Pages

Wednesday, September 28, 2011

umar ni kecik2 dah nmpk sgt mmg suka motor. pantang motor lalu je tak berkelip mata tgk.
motor abak tu sampai tonggeng2 dia belek.
kalau abak bawak naik motor ronda2 sengehh je.

yeahhh!! kawan2!!
saya dah dpt 'motor' sendiri tauu
ok lah ni beskal kakngah saya. dia kasi pinjam jap.

alang2 dah pinjam tu kan apa kata kita test habis2an.
yeahh vroom vrommmmm!!

haha ada gaya tak mummy?

hehe mummy jgn gabra ya.. itu gimik shaje. takkan saya nk jadi mat rempit kot..
tak main la superman rempit..
sebab saya kan..
.
.
.
.

the SuperUmar!! fuuuuuu.... (i can fly ya!)

Mud, where are you?

aishh bosan ah
masuk ofis mengular di alam maya dulu
check fb, check blog org..
tgk org punya status kat fb rasa mcm geli2 dalam perut
kawan2 aku kat dlm tu mmg sepesen je spesis derang. tak buka pun dah boleh agak apa status depa haha

yg sorang ni sehari 3 kali mesti update dia masak apa - brekfes, lunch n dinner. tu blom masuk minum petang dan kuih2 biskut kek yg dia tgh test. atau promote kuih2 yg dia buat utk jual.

yg sorang ni mesti nak komplen SEMUA org kat keliling dia tak reti buat keja.. semua org nk sakitkan hati dia. semua org tak cerdik. tapi kat celah2 tu ada gak le dia letak gambaq dia berpoya2 dgn laki dia. dah laki dia lantak la kan. bukannya haram.

sorang lagi ni mesti cerita pasal anak2 dia.
oh yg ni ramai.. hahaha.

kalau yg tak kawen lagi 2 org tu pagi2 je status mesti ngantuk and boring nk wat keja

paling aku tak tahan set-set yg dok la kejap2 check-in sana sini.
adoiyaaaa sampai katil, jamban, pintu sofa rumah nk check in
aku cakap awat tak check in setiap tiang lampu yg kau lalu tu hari2 lalu n check-in mesti konpom jadi top checker!
ada sorang org terdekat dgn aku ni dah terjebak dah. saje tau.
macam la point tu buleh tukar kupon susu anak takpe la juga kau nk check in sampai ke terowong karpal!
(carpal tunnel daaaa...!)

sudahnya aku malas nk update blog sendiri

Monday, September 26, 2011

EKor??

aisyah nowadays is trying hard utk fahamkan konsep penjodoh bilangan.
jenuh la nk betulkan.

semlm flush toilet kat rumah ada sikit bengong, lepas flush masih kluar air so bising sikit la.
bila aisyah masuk bilik terus je berleter
'Mami ni tak flush eh?'
mana ade.. dah flush la kan..
'Abis tu, kenape masih ada seekor bunyi air tu....?'


hahahhahahahhahahahahahahahhahahahahahaha
ok gelak dlm hati aje sambil tahan senyum. kang tersentap anak nk belajar bahasa.

Sunday, September 25, 2011

We cant quite never expect what will come from those litel mouths!

They had nasi lemak for supper, and straightaway went to bed. Then I overheard this:
'Alhamdulillah kenyangkan kita makan nasi lemak!
Esok Aliya jgn cakap kat cikgu kat sekolah tau ini rasia! Rasia!'

Dah lama dok ajar ckp Alhamdulillah but they'l just ignore me. But tell u when parents not around they'll! So don't give up teaching ur kids, they actually get it. They just won't show us how much they actually learnt.
But careful tho, yesterday masa kat hiway nmpk kereta banyak and abg ajies said 'Alamak jemm!!'
Aliya was quick to add ' Ala jemm.. Eh bodo sikit buley tak?!!'
#8$:_+(5/3?,+@?!n!!!!

Abakkkk.. Did I warned u to mind ur language while driving!!!


Sent from my BlackBerry® wireless device.

Thursday, September 22, 2011

whats up?

nothing new.

I gained 3 kilo.
agaknya.
takut nk naik penimbang.

yes its not new news.

