Pages

Wednesday, February 15, 2012

Hot weather and hot virus

Salam alls,
Akak bosan ni so updet blog je lah eh.
Nak ckp ni je:
1. Minta maap tak dapek nak reply komen sebab pakai henpon untuk baca blog dan berkomen2an adalah agak leceh.
2. Time mcm ni terasa pasti bes kalau ada ipad atau galaxy tab..
3. Baby takleh balik rumah lagi sebab berat menurun kepada 1.65kg (hari senin). Dia dah pandai hisap susu tapinya. Dan tapi lagi, Semlm Nurse bgtau dia tak berapa aktif,asik tido ja (anak emak kan..hehe) sampai time minum pun kena kejut,minum sikit pastu tido balik. Tu pasal berat tak naik kot. So dr put her on tiub balik supaya susu terus masuk perut. Akak bajet paling awal pun jumaat ni lah kalau boleh balik pun..
4. My parent nak dtg wiken ni so boleh la ganti ibu mertuaku jagakan daku. Aisyah dah seminggu lebih tak p sekolah ni. Dia ckp 'bulan 10 la aisyah pi sekolah..'! Wiken ni kita balik rumah So mgu depan sila p sekolah ye nak.. Jgn nak ngelat.
5. Mummy dah putih melepak tak kluar rumah seminggu hahaha! dok dlm bilik je bela badan. Dah sihat sikit, the worst is over now. No more bengkak susu, nor painful contraction yeayyy!! Dah abis berurut badan pun rasa segar je. I think daily dose of 2 glasses of air halba sgt membantu!
6. Oh nama baby belum official lagi sebab abg ajies blom dpt cuti nak p daftar. Maybe jumaat ni. Selagi blom daftar I kenot announce. Kang last minit nk tukar la apa la kena padam pulak..leceh. Patutnya semlm hari ke7 dah decide la kan..hmmm (tp mummy dah pilih nama ;-).. )
7. Dalam hati naakkkk sgt blk rumah sebab nk sort things out, kemas brg baby semua. Nak check apa lg yg tak cukupnya. Then buat list utk abg ajies p kedai. Dia la ni sokmo sampai rumah time kedai dah nak tutup so mmg semua nak kena tunggu wiken.
8. So far yg wajib2 mmg ada la, cuma minyak yuyi kot blom beli? Baju mmg ku tak beli byk sebab dah bajet anak aku mesti kecit je pakai baju pun jadi gaun. Booties n mitten pun kena ikat supaya tak jatuh. So mmg kena beli beberapa helaian sleepsuit supaya proses membungkus lebih mudah. *Ehem ehem sesapa yg dok dekat GM klang tu sila la amik perhatian ye..muahahaha
9. Byk pulak aku tulis, tadi kata sikit je.
10. Saja nk cukupkan 10.

Sent from my BlackBerry® wireless device.

Sunday, February 12, 2012

Baby updates

Assalamualaikum uollss..
Adoi adoii berpantang tanpa baby disisi pun bizi gak eh..muahaha
Mummy bizi bela badan la uolss.. Pagi2 urut pastu tungku pastu makan pastu pam susu pastu dok diam2 dlm 'sauna' ni. Sekarang kena duduk dlm bilik sorg kunci pintu, kalau tak, askar yg 3 org tu pantang je nmpk mummy semua pakat2 runtun. Mcm tak jumpa sebulan. Mummy nak itu,mummy nak ini lah..
Bila kena marah mula la sorg2 pakat wat muka sedih.. Alahaii.. Sabar je la anak2 ye. Lagi 2 3 minggu mummy kuat sikit boleh la lepak2 kat luar dgn korang.
Sekarang ni mana dgn sakit jahit (wpun kena jahit secoet je sakit gak tawww!) Mana dgn bengkak susu huhu.. Menduga sungguh! Kalau dah baring tu mmg azab nak bangun. Kalau Dolly Parton tgk ni mmg jeles sampai hijau lah rasanya. Mcm kena injek silikon je.. Kalau tak sakit tu bes gak la kan.. Masalahnya bila pam tadek la byk mana pun yg kluar. Tu yg misteri sgt tu - abih apa menda yg bengkak tu?? Aku ni sbb tak tahan sakit punya pasal, dok la pulun pam. Kejap2 pam. Kejap2 pam. Seksa kena pam dah satu hal. Mana risau kang pecah ke luka sebab dok kerap pam sgt.
Tapi Alhamdulillah susu dlm tak byk tu boleh la nak bagi baby minum. Dia pun dah minum byk skrg. Sekali hadap dlm 30-40ml.
Semlm kitorang p tgk baby kena dok bawah lampu, ada mild jaundice dr kata. Sikit je tp letak je la bawah lampu tu sblm teruk. masih minum melalui tiub, berat pun turun sikit tinggal 1.7kg ja.
Pagi tadi abg ajies pi hantar susu, tgk baby dah duduk kat nursery biasa. Wahh cepat gak progress budak ni. Dah boleh minum pakai botol, and dr kata kalau dia dah boleh minum direct, boleh discaj. So petang tadi kitorang p tengok, alalala tgh syiok tido. Baru je lepas minum so mummy takleh kasi direct lagi la.. Tgk pipi pun dah merah and nurse kata kejap lagi nak off kan tiub. So besok pagi la kot nak pegi try bagi susu direct.
Muka dah lain dah..hehe tah mcm sapa tah. Sekali imbas mcm maklong Ida ja pun. Std la anak2 I semua muka lain2. Kecit je dia.. Muka ada kot sejemput je hehe
Semlm dah beria abg ajies dah setuju nak letak nama Adyra. Tetiba hari ni dia nak Ayra pulak! (aku dok sajes drpd hari tu lagi, dia baru nak teringat hari ni)
Sent from my BlackBerry® wireless device.

