Pages

Thursday, July 28, 2011

Menang dan cuti

Betui jugak bila ada org komen kita org mesia ni suka sgt nk cuti free. Ye la sapa tak suka cuti kan? Cuma bos2 dan tokei2 yang tak berapa suka sebab bila dpt cuti tergolek all their yearly monthly and weekly plan will crash. HancuSs. Paling mencik everything kena reschedule, gantt chart to redo, and possibility kena kerja extra hours the day after just to catch up what's left disebabkan cuti semlm. Still.. Cuti pun mcm tak bermakna. We'l still have to 'pay' for it.
Cuma rakyat marhaein yg takde pegang tanggungjawab besar mcm aku yg akan terkinja2 buat hotdog dance bila kerajaan announce cuti.
Walaupun sebenarnya aku tak faham apa rationalnya perlu dpt cuti kalau menang bola dgn singapora ni. Sah2 mengganggu produktiviti yang dah sipi2 masuk posa mode now. Lainlah kalau menang world cup. Itu mmg perlu. Koman2 pun 2 hari. Kalau penyokong yang pergi ke world cup pun layak dpt cuti tanpa rekod. Kira aktiviti sukan utk negara gak tu.

Kesimpulannya walaupun aku tak setuju, tp Kalau esok cuti aku redho. Rezeki jgn ditolak.


Sent from my BlackBerry® wireless device.

Cepatnya masa berlalu!

kan?
kejap2 dah hari kamis.. rasa mcm baru 3 hari je kereja.
tp betul la sebab dah 3 lai baju keja lain2 kau pakai minggu ni.
campur hari ni 4 pasang.

minggu depan nk posa balik dah.
tahun lepas posa 6 hari je sebab umar dah sampai awai
baru bulan lepas gigih mengganti. sampai demam2.
karang bulan depan ni cemana la agaknya nk posa sebulan nih.. dah short 2 tahun kurang praktis nih.

dan bulan depan juga maknanya Umar akan mencecah setahun umur. kenapa aku suka cakap belit2
itulah yg akan terjadi bila otak lebih laju dari jari.
jadi persoalannya adalah bagaimana mahu selebret besday anak lelaki di bulan puasa?
yaa, umar bukan paham apa pun sgt, cuma kakak2nya yg sgt eksaited kerana depa akan dpt hadiah dan tiup lilin jugak. mungkin perlu stop letak lilin pada kek hari jadi. lagha je tuh. kira pembakaran terbuka pada skala kecil namun turut menyumbang kepada pertambahan karbon monokdisa di udara.

tapi mami sudah berangan kek dan tema besday party dibulan posa yg julung2 kali ini hehe..
mungkin perlu buat pada siang hari. jimat bajet. buat kek kecik2 utk budak2 bawah umur yg tak posa aje merasa..haha

dan kejap aje jugak rasanya. sudah tiba waktu untuk bergerak maju ke hadapan. oppss ke atas sebenarnya.
tempat  kerja saya akan berpindah. kami semua naik pangkat seraya dinaikkan terus 4 tingkat ke atas. lagi tinggi dari pejabat ceo haha. boleh pijak kepala bos2 hari2.  dan lif jugak berlainan. makna kata boleh punch dan suka2 hati balik tepat pada waktunya tanpa perlu jln tunduk muka dan sembunyi2. boleh siap kawad kaki lagi jika tak malu. HAHAHHAHA. sila gelak besar.
dan best jugak sebab raya ni kami buleh buat majlis raya tanpa perlu joinventure dgn org dept lain. dahh.. tanak tawan dgn torang dah taww! byebyebye..

Tuesday, July 26, 2011

Berangan membawa padah

Tak selalu berangan itu membawa bahagia
Mcm yang berlaku pada seorang makcik semlm yang menerima padah kerana berangan yang keterlaluan. Makcik tersebut yang sedang memandu kereta keluar dari parking ofis selepas waktu pejabat secara tidak semena-mena terberangan memandu sebuah mpv baru. Mind u, bukan mpv kecil2an seperti serena atau juara tp sebuah mpv bagak idaman hati yang tak perlulah disebutkan nama dan makernya.
Prinsip hidup makcik , Bila berangan itu biarlah sehabis real ( visualisation technique ya peeps!) Jadi bila hendak membelok keluar melalui lorong keluar yg sungguh sempit itu, makcik yang bersungguh2 dilamun angan2 itu pun telah mengubah turning radius kepada beberapa darjah ke tenggara dari biasa.. Kata bawa mpv kan..
Elok je lepas depan dan driver's door, tetiba terdengar ' debuk'!
Alahaiii terus makcik tersedar dari lamunan.
Nasib ko la makcikk.. Tu nasib tersagat tayar je..kalau kena body ke rim kemek ke haa pandai2 la kau..

