Pages

Wednesday, April 27, 2011

HOt MommA!

ada mak buyungs sedang mencari baju mengandung. so hari ni akak mood rajin sikit nk tulung gugel kan kat korang eh.. mmg dilema juga nk beli baju mengandung ni. nk pakainye kejap je tapi kalau tak beli nkpakai apa lak.. nk beli baju saiz besar karang tak cantik pulak, gedoboshh je.

when it comes to maternity fashion, akak ni mmg jenis yg tak suka pakai 'unifom'. yakni baju maxi yg selalu mak mak kita pakai masa bawa adik kita dlm perut dulu tuh. akak kurengg sikit sebab selalu2 maternity dress ni senteng.  mmg nmpk betis la. karang pakai tudung nmpk sgt pendek akal. kalau tak pakai tudung boleh la.
kalau nk beli blouse pulak mmg problem. sebab bila jumpa yg cantik dan seswai dgn jiwa rega la pulak mak oiiii ratus2 tuu!! hatta t-shirt bodo pun mau lapanploh hengget. tank sanggup akak. rela lagi pakai baju pagoda abg ajies. and yes, baju pagoda adalah yg paling best.. .

so hari  ni meh kita tgk beberapa contoh pesen2 baju org yg ada perut. kot tak ngandung pun tapi ada spare tu buleh la kot nk gunapakai. so ini adalah kriteria2 penting yg akak jadikan guideline semasa membuat sebarang pembelian:
1. pesen dan cutting yg boleh pakai sampai bila2
being cheapskate, akak akan pastikan baju yg akak  beli tu akan akan buleh pakai lagi sampai la mengandung lagi pat lima kali. termasuk semasa transition period. (read: masa tak preknen pun buleh belasah gak).
cthnya cam ni:

*wrapstyle is great sebab boleh sesuaikan ikut tumbesaran perut.
see.. boleh cover perut up to at least 5months. and besok2 nk breastfeed pun senang nk selak
*that black and white top tu from uniqlo. i dunno if the price is still RM 24.90!

personally i also think baby-doll cut is the cutest pregnancy top ever!
but one thing, i totally tak suka tgk pregnant mummy in sleeveless. at least cari lah yg ada sleeve, pendek pun tak pe janji ada sikit. tak cantik la dok tayang lengan yg gedebeh tu.. kalau nak pakai gak, team it with nice cardigan or jacket.

2. keselesaan mmg penting. so pilih material yg senang nk jaga, low maintenance. meaning tayah nk gosok teruk2, bgn pagi sarung je.stretchy pun good sebab boleh accomodate perut yg makin besar, breathable. best bet is soft cotton, jersey and the like.
time preknen is always subject to heat and shortness of breath jadi jgn pakai ketat2 sgt. biar body buleh bernyawa
cotton is great for more santai mode. for officewear, choose material like satin, jersey, or crisp cotton.
plain stretchy t-shirt is al great. its comfy and can help to show off you cute bump!

3. kesesuaian pesen dgn saiz perut dan saiz badan.
some cuts are more suitable to certain bodytype je so pandai2lah ye.
like this long dress will better suit org tinggi. kalau rasa2 tinggi anda cuma 3 kaki setengah, buleh gak le, tayah pakai suar dah hehe.


4. accesorise!! team up your top/dress with good pair of pants and shoes. use accessorise to jazz up.

5.  baju kurung? i was once advised my a fren 'tolong la jgn pakai baju kurung masa preknen! atleast bila perut dah besar and baju cam sendat semacam. buruk lah' kata dia. hmm mcm setuju.
esp kalau kain yg susun2 tu kan, karang terangkat sebelah. huduh benor. but kurung pahang is great sebab dia kembang so it'l flatter the tummy. i wore them till 5 mths gitu and people can hardly tell im pregnant!

untuk yg memilih gaya muslimah sejati, gaya indon ni okay juga hehe. buleh buat baju raya gak ni

6. the must have : Belly belt! get one from mothercare. but i'l cost $100+!! if you'r creatif enough and have the skill, consider making it your self. ala beli getah pastu jahit butang.. taraa!! bukan ada sapa nk selak pun. tapi make sure pakai baju labuh lah ye.