Friday, February 10, 2012

Done!

Ya setepat gerak rasa seorang ibu, telah nyata dalam Loh Mahfudz adik baby selamat menjenguk dunia pada hari Selasa 7 Februari 2012 jam 11.29pm.
Berat cuma 1.9kg tapi suara cukup kuat menggegar alam! dan sebab belum cukup matang,baby kena masuk inkubator sampai dr kata okey.
Btw, perkembangan baby nampak baik, hari ke 2 dr sudah off kan oksigen sebab dia dah boleh bernafas sendiri.
Cuma mummy je masih blom boleh bagi susu. Susu mummy seciput je dik..sorry ya. Mummy tgh gigih pam ni, pagi tadi dpt dalam 6ml kot..cukupla sekali feed kau dik.. Mlm ni mummy pam lagi sambil layan Mohabbatein
Alhamdulillah produksi nampak meningkat. Esok boleh la hantar. Mlm ni abak kau balik lambat.. kesian dia penat. Tp satgi mummy tanya kot2 dia rajin nak p hantar mana tau kan.
Ok la adik.. Nama adik je mummy dgn abak belum sign kata putus lagi. Ni semua sebab abak kau byk skandel sgt dulu dan mummy tak rela nak panggil nama2 tu seumuq hidup mummy taww!!

Tuesday, February 07, 2012

Sekali lagi bersiaran dari spital. Hari tu baju pink, kat sini naik pangkat jadi pengawas pakai baju biru lak.
Actually ni second time admitted, lepas keluar dari sg buloh 2 hari, I went to see dr siti kat kpj sngor, terus kena admit 3 hari. Lepas tu dpt mc seminggu dia soh rest kat rumah. Patutnya hari ni dtg utk Folo up tp ahad mlm tu mcm ada rasa regular contraction, dtg sini terus kena hantar ke labour room. Mengelabah dr dtg spital tgh2 mlm ingat aku dah nak bersalin. Mcm biasa masuk spital je mesti sakit tu takde kan.. Tu yg aku malas nk dtg kalau tak betui2 sakit. Cuma masalahnya aku ni kalau dah 'sakit' tu haa mmg dah nak terkeluar sgt2 dah la tu..kalau nak tunggu ntah2 mmg beranak tepi jalan la karang.
Dr tahan aku kat sini sebab nak kena kasi ubat yg kuat sikit utk slow down contraction. tapi sebab ubat tu ada side efek esp kat jantung, kena bagi moderately. Semlm they stopped and I continue orally, tp since awal pagi contraction mcm makin kerap and dah stat sakit sikit2 they put the drip back. And pukul 5 tadi the took it off sebab mcm dah selo sikit.
Tapi kan.. Now dah mcm ada balik. Every 15-10 minit tapi kejap2 je la and tak sakit sgt.. Tahla aku pun konfius
Benda2 cam ni, plus side efek ubat tu kdg2 buat aku rasa mcm2.. Risau,sedih takut nerves semua ada. I worry over so many things padahal everything is in order.
Takut nak beranak? Padahal dah nomot 4 ni.. Hehe tu la dah tau sakit mcmana tu yg ngeri tu!!
Risau anak aku jadi apa2 sebab pre-term - I should just leave it to Allah kan, kalau Dia dah kata baby nak lahir sekian2 hari takdak sapa nak boleh tahan, Dia dah set dah semua utk anak aku tu kan,watpe nak risau? atleast kat sini I can assure ada inkubator utk dia, and she'l be in good hand. At 33w she has quite a gud chance to survive. But I stil can't stop worrying tho..
Risau anak2 - mak ayah aku ada sini, mak pak mentua aku pun ada, semua org willing to take care of them. Aku ja yg dok risau lebih..aku yg takleh dok jauh lama2 dgn depa hehe
Risau suami? Ni lagi la takde menda. Abg ajies never leave my side dari awal lagi. Kalau aku warded dia sama2 tido ward, walaupun sakit2 badan tido atas kusi.
Apart from that, benda2 kecik pun buat aku stress. Aku nak balik..tapi bila balik rumah stress tgk rumah and I can't do anything about it. Dok sini stress sebab bila pasang drip susah nak gerak tgn, terhegeh2 nak bangun, nak gi toilet, nak solat.. Aku stress bila hosp serve dinner pukul 5.30pm! Time tak lapar camna nk telan. Tak makan karang sejuk tak sedap. Takpe, anggap sunnah je la makan sebelum lapar.. Karang tgh malam meh kita dera abg ajies gi beli berger spesel kat depan tu.
Citer bab makan ni pun aku stress. Dah la dok baring ja takleh nk gerak2 sgt, risau aku karang nk beranak mcmana, larat ke? Sebab taktau masa bila time nak bersalin, aku ni tiap kali time makan je pulun sumbat semua, sebab takut karang kot terberanak hari tu aku takde tenaga pulak.
Tadi tgk2 ada bloody show. Tp sikit je la. And contraction has started to be quite regular and growing intense. Cuma duration tak lama, it lasted in less than a minute. Earlier ve shows I'm not really progressing, still at 4cm. So stay tuned.
Maybe tonite.. Maybe not

Sent from my BlackBerry® wireless device.