Tuesday, September 20, 2011

Dem

average sebulan 50 ribu kereta baru didaftarkan kat malaysia.
ouchhh
pudarlah harapan aku melihat pemandangan lebih tenang di jalanraya pagi-pagi

Thursday, September 15, 2011

Bila umar dapat kaki

Umar dah makin laju berjalan. Mmg tak dok diam sekarang. Sikit2 nak berjalan pantang ada peluang.seronok sungguh nmpknya.walaupun masih melelong, Mmg dah tak merangkak dah. Lepas tu mesti nk jalan laju2 mai kat mummy dgn senyum lebar, as if nk bgtau 'yeayyy look mummy! saya dah pandai jalan!!'

Kira umar ni berjalan awal gak ler compared to his sisters, derang both berjalan masa umur 1y 2mths. Umar took his first step masa dekat2 1st besday dia, tapi few weeks after baru berani jalan betui2

Lepas ni kita tunggu bila dia nak bercakap pulak. Skrg baru nak blabber some babytalk ' atatata etetete ..
At times I tot I heard him making some word. Maybe its real but maybe its my imagination

Sent from my BlackBerry® wireless device.

Wednesday, September 14, 2011

Double joy

yes its a double joy to our ever growing family haha
even they'rr 1 month apart, lets see who will take the first step first!

welcome Humayraa (13/8/2011)


oitt terkecit pulak gambaq hang..
tah la makngah bukan reti sgt nk bega2 ni
so kita tambah lagi satu eh



and this latest princess - Amani (12/9/2011) samal ak dgn besday my sis. ingatkan dpt date 9/11 haha


congrats to all
jaga anak elok2
jgn jadi mcm org tu..

Saturday, September 10, 2011

Aku dah lama plan nak bawa semua mainan n buku2 anak2 ke atas. Biar sepahq kat atas je
Tp budak2 ni mmg mengekor mummy je. depa takkan naik kalau mummy tak naik sama. Kalau kita dok bawah mmg depa dok bawah je la.
Atleast kalau dok dgn mummy boleh gak la mummy tgk2 apa depa buat, boleh ajar tulis dan baca
Hmmm nampak gaya buat sementara waktu ni terpaksa la cari alternatif lain
Either to get new tv for upstairs or tahan je la tgk rumah bersepah demi pendidikan anak2 hahaha


Sent from my BlackBerry® wireless device.

Friday, September 09, 2011

Mummy.. Buka jap
Taknak la liya bukan makan pun..tadi kan mummy dah buka kan buang je

Mummmmyyyyy.. Ukak laaa

Cuba bismillah nanti boleh la tu..

Bis hila hilo ma I himmm
Ya awoh bagi la iya bukak ni
Alohumma ba ik lana hi ma ojak tana aza bana aminnnn..

Aliya ni kalau suruh baca doa tu je yg laju haha
Okey la kira baca doa makan siap2

Sent from my BlackBerry® wireless device.

potsegen

hujung minggu ni ada auto show
volkswagen you.. keta peberet ai tu.
nak pi ke tak..?
abg ajies.. nak pegi tak?
tapi malasnye lahai nk pegi bukit jalil tu
kalau ramai2 ni karang parking mesti cam ********
takkan nak mengangkut rakyat2 petite tu naik lrt.. tak sanggup den!

so far baru satu jemputan open hose.

Tuesday, September 06, 2011

raya 2011

ok lah meh letak gambaq raya pulak
kitorang takde gambaq family sebab pagi raya tu cam kelamkabut sikit, mana yg sebok masak nasi tomato tak jadi, mana yg dok tido sebab baru sampai dari kl..
aku salam dgn abg ajies pun tghari dekat2 nk zohor tu.

ni je la gambaq yg ado

khusyuk belek henfon ayahwan. budak ni mmg pantang nmpk henfon. pastu kau baling2 pulak kan. habis henpon abg ajies umar cicah dgn sup kaki di hari raya..

like mummy like son tak?


