Pages

Thursday, December 30, 2010

Malaysia Boleh Lagi!!

YAAA....ITU YG KITA NANTI2 KAN

TERIMA KASIH PEMAIN BOLA HARIMAU MALAYA

NASIB BAIK ANDA MENANG

KERANA AKAK BULEH CUTI ESOKK

TAYAH AMIK MC

YIHAAAAA!!

thing is, akak tak amik pot pun piala apa korang menang
berapa tahun dok tunggu bla bla bla
sapa tendang bola kasi gol
or how many gols u had
either u win it by penalty or what
as long as u play diligently, penuh intergriti

Gaya, Mutu, Keunggulan.

yg penting, esok aku cuti
sian org ostolia dan org singapora itu tak cuti lah eh?
err tp gaji triple tu kita share2 la..kasik 1/3 buleh?

Wednesday, December 29, 2010

2011 wish list

lagi 3 hari nk masuk tahun baru
masa utk membuat senarai angan2 tahun depan
kalau ikut hati 40 mukasurat pun tak abis list aku
tp utk hari ni aku citer pasai kenderaan harapan dulu lah ye
yg lain2 tu ada yg termasuk impian gelap, shhh takleh disclose!

bila dah anak 3 mula la keta 5 tempat duduk ni rasa 'kecik' je
nak pulak anak dara 2 org tu dah tak betah duduk kena ikat
kalau ikat pun dah pandai buka sendiri pulak heii
time baik 2 org tu  kemain bergelak bergurau senda jerit2
bila gaduh mula la tendang tampar adik kakak
mmg gamat lah
mula la mak dan apak rasa cam nk kena hapgred keta besar ni hehe
takpe berangan dulu
kerana angan2 itu langkah pertama kejayaan insan
wakakakka

ehem.. ni idaman kalbu Tuan Besar.. tp rega mak aii.. baik beli incik alfad je terus! akak kalau mpv kecik ni buleh la tahan lagi, kalau besor sgt > gayat!
 

aha bila beli keta besar.. kena beli keta kecik utk mami bawak gi keja ngan pi pasar (bila masa tah nk gi pasar tu haha) akak tak kisah, keta mini ke woksegen pun takpe... amacam bang ajies? ada brannn?

satu hari tu bila aliya+aisyah dok bising2 kat belakang ku ckp
'eh esok mummy beli lori kotak camtu je lah eh..
sukati korang nk melompat kat belakang tu..
nak?
aisyah : yeaa!!! besnyaa!!
mummy ngan abak dok depan, aliya and aisyah dok belakang tu ya!
wahh suka pulak!
senang kan?
nak soping barang kat giant ke, ikea pun sonanggg
buleh buat side bisness lagi

Di mana aku dalam ini pilem?

KEBAHAGIAAN SEORANG SUAMI


Seorang lelaki telah berumah-tangga dengan seorang wanita solehah. Hasil dari perkahwinan ini pasangan tersebut telah dikurniakan beberapa orang anak lelaki dan perempuan, kehidupan mereka sekeluarga sungguh bahagia dan sejahtera.

Si isteri sewaktu hidupnya, adalah seoarang wanita yang beriman dan bertaqwa, berakhlak mulia dan rajin beribadah, ia juga adalah isteri yang setia dan taat kepada suaminya, seorang ibu yang penyayang dan sebaik-baik pendidik kepada anak-anak-anaknya.

Rumah tangga yang indah ini kekal selama 22 tahun, sehinggalah si isteri meninggal dunia. Setelah jenazah si isteri diuruskan dengan sempurna, disolatkan dan dikebumikan, maka semua ahli-keluarga, saudara-mara dan kaum-kerabat berhimpun di rumah si suami untuk mengucapkan ta'ziah. Kesemua yang berhimpun itu mahu mengucapkan kata-kata yang boleh meringankan dan mengurangkan rasa pilu dan kesedihan si suami kerana kehilangan isteri yang paling dikasihi dan dicintai.

