Pages

Thursday, February 18, 2010

renung2kan dan selamat beramal..

i found one good article
i want to share with you.


Kisah Pemuda Malas Solat

2.18.2010 by Mr PenyuBiru ·

Islam itu mudah apabila , pertama,menjalankan syari'at Islam boleh secara bertahap. Dalam hal ini, seorang muslim tidak serta-merta diharuskan menjalankan kewajiban agama dan amalan-amalan sunnah secara serentak. Ada tahapan yang mesti dilalui: mulanya kita hanya diperintahkan untuk melaksanakan kewajiban-kewajiban pokok agama. Setelah yang pokok-pokok berhasil dilakukan dengan baik dan rapi, kalau punya kekuatan dan kesempatan, maka dianjurkan untuk menambah dengan amalan-amalan sunnah.

Bagaimana?

Pertama, membenarkan Islam diamalkan secara berperingkat-peringkat seperti kita mendidik seseorang untuk bersolat. Saya berikan contoh dari cerita seorang lelaki yang baik tetapi tidak bersolat.

Kisahnya bermula di sebuah tempat di salah sebuah Negara Arab. Terdapat seorang pemuda yang sangat liat untuk mendirikan solat. Malah dia tidak mendirikan langsung solat lima waktu. Seorang diri pun berat, apatah lagi secara berjamaah. Setiap kali ada ulama yang berkunjung ke tempat mereka, seringkali jugalah penduduk setempat mengadu kepada ulama yang datang bertandang berkenaan sikap pemuda tersebut.

Berkali-kali diberikan nasihat namun sedikitpun tidak memberikan apa-apa kesan kepada anak muda ini. Malah makin menjadi-jadi.

" Awak wajib mendirikan solat lima waktu. Solat merupakan tiang agama kita" kata salah seorang pendakwah kepada pemuda tersebut.
" Emm..insyaAllah kalau saya rajin saya akan buat ye " jawab pemuda tersebut secara sinis.

Begitulah seterusnya. Sehinggalah datang seorang ulama daripada al-Azhar al-Syarif bertandang ke tempat mereka. Aduan yang sama diberikan. Setelah mendengar dengan teliti aduan para penduduk. Maka Ulama ini berkenan untuk bertemu dengan pemuda ini.
" Syeikh pun nak tegur saya juga? Nak suruh saya dirikan solat lima waktu?" sindir pemuda ini bila melihat ulama tersebut datang bertamu ke rumahnya.
Ulama tersebut sambil tersenyum menjawab " Sekadar ingin berkenalan.Tiada langsung niat saya ingin memaksa kamu seperti yang kamu sebutkan".

Pertemuan pertama berjalan dengan lancar. Langsung tidak disentuh oleh ulama tersebut berkenaan solat . Perkara yang dilaksanakan hanyalah sekadar merapatkan tali silaturrahim. Bincang tentang pekerjaan, tempat tinggal, sara hidup dan lain-lain.

Pemuda tersebut begitu senang dengan perlakuan Syeikh. Tanpa sedar terselit rasa kagum pada seorang tua berjubah tersebut. Tidak seperti yang selalu datang bertemu dengannya. Setiap kali duduk , terus memberikan peringatan dan dalil-dalil tentang haramnya meninggalkan solat.

Akhirnya pemuda ini pula datang berkunjung ke tempat penginapan Syeikh. Maka semakin bertambah mesra pergaulan mereka. Begitulah keadaan seterusnya, Syeikh tetap tidak pernah menyentuh tentang solat. Sehinggalah tiba satu hari, Syeikh memberitahu bahawa beliau akan berangkat pulang ke Mesir. Ini kerana tugas yang diberikan oleh pihak al-Azhar ditempat tersebut telah selesai. Pemuda itu datang bertemu Syeikh. Rasa sedih akan berpisah dengan seorang ulama menyentak-nyentak jiwanya.

Sebelum berpisah, Syeikh memeluk Ahmad seraya berkata dengan lembut " Ahmad, aku ada mendengar suara-suara mengatakan bahawa engkau tidak pernah bersembahyang. Betulkah begitu?"Tersentak Ahmad bila mendengar pertanyaan daripada Syeikh tersebut.