bakal imam muda

pandai2 mekap sendiri tuh!! pastu paksa maksu pakaikan celak. adoiii dah serupa kaklimah dah rupa sorang2

gambaq makanan takpayah tunjuk. kesian org2 yg berpuasa enam karang.. hahah
(sebenarnya takde sebab masak memasak semua tak jadi. nasib le sup tulang buleh tahan.. tapi tak hidang kat org yg datang pun. kitorang je yg dok perabih. sebab buat bihun sebungkus je. memula dah rebus sebungkus tapi ada kejadian tertonggeng di dapur menyebabkan sebesen bihun tidak dapat diselamatkan)

Hari ini kau datang riang

Wahai anak Adam,
Andai kata hari ini sama sahaja dgn hari semlm, malanglah kamu.
dan andainya hari ini adalah lebih teruk dari semalam, makan sesungguhnya terlaknatlah kamu!
ingat pesan Nabi tu?

kalau tak mau jadi manusia yg malang, belajar2 lah berubah.
cari dan tambah value-added dalam hidup kamu.
penambahbaikan tak semestinya benda besar. tak semestinya nk terus bangun tahajud tgh malam sampai subuh kalau yg 5 pun jarang2 nak cukup, tak semestinya nk kena pakai niqab kalau pakai tudung dan baju pun masih ketat barat.

bermula dgn perkara2 kecil yg kita abaikan selama ni. atau perkara yg dah lama kita patut buat tapi tak buat2 jugak.
- kalau selama ni tak pernah bertegur sapa dgn jiran, petang karang kalau nmpk cuba2 lah senyum. biarlah lah kalau dia tak balas atau buat muka konfius.
- masa kat jlnraya cuba2 la bagi jalan kat org nk masuk depan kita. sekurang2nya cuba kurangkan kelajuan bila lampu bertukar oren.
- cuba bangun 3 minit lebih awal
- banyakkan makan buah
- kurang kan sebatang rokok. ye sebatang je..
-kurangkan mengata orang/berburuk sangka kat org. bila terlintas dalam hati nk mengata tu cepat2 fikirkan benda yg lebih baik. bersangka baik. "oh dia gurau je kot tu.."
- bersedekah walaupun sedikit. lama2 jadi kebiasaan.  seposen pun takpa kalau itu yg kita mampu. jgn fikir " ish takkan la nak bagi sen sen je.. koman2 kena bagi singgit" mcm tu silap2 niat kita boleh terpesong. kenapa kecoh berapa ringgit sedekah kita? Allah ada tetapkan had minima ke? takde kan?  zakat fitrah lain la.. mmg dah RM7.20 dan tahun depan aku bajet mmg naik lagi.

dah la tu. try buat dulu.

Monday, September 05, 2011

Syukur 21

Sedih aku tgk org somalia beraya.. Kita kat sini makan sampai muntah, sibuk risaukan baju mana nak pakai dulu, rumah siapa nak ziarah.. Tp derang berjalan kaki tgh panas padang pasir dgn anak kecik demi segenggam gandum..
Kita sibuk dgn perabot baru,langsir baru sampai sanggup berutang dgn kot memot tp derang bersyukur sgt dpt berteduh dibawah khemah berbumbungkan kain buruk berlantaikan pasir dan tanah..
Aku sibuk menjejak giant dan tesco sambil 'berperang' dgn anak2 yg sibuk berlari2 riang.. Tp mereka Ada yg terpaksa meredah perjalanan berhari2 dlm kelaparan dgn anak2 kecil dan kehilangan suami dek perang..
.
.
.
.
Siapa aku untuk merungut hidup ini tidak adil..
Siapa aku kalau masih belum tahu bersyukur..


Sent from my BlackBerry® wireless device.

Sunday, September 04, 2011

Antara realiti dan fantasi

Aku mengaku ada masanya aku jaki dgn org2 keliling bila depa ada apa yg aku takde.
Tapi when I get to know the story behind it, it makes me appreciate wat I have more. Not all the grass are greener in reality.
Takpe lah tak dpt semua tu asalkan aku, kami anak beranak hidup happy2. Hidup biar ada arah dan panduan, the end never ever will justify the mean but its the mean yg akan menentukan the end.
In fact aku kesian pulak kat mereka2 itu, yg tak sedar (ke buat2 tak sedar?) They'r living in fantasy. Dunia angan2 ciptaan..

Citer raya lepas ni lah ye. Stay tune. Nk pi makan kenduri jap.

Sent from my BlackBerry® wireless device.