7. pants - selalunya kalau first pregnancy nk beli maternity jeans and pants tu okay gak ler.. karang2 boleh recycle kan. selalu ku tgk maternity pants ni kebanyakan senteng2 belako. heran sungguh.
nasib ada belly belt penyelamat hidup. tima kasih la kat kawan2 yg kasi pinjam terus. saya beli suar kat uptown je, yg boleh lipat perut tu. rega i think from $25 up. tgk jenis kain. lagi, saya beli suar yg ada tali. tp ini pun nasib gak, kalau nasib peha tak naik mendadak buleh la pakai, if not kejap je la merasa pastu simpan dlm lemari sampai lepas pantang. (dgn harapan)

apa2 pun yg penting, tepuk poket sendiri. kalau rasa mampu dan patut beli baju beratus2, sila lah. beli kat kitorang sekali ya hahaha
but if u'r not, fret not, there's still lots of alternative to choose from. cuma kena pandai dan rajin cari. and anda beruntung kalau jenis yg perut tak besar mana, byk lagi pilihan
widen your choice, jenguk every kedai possible. u'l never know what u might find.even kedai cokia kat baling tu pun, i manage to get a good blouse. and my feveret blouse bought at the store, cap apa tah. toyogo?
for upper class, i like FYI and this particular brand.. alah lupa pulak apa nama dia.. rasa mcm kat sogo and parkson penah nmpak. it has great line of mid length blouse made from chiffon, cotton and all. boleh  pakai pegi ofis, boleh pakai pegi merendek jua. and i still wear them now. pricewise dlm $89-100+ selai. gud investment i'l say.
and kat internet pun byk org jual maternity blouse cantik2. gugel je..
dan juga rajin2 check for discounts and sales. i once got this mothercare blouse at 60% disc beb!. i end up pay only $67 for a $200+ shirt!. tu je la sekali beli baju  kat situ. tp mmg sedap pakai la, cutting cantik jatuh terletak je. patut la mahai kan.. berbaloi la..

hope this helps. nanti ku balik tgk cap baju tu ya.
so.. chiaoooo!

Monday, April 25, 2011

Si Cantik, perlukah aku risau?

ramai org sebok jaga badan, terutama org pompuan la kan
katanya sebab taknak laki cari org lain..
katanya biarlah sedap mata suami memandang..

tapi kan
kalau sungguh begitu karmanya
ada gak isteri yg cantek bergaya, slim melim bulu mata tak lekang, spa sini sana
tapi mata suami melilau jua. bila tgk si pilihan kedua tu tak banyak mana pon. body takde la seropa jlo. selalunya ada iras2 madonna je (read: heroin tua dah nk pencen je hehe) berapa kerat sgt yg dapat rozita che wan..
org lelaki ni bukan boleh di duga sgt peel depa
yg kita nmpk tak seberapa tu lah yg depa dok igau2

jaga badan mmg penting. sebab bila jaga tu badan akan jadi sihat, cergas selalu. jadi tak de la balik2 update status asyik  sakit sini sana, malas nk buat itu ini.
bila sihat hati pun sihat, baru happy2.
bila happy baru ceria rumah tangga, takde la nk sentapp manjangg..

bagi saya, saya jaga badan sebab diri sendiri. saya sendiri suka kalau saya nmpk okay, feel okay. bila badan fit baru rasa best. baru ada semangat nk pakai baju cantik2. lebih konfiden dgn diri sendiri.
kalau ikut abg ajies 'mcm' tak kesah. dia selalu ckp dulu dia syiok kat ai pun sebab ai chubby.. hehe buleh caya ke nih? dulu ye la tengah mekar, chubby pon sweet je kan. ha ni dah separa menopos ni chumel lagi ke bang??
kalau ikutkan, saya lebih risau kat pompuan2 yg biasa2 saje kat luar tu.
sebab nye:
1. perempuan biasa lebih ramai dari pompuan cantik.
jadi probabililty derang/ atau suami saya nk berjumpa dan bertemu mesra adalah lebih tinggi.
2. suami saya bukan jutawan mlm mahupun hero filem seram berbadan sasa,
jadi kebarangkalian utk pompuan cantik itu menekel suami saya adalah lebih rendah berbanding pompuan biasa.
3. suami saya juga adalah manusia yg sedar diri jadi kebarangkalian utk dia menekel pompuan cantik juga agak kurang di sini. haha konpiden je saya. eh bang, saya bukan cabar abang ni eh..

