Pages

Monday, July 30, 2012

sebelum mereka pergi

sebelum gambaq2 ni hilang kena art attack, saya rasa patut letak di sini untuk kenang kenangan

hasil tangan kanak2 memang sangat kiut. terutama jika mereka itu anak2 sendiri hehe

eh mana Aliya?
Kaklong tanak lukih Liya hahaha
takpe la Liya.. jgn la nangis..Umar pun takde gak
nanti mummy ajar Liya eh

Saturday, July 28, 2012

Rezeki bulan ramadhan

Bila bersatu hati, Anak2 bidadari ini akan open table jual buku di pasar ramadhan.
Sapa nak beli kena beratur. Tiada diskaun, tapiii...siapa yg beli akan dpt duit juga! Sistem jualbeli yang sgt berhemah

Sent from my BlackBerry® wireless device.

Wednesday, July 25, 2012

Rempit dan puasa

Merempit di bulan puasa mmg sgt sgt sgt dan sgt mencabar.
Jalan raya akan menjadi superjem, dan pemandu2 yg semakin tipis kesabaran mereka. Terutama sang arjuna yg bawak motor mmg kejap2 nak bengkekk dgn akak drebar kereta myvi yg dok menyempit ke tengah. Karang motor lalu kena side mirror akak marah lak..
Di saat kritikal 2jam terakhir Sang arjuna mmg cepat hilang sabar. Pastu angin rempit pun lain macam, nak menyelit menyereng meleweh segala stail kluar. Aku kat belakang hanya mampu berserah pada takdir. Berkerut dahi akak sepanjang perjalanan. Bila nak kena menyelit sebelah lori alahai.. Terus on mode auto kemut satu badan dan wish dgn moto semua sekali akan mengecil untk lolos. Bila sang arjuna selamba menonong je nk lalu sipi2 kereta/lori mmg ada perasaan nak jerit 'Bang! Selo banggg!!' .. Sambil pukul2 belakang.
Tapi disebabkan probabliiti utk aku kena balik jln kaki adalah lebih besar dari abg ajies nak dengar ckp aku, maka ku pilih utk berdiam je lah....

Minggu depan baru turn balik pukul 5, so kita tgk la mcmana ye.

Sent from my BlackBerry® wireless device.

JKR

mummy! kita naik jambatan ke?

ye..

yeay yeayy!!
kita naik Jambatan Kerja Raya la along!!

Dato Samy vellu sure will be very proud of you la Liya!

Tuesday, July 24, 2012

puasa dan fb

bulan puasa ni aku berazam tanak buka fb
sebab dah tau dah pun status korang..
status pagi2 :
ohh sgt lemau.. pagi tadi terlajak tak bgn sahur
ngantukkk..

yg bajet ustat/ustajah pulak akan sibuk penuhkan wall dgn segala mcm unsur nasihat

tghari sikit :
ooh ptg ni nak masak ikan kerapu kepunden marang skeperrrrr
menu berbuka ptg ni ...(list lauk pauk tiga baris)
karang nak balik awal nak pegi param jln tun sambanthan, situ ada kebab paling bes!

yg  bajet lebih sikit - ptg ni hasben ajak berbuka kat hilton lagi..boring la

masuk pukul 4:
ooh tak sabar nk balik
cepat la jarum jam gerak!
ooh jgn la hujannn..
aduhh pedihnya perut!1

pukul 7:
pakat2 tepek gambar lauk berbuka termasuk plastik2 yg penuh di jari yg dibeli dari param

yg dok kl dan tersangkut di federal hiway -
nasib ada kurma dalam kereta
grrrrrrr!!! oit org tak posa tayah la sebok nak balik awal jugak kenapee??

7.30 - 8.30pm:
alhamdulillahh kenyang sgt <-- koman2 30 org akan updet mcm ni
sukenyer lauk habis licin hasben bedal..mesti sedap i masakk kan ling?

dan selepas2 itu:
pakat2 check-in kat surau/masjid
alahai baca surah panjang pulak imam ni..
alhamdulillah usai tarawikh di surau sekian2
malam ni buat 8 je
oh moreh takde ke?
harap saya dah turun 3kg selepas  puasa 5 hari ni
tgh gugel resepi untuk sahur nanti

berpuasa mmg memberi tenaga psikik tambahan

Monday, July 23, 2012

Bedak dan budak

Zaman kanak-kanak pasti tidak lengkap tanpa bermain berlumuran bedak.

Oleh itu.. Biarlah saja..

mummy dah tak kuasa nak menjerit.
Mungkin 3 hari berpuasa cukup mengajar mummy erti sabar yg sebenar.


Sent from my BlackBerry® wireless device.