" Memang benar wahai tuan Syeikh. Bukan aku tidak mengetahui bahawa ianya wajib cuma sikap malas yang ada padaku inilah yang menghalang untukku melakukannya"jawab Ahmad memberikan alasan.

"Baiklah, kalau begitu, bolehkah kamu tunaikan permintaanku sebelum aku berangkat pulang?"
"Permintaan apa itu wahai tuan?"

" Kamu pilih solat mana yang paling ringan untuk kamu dirikan. Satu pun sudah memadai, Boleh?"Tanya Syeikh kepada Ahmad.

Terkejut Ahmad mendengar pertanyaan Syeikh. Belum pernah dia dengar solat boleh dipilih-pilih untuk disempurnakan.

" Bolehkah begitu wahai tuan Syeikh?" Tanya Ahmad penuh keraguan.
"Boleh tapi hanya untuk kamu sahaja" Jawab Syeikh sambil tersenyum.

" Baik ,dulu kamu pernah ceritakan kepadaku bahwa kamu berkerja sebagai petani bukan? Dan kamu juga sering bangun awal pagi untuk ke kebunmu. Bukankah begitu Ahmad?" Tanya Syeikh kepada Ahmad.
"Benar Tuan Syeikh"

"Kalau begitu aku cadangkan kepadamu, alang-alang kamu telah bangun setiap awal pagi , apa kata jika kamu basahkan sedikit sahaja anggota tubuhmu dengan wudhuk dan terus selepas itu dirikan solat subuh dua rakaat. Dua rakaat sahaja, rasanya tidak terlalu berat bukan?" Syeikh memberikan cadangan kepada Ahmad.

Ahmad tanpa banyak bicara terus menerima cadangan Tuan Syeikh. Perasaan serba salah menyelinap jiwanya jika dia menolak permintaan syeikh tersebut yang terlalu rapat dengannya.

"Janji denganku Ahmad yang kamu tidak akan meninggalkan sekali-kali solat subuh ini di dalam hidupmu. InsyaAllah tahun depan aku akan berkunjung lagi ke sini. Aku berharap agar dapat bertemu denganmu di Masjid setiap kali solat subuh tahun hadapan.Boleh ya Ahmad? Syeikh memohon jaminan daripadanya.

" Aku berjanji akan menunaikannya". Maka dengan senang hati Tuan Syeikh memohon untuk berangkat pulang ke Mesir. Di dalam hatinya, memohon agar Allah memberikan kekuatan kepada Ahmad untuk melaksanakan janjinya.

Tahun berikutnya, setelah Tuan Syeikh sampai di tempat tersebut, beliau benar-benar gembira bilamana melihat Ahmad benar-benar menunaikan janjinya. Namun menurut penduduk setempat, Ahmad hanya solat subuh sahaja. Solat yang lain tetap tidak didirikan. Tuan Syeikh tersenyum. Gembira dengan perubahan tersebut.

Suatu pagi setelah selesai menunaikan solat subuh secara berjemaah di Masjid. Syeikh memanggil Ahmad. Seraya bertanya: " Bagaimana dengan janjimu dulu Ahmad.Adakah ada terdapat hari yang engkau tertinggal menunaikan solat subuh?".Ahmad menjawab dengan yakin : " Berkat doamu tuan Syeikh, Alhamdulillah sehari pun aku tidak ketinggalan solat jemaah subuh di masjid ini"

"Alhamdulillah, bagus sekali kamu. Engkau benar-benar menunaikan janjimu."
" Mudah sahaja rupanya tunaikan solat ini ya Tuan"

" Perkara yang kamu lakukan tanpa paksaan pasti akan kamu rasakan mudah sekali. Yang penting jangan rasakan ianya suatu paksaan .Tetapi anggap ianya suatu kegemaranmu. Seperti kamu berkebun. Tiada yang memaksa, tetapi disebabkan minatmu yang mendalam terhadap kerja-kerja itu, maka tanpa disuruh kamu akan melaksanakannya bukan?"Syeikh menerangkan kepada Ahmad.