Namun demikian, sebelum sempat sesiapapun berkata-kata, si suami telah berkata: " semoga tidak ada sesiapapun dari kamu yang mengucapkan ta'ziah kepadaku sebaliknya dengarlah kata-kata ku ini."

Semua yang berhimpun terkejut dan terdiam dengan kata-kata si suami itu...

Si suami meneruskan kata-katanya: " Demi Allah yang tiada AIlah yang berhak disembah melainkan-Nya, sesungguhnya hari ini adalah hari yang paling bahagia dan gembira bagiku, lebih gembira dan bahagia dari malam pertamaku bersama isteriku itu.

Maha Suci Allah Ta'ala, sesungguhnya isteriku itu adalah sebaik-baik wanita bagiku, kerana ia sentiasa mentaatiku, menguruskan diriku dan anak-anakku dengan sebaik-baiknya dan juga ia telah mendidik anak-anakku dengan sempurna. Aku sentiasa bercita-cita untuk membalas segala jasa-baik yang dilakukannya kepada diriku. Apabila ia meninggal dunia aku teringat sebuah hadith Nabi (salla 'Llahu 'alayhi wa aalihi wa sallam);

"Mana-mana wanita yang meninggal-dunia sedang suaminya redho kepadanya pasti akan masuk ke dalam Syurga."

Tatkala akan meletakkan jenazahnya di dalam lahad, aku telah meletakkan tanganku di kepalanya dan aku berkata:

"Wahai Allah, Aku sesungguhnya redho kepadanya, maka redhoilah ia." Kulang-ulang kata-kataku itu, sehingga tenang dan puas hatiku..

Ketahuilah sekalian, sesungguhnya aku, di saat ini amat berbahagia dan bergembira, tidak dapat ku gambarkan kepada kalian betapa hebatnya kebahagian dan kegembiraan yang ku rasakan ini.

Maka barang siapa yang telah bercadang untuk mengucapkan ta'ziah kepada ku atas kematian isteriku itu, maka janganlah kamu melakukannya. Sebaliknya ucapkanlah tahniah kepadaku, kerana isteri telah meninggal dunia dalam keadaan aku redho kepadanya.. Semoga Allah Ta'ala menerima isteriku dengan keredhoan-Nya.


hakikatnya bukan mudah menjadi suami, isteri dan ibu/bapa
kdg2 niat kita baik, apa kita buat utk kebaikan suami gak kan
esp bila ada yg tak kena sepatutnyalah kita betulkan keadaan
tp suami mungkin tidak suka kita kacau aturan hidup dia
(mcm kes bini saleem tu kan.. org ngata dia mcm2 queen kontrol la apa la
i bet mula2 mesti saleem pun tak berapa suka
tp tgk la saleem sekarang)
ada org ckp, kalau isteri/suami buat perangai,
jgn marah..
sebab kdg2 Allah jadikan mereka mcm tu sebab kifarah dosa2 kita jugak
so renung2kan diri sendiri dulu
semoga Allah sentiasa beri aku kekuatan
untuk menjadi isteri yang sentiasa menbahagiakan suamiku, anak2 ku
beri aku kesabaran dan hikmah dalam menjalankan urusan rumahtanggaku
semoga esok2 aku mati.. org2 keliling ku tidak akan menangis tp menerima kabar gembira

Janji Allah itu benar
Mati itu benar
Syurga itu benar
Neraka itu juga benar..

sama2 lah kita..