tp kan ada juga perempuan cantik dan berperibadi mulia yg suami saya suka. macam yuna.
jadi saya perlu lebih berhati2 dgn perempuan cantik yg pandai menyanyi dan main gitar. abg ajies sekrg gigih nk sambung belajar main gitar.. hmmmm.. kebetulankah?
saya juga tidak bgtau ada keja kosong kat radio ikim tempohari sebab suara siti rohani yg sgt comel itu. karang dah jumpa org nya lagi panjang ceritanya. jadi sebelum apa2 kita cantasss dulu!!

Asthma vs Bronchitis

umar udah discaj. tapi hopefully minggu ni mak akak dapat stay lama sikit, tolong jaga kan umar kat rumah. tak sampai hati nk hantar gi taska lagi. at least for now.
and for mummy, i'm stil recovering. tp nya hari ni dah kena masuk ofish. back to the files yg bertimbun sampai runtuh dan kat depan ni huhu.. with my mate cuti pulak and some reports are due..
takpe. biasa la keja kan. buat apa nk merungut. lagi pun keja ni yg yg bayar duit ospital umar yg beribu tu..

kebetulan pulak minggu lepas majalah kesihatan KPJ ada artikel pasal asma and bronkitis in children. written by some expert in child asthma, Dato' Dr Azizi from KPJ Damansara Specialist Hospital. not much info, except he stressed that bronchitis and asthma is not the same. and its not a good thing to misdiagnose a bronchitis with asthma, and vice versa. with the current climate and whether change nowadays, more and more children are prone to catch bronchitis. since they both share almost the same traits - coughing, wheezing, mucous phlegm and all, its alwasy easy to mistakenly diagnosed as asthma. and he advised that we wait till at least the child is over 5 yr to confirm an asthmatic case.

in umar's case, the dr in charge, being sezaman dgn that dr azizi i guess, was very conservative, to him physio should be the last option. so apparently he tried on the medicine first, and see the progress. unfortunately Umar does not respond well to that. until he went for that heartbreaking and painful physio his lunge become clear enough for him to be discharged. if only the dr could prescribe it sooner, maybe ( maybe.. we dunno) we can leave earlier.. god knows how much that medication - antibiotics, salbutamol, pulmicort and all - went into his young body...

ok , i'l need to get more info on this matter.
being in hospital for a week is really not easy. eventhough i heard a little girl said to aisyah that day ' eh kita nk balik bilik hotel kita la!' hahah hotel la sangat kan!

syiok dok 'hotel' eh??

Saturday, April 23, 2011

Ameeeenn..!

Kekecik dulu aku selalu pi dekat mak bila dia angkat tgn nak baca doa lepas solat. Gigih nak tau apa mak doakan utk aku. Dan mak pun akan baca doa kuat2 sambil listkan benda nakal yg aku buat hr tu..aku lak akan tersengih2 je kat tepi.insafnye idak juge.
And now found myself using the same tactic. It works cos later menangis la itu 2 budak terus salam minta ampun!
Td kan,pas solat ku dengar aliya bc doa :

ya allah tohanku bglah duit kat mami 1ribu ribu!

Amiin.. Doa budak2 cepat makbul kan? Hehe

Wednesday, April 20, 2011

Cobaannn...

Masuk hr ni dah 3hr berkg kat spital. Umar shows very litel recovery,wic wil only mean we'l stay hr much longer. He has been sick since friday n I havnt had gud sleep since then. Worse, i forgot to pack the cleanser n moisturizer. If u happen to see me n i appears all gleam n glow, trust me,its not the 'nur'. Its meteorites. :-P
Umar's condition quite bad. It wrecks my heart everytime he cough.seksa sungguh sampai merah2 muka dia.
Many thanks to everyone for visits and prayers, esp to mak abak n ijat

Thursday, April 14, 2011

Finally, unleash the dragon!

selasa 12 april
pagi yg damai.. sempat singgah ke levain, pekena kopi susu dan roti. teruja tengok piza yg baru luar oven. aah harus amik satu. bersantai sorang2 at its terrace surrounded by misty bushes of flowers and  smells of fresh coffee+bread.. ahhh.. feeling2 kat france kejap.

noon, finishes of some works. jogging plan was cancelled due to rain.replaced by some poco2 session. sorry  not interested. so rush home to beat the rain-jam.