" Benar apa yang tuan katakan.Perkara yang kita lakukan dengan minat, tanpa dipaksa pun akan kita laksanakan"

"Ahmad, kamu habis bekerja pukul berapa ya?" Tanya Syeikh kepada Ahmad.

" Ketika azan Zohor aku berhenti untuk makan , kemudian aku sambung kembali kerja sehingga hampir Asar"

"Pasti kamu bersihkan sedikit dirimu bukan ? Membasuh tangan dan kaki untuk duduk menjamah makanan? Benar Ahmad?" Tanya Syeikh meminta kepastian.

"Ya benar Tuan"

" Kalau begitu, apa pendapatmu jika aku mencadangkan agar engkau lebihkan sedikit basuhanmu itu. Terus niatkan ianya sebagai wudhuk. Selesai makan, terus dirikan solat zohor empat rakaat. Sekadar empar rakaat tidak lama rasanya bukan? Takkan terjejas tanamanmu agaknya?" Kata Syeikh berseloroh kepada Ahmad.

Ahmad tertawa dengan gurauan Tuan Syeikh. " Betul juga apa yang disebutkan oleh tuan. Baiklah mulai hari ini saya akan cuba laksanakannya".

Jauh disudut hati Syeikh berasa sangat gembira dengan perubahan yang berlaku kepada Ahmad. Setelah selesai kerja Syeikh di tempat tersebut. Beliau berangkat pulang ke Mesir. Beliau berjanji untuk datang semula pada tahun hadapan.
Begitulah keadaannya Ahmad. Setiap tahun Syeikh bertandang, maka setiap kali itulah semakin bertambah bilangan solat yang dilakukan. Kini masuk tahun ke lima Syeikh bertandang ke tempat tersebut.

Ahmad seperti biasa hanya mendirikan solat empat waktu kecuali Isya'. Selesai menunaikan solat Maghrib. Terus beliau berangkat pulang ke rumah.

Suatu hari semasa Tuan Syeikh melihat Ahmad hendak berangkat pulang setelah menunaikan solat Maghrib berjemaah. Terus beliau memanggil Ahmad.

" Bagaimana dengan kebunmu Ahmad? Bertambah maju?" Syeikh memulakan bicara.
" Alhamdulillah, semakin bertambah hasilnya Tuan"
" Baguslah begitu.Aku sentiasa doakan hasilnya semakin bertambah."Doa Tuan Syeikh kepada Ahmad.
" Ahmad, aku ingin bertanya kepadamu sebelum engkau pulang. Cuba engkau perhatikan dengan baik. Apa lebihnya kami yang berada di dalam masjid ini berbanding kamu? Dan Apa kurangnya kamu berbanding kami yang berada di dalam masjid ini?"
Ahmad tunduk sambil memikirkan jawapan yang patut diberikan.
" Lebihnya kamu semua adalah kerana kamu mendirikan solat Isya', sedangkan aku tidak menunaikannya"

"Baiklah, adakah kamu ingin menjadi orang yang lebih baik daripada kami semua?"Tanya Tuan Syeikh menguji.

"Sudah tentu wahai Tuan Syeikh" jawab Ahmad dengan penuh semangat.

" Kalau begitu dirikanlah solat Isya'. Maka engkau tidak lagi kurang berbanding kami.Malah engkau akan menjadi lebih baik daripada kami" Syeikh memberikan jawapan yang cukup berhikmah kepada Ahmad.

Akhirnya, berkat kesabaran Tuan Syeikh mendidik Ahmad.Beliau berjaya menjadikan Ahmad seorang yang tidak lagi meninggalkan solat.

Lima tahun bukanlah masa yang singkat untuk memberikan dakwah sebegini. Kesabaran dan hikmah yang tinggi sangat-sangat diperlukan demi menyampaikan risalah dakwah.