Ok, kalau dah habis gelak teruskan mendoakan makcik itu dpt mpv tu ujung tahun ni miahahaha!


Sent from my BlackBerry® wireless device.

Sunday, July 24, 2011

INGLY BIRD BIRD

Walla advance budak2 ni
Not only they can play bird-bird on their own, now dah pandai tgk angry bird kat youtube pulak dahhh

Eh eh Liya, ada pangebob la
Takdak tore pun?
Ala iya nk tenok apa ni..

Sent from my BlackBerry® wireless device.

Tanak tawan tudah!

Mcm biasa tadi Aliya gaduh dgn abak. Kena usik la tu.. Menangis dia minta simpati kat mami, yg sebok nk sidai kain. 'Mamii.. Abak tanak tawan iyaaa..'
'Hmm suka nangis sgt tu yg org tanak kawan!' Balas mami sambil wat taktau
HuwaaaaaaaaaAa...!
'Tape-tape pun tanak tawan hiyaaaa..huhuuuuu'

Hahaha
Alalalala sedihnyaa statement
Ok lah mami tawan la ni


Sent from my BlackBerry® wireless device.

Saturday, July 23, 2011

I love u abak!

Abg ajies mmg kuat mengusik anak2
Kalau dia ada manjang nangis2 budak2 tu. Sudahnya semua dok mai kerumun mami le jugak kan..

Semlm tgk tv ada scene husband n wife peluk n kiss. Aliya terus ckp "mami dia sayang abak die tan?"
Mami pun tanya "aliya sayang abak tak?"
"Takk.."
"Kenape? Kena sayang abak mcm mami dia tu la kan?"
"Abak die tak ucikk ponn!"

Haha abak, sudah2 la ucik tu
Nanti anak2 tanak tawan!
Sent from my BlackBerry® wireless device.

Friday, July 22, 2011

Maxis - Maxis for Personal Use - BlackBerry Playbook

 hmmm..
menarik bukan
blacberi playbook is coming to town!

Maxis - Maxis for Personal Use - BlackBerry

dulu kata tak suka gajet
yes i stil not a gadget freak. but its only $900+!!
and i can do more with my blackberry
so why not??
baru buleh main ingly bird dengan lebih mencabar hehe

Bonus Friday RM10,000K!


Giveaway Friday : Istikharah

semua org tau solat istikharah tu apa kan?
koman2 mesti dah penah buat sekali masa nk kawen dulu. tp aku tak buat pun, walaupun hati berdebar2 tah2 betul ke ni jodoh aku. sebab takut karang dpt jawapan Nehi jenuh aku satu hal nk breakap pulak.. aku redho je la sambil2 doa bagi semuanya ok.
aku tak sure aku dah pernah ajar korang tak menda ni. ni ajaran ustaz aku masa belajar dulu. aku dah terai banyak kali. dan mmg jadi. tribute to Ustaz Azlan Khalili, mudah2an pahala sampai kat beliau juga.
baru2 ni dpt email rupanya Presiden Iran Ahmadenijad yg org kata talibarut illuminati tu pun selalu buat.




ok meh nk citer. sila duduk bersila rapat2.

kalau kita ada benda nk tanya Allah, nk minta petunjuk, ke time kita sedih2 ke cuba buat mcm ni :
1. buka Al-Quran. kalau malas nk amik wudhu' buka je Tafsir. kurang sikit protokol.
buka je mana2 mukasurat yg kita rasa nk buka. tepi tengah depan belakang no hal.
2. lepas tu selak 7 mukaasurat dari mukasurat yg kita jumpa mula2 tadi.
dah?
ok, next
3. cari ayat ke 7 dari mukasurat ke 7 tadi.
4. baca la dan fahamkan maksudnya.
sebab tu aku prefer baca tafsir sebab dah ada translation siap2.
cuba fahamkan makna ayat2 tu..