Tuesday, December 28, 2010

Who will cry when I die?

last wiken was bit chaos
we initially planned to spend the wiken in JB, attending a friend's wedding
but elok we settled for the night i got a call from my sis
'Tok dah takde..'
Ya Allah..
susah nk percaya at first
so we rushingly pack brg, angkat anak2 masuk keta and vroommmm balik kedah
sampai rumah tok sedang elok, Alhamdulillah sempat tgk tok
masa tu belum mandikan lagi
nmpk muka tok tenang sgt
lepas mandi nmpk tok makin putih pulak
Alhamdulillah semua urusan dimudahkan
cuma kaklong tak sempat tgk sebab derang sampai masa org kg usung tok ke kg akhir dia..
being a very emotional one, kaklong menangis sampai nk pengsan

Aku ralat gak sebab dah lama tak jumpa tok
masa pas bersalin umar terus balik sini tak singgah pun jengok tok
sebab masa tu blom abis pantang
mak kata tok pon ada sebut nk tgk Umar..

sebenarnya tok tak sakit apa pun
sebelum2 ni ada la dia dok tak larat, sakit kepala gitu2 je
dia ada darah tinggi tp dia mmg jaga, dok monitor selalu
hari sabtu tu dia ajak anak cucu semua dtg rumah
ada makan2 buat bbq bagai
tok siap pesan kat maksu 'bawa tilam bantal sekali'
lepas makan tok pening, lepas kuar bilik air dia muntah
lepas tu nmpk mcm teruk, pakcik  bawa pegi hospital
kejap je, Tok dah takde..
org hospital ckp maybe tok tersedak muntah tu dah masuk paru2
mak ckp tok ada bagitau tok dah set aside some cash 'kot mak mati pakai la duit tu'
dia taknak susahkan anak2 katanya
kain, telekung semua tok dah siapkan.

looking back
kami anak cucu semua sayang kat tok
tp sebab semua dok jauh mmg jarang2 balik
time raya je pun nk jumpa
tok pulak mmg tak suka tinggalkan rumah lama2 jgn harap le nk ajak dia dtg rumah kita lama2
lagi satu tok mmg sporting tu yg anak cucu suka hehe
tp sporting2 pun aku ingat lagi tok kejar kitorang sebab mandi kat laut
dia mmg sayang cucu2 dia
cucu menantu pun dia sayang
abg ajies and abg long tu selalu dia sebut
marah dia kalau aku tak buat air kat abg ajies
dah buat air tu kena teman/duduk sama..
marah dia bila aku tak duduk teman abg ajies minum
kalau tgk amalan tok biasa2 je
mungkin sebab tok mmg jaga sgt suami dia, Allah beri dia rahmat dan mudahkan
lagi satu tok mmg berjimat cermat, bab makan minum, bil letrik
bukan berkira tp dia mmg tak suka membazir
tok mmg pembersih org nya
kalau beras, ikan ayam mmg putih melepak mcm pakai breeze hehe
tok pandai buat sambal belacan
ingat lagi ada sekali tu takde cili merah, so tok buat sambal pakai cilipadi semata
imejin la pedas dia
berasap2 pun tp semua org menteh kayuhh!!!
tok masak biasa2 je tp suka nk makan
esp gulai ikan tok mmg sedap..
agaknya sebab masak dgn kasih sayang.. penuh adab dan sunat2

Allah sahaja Yang Maha Mengetahui, dan Maha Mengadili perbuatan hambaNya

semoga Allah bahagiakan tok di dalam taman syurgaMu .. Ameeennn..

'bila seseorang perempuan itu meninggal dunia dalam keredhaan suaminya dan selama ia mengerjakan solat, syurga la tempatnya..' insyaallah

aku tak nangis pun semlm
cuma sebak sikit bila peluk mak dan makcik2
tp pagi tadi tgh drive teringat2
gugur juga airmata ini...