Berbeza dengan kita sekarang. Sekali kita bercakap, harapan kita biar sepuluh orang berubah dalam sekelip mata. Oleh kerana itulah, bilamana orang menolak dakwah kita, kita mencemuh, mengeji dan mengatakan bahawa semua sudah lari daripada jalan dakwah.Lari daripada jalan kebenaran.
itu lah beza dakwah yg berhikmah dan penun hemah
bukan  mudah mengubah sesuatu
bukan mudah juga untuk membawa org ke jalan kebenaran
yg penting, cara kita
istiqamah kita
dan kesabaran kita

wallahualam

dah lama dah

dah lama ada prob nk upload gambar
hr ni nk saja nk try upload gambar, ikhsan dari facebook adikku


hahaha yess..
now mari kita tepek lagi...

ambil kesempatan utk promote maksu sekali


ni semua anak didik maksu ni hehe

Wednesday, February 17, 2010

Aurat : Apa Sudah Jadi ?

Hmm....Oleh kerana ramai pembaca blog Che Ta ni adalah dari golongan Hawa...nak sentuh sikit la pasal aurat nih...tapi nak tulih berjela2 tak brapa nak reti susun bahasa..kang ramai yang sentap plak...Jadinyer terpanggil lah diri ini tuk kongsi bersama artikel ini..have fun reading...
p/s: jangan baca saja....kalu bole amalkan lah ye...
kalu tak suke jgn dibangkang kerana ini hukum Allah...kalu di bangkang maknanya tak suke kat Allah la ek....hmm...
Mang panjang karangan ini..tapi adabaiknyer jika anda2 semua membaca,..kalu baca novel bole plak tebal2 yek..baca suratkhabar dari muka depan pai muka belakang pun bole...Jadi luangkan sikit masa tuk ilmu..bole kan...

Aurat : Apa Sudah Jadi ?

Oleh

Ust Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman

www.zaharuddin.net

Semasa saya memberikan kuliah kepada satu kumpulan wanita yang terdiri dari golongan professional termasuk para Datin di satu daerah, ketika itu, sedang heboh isu wanita seksi ditangkap di sebuah kelab malam. Lalu timbul isu hak peribadi wanita untuk memakai apa jua pakaian yang diingininya, termasuk yang seksi. Lalu, semasa kuliah ini saya mengambil peluang bertanya kepada kumpulan wanita ini soalan mudah berikut :-

"Apakah agaknya sebab wanita ingin memakai seksi dikhalayak ramai? Dengan skirt pendek, atau baju sendat dan nipis?"

Ada di antara mereka mula memberikan pandangan, tetapi kerana terlampau ramai yang bercakap, saya tidak mendengar butirannya. Apabila saya meminta seorang wakil, seorang menjawab dengan yakin.

" Untuk nampak cantik ustaz..." katanya sambil tersenyum malu.

Saya bertanya pula : "Agaknya kepada siapa nak ditunjukkan kecantikan itu?"

"Tentulah kepada kaum lelaki ustaz, kaum wanita pun iye juga.." sambungnya.

"Baiklah, jika lelaki tersebut sudah tergoda dengan kecantikan tu, lalu ingin menyentuh bahagian indah yang dilihatnya boleh tak ?" Tanya saya menguji.

" Isyh, ustaz ni.. tentulah tak boleh ustaz, dah kira ‘sexual harassment' (gangguan seksual) tu ustaz" dengan yakin sekali hujjahnya kali ini.

"Jika demikian, tidakkah para wanita merasakan, tindakan mereka yang memaparkan bahagian yang menarik di tubuh mereka itu juga merupakan gangguan seksual kepada lelaki?" Tambah saya.

" Erm, macam mana tu ustaz?" Tanya mereka dengan nampak sedikit bingung sambil berkerut dahi.

"Ye la, bila orang lelaki yang dah naik syahwatnya tu, kerana kecantikan peha wanita tu contohnya, mestilah terganggu syahwatnya, lalu terdetik keinginan seksualnya secara tidak terkawal" .."Kerana itu saya katakan berpakaian seksi adalah suatu bentuk gangguan seksual kepada orang lelaki di sekelilingnya"

"Cuba bayangkan, kucing yang lapar diacah-acah dengan ikan ‘fresh' yang digoyang-goyankan di hadapannya tentu geram kucing tu, malah silap haribulan, tentu diterkamnya muka orang yang mengacah juga" Tambah saya lagi memberi keyakinan.