tapi korang kena ingat beberapa perkara ini:
1. biasanya bagi org yg baru buat, korang akan jumpa ayat2 tauhid yg menerangkan kebesaran/kekuasaan Allah. so tak payah la nk konfius atau tak faham. selalunya lepas 3 4 kali buat baru korang akan dpt ayat2 yg lebih 'direct'
2. kdg2, tak semestinya korang akan dpt jawapan sebijik2. cthnya kalau saya nk tanya 'kenapa la suami saya tak belikan GCB mekdonel walaupun dah 2 minggu saya merayu, apa dah tak sayangkah dia pada saya?' kebarangkalian besar saya akan dpt jawapan seperti 'sabar dengan ujian adalah besar pahalanya dan syurga balasannya' maknanya saya kena redho dan setop merengek pada suami tapi lebih baik lepas balik kerja terus je pegi drive thru dan oder sendiri.
3. kdg2, Allah takkan bagi jawapan yg kita nak sebab jawapan sebenar ada lagi yg lebih penting. kdg2 Dia nk kita tengok dari  konteks yg lebih besar..
4. kdg2, kalau kita saja2 buka tanpa ada apa2 soklan pun, Allah akan bagi kita peringatan, supaya kita lebih ingat. mcm kalau kita dah lama tinggal solat, kemungkinan besar kita akan kena piang dgn ayat spt 'dirikanlah solat dan tunaikanlah zakat'..
5. time kita sedih atau down sgt, insyaallah Allah akan guide dan pujuk kita, dgn jalan bersabar.

aku rasa benda ni mcm bes sgt, sebab bila buat mcm tu rasa mcm dekat sgt dengan Allah Taala.
especially bila kena tegor direct, mcm baru sedar yg eh betullah Allah dok tengok aku selama ni. He does know everything about me!
dan aku rasa lebih rapat dgn Dia.. aku juga jadi lebih byk berfikir.

speaking of whic
baru2 ni aku/abg ajies saja2 buka tafsir
tup2 dpt 'something' suprising..
aku takleh cakap lagi. biarlah rahsia dulu
kata seprais...hehe

Thursday, July 21, 2011

3 hari bercuti balik kampung mmg tidak pernah cukup
tapi puas hati jugak sebab sempat mandi manda di air terjun. siap makan durian yg jatuh betul2 dekat tempat port kitorang. walaupun sebijik je tp cukup puas hati. benda free mmg sedap. mak aku ckapa takpe tu durian kerajaan, boleh makan haha
tp siries durian yg baru jatuh dari pokok mmg sedap. sebab tu aku cuma makan durian sebegitu. kalau durian yg beli tepi jalan ni aku kureng sikit.
lepas mandi dan makan durian kerajaan, kitorang tersinggah satu gerai. Gerai Mak Ta dan Pak lang nama diberi. gerai mak pak aku. sebab ayah aku org kampung mmg panggil paklang.
series laksa dia sedap. cendol dia sedap. sampai tambah lagi 2 pinggan laksa. aisyah pun pulun kayuh habis sepinggan dia sorang. sekarang dia dah makan laksa dengan 'kari' dia.
lepak di belakang rumah sambil melastik buah setoi.
*gambar adalah digoogle dari blog org

 aisyah dan aliya suka la kutip batu untuk abak 'main Ingly Bird' haha.  lepas dapat buah terus makan cicah dgn cili kicap. puhh nikmat..
Abg ajies juga menerai bakat membelah buah nipah. rupanya dia tak penah lagi makan. tengok buah pun tak penah.
*juga ihsan gugel. gambar eksklusip abg ajies tengah test power hanyalah untuk tatapan peribadi muahahha

Akak? eh mestilah johan menanti kampung sejak azali. kekecik dulu selalu kena seranah dgn tok wan sebab aku mesti nk pegi kacau tebang buah nipah dia. dia punya la simpan sebab nk buat nira. mana buleh buat  nira kalau buah dah takde. aku pun selalu songlap kail yg dia pasang utk tangkap ikan haruan kat tepi batas sawah. abis semua aku kutip. tak tau le aku lepas tu mak pegi hantar balik ke tidak. tp  aku seronok je kutip sebab semedang aku angkat  mesti dapat ikan.
ini mungkin trip terakhir kami balik kg sebelum raya ni sebab bulan 8 takleh cuti. projek baru nk setat makanya semua cuti dibekukan. itu pasat bos kasi aku cuti  lama2.
raya ni pun aku cuti 2 hari je. tp dapat la seminggu jugak. Abg ajies lagi sedih, dpt cuti 2 hari yg gazet tu je.. kesian dia kena berulang alik 2 3 kali. aku pun serba salah. tp takkan la aku nk ulang alik jugak.

oh budak IT sudah sound suruh aku wat kerja. haha. ok lah. aku pasrah.
oh malas mau upload gambar. budak it tak kasi aku donlod aplikasi BB. so marah depa.