6.45 pm arrive at the nursery. happy. dont expect tun razak to be this 'nice' to me especially with today's weather. alhamdulillah.

6.50. packing the kids inside the car.
and suddenly
the 'thunder' came.

tapi kita flashback dulu ya..
.
.
.
lets rewindddd..
jumaat april fool.
masa amik anak2 kat taska, cikgu bagitau ada beskal sorg budak ni rosak sebab aisyah naik n jatuh. tayar kecit yg support tu patah. cikgu ckp 'mak dia pesan soh ganti balik' ye lah aku paham. aku tak check betul2 apa yg patah, cuma belek2 beskal nk tgk jenis cemana, karang nk pegi cari tayar baru tak salah amik lak.
wiken tu aliya demam, so aku cuti, dan hantar anak2 semua ke s.alam. hari rabu baru pegi taska dan hantar tayar ganti sekali. aku pesan dgn Aida, pengasuh tu bgtau kalau ada apa2, kot takleh pasang ke apa ke.

isnin 11/4. besday mak aku
petang tu sampai kat taska nk amik anak2
a man, i assume the father of some of the girls there too, came to me
'esok you bawa beskal anak saya pegi repair ya!'
i was confused. kan ke aku dah ganti tayar tu minggu lepas??? apa cer ni bai?
oh ok, (dlm ati) hari yg bgtau kat cikgu taska is the wife, so maybe this husband do not know.
'eh saya dah ganti kan..' kataku dengan muka manis.. those who know me will know how i speak, kan?

'takat nk ganti saya pun bulehhh...'

amboiii bahasaaaa..
aah malas nk layan..
'mlm ni saya tak boleh, esok2 lah ye..' kataku sambil nak blah.
initially i agreed sebab terfikir gak agaknya tayar ganti tu tak boleh pasang or it could be another problem that cant be fixed by the teacher.
balik rumah, citer kat abg ajies, apa lagi.. senang je dia ckp 'lenkali suruh dia ckp dengan your husband'
ok, hmmm akak pandai2 agreed je tadi kan. padahal karang nk mengangkut ke kedai ke apa ke abg ajiessss jugaakkk..

begitulah flashback saya.

so petang selasa tu, sampai depan taska aku tengok keta mamat tu ada.. aahh malas nk mengadap. dok kejap dlm keta. tp aku nmpk dia ckp2 something kat kaksu, si pengasuh. kaksu dah tunduk2 je..sah kena bambu ler tuu.
keluar je la tgk apa dia nk kata..buat taktau je. buat whatevil je..
nmpak aku je dia terus ckp
'hari tu u janji nk repair beskal anak saya kan?'
ek elehhh... kau ingat aku keja kedai  beskal ke buleh hangkut beskal anak kau mai ofis?
'kan semlm saya ckp saya tak boleh?'
' iye lah, habis tu kenapa tak repair?' aku ckp bengong kang marah pulakk..
malas nk layan. 'suami saya ckp apa2 ckp dgn dia sendiri!' terus aku blah. akak kan isteri misali. dah itu yg hasben pesan, itu lah yg akak ckp.
aku jeling skit kat beskal tu, mmg nmpk rantai dia jatuh, wic was not the problem before.
pastu dia bebel2 dia kata tayar ganti tu pasang tak betul. sebab cikgu besar je yg pasang.
' ni bukan keja pompuan nk pasang2 semua ni'
ekelehhh lagi sekaliii..
naaaaaakkkk juga soh bawa gi kedai.
heloooo incik.. cer bgtau aku berapa ramai engineer pompuan kat proton tu? i bet ferrari, honda sumer ada enginerr pompuan la. ni takat beskal giant ko nk bisinggg. takat nk pasang skru, pasang rantai beskal tu tayah grad thermodinamik laa..
pastu dia dok insist aku bertanggung jawab potpetpotpetblablablaa..
aku tak berani nk commit apa2, mana dgn hujan renyai2 aku ni ngendeng anak 3 nk masuk keta dgn beg brg lagi, dgn budak2 tu menjerit2 berebut nk dok depan bagai.. mmg aku nk balik cepat. bukan sebab aku nk lari tanggungjawab la bengong!
sekali dia dtg kat keta aku..
out of respect aku buka cermin keta.. buat2 dengar je la apa dia dok bebel tu kan
'awak suruh suami awak dtg sini bincang, org perempuan ni bukan lawan saya.. blablalablalaa'
tp semua akak punya firewall terus roboh bak reaktor nuklear fukushima bila dia ckp 'awak bgtau suami awak dia seorang yg tak bertanggungjawab!'
amboi amboi amboiiiii sedap mulut kauu
akak terus keluar keta and soon enough i was practically bombard him with all possible words i ever remembered. haa amik kaaauuuu. i think i did hit the D minor gak kot. mmg rasa cam menjerit pun ada gak hehe. dah la time magib tu. pikir balik macam malu lak kat org keliling..
i was surprised with myself too.. to those who knows me, you sure know how well i can tolerate people, how high my patience meter is, how 'quite' i can be. i am the last person to confront people. i basically prefer to keep quite to avoid any confrontation. jenis tak suka kecoh2..jenis yg 'biarlah..' jenis yg tak pernah kisah even kalau kena attack personally.
but i guess.. when it come to your loved one, you'l do whatever you have to to defend them.
at some point, i was proud with myself. at least i was able to stand for myself!!! finally aku berjaya bergaduh in public! haa wat an achievement.