AL-FATIHAH
Fatimah bt Jusoh
1936-2010

Friday, December 24, 2010

my wish

i wish everyday is 24th Dec

jalan clear giler

cuaca sejuk nyaman

hujan ala kadar secukup rasa

and mood shoping di mana mana..

semua org in holiday mood

ujung2 tahun pulak pakat2 crossing fingers for bonuses

yeahh..

berry berry

alah ada ofer pulak
blekberi curve 788 yo..
pakej baru 98 sebulan
hmm

ku malas sebenarnya nk beri beri ni
sebab rasa cam tak guna pon
takde pekdah
dah la mahai satu bab
line dia pun mahai
extra kos lagi nk donlod emel semua
padahal bukan emel penting sgt pun
buleh je tunggu ofis buka esok
lgpun dah ada brodben, kat rumah
wifi lagi
mcm la bos dok cari kita 24/7
erkk kalau kena standby gitu kita pun rasa nk off je bb kan hihi
(tu bos bos ramai yg ngaku nk buat gitu)
harap nk BBM je pun..
oh mungkin perlu sebab now org dah tak ym

ekceli memula daku kenal BB from Judith Mcnaught
ke Jude Deveraux?
er judith kot?
masa tu tahun 90an gitu
tajuk tak ingat tp heroin dia veru the superbusy
dia ada laptop, henfon and blackberry
ku pun mula la dok cari menda apakah ia
dulu2 selain hp cuma menda alah yg beep beep tu apa eh? yg bgtau ada msg pastu kau kena kol tanya apa dia
tp belum tersebar secara meluas di KL so mmg tak berapa nk buleh byg cemana ropanya
in late 90's rasanya maxis yg perkenalkan BB.. giler gabakkk..
terus rejek haha
dan mahai giler
tak silap 2k++++
masa tu org mesia tgh giler HTC, HP dan segala PDA phone

wpun sekrg BB dah semakin slim
daku stil tak nmpk keperluan utk diri ini ber beri beri
sebab ku rasa BB hanya utk org yg sentiasa tercirit birit
nk cepat dan terkejar2 je
utk daku yg mmg sokmo berak batu je cukup la tetapkan iman pada iphone
mcm bes je iphone.. anything from mac really surpassing expectation eh?

peace!

Thursday, December 23, 2010

My Secret Pink Fantasyy

ehemm..
dengaq kata en ajis nk upgred
agak2 la kan..
kot dia duit banyak (ameeennnnnn...!) tayah la trade in incik kawa dia
pass je kat akak hehe

akak dah berangan
kalau dpt kat akak
akak nk cat baru
kaler hawwttt pink *pheweitttttt
muahahaha
sesatunye ninja pink kat kl ni

cantik tak ?
cantik tak?
ni pun comey gak kan?

kalau dah motor kaler pink, drebar dia pon haross la pink gak kan?

ni pun okay gak
tayah pakai helmet

so bewareee ollss..
pink ninja is coming to rawkk the road..!!!
kalau nmpk kat jln tu honk2 lah ye
tp jgn ler kecik ati kalau akak tak lambai
mmg takleh angkat tgn sebenarnya
tak pass lagi nk bawa motor sebelah tgn

tapi tatau le biler

pasai jgn kan nk bawak, nk tolak motor pun tak larat haha
kaki pun tak sampai tanah!

** All pictures are courtesy mr google

phewiitttttt..

if u must know


me and abg ajies
we treat each other like how we malaysian treat our local artiste
dari jauh dok la igau2, rindu rindu
tp bila nmpk artis kat supermarket darijauh dok usya kemain

'weh weh fasha sandahh youu..'
'hoh dgn sapa tu??'
'alah tak mekap pun? '

sebaldi komen.

tp bila selisih sebelah bahu dan dan buat tak kenal hahaha
konon2 'ala i takat artis malaysia ni tak heran laa..'

la la lala...

tp sempat tu dok tet tet blackberry update fb
'me shopping wif fasha kat pavilion'

me and abg ajies?
bila tak jumpa rindu2
dengar bunyi keta/motor (tgk sapa sampai rumah dulu) riang gumbira kembang kuncup hati
tp nmpk muka je buat cam takde perasaaan..

masalah kah?