Jgn kufur nikmat

Antara tanda2 org yg bahagia ialah:
1. Memiliki isteri yg solehah
2. Mempunyai rumah/kediaman yg lapang
3. Mendapat jiran yg baik2
4. Memiliki kenderaan yg elok (selesa dan tidak byk masalah)

So, kalau nak ada semua tu, kita kenalah usaha. Kerja kuat utk afford rumah dan kenderaan yg lapang dan selesa, dan jaga diri dan perangai kita. Kalau perangai mcm hantu ingat boleh dpt isteri solehah? Kalau kita tak pernah tegur jiran mcmana jiran nk buat baik dgn kita?

Yes ada org prefer hidup yg lebih zuhud. Hidup alakadar je. Kalau anda hidup sorg2 mungkin takde masalah tp bila berkeluarga kita kena fikir juga keperluan keluarga kita. Kalau anak ramai tentu anak2 tak selesa kalau rumah cuma ada satu bilik. Kalau takde kereta mungkin susah mengangkut anak isteri naik bas atau lrt. Bila anak2 merungut tak selesa bukan tanda mereka tak redha tp kalau kita mampu bukankah lebih afdal beri yg terbaik utk mereka?
Islam tak menghalang umatnya jadi kaya. Malah islam galakkan lagi. Kalau tak, takkanlah Nabi saw suruh kita kerja as if kita nak hidup 1000 tahun lagi.
Yang islam tak bagi - kerja cari dunia sampai lupa akhirat, tindas sini sana dan lupa halal haram, dpt $ lebih belanja sampai membazir pastu riak dan menunjuk2. Zakat Sedekah dah lama tak diberi..

Selamat bekerja kuat dan enjoylah hasil penat lelah anda itu! Mudah2an kita sama2 dpt pahala bekerja dan berbelanja

Doa Nabi saw setiap hari
'Ya Allah, ampunkan dosaku
Berkatilah rezekiku
Dan lapangkanlah rumahku'
Sent from my BlackBerry® wireless device.

Friday, July 15, 2011

CHELSEA in town!

sekarang ni abg ajies agak down

bukan sebab dia takleh pi tengok game Chelsea esok lusa ni,
btw semlm aku tanya awat tak pi tengok,
sepatah dia jawab 'MALAS'
haa baguih la kalau cam tu haha
tp saje2 la aku korek2 lagi kan. kepochi
'aikk kata dpt special invites?'
'mmg la dpt, tp kalau i pi, i duduk grand stand, dpt masuk locker room semua tp nanti org lain duduk tempat biasa je, tak bes aa'
'ala pi je la, bukan selalu. tah bila dpt pi sana tengok derang main.. and it come to you wat, not that u kena susah payah tidur kemah pi cari tiket semua tu.."
itu la yg tak best tu. tak thrill!"

PULAK??!!

mungkin macam tu la kot wanita2 di luar sana berperasaan apabila time megasale

eh dia down sebab lain la.. awat yg tercerita pasal bola lak ni??

Ben pulakk

(sori ya bukan ben ashaari! sila jgn kecewa)

aah bila mud dah mai to berderet kau hapdet ye..
nak ambik la korang aku balas dendam ni

memula nk meluah perasaan

aku baru tau yg california kitchen kat klcc tu dah tutup
alaaaa tak sempat nk pi taww
kawan aku ckp not bad pasta dia. dah la serving besar, maknanya boleh syer2
beli sepinggan je makan 2 org haha jimat!

tp sekarang di ganti oleh kedai makan baru, Ben's nama dia
(kucing oren yg bagitau ni dah dialah yg bertanggungjawab menyebabkan aku mengigau di siang hari teringat beskal Ben itu)
macam bes dan kena pergi sebab kopi susu dia baru $6.90
kira murah pada std KLCC.