and to recall my mom's advice : org 'bodo' gitu jgn dilayan, nanti kita pun sama 'bodo' cam dia
yess.. i regret juga kerana telah menjatuhkan kredibiliti diri sendiri pada hari tu. megarib2 dok bergaduh tepi jalan dgn org sakit mental. sound problem pulak tu. how can i put myself down to the same level as his?
actually masa pengasuh bagitau the wife pesan soh ganti tu pun aku dah terdetik lainmacam je this parents. i mean the way she put it semcam je. ye lah kita pun org ada adab, kalau anak kita bagi rosak apa2 insyaallah kita cuba nk ganti. not just the material yg penting but at the same tima we'd want to teach our kids a lesson or two. tp bila orang nk wat kecoh gini terus macam sakit ati sgt. i dunno wether im still ikhlas to replace or not anymore..

semlm tak pegi taska. sebab hantar anak2 ke s.alam. aku ada kerja kat sana plus ptg tu ada follow up aliya kat smc. bukan sengaja nk lari dari dia pon. hari la kot boleh nk gosip2 dgn pengasuh karang kot2 dia kecoh lagi.

pengajaran to myself :
in future i hope i can deal with this kind of situation differently, more professionally and to too emotionally.
i hope to polish my linguistic ability, to upgrade my vocab, especially kebolehan membina ayat2 yg lemah lembut tapi menikam kalbu gituuu..

p/s : agak2 kalau mati mempertahankan maruah suami kira syahid tak eh?

malam jumaat

sempena malam jumaat karang meh akak bagi tazkirah sket.
ini betui punya sikit ni..

sari fakta penting:

1. sunnah yg paling Rasulullah suka adalah bersugi. balik rumah je Rasulullah akan berus gigi. even di saat sakaratulmaut pun Baginda bersugi. ye lah nk mengadap Yang Dipertuan Agong pun kit amekap bagai, takkan nak mengadap Allah Taala dgn gigi berkarat..
di katakan juga, tentera islam pernah tak menang dlm satu pertempuran i.e tidak mendapat pertolongan Allah Taala kerana mereka malas bersugi.. haa tu diaaa... nmpk mcm katun je reason tu kan, but He knows best.
korang tau tak, org kata berus gigi pun antara perkara yg boleh  bagi terang mata.
eh silap, itu basuh baju. aku masih tak jumpa apa kaitan basuh baju dan saraf mata. tp aku tau org zaman IT sekarang ni makin ramai yg rabun sebab kerap sgt tengok 'tutttttttt'

2. eh satu je nak bagitau.

berus jgn tak berus!!

sempena bulan kaviti sifar april ni, colgate ada buat program check gigi percuma kat klinik2 gigi terpilih. sila semak akhbar anda utk senarai klinik gigi berdekatan.
kat giant hari tu pun aku ada nmpk ada booth siap dengan bilik private utk check gigi. pastu dpt sampel brg colgate free.. haa apa lagi pi la.
mungkin ini juga masa yg baik utk stat ajar anak2 jumpa dr gigi.