Kenanga

Sure ramai dah pegi Kenanga city kan?
Syorga baju tuhh.. Dulu2 mmg tempat org beli baju borong. Kawan ai pun mmg selalu pegi sana beli baju blaus keja.
La ni kenanga dah upgred, dari flat sanpeng dah jadi wholesale city kauu.. KelessS

Tp aku tak sampai2 lg pun hahaha
Dok tgk pamplet jek. Haa tu diaa siap ada pamlet kkkk!
Aku nak pegi sgt bukan sebab nk borong jubah dg telekung raya.. Tp sebab tgk iklan kedai kopi kat situn



katanya ada roti cicah kari spesel. Kari dia dok dlm roti tu..haA ko ingat sup ajek buleh dok dlm roti??

Jommm!!


Sent from my BlackBerry® wireless device.

1433H

ok dah tau dah...

Sunday, July 22, 2012

1 ramadhAn

Err tahun hijrah 14 berapa eh?? (Maluuuuu!!)
Alhamdulillah semua org sambut puasa dgn puasa. Harap2 diterimalah puasa kita lah ye..Amiiiinnn..
Alhamdulillah dpt bgn sahur. Masak simple je. Sebab Tuan Besar dah pesan tayah masak beria. Sambal bilis ke sardin ke sama telur dadar dah cukup. Tak kuasa dia nk telan pajeri pagi2 buta.
Alhamdulillah susu adira masih cukup. Semlm gigih menambah hasil.dpt 2 botol utk 2x minum. Ok lah, top up dgn 2 botol yg pam kat ofis. Memang dari mlm sampai ke sahur balik2 minum hohoho je lah akak. Harap akan dtg pun produksi tak terganggu dek puasa..Amiiiiinnn
Alhamdulillah Aisyah puasa penuh!! Syukur sgt..(Bangga pun ada! Eceh :-) ) sebab ni first time tak sangka dia boleh tahan. Memula dah bajet nak kasi dia halfday cukup la. Dah la kejut sahur dia tak sedar, mummy kasi susu dia mamai letak kat mulut je. End up pukul 6.30 baru 'sahur' susu secawan hahaha
Tghari dia komplen nak susu pastu nak nasi gak bila tgk adik2 makan. Mummy pujuk suruh tunggu sampai pukul 4. Dia angguk. Asalnya mummy bajet kot taktahan takpe la pukul 2 boleh la kasi buka. Tp sabar je dia tunggu pukul 4. Bila tanya dia kata nk buka dgn semua org magrib karang. Sampai rumah tok terus tido sampai time berbuka.semua org puji and promise nk bagi duit raya lebih.
Aliya lak dok kena usik sbb takposa. Dia kata dia dah posa lepas makan nasi tghari tu. So mummy ckp 'no susu sampAi magrib karang'. Pukul 6 dia dah bising. Siap tunjuk kat luar dah gelap la mummy.. Tadi kan dah azan! Ye lahh tu azan Asar dey tanggechi!
Sbb tekanan dan desakan melampau dari semua pihak, terus esok dia azam nk posa hahaha. So esok kita tgk mcmana

Sent from my BlackBerry® wireless device.

Tuesday, July 17, 2012

JoM makan nacik!

Oiii apa kecoh2 tu??

Oooh..
Bila kakak-kakak main masak2 nasib la si umar pun kena tag along haha
Tapi kakngah Aliya kata Umar kena amik teddy bear biru je, sbb itu utk boy. Yg lain org perempuan punye
Nasib la kau Pooh tadah je la apa si Aliya tu suapkan
Siap ada 'gulai pekat' dan 'gulai cair' tuu
Agaknya kena sgt la dgn nasik nasional tu Liya kan? ;-p

Dah abis 'makan' semua org kena 'demam' la pulakkk.. Berangan jadi Dr McStuffin lah si kaklong Aisyah tu!

HaaA.. Dah abis main sila kembalikan ke tempat masing2 ya

Sent from my BlackBerry® wireless device.

Friday, July 13, 2012

Anak soley

amboii.. baiknya anak mummy...
macam ni la anak soleh..

mummy.. anak soleh tu apa?
soleh tu anak yg baik lah..dengaq cakap ibu bapa, rajin solat ngaji semua..

err.. mummmy..
kan ke soleh tu yg citer antu kak limah tu?

***bila masa pulak ada watak Soleh dlm citer tu eh??***

yg mana satu eh?

ala... yg Soley..Soleyy... tuuH!!!

ppppppppppp


In progress

14:08 - trying hard to flip through the pages while listening to Nouman Ali Khan over the net, bbm-ing with a fren, sipping my coffee and minds wandering and planning around the SOPs and flowcharts

Speaking of classic tales of multitasking clashes and picking up the bits in between. Hope I got the right (and important) ones!

Sent from my BlackBerry® wireless device.

Wednesday, July 11, 2012

Desperate kitchen must-have!

