnNya sahaja
supaya kita mengadu dan mengharap pada Dia semata..

dan Dia tak akan sekali2 membiarkan kita keseorangan
sebab Dia sayanggg sgt kat kita.

kita spesyel kan?
it only take the special one to be the chosen ones

Monday, October 08, 2012

Buah cempedak kat mana eh?

Aliya yg memang suka menyanyi tak kira masa
sampai overqualified untuk dicalonkan sebagai artis cilik terhebat blokbuster

'buah cempedak di tepi.. err..

mummy.. buah cempedak di tepi apa eh?

'tepi pagar.."
(mami pun salah lirik hahaha)

'buah cepmpedak di tepi padar..' abaikan lirik yg pelat
'amil galah tolong.. tolong amilkann..'

mummy yg nampak opportunity dengan pantas menyahut
'saya budak suka hingaq hingaq..
ambil rotan rotan-rotankan...!'

'Oohh.. dulu cikgu mummy ajar camtu eh?'
dengan ekspresi muka yg naive dan suci


dan abak mcm biasa ambil peranan pak pacak tukang gelak terkekeh2 di tepian.

Friday, October 05, 2012

Durian jatuh ke riba

Rejeki org bercuti tapi lupa dia oder penkek durian telah selepuk jatuh ke riba org yg dtg opis hari ini.
Hehe (takleh gelak evil sgt kat org mengandung)

Marilah nikmati keindahan durian penkek
Rm2.50 sebijik
Bau durian sgt semerbak hummmm....

Sent from my BlackBerry® wireless device.

Harta untuk anak2

walaupun pada asasnya saya kurang setuju anak2 kecil disuap dgn gajet2 segala mcm di zaman ini,
saya akur juga akhirnya.
terpaksa merelakan juga, sebab need to reward her atas kejayaan berpuasa sebanyak 29 hari di bulan puasa lalu..
bukan saya yg janji, bukan bapak dia juga.
kami tak janji nk beli apa2.. cuma ckp there'l be something
saya nak bagi benda lain.. atau mungkin tak bagi apa2..
bukan kedekut, tapi saya rasa saya perlu ajar anak untuk tidak mengharap balasan dunia.
puasa itu kan wajib pun, kan?
tetapi anak2 tetap anak2.. sukar bagi seorang ibu hendak meyakinkan anaknya bahawa pahala puasa itu amat besar ganjarannya..sebab tak dpt nk tunjuk. ibu sendiri tak pernah dan tak akan tahu apakah puasa ibu dan puasa siapa2 yang Allah terima dan apa pula ganjarannya nanti..

dan oleh kerana ayahmu juga seorang penggemar gajet (read: pemain dan penghadap game obsessive)
maka selayaknya lah ayahmu sgt2 melobi ibu untuk belikan anak2nya tab komputer sorang sebijik.

dan kerana kamu anak2 yg masih belum aqil baligh ibu tahu sgt pasti kamu akan berebut sesama sendiri
jadi mari kita beli tab local saje. takpayah nk beripad2 ke galaksi ke apa..
murah dan selamat utk belanjawan keluarga.
beli 2 untuk 3 org kanak2 ribena yg sedang meningkat umur. supaya  mereka belajar bersabar, berkongsi kasih, menghormati giliran org lain, dan juga belajar menghormati pilihan ibu dan menerima kenyataan hidup ini penuh rintangan.. tu diaaaaaa.. pelajaran yg mungkin tiada di bilik darjah sekolah kamu anakku..hahaha

ternyata tak salah pilihan ibu bijak ini,
2 minggu saja, skrin tab aisyah pecah.
mungkin tertekan. masih boleh guna cuma touch skrin terlebih sensitif.
abah segera hantar repair. kos tukar cermin RM150.
kalau apple? habis la kena cukur bulu kaki abak kau...
it takes about 2 weeks to settle.
in the meantime, aisyah dpt crash course on Cause and Effect serta minor in kepentingan menjaga harta keluarga.

itu baru seperkara.

pada pengamatan ibu ortodoks ini,
takde la byk sgt pekdah pun untuk anak2 kecil.
setakat boleh la tumpang cerita dgn kawan2 derang pun ada juga menda tekan2 main game tu.
ye, budak2 boleh menjadi sgt competitif dan kekurangan bahan untuk mempertahankan diri boleh menjadi punca rasa rendah diri.
ok we stil need to work it the other way. ibu akan sentiasa mengajar anak2 untuk melihat dunia dari angkasa..bukan di dalam kotak.
anak2 leka main game, boleh berebut2 bergaduh adik beradik. tiada team work macam main doktor McStuffin atau main cikgu2
mata anak2 kecil akan cepat rosak kerana dok la hadap menda tu.. dan budak2 mesti nak kena tengok dekat2 baru puas ati.
dan saya perasan gerakan mata aisyah semakin sensitif (dia  mmg ada masalah otot mata)
si umar pula kalau main game habis semua org tensyen, sebab dia punya la emo..asal tak dpt je nanges..eeiiiii!!
Aliya walaupun garang, akan tetap relahati mengajak Umar berkongsi dengannya, walaupun at the end umar akan konker kat dia sorang dan Aliya dtg mengadu tak dpt main..
mmg byk aplikasi berunsur pendidikan yg kita boleh upload, tp budak2 ni pasti lebih berminat nak main game manjang... jenuh ibu nk paksa baca Iqra'. takat A B C keluar suara ngan gambaq tu tak dipandangnye Umar..balik2 Enji Bird..enji bird... siap eksyen lak tu bila dpt bintang.

apapun, ibu percaya ini pengalaman yg sihat untuk kamu anak2, dan juga kepada ibu.
ibu rasa tenang dan bersyukur kerana anak2 masih boleh terima had limit yg ditetapkan, dan tahu menggembirakan diri sendiri dengan permainan alam nyata.
apa benda pun, selagi tak berlebih2 its okay.