Evil giler

kdg2 bila gaduh dengan aisyah aku akan ckp 'what everrr' kat dia. in the most annoying tone.
seems that she has gotten the used on it. now she starts to use it, samada against me or on aliya, mostly.
bila tengah main syiok2 pastu aliya suddenly tak ikut 'arahan' dia, jadilah gaduh.

and akan kedengaran dia ckp kat adik tu ' ishh aliya ni.. what ever!!'

to my (not so) surprise, aliya replies 'what evil!'

hahaha
amek ko.. evil youuu..!

Tuesday, April 12, 2011

prioritise!

dah lama tak main masak2
puncanya adalah kitorang malas bangun pagi awai2 pegi pasar borong atau pasar tani.
pasar malam pun selalu miss.
jadiknya umar cuma makan nasi perasa ikan bilis campor keret atau bayam. hari minggu baru makan nasi + ikan/ayam. beli ikan kat pasaraya besar mmg meruntun jiwa tengok status ikan yg tersadai kat situ. siries aku tak sanggup.
kalau mak pak aku dtg lagi minggu depan mungkin abang ajies akan kena paksa rela hati bangun pukul 5 pagi utk pergi selayang beli stok lauk
aku dah kecik hati sgt nk beli ikan kat pasar tani hari ahad kat rumah aku tu, sejak aku tertipu dpt ikan yg dah tak suci. bila balik rupanya salah sekor ikan tu dah ditebuk tikus. aku agak la sebab ada mcm bekas kena gigit. terus aku ban pasar tani tu semua2 sekali. bak kata org, kalau sorg buat salah satu kg kena bahananya. !#$#&*()&*%^~@%*(()()&%$%@#$!!!
tp hari kerja mmg mcm tak sempat aje nk masak. oh sebenarnya mcm tak larat. sebab mcm sekarang ni even tak masak pun akak tak sempat duduk berlenggeng ngadap tivi. dari saat jejak kaki depan pintu rumah sampai nk tido ada je keja nk kena buat. tu pun tak habis2 lagi. contohnya masih ada sebakul baju blom lipat.
tapi memandangkan sudah banyak stok baju yg dah berlipat bersusun dlm almari, maka akak letakkan ia sebagai seken priority. itulah dia, sebagai pegawai hal-ehwal rumahtangga kita kena bijak menguruskan prioritising. ha  nk eja pun tergagap2.

Monday, April 11, 2011

come babeh!

hmm umar blom pun selebret besday pertamanya
akak rasa mcm gedik je nk 'baby' baru huhu..

hmm...
nak ke tak nak..
lupa pulak nk pesan kat kengkawan yg pi umrah hari tu
soh doa2kan murah rezeki
buleh angkat baby ni satu
ye lah..
 ipad la.. apa lagi..
sejak dah murah ni kan.. mengeletis akak mengidam nak satu
bukan nk pakai utk keja sgt pun. lgpun kalau utk kerja baik akak lobi IT dept soh belikan sorg satu je
nak main game pun tak juga. rasanya beli utk anak2 ler kot.
nak pulak kengkawan yg dah ada dok kasi review seperti 'kau tau, anak aku yg 9 bulan tu pun dah pandai ipad tawww..!'
ceh
pastu dia cakap lagi ' elok wei ada ni.. senang nk ajar flash card. you'l really see the difference'
hmmm..
nmpk gayanya demi masa depan anak2 seorang ibu mestilah berkorban sesuatu.