Thursday, July 14, 2011

ART TIME

budak2 ni mmg suka main conteng-conteng, kaler-kaler



dan oleh kerana tempat feveret utk menunjukkan bakat adalah dinding rumah, terpaksa la kitorang  belikan beberapa options lain :

1.magnetic board.
senang. abis kaler buleh padam.
tak perlu supply kertas byk2. rumah pun tak sepah. mami pun hepi


tapi kadg2 kesian pulak. so hari tu pegi ikea belikan kaler sorg satu dan kertas satu rim. haa kaler ler sesuka hati korangg..

umar pun suka gak. paling dia suka kalau kakak2 dah kemas kaler letak kat dlm box tu, umar mesti nk sepahkan balik. hiburan sungguh.
pastu kena marah dgn kakak2

Umar jgn sepah tau!! penat kaklong kemas!

Aliya kalau dah konsentret mmg tak pandang kiri kanan.
cuma perlu sebut 'JOM!'

abaikan catatan hiroglif di belakang itu. karang nk raya aku cat ler. dah pilih kaler dah. rasa mcm nk cat kaler kelabu. sungguh in rasanya kaler itu.

Ku pinang mu dgn Bismillah

He may not dropdead romantic mr seth
Tapi simple act like saving the best part of his lamb for me is enough for me to know I am stil the one for him.
The loved one.

I'm moved. And touched.
Everywhere.

Ok should stop before I cry
Dah tua2 ni sikit2 nak emo sungguh!!


Sent from my BlackBerry® wireless device.

Wednesday, July 13, 2011

Assisten Chef

lagi satu faktor aku malas masuk dapor adalah kerana budak tecik Umar yg semedang nk bergayut kat kaki
adohaiii cemana nk wat kerja lagu ni..
pastu merengek2 soh dukung
pastu suko benor masuk bawah sink dan main dengan segala mak nenet spray lantai kat situ
pastu suka punggah  besen periuk segala - haa yg ni aku tak kesah sgt.. buatla apa yg patut
jgn kacau mami sudahh
tapi masalahnya kejap je dia ketuk2, lepas tu pandai pulak nk gayut2 kat pintu kabinet. dan semetinya kabinet terpilih adalah tempat mami nk menumis bagai
karang kena minyak baru tauu!

last week masa mami kat dapor tetiba si aliya ni dtg



'mummy mummyy..
nak masak tena la patai ni tan!!

pakai apa tu???
"patai ni yg masak masak nih la!"

yo la sgt..
tau le mami kau takde apron kan

tau apa tu?
car organizer
ngam ngam je dgn Liya kan?

budak aliya ni kan mmg obses dgn bawang
mmg habih le sebakul bawang aku kena bogel kalau dia masuk dapor 'tolong' mami..
yg heran tu tak berair pulak mata tuhh

Bosanggg

Malas nk update blog
Takde benda bes nk tulis
Selalu kalau time takdak mud camni blogging will be sooooo boring *yawnn*
Abis semua blog org pun aku rasa cam boringnye
Skrg ni asek pikir nk makannnn je

Aku rasa mcm nk buat samthing tp mcm takut. Biasanya lepas aku 'buat' tu kan, mesti aku dpt 'susah'. takdelah susah mana, idup je lagi aku n so far tak pernah lg aku naik black maria..
Tp, itu la ujian dia kan... Dan, lepas masa susah tu insyaallah the sun will be much brighter!
Aku nak buat ni bukan sebab aku nak the sun to be brighter on my side, tp sebab aku rasa ada keperluan. Hmm tengok lah nanti cemana
Ala bukan benda besar pon, small matter jek menda ni


Haihh kata taknak update??




Sent from my BlackBerry® wireless device.

Tuesday, July 12, 2011

sentapp aaah!

time-time ganti posa cam gini kan mula la nk melencong melawat blog yg byk citer makan
pastu sendiri mengidam nk itu lah, nk ini lah
pastu tengok resepi mcm senang mula la berangan nk main masak2

lama dah tak masak
frust sebenarnya
last weekend ada masak sebab adik aku mai rumah, masak sempoi2 ja
yg wajib mestilah kena ada sup utk budak2 tu.. so org lain pun kena makan sup juga haha
hr sabtu masak sup ayam, laku la sebab aisyah n aliya mkn dgn mee
ahad tu masak sup kundur+udang dengan ayam masak kicap je,
sapa pun tak mkn.. aisyah ckp 'tak sedap la mummy..  manis la..!"
pulakk!
adik aku tak mkn pun.. tah dia
abg ajies mkn sikit ja, takdak mood katanya

aarhh..
kalau masak tp org tak mkn baik tayah susah2, kan?
mcm la koman sgt aku ni tak reti masak
takkan tak sedap sgt aku  masak, aku rasa sedap je?

wiken ni kalau my parent turun kl boleh la nk masak best2

Sunday, July 10, 2011

Ada lagi

Uish tak sangka rupanya birthday 'bonus' ni dah jadi acara tahunan pulak
Cumanya tahun ni dia mai lewat 3 minggu
Takpe...