Di kala Ramadhan alMubarak bakal menjenguk kita tak berapa hari je lagi ni, marilah kita sama-sama bersegera memenuhkan stok rumahtangga dgn benda-benda yg akan memudahkan lagi tugasan surirumah berkerjaya.
Pes sambal cap Kokomo yg saya jumpa di Giant ini mmg pembantu yg hebat berbanding cili boh biasa. Ini adalah kerana sambal dia dah siap masuk bawang2 semua..dan paling bes - dah siap masak juga! Sgt menyenangkan kerja tatkala sampai lambat di rumah utk berbuka puasa. Hanya beberapa minit cukup utk sedap dimakan bersama ikan bilis,ikan goreng atau udang dan petai. Tak perlu lagi risau cili tak masak atau tak naik minyak. Cuma tambahkan garam gula secukup rasa.
Oh ya sedikit air asam jawa atau cuka jika suka.
Berehhh..
Juga didatangkan dalam balang besar utk kegunaan jangkamasa panjang. Tak perlu lagi susah2 blend cili dan bawang simpan dlm peti ais hehe

Sent from my BlackBerry® wireless device.

Thursday, July 05, 2012

Bani Tamim

Bila kecoh pasal alter terahsia bangsa melayu+illuminati itu hari aku teringat masa kecik2 aku penah tgk satu drama melayu kat tv. Tv1 la mana lagi.. Zaman aku budak2 mana ada cenel mustika. Maka layanlah saja apa arus media mainstrem itu nk tayang citer apa.
Drama tu pasai sorg guru 'ajaran sesat' dan kononnya mengaku dia tu keturunAn bani Tamim - samada dia mengaku Imam Mahdi wallahualam aku tak ingat/not sure. Yg aku ingat bila org kg ckp kat dia 'bani Tamim tu org arab, bukan melayu mcm kau!'
Now aku terfikir, (sebenarnya ramai yg dah mengaku keturunan Tamim ni) samada mereka dah tau pasal benda ni lama dulu sebelum ada emel, google dan youtube. Siapa yg cerita? Mana sumbernya?
Dan yg paling penting - betul ke?

Dan dulu aku juga berfikir mcm org kg itu - manakan boleh org melayu hidung penyet ini berketurunan arab sinun? Lainlah kalau sohih2 ada syed sharifah di pangkal nama. Itu pun tinggi2 belaka hidung depa..org keturunan nabi lah katakan..
Ala..apa nak heran Org cina mata sepet hidung kecik tu pun keturunan nabi adam wat.. Err nabi Adam bangsa apa eh?

Sent from my BlackBerry® wireless device.

Wednesday, July 04, 2012

trust your Man

especially when you'r trapped on that two-wheel thing and late for office
no choice but to trust your leader

and


pray hard!

Tuesday, July 03, 2012

Pejam mata dan cuba apa saja

Tido ternganga sampai camni anak sapaa lah ni
Sent from my BlackBerry® wireless device.

diamond is not always women's best fren

when im about to complain why laaaaaa korang2 ni dok runtun mummy je
i think about this and smile..


yes kids.. you are.
definitely are
ALL of YOU ARE!!
always are

i dun need any of those freshwater pearl or the best south african diamond when i have Aisyah, Aliya, Umar and Adyra

i dun need gelang or strings of rings when i have abang ajies's hand around me

Monday, July 02, 2012

Ini betul-betul!

in case ada org tertanya-tanya
jawapan nya adalah YESSS!!!
rupa asal dgn gambaq dlm iklan adalah serupa. Gud job MacDee!

kan? sama kan?
Abang ajies dah almost nk rembat mug bawa balik
tp aku cakap takleh.. berdosa..hahaha
btw aku dah tobat.. cukup lah dulu jadi perembat bersiri mug starbak.

Dealmates Matey!

I dunno how these deals manage to sneak into my email. Mesti ada di suatu senjakala aku tergatai tgn klik kat apa2 iklan kat fesbook.
Tiap2 hari aaaAda ja benda dia ofer. Isk isk Bagai org mengantuk disorong bantal
Bagai org rabun dpt lasik
Mmg mati kering la poket aku kalau hati tak cekal. Mcm bes bes belaka ofer dia. Tiap hari Ada ja updets, kalau tak ofer utk omak+apaknya, utk anak eh pun ado! Mcm hari ni ada set saintifik utk anak2 nak belajar buat sains eksperimen, boleh buat bom la volcano la bukan anak2 je teruja mak apak pun tergedik2 dah nak test ni. Maklomlah dekat2 nak raya ni pulak kan, mlm raya esok boleh wat gunung berapi molten lava kat depan rumah MUAhahahaha (gelak dgn ganasnya) apa kes takat main bunga api cap kucing tu.

Ok cukup la berangan. Mmg aku tak beli sebab tak sanggup nak daftarkan diri. I don't trust myself that much. Kot ada benda aku nak sgt2 minta tlg kwn2 yg ada akaun je la belikan.. Eh? Eh?

Sent from my BlackBerry® wireless device.