tapi kan
kalau beli, kena beli 2.. kalau tak berebut karang..
hadoii lemah betol laa
dok berkira2 lagi.. sebab sekrg ada pilihan nk beli henfon baru atau ini
aah henfon masih boleh terima dan buat kol sudah cukup la kan. bateri nk mampuss itu boleh tukar.. kan kan kan..? pedulik apa kalau kerani aku pakai hf lagi gempak. pedulik hape kalau 'client' dok jeling hp zama tok kadok aku tuh. lenkali kalau jumpa derang tayah la tayang, simpan dendiam dlm beg.
tp kalau ada ipad.. siang2 aku dah tayang atas meja wakakkakakak
tu diaaa niat.. soheh lambat lagi aku nk dpt hehe

idaman kalbu

best kan kalau suami anda seorang yg penyayang
lagi bes kalau dia juga pandai berkata-kata

bila akak dok mengomel kat abg ajies getah akak dah loose, umar dah masuk 8 bulan tp spare tayar ada tiga lapis lagi tak ilang2 camne nii..
syahdu je telinga bila abg ajies ckp kat akak.. 'ala std ler tu yang.. anak dah tiga..'
hati kembali berbunga bila dia sambung lagi  'ala dulu i kenai you pun gemuk gak kan.. i sukee je..'
ok abaikan part gemuk tu. buat2 tak dengar je lah ye.

tp bunga2 itu tak ler nk berkembang sgt
sebab akak masih terngiang2 ckp dia 2 minggu lepas..
'yang, takde maid pun u mcm ni kan.. kalau ada maid taktau le cemana yee..!'

macam apa bang? haa cer cakap macam apa? apa? ha? ha?
haa masuk.. masukk..!

triumph-ant!!

salam u olssss

ehem
anak2 dah sihat
maknye pulak menten sora kak nyahh..
terkejut kawan abg ajies semlm gamaknya
dah la pestaim ckp dgn ku kan, sekali haa amekowww sora bini ajies serak2 tak berapa nk basah giteww
malu punya pasal terus akak bg alasang takleh join pi berkelah sebab anak2 demam haha.
tp mmg betul pun budak2 tu tak sihat. deme tu bukan buleh jumpa pusat tadahan air mmg nk berendam je karang lebur lagi poket maknye nk ulangalik spital.

so hari ahad di spend di rumah sahaja dengan acara mendobi secara marathon diselangi dengan aktiviti mengemop lantai. atas shj. sebab turun bawah dah tak larat. kes kurang vitamin lagi nmpk gayanya.
gembira dgn hasilnya kerana percaya saya telah melakukan sesuatu yg bukan sahaja baik utk keluarga saya tetapi untuk menyingkirkan lemak2 pada lengan. maka sila ucapkan 'babai batwing..!!' dan  'selamat dtg otot!!' ( angan2 yang tak sudah2)

apabila mengemas selalunya kita akan terjumpa benda2 yang telah lama dibeli tapi tersimpan tak guna atas sebab2 tertentu. dalam kes minggu ini sya ternmpk spentot shape-up yang dibeli semasa jualan gudang triumph 2 tahun lepas. dulu tidak pakai sebab sayang. lepas tu perut membesar kerana ada umar. apa kes nk pakai time preknen.
dan semlm.. terus gigih hendak mencuba..
wahhhh sgt best selepas bergasak dan terseksa fizikal agak lebih 15 minit utk memboloskan diri
tapi tapi hasilnya sgt hebat. terus feeling2 perut flat gituu.. tp perut je la hahaha
gandingan material yg licin dan hold up power yang mantapp. aahh tak perlu la spank yang beratus itu lagi nmpknya. yg ini saya cuma belanja dlm $10 sahaja.
cuma saya tidak pergi ke toilet selama beberapa jam. malas menyeksa diri.

kalau rasa teringin, cuba lah.
triumph mmg tidak mengecewakan.
nama nya? alah tak tau pulak.

Thursday, April 07, 2011

just a quick update
what a beezee weeks fewwwwhhh

since 2 3 minggu lepas anak2 dok sesema batuk demam
but tetiba sabtu tu aliya pulak demam panas
ni baru betul demam AF agaknya
amik ubat kat klinik biasa je, tp tak kebah2 sampai hari selasa.. terus bawa pi paed
rabu okay sikit, tp come thursday demam balik..
blood test 'okay' (read: borderline infection-proven) meaning no dengue. but as suspected ada infection. cuma tarak tau katmana, so will haftu wait till saturday for follow-up.
but tgk la esok mcmana, kalau stil demam maybe we'l see the doctor earlier.

esok wa mcm nk cuti aje
si liya ni kalau demam merengek nak mami je..
siann pulak nengok. nasib la kau tu ringan je liya.. tak kesah la nk dokongke hulu hilir..

stay tuned.