Friday, July 08, 2011

Giveaway Friday BONUS VERSIOn

wahh ada 2 giveaway hari ini
ok yg ni mmg special

i stumble upon this blog, and noticed that ada special doa for those who come to visit
so feel free, take the chance of the good doa!
Amiinnnn....

Give away Friday

Cara-cara Melayan Suami


Kehadiran suami di rumah merupakan satu rahmat kepada setiap isteri. Hanya isteri-isteri yang menderhakai suami sahaja menganggap kepulangannya suatu yang dibenci kerana dibebani dengan berbagai kerja dan tanggungjawab. Amat malang sekali jika ramai lagi isteri-isteri yang masih bersikap sedemikian. Hilanglah matlamat perkahwinan di mana isteri sebagai penenang dan penyeri rumahtangga. Di bawah ini dinyatakan cara-cara berhadapan dengan suami.

1. Semasa suami bercakap hendaklah isteri diam mendengarnya dan jangan suka menyampuk atau memotong cakapnya.

2. Bila suami marah hendaklah isteri mendiamkan diri, jangan suka menjawab. Sikap suka menjawab, bertekak dan menegakkan kebenaran sendiri akan menambahkan lagi kemarahan suami. Jangan terkejut jika suami angkat kaki meninggalkan rumah berhari-hari atau tidak tahu bertegur sapa dengan anda sebagai denda di atas kedegilan anda sebagai isteri. Sebaliknya, kalau suami kembali ke rumah jangan disambung atau diulang-ulangi cerita lama. Sambutlah suami dengan senyuman kasih sayang dan bersegeralah meminta maaf. Jangan kita tunggu suami meminta maaf dengan isteri, jatuhlah martabat keegoannya selaku seorang lelaki.

3. Kadang-kadang si suami sengaja suka mengusik isterinya. Bila dia menyakiti hati isteri hendaklah banyak bersabar, jangan cepat merajuk. Merajuk adalah sifat orang yang tidak matang dan seperti perangai keanak-anakan. Cuba kita perhatikan perangai kanak-kanak, mereka akan cepat menjerit bila ada sesuatu yang tidak kena tambahan pula kalau yang menegurnya itu ibunya sendiri. Sengaja dihentak-hentakkan kaki meraung sekuat hati meminta simpati dari ibunya.

4. Bila kuku, misai dan janggutnya panjang hendaklah segera dipotongkan (jika panjang janggutnya lebih dari segenggam). Pilihlah hari-hari yang terbaik iaitu hari Isnin, Khamis dan Jumaat.

5. Jika dia berhajat sesuatu hendaklah isteri cepat bertindak. Bangun segera bila disuruh. Jangan melengah-lengahkan kemahuannya supaya tidak mencetuskan kemarahan atau rasa tersinggung di hatinya. Jangan isteri buat acuh tak acuh, hatinya akan kecewa dan menandakan isteri sudah tidak taat padanya.

6. Hendaklah memasak mengikut kesukaan suami bukannya ikut selera isteri. Kalau suami suka makan gulai kari atau masak lemak cili api, janganlah kita masak lauk asam pedas atau ikan goreng. Suami akan gembira bila seleranya ditepati. Janganlah pula ikan yang menjadi mangsa, diketuk lengkang-lengkung hingga hancur kerana meradangkan sikap suami yang mahu lauk tersebut dimasak mengikut seleranya sedangkan isteri tidak menggemarinya.

7. Apabila pakaian suami koyak atau tercabut butangnya hendaklah segera dijahit. Jahitlah dengan secantik yang boleh supaya pakaian itu kelihatan kemas dan cantik. Jangan dibuat sambil lewa kerana jahitan tersebut akan melambangkan peribadi isteri samada ikhlas atau terpaksa. Semua suami akan berasa bangga jika pakaiannya dijahit sendiri oleh jari-jemari halus isterinya, sekurang-kurangnya dapat menampung ekonomi rumahtangga.