"Tapi perlu diingat, tak semua kucing akan terkam, hanya yang amat lapar dan liar je, demikian juga lelaki, tak semua lelaki gagal kawal nafsunya, tetapi tak dinafikan bahawa ramai juga yang gagal dan liar"

"Akhirnya, kerana suasana yang tak sesuai, mungkin kerana ramai orang dan di tempat awam pula, terselamatlah wanita seksi itu dari terkaman lelaki liar tadi. Masalahnya, anak-anak perempuan kecil berumur 7 hingga 12 tahun yang mungkin menjadi mangsa tempiasan nafsu lelaki begini. Dan di ketika itu, samada wanita itu bertudung, berjubah, kanak-kanak dan sebagainya tidak lagi mampu menahan nafsu si lelaki seperti ini, asalkan suasana cukup sesuai (sunyi dan jauh dari pandangan ramai), akan dilepaskan nafsunya secara kekerasan" Terang saya dengan panjang lebar, mereka mengganguk dengan wajah serius kali ini.

Lebih terangnya, sama-sama fikirkan adakah jika para wanita yakin bahawa jika anda berada di hadapan Baginda SAW hari ini, adakah Rasulullah akan tersenyum atau sebaliknya? . Jika sebaliknya, bagaimana pula peluang wanita seperti ini untuk mendapat Syafaat Nabi SAW di akhirat kelak?. Benar, mungkin sesoerang wanita itu berjaya meraih pandangan istimewa dari kaum lelaki hasil pendedahan kecantikannya yang memukau. Tapi keseronokan itu hanyalah palsu dan sementara sahaja, serta tidak menambah sebarang nilai buat kehidupan kekal di Barzakh dan Akhirat selain menambahkan tahap azab sahaja. Apa yang jelas, pakaian yang ditunjukkan oleh wanita Arab yang solehah dengan penutupan aurat yang sempurna di zaman ini sudah tentu boleh memberi sedikit info kepada kita bahawa inilah mugkin pakaian yang dipakai oleh wanita Islam di zaman Nabi serta mendapat redha dari mata dan hati baginda SAW. Tidakkah para wanita hari ini juga berminat meraih redha dari mata dan hati baginda SAW?.

BENARKAH MENUTUP AURAT DAPAT MENGELAK DARI WANITA DISAKITI?

Ramai wanita professional dan yang kurang didikan agama hari ini mencebik bibirnya apabila tajuk ini disebutkan, mereka tidak percaya langsung fakta yang saya sebut diatas. Malah ada yang berpendapat lelaki sengaja melakukan perkara buruk kepada wanita kerana ingin menunjukkan kekuasaannya terhadap wanita. Kerap benar saya dengar hujah ini di media massa.

Hakikatnya, sebagai hamba Allah SWT dan umat Rasulullah SAW kita diajar untuk merujuk Al-Quran dan Al-Hadith bagi mendapat kepastian tentang baik buruk dan benar salahnya sesuatu perkara itu. Dalam hal ini, Allah SWT berfirman :-

"Hai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mu'min semua hendaklah mereka melabuhkan jilbab-jilbab mereka atas (muka-muka) mereka. Yang demikian itu lebih memastikan mereka agar dikenali (sebagai wanita Islam) supaya mereka tidak diganggu." (al-Ahzab: 59)

Jilbab, iaitu pakaian yang lebarnya semacam baju kurung untuk dipakai oleh kaum wanita bagi menutupi tubuh badannya. Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi menerangkan "Sebahagian perempuan Jahiliah apabila keluar rumah, mereka suka menampakkan sebahagian kecantikannya, misalnya dada, leher dan rambut, sehingga mereka ini diganggu oleh laki-laki fasik (jahat) dan yang suka berzina, kemudian turunlah ayat di atas yang memerintahkan kepada orang-orang perempuan Islam untuk melabuhkan jilbabnya itu sehingga semua bahagian-bahagian tubuhnya yang boleh membawa fitnah itu tidak kelihatan. Dengan demikian secara zahirnya pula mereka itu akan dikenali sebagai wanita yang terