Pages

Wednesday, August 29, 2012

Abg Cik dah besauuu

Umar is 2..


stil remember this budak tecik yg baru kluaq dari balang..

in no time dah jadi budak bolats yg suka senyum

and now..

dah jadi abg chik yg kuat menyakat semua org!!

now mmg tak berani lepas dia sorang kat supermarket
menonong je jln sorg2 tak tau takot!
mummy yg luruh jantung baru kelip mata tgk dia dah takde depan mata
instead of adik Dira, abg cik yg kena ikat dok lam stroler..padan muka!

Ya 'Umar..
moga kamu dirahmati selama lamanya
murah rezeki dan panjang umurmu supaya kamu dpt berbakti kepada Rabbmu dan orang-orang kamu
Ya 'Alim, Ya Hakim.. moga dikurniakan aqal yg bijaksana dan banyak ilmumu
Tinggi akhlak secantik rupamu
jadilah pemimpin yg terbaik utk dirimu..dan pimpinanmu..
taati.. dan jagalah ibu bapamu esok2 bila kami memerlukanmu
amiin...

Friday, August 24, 2012

Dok diAm2 sudahh..

Bila ada anak kecik mak pak mmg kena banyak berkorban.
1.Tak boleh suka2 lepak kedai mamak mlm2
2.Kena tutup tv dan 'tido' pukul 9..kalau tak anak2 pun tak tido sampai ke sudah
3. Tv pun dah takleh tgk citer lain..balik2 disney channel ja ulang tiga ratus kali pun dokkk nak tgk jugak..bapak pun sama nAik hari2 nak kena tgk spanbob! Agaknya kalau tak tgk tumbuh gatai2 satu badan kot
4.Apa2 pun anak2 didulukan -yUran sekolah/taska,pensel kaler, baju raya kasut raya, baju tak raya,kasut tak raya..makpak pakai je apa yg ada
5. Mak kejap2 pam susu buat bekal anak tatkala mak pi keja..ingat syiok ka sgt?? sakit wehhh
6.Bapak pun dah takleh senanglenang pi memancing..kejap2 mak call tanya bila nak balik. Tu pasai bapak sukaAaa sgt bila balik rumah tok, sebab mak takleh nk ckp byk sgt :-p!!
7.Mak pak dah takleh nak kluar jimba2 (konon nak de-stress) dgn rakan taulan..habih terer pun kena usung semua sekali, wic is more stressing,thus defeating the purpose. Nak ajak kwn2 dtg rumah pun koman2 kena amik masa 2minggu nak 'detox' rumah dulu hahaha
8.Mak dah tak de nak tepek2 mekap ke apa..asal beli je mak blom rasmi, anak2 dara tu yg sebok nak menepek sama.. buang duit je beli
9. Mak pak terpaksa hold dulu plan nak sambung blajaq ke apa sbb nak fokus kat anak2 dulu. Atleast mak sedar diri dia mmg tak boleh bawa semua ni skrg..
10. Apa2 acara official je tak official ke kena cut short to accomodate anak2..
11. Nak gi jln pasar mlm ka supermarket ka hanya kalau betul2 perlu shaje. One word - s.e.r.I.k

Lantak la apa org nak kata, dah mmg MY reality is this. Kami ni xdak bibik,takkan nak tinggal anak lama2 dgn parents,dah la depa pun dok jauh,xberapa sihat, plus ada komitment lain gak kan. Anak2 pulak bukan tamagochi boleh main tekan2 ja. Ni betul2 punya 'baby alive' siap lari berkejaran mmg tak menang tgn punya
Takpa la kita berkorban sikit sekarang..bukan apa sgt pun, the time spent with them are much much much more rewarding kan? Priceless.

Sent from my BlackBerry® wireless device.

Friday, August 17, 2012

Lagu Raya

Aliya dah start nyanyi lagu raya

Bunga Rayaaaa...!
Bunga rayaa!
Selamat Hari Raya!!

Jalan raya..!
Jalan raya..!
Selamat Hari Raya...!!!

Liya, hantu raya takde?

the race is coming to the end..

sedar2 ramadha tinggal lagi 2 hari je lagi..
hmm.. kira2 berapa sgt la hasil tahun ni agaknya ye..
kalau nk harap solat puasa ngaji semata mmg kurang la
cuma last hope minta2 Allah consider la akak jaga anak dan bangun mlm takat bagi susu anak sekali dua tu ye..amiiinn....

dalam kemeriahan org keliling nk sambut raya.. sedih lebih  menerpa
betapa akulah org yg rugi itu
Demi Masa..sesungguhnya manusia itu dalam kerugian
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.

peluang yg dtg di sia-siakan
masa ada..dok la bertangguh
bila dah takde baru mengelupur..
kalau lah.. tolong lah panjangkan masa kami..
Ramadhan pasti dtg setiap tahun
yg tak pastinya -> kita akan bertemu kah lagi?