Wednesday, December 22, 2010

Cuti kah Dikau?

ujung2 tahun ni
semua org sebok bercuti eh
akak jugaakkk jadi penunggu ofis
udah2 ler tu..
dah cuti 2 bulan stret tak cukup lagi kah?

bukan apa
akak mcm biasa berkorban la ya
kasi can org2 yang anak somi bersekolah bercuti pulak
akak ni bila2 masa je buleh cuti

lagi pun abg ajies kau tak cuti
so nopoin akak nk amik cuti berjalan sensorang
eh sapa ckp kalau cuti je kena gi jalan?
dok je la kat rumah godek2 mesin jahit yg abg ajies baru beli tu..
boleh gak buat baju baru kat anak patung..

Monday, December 20, 2010

lagu apa?

kalau dulu lagu tema besday anak beranak haji anwar adalah Allah Selamatkan Kamu

dengan ini saya mengumumkan mulai tahun 2011
lagu baru besday anak beranak adalah..

;
;
;
;
;
;
;


tangan jgn lupa ya!
kasi hayun lebih2 sikit

Saturday, December 18, 2010

walk you color

sempena besday aliya hari tu, mak apak dia bawa aliya dan kaklong dan umar semua2 jenjalan kat EMpire
no idea wat spesel thing to do
until we saw this litel shop
its an DIY art shop
ala main cat2
elok gak kan bagi budak2 belajar main kaler
ekspresi diri giteww..
kat situ macam2 bentuk kita buleh pilih
pastu pandai2 la pilih kaler ikut kreativiti sendiri
price range from 9-puluh2 hengget
ikut saiz.
harga dah termasuk kaler dan berus. tp berus kena kasi balik le..
oh makanan dan  minuman rega asing yee!

utk anak2 ku yg belum aqil baligh tu kitorang pilih ladybird. mcm senang nk kaler


Anak2 dara Encik Ajies  mmg suka la bab cat mengecat ni.. tgk.. sampai ke meja semua nk tolong kaler kan

Liya.. tgk ni.. kaklong kaler pejam mate yo...
final result lebih kurang cam atas tu je la.. hihi
dah abis cat nnt tokey dia akan keringkan dan letak glitter2 sama polisher kot. so nmpak semenggah gak le
note : aisyah punya nmpk cantik sebab abak yg buatkan!! mami tolong Liya 'sikit'2 je. hehe

umar punya turn tunggu lain tahun ya!!

Friday, December 17, 2010

Sanasitusini

kita selalu dengar org ckapa kalau nk berjaya kita perlu duduk bersama2 golongan yg berjaya ni.
makna kata, we need to associate ourselve with those successful people.
kalau kita nk jadi hebat, kita kena tengok org yg lebih hebat dari kita
bukanlah maksudnya kita kena pandang rendah pada org yg kurang berjaya pada mata kita
di ulang 'pada mata kita' ya.. mata kita ni kdg2 kero
tak semua benda mata kita buleh  nampak..ada gak kdg2 tu kita buat2 tak nampakk..
melihat pada org yg lebih dari kita sebab nk jadikan ia sebagai teladan, dan juga semangat utk mencabar diri sendiri. like, kalau depa buleh awat kita tak?
ckp senang la sebab kawan2 kau semua org besar2 .. keja kampeni besar for sure la keliling dok nmpk bos2 besar je.. abis kitorang yg keja kat penjara, pusat pemulihan dadah ni cemana? tak de can lah ek?
bukan mcm tu la dik..
sekali lagi saya ulang 'apa yg kita lihat'
mungkin incik warden penjara rasa tak seswai sebab hari2 tgk org 'jahat', loser.. etc
hari hari berkawan, bagi makan depa je macamana nk maju?
pada saya itu tanggungjawab besar
kalau di keliling anda rasa tak ramai org yg 'berjaya' apa kata kita pakat2 tolong angkat mereka jadi org yg berjaya
jadi secara teorinya secara otomatik anda akan dikelilingi oleh org yg  berjaya.
lojik?