8. Sentiasa sediakan barang-barang keperluan di dalam poket baju dan seluar suami iaitu sikat, celak, cermin kecil, minyak wangi dan kayu sugi. Tidak menjadi kesalahan seandainya si suami menolak segala persediaan tersebut tetapi sekurang-kurangnya sediakanlah minyak wangi dan kayu sugi.

9. Bila bertembung kehendak suami dan anak-anak, dahulukanlah kehendak suami, begitu juga dengan kehendak ibu ayah. Sekiranya suami ingin dilayan hendaklah ditaati meskipun isteri berada di dalam keadaan letih. Melayani suami merupakan satu pahala besar keatas setiap isteri kecualilah jika suami kita meredhainya.

10. Apabila menggunakan harta suami ataupun duit yang hendak kita hadiahkan kepada ibu bapa maka mintalah izin darinya terlebih dahulu. Jangan beri dahulu kemudian baharu diberitahu kepadanya. Siapa tahu mungkin wang itu amat diperlukan sedangkan isteri sewenang-wenangnya telah menghadiahkan kepada orang lain, suami dapat pahala sedangkan isteri tidak dapat apa-apa. Sebenarnya meminta izin itu ialah sebelum melakukan sesuatu tindakan bukannya setelah perkara itu berlaku diberitahu. Ini silap sebenarnya tapi kes-kes seperti inilah yang sering berlaku di kalangan para isteri.

11. Sentiasa berada di dalam keadaan bersih dan kemas ketika suami berada di rumah. Isteri hendaklah berada di dalam keadaan berwangi-wangian supaya hatinya senang untuk bersenda gurau dengan isterinya.Ketahuilah bahawa bersenda gurau antara suami isteri juga merupakan salah satu ibadah yang diredhai oleh Allah swt.

12. Air minum suami hendaklah sentiasa disiapkan jangan sampai dia minta biarpun sekadar air masak sejuk. Sebaik-baiknya sediakanlah minuman panas seperti kopi, teh atau susu. Air panas elok disimpan di dalam termos supaya memudah dan menjimatkan masa kita. Kalau boleh sediakan kuih-kuih ringan seperti karipap, cucur, bubur, apam ataupun biskut kering. Hal ini juga dapat mengelak anak-anak dari membeli makanan ringan di kedai yang tidak mengandungi zat di samping tidak terjamin kebersihannya.

Akhir kata hendaklah isteri sentiasa menghormati dan memuliakan keluarga suami. Bersikap ramah-tamahlah dengan keluarganya dan bersabarlah di atas segala tindakan mereka jika ada yang bertentangan dengan syariat. Di sinilah peranan isteri untuk berdakwah kepada mereka tetapi biarlah berhikmah dan kena caranya agar setiap tindak-tanduk kita dikasihi dan dihargai oleh mereka seterusnya menjadi menantu atau ipar yang dicontohi akhlak, peribadi dan ibadahnya.

Well,
some may say, ala bukan susah sgt pun
but one who has ever been in wife-hood knows the real truth
its not easy to manuever the ups and downs,
to hold everything in our 'jejari jemari halus' ini
and there'l be times when we yearn for those lovey-doey act from the other half (and dont get it because they dont even get the splintest idea! - whatever the splintest means i just feel like typing it now)
and times when we'r so down and no one to turn to
how can we perform at our best?

but i must say, those are the real ground rules
men will be happy if we did so
if they'r happy, lets us hope that they will return the happiness to us and the household too
 
and, what is 'best' again?
maybe we should settle for 'good enough' rather than striving for perfection.

Thursday, July 07, 2011

sometimes, always, never

sometimes there is no next time
no second chance
no time out

sometime..
its NOW
or

NEVER





but
how to know when is that sometimes?

Monday, July 04, 2011

Cobaannn..

aku mencik betul kalau org kelamkabut tak kena gaya..
can u just sit back and let us do our job.
oh ye lah.. kitorang kan less competent.. semua nk kena tunggu kau 'suruh' kann..

masalahnya benda yg kau kalut2 kan tu pun doesnt bring much weight.

and mcm biasa the thing start with u,
but then u expect we have all the detail kan

whatevilla la momma!