Monday, August 13, 2012

Pink toing toing

Ahaahaa..
Who needs shizens when u can opt for this at only RM7.90? Capnya adalah Sophie, beli kat budak ofis. Sophie ni ala2 caelygirl la sikit, cuma dia jual brg luar je. Dalam2 punya takde ye.
Mmg la shizens semestinya yg top, boleh pakai kat lips (my overly dry lips bertukar menjadi mungil dalam sekelip mata- suka! Suka!) Tp memandangkan AKU nakpakai pun tah berapa kala je pun setahun..kita beli yg bawah seploh ringgit je la ye adik2.
Kasi akak torai dulu ya..nanti kite review kat sini.

Sent from my BlackBerry® wireless device.

Sunday, August 12, 2012

Adyra @6th month

Adyra dah 6bln..kejapp je kan.
Dah berisi dah pun. Peha dah boleh wat Kfc. Nak pulak dah setat solid. Cumanya dia tak berapa reti mkn pakai sudu, habis bersembur. Tu yg cikgu taska kasi bubur pakai botol je tuh! Nak wat camna..bulak2 posa ni mummy pasrah je lah. Selo2 mummy train kat rumah eh lagi sebulan 2 pandai la tu.
Budak Adyra ni perasan dia dah besar. Now mana nak dok baring je..Sokmo nk berdiri..lenguh la dik..mummy pun nak wat keja lain gak.. Kalau nak sgt main dgn kakak+abang cepat2 belajar jalan eh. Boleh buli abg Umar balik. Asyik abg je buli Dira mana aci kan

Sent from my BlackBerry® wireless device.

Friday, August 10, 2012

Doa surah Al-Waqiah

salam Jumaat semua..

rasanya ramai dah tau Surah AlWaqiah ni antara amalan untuk menambah rezeki dan mencegah kefakiran. dulu ada org bgtau, ada doa lepas baca surah ni tp lepas tu saya tukar tempat kerja dan doa tu terkubur dalam inbox lama.. too bad.

hari ni saya nak bagi doa selepas membaca Surah Al-Waqiah. dah lama saya cari tiba2 Allah temukan hari ini..Alhamdulillah. harap bole hafal segera. marilah kita sama2 ya..

Erti doa surah al-waqiah

“Ya Allah, bahawasanya kami memohon kepada-Mu dengan hak surat Waaqi’ah dan rahsia (yang terkandung) di dalamnya. Hendaknya Engkau memudahkan rezeki bagi kami sebagaimana Engkau memudahkannya kepada kebanyakan makhluk-Mu ya Allah, Tuhan semesta alam. Ya Allah, limpahkanlah rezeki dari langit dan bumi kepada kami, berilah kami rezeki kerana Engkaulah sebaik-baik pemberi rezeki. Ya Allah, jika rezeki kami berada di langit, maka turunkanlah rezeki itu, jika rezeki kami berada di bumi, maka keluarkanlah, jika rezeki kami tidak ada maka temukanlah, jika rezeki kami sulit maka mudahkanlah kepada kami, dan pindahkanlah rezeki itu ke tempat kami di mana kami berada, dengan karunia-Mu dan kemurahan-Mu serta kemuliaan-Mu dengan rahmat-Mu wahai sebaik-baik Penyayang dari para penyayang.”


another version lagi senang nak baca:



Thursday, August 09, 2012

Lagha

Aku malas nak menulis lately sebab takdak benda worth published here.
Nothing yang boleh menjana minda.
Ada la ingat nk tulis pasai breastfeeding dibulan puasa tp panjang la pulak dan aku takdak masa nak melapok dpn pc semata2 nak updet blog. Ni pun. Pakai henfon sementara nak tunggu pc on.
Di bulan ramadhan ni dok dendiam iktikaf je lah. Cakap byk2 pun risiko kurang pahala posa je.
Eh nak updet pasai adira lah. Aku blog pasal anak bukan sebab lain melainkan nak keep rekod proses tumbesaran depa ja. Kang esok2 buka balik senyum sorang2 teringat perangai sorang2.

Sent from my BlackBerry® wireless device.