jgn pandang org takde mata
jgn sempitkan fikiran dgn menganggap hanya duit berkepuk, beribu downline dan muka licin bercucuk vitamin c tu (je) tanda kejayaan. eh saya tidak maksudkan sesiapa.

kejayaan itu lebih  luas maknanya.
berjaya sebagai hamba pencipta - sentiasa menjadi hamba yg terbaik, memberi yg terbaik, sentiasa mendahulu Tuan dari segalanya
berjaya dalam pekerjaan - sentiasa buat yg terbaik tanpa mengharapkan bonus lebih dari nam bulan dan tak kecik ati bila kawan yg 'tak seberapa' (pada mata  kita) yg dpt naik pangkat dulu.
berjaya dalam keluarga - berjaya sebagai imam dlm keluarga, mendidik keluarga supaya mereka juga menjadi org berjaya, berjaya membawa kebahagiaan dan keserasian dlm keluarga, menjadi suami/isteri yang sentiasa dirindui pasangan dan anak2 tanpa perlu bagi makan nasi berwap spesyel, berjaya menjadi suami/isteri yg sentiasa merasa cukup dgn pasangan.. eh byk pulak
berjaya dalam kehidupan - bila tidak perlu bergantung pada org tetapi bukan sahaja mampu menjaga diri sendir tp menjadi tempat org bergantung. mcm pokok yg tumbuh besar, tinggi dan teguh. boleh jadi tempat berteduh, boleh buat rumah pokok, tempat gantung buai..
paling penting
berjaya memenangi diri sendiri dalam perang melawan hawa nafsu..

apapun,
saya percaya, semuanya bergantung pada kita
how we see the world, and the life within
tak perlu ubah dunia utk hidup lebih bahagia
ubah diri sendiri
ingat satu je,
the world revolve around yourself
not otherwise.
so, ultimately, you'r the one that has the power to change.

sekian moga bertemu lagi esok lusa.
salam jumaat u olssss...

mami saya kata hari jumaat kena pakai baju raye
tp saya taknak pakai tudung, saya nk pakai baju raya je
sebab kalau pakai tudung saya kena ngaji
saya taknak ngajiii...
saya nk ngaji kat rumah dgn mami  je.. eh mami eh?
Iya?
yee.. aliya pun ngaji gak, kan?
ah ah..!

Umar?
ye.. umar pun ngaji
semuaaa ngaji.. ok?!


yeayyyy.. saya pun nak ngajii!!!

Thursday, December 16, 2010

hmmpphh

kiut kan?? mcm teringin nk beli utk umar
kot2 lapor tgh mlm tayah bangun buatkan susu
kau hisap diri sendiri je lah wakakakkaka

ni yg leceh facebook ni memacam org jual
tadi tgk yg ni pulak..

great birthday present eh maklong/makcu/aunties sekelian??
hahaha
sila beli 2 ya!
eh 3 pun takpaaaa...
dun wori mami and abak beli sendiri
we had our own Pillow Book hehe

Wednesday, December 15, 2010

kalau bapa borek anak rintik, mak belang2 eh?

Radas : 2 bakul baju baru basuh blom berlipat
time : mesti lah taim mummy sebok nk lipat kain kan

Langkah :
1. memula buang baju2 dari bakul
sepah aje merata2
'oitttttt!!!'
ok ok mamii.. buang separuh je
bes gak ada kusyen
2. masukkan diri anda kedalam bakul
3. pretend konon2 anda sedang memandu

aliya kat depan ya.. aisyah kat belakang eh

background sound efek:
wuuu wuuuu wuuuuuuu...!!

'aliyaa!! cepat jalan dah ijau tu!
uh uh.. wuuu wuuu
toleh belakang
'Jem!'

'oh ok!
jap eh aisyah nk isap rokok..."


ABAKKKKKK!!!

#%^%&*^&*%##$!@#!!!!!

Thursday, December 09, 2010

mat gian

dah lama abg ajies tak ikut ride eh
asek2 la ckp AKU yg tak kasi
ewahhhh
mana ada tak kasi.. kurang restu jee.. hehe
dulu aliya kecik susah la takkan nk tinggal akak terkontangkanting sensorg
cukup la dia tinggal akak 3 4 jam pi mesyuarat tehtarik akak dah meroyan
nk buat mcmana.. time tuu la jugak anak2 nk demam la sakit la buat perangai la
ni dah bertiga lagi le tak cukup tangan nk kendong sorang2
dulu masa akak preknen dia pun tak sampai hati nk tinggai akak, ye la abg ajies kan suami misali yg menjadi contoh teladan pada handai dan taulan..
semlm borak2 dgn abg ajies, dia kata dah gian sgt nk naik motor jauh2
jgn kata abg ajies.. akak pun gian gak hihi
akak ckp tak kisah la kalau dia nk ikut ride tp jgn la lama2 sgt
takat satu mlm tu buleh lagi kot, BUT kalau nk tinggal anak bini tu pandai2 la plan
paling penting kena arrangekan sapa nk teman akak kat rumah, pastu isikan stok dlm peti ais
kot nk masak sesiap pun elok gak, akak tolong reheat je karang hehe.. paling2 tinggalkan wang kertas dan nomot tipon kedai  makan segera
pastu sila pastikan stok susu lampin anak semua cukup sepanjang peninggalan
nk cantek lagi sebelum bertolak tu abg ajies bolehla tolong basuh kain baju dan lipat sesiap, cuci toilet atas bawah, cuci longkang tebas rumput cat rumah tebang pokok depan pagar bla blablabla
barulah akak boleh  beriadah bersama anak2 dgn riang gumbira tanpa kekangan tugas rumahtangga hahaha
baru ada semangat nk kasi tanda ingatan tanpa batasan ;-)

sebenarnya kan
ku tau la abg ajies tu sogan sobonanya
sebab geng2 semua udah upgrade
hihi
sabar ye abngku.. tahun depan kita revise bajet tgk mana boleh ejas lebih kurang

psst:

kenal sapa ni?
ya betulll!!!
ku dengar dia skrg bercita2 nk beli motor gak.. tp apak dia tak kasi
kalau dia beli
sure dia join kelab motor kan.. berapa sgt kelab motor kat mesi ni kan
mana ada kelab motor eksklusip utk geng artis je kan.. ala set2 nabil tu  kan

bila dia join kelab,
sure dia join ride
dah ada motor takkan nk gilap je hari2.. kena la test ride
bila ride takkan nk pakai gini kan>


kena pakai gini..




err
bang jies,
KIV dulu la nk hapgred tu eh?
tunggu perut ayang jadi camtu dulu la etlis..

Wednesday, December 08, 2010

Umar dah nk masuk 4 bulan.. kejap je kan?

baru je nk update pasai Umar.. tgk2 maklong lagi laju hahaha
takpe.. meh cilok gambaq maklong je la eh

GIrlsssssss... beware..
anak bujang gwe udah pandai senyum yaa..
suka dia kalau org agah
semlm ku acah dgn miki.. kemain dia ghenyeh hehe
pastu kemain nk bersembang.. akhaa..akaa.. kaa
tahapa dia ckp.. aku iyekan aje..

ptg tu dia mcm merengek tp ku malas nk dukung ke luar
sudahnya ku letak dia ngadap ke tingkap je
waahh kemain melonjak2 dia nmpk duniaa.. hehe


seronot bila tgk anak2 membesar..

Monday, December 06, 2010

mari berjalan di tengah bandaraya

pagi ini membuat percaturan berani setelah mengambilkira faktor esok adalah cuti umum satu malaysia di hari selasa, terus aku buat konklusi ramai warga KL akan bercuti  hari ini, maka di anggarkan kadar kesesakan jalan raya akan turun mendadak.
silap.
kerana takdir tuhan lebih terer.
ada bas tak semena-mena rosak di depan dynasty. maka ramai org terperangkap di mahameru-tun razak strecth.
tapi tuhan masih sayangkan aku.
buka radio tepat pada wktunya. maka sempat melencong ke bukit perdana. haha tatau mana itu  bukit perdana? sila gugel map.walaupun mula2 tak berapa nk percaya. ala laporan trafik era tu kadg2 dah berzaman masih dok habaq hat tu jugak. jln dah clear dok kata sesak lagi.. tp hari ini era mmg berkata benar.
memula hajat hati nk kuar ikut tun perak.
sekali lagi terbukti tiada skill catur yg baik. lupa pulak jln depan dataran di tutup. esok kan nk berarak maal hijrah you...
ciss.. punggahh!!
akak mmg fail la jln dlm kl ni. walaupun selalu mengulor ke jln tar pada hari jumaat tp selalunya jadi co-pilot tukang hulor kat drebar tercinta shj..
hmm nk masuk kg baru pastu kuar balik tun razak mcm kurang cerdik aje
aahhh teguhkan hati masuk aje jln ampang. ikut saja papan arah klcc.. harap2 tak silap lorong.
beria tekan minyak dgn gembira bila tgk lampu hijau
eh tak jalan pon? hmm ada polis trafik rupanya
laaaaaaamaaa gila okeyyy.. dan 2 kali ijau takkan tak jln lagi bang fik..?
terbukti firasat dan skil catur buleh tahan hebat kerana berjaya sampai ke ofis dalam timeframe biasa.
heh jgn pandang akak takde mata aaa..!

Thursday, December 02, 2010

KLIM 2010

hari2 lalu jalan tun razak nmpk banner KL Motor Show 2010
tertarik melihat umpan yg dipamerkan
yes, BUMBLEBEE in da hauuuusss!
they'r bringing the world most cute robotcar to town
wallaweiiii
walaupun daku bukan peminat trenfomer
tp kan,  macam teringin gak nk tgk bee in person
agak dia nk tak sain otograf?

courtesy from vrempire.com


owh, Batmobile pun akan diterbangkan khas jugak ke motor show ini
tatau la batman dtg sekali atau dia wakilkan kat pakcik albert je

tak sure pulak derang 2 org ni nk wat tiger show ke just nk dok dendiam kat situ
rugi la kan dtg jauh2 tak tinggalkan apa2 kenangan kat org kl kan?

pastu kan
ada hadiah toyota prius gak
tapi aku tak sure pertandingan apa yg ada
 so apa  lagi
jom sesakkan the most prestigious motor show in KL tahun ini
bila setat? esok 3 - 12 Disember 2010
afdal kan setat event hari jumaat?
sure penuh dgn awek2 berbaju senteng yg memerlukan perhatian so sila jgn pergi bersama teman lelaki jika anda seorang yg amat cemburu..

Cek Mek Molek

 bila naik keta dan aliya dok depan, abak suka nk nyanyi
'senyum lah.. senyum lah
ahaii cek mek molek..'

dan aliya akan tersengeh seronok kerana menjadi cek mek molek..
kendian abak akan nyanyi lagi
'senyum la senyum la ahaiii cek mek aliyaaa..'

aliya pun ketawa lagi dan tersenyum simpul
dan suruh abak nyanyi utk semua org
'long?'
'senyum la senyumlah wahai cek mek alonggg'
'umal?' <- yes she called Umar that.
'senyumla senyum lah ahaii cek mek umar'

then,
abak tanya  'mami?cek mek mami??'
"takkk.."
eh kenapa tak ? abis mami apa?
cek mok?
"aahh..!"

CISSSSSSS>>>!!!
meh aku juruskan aje 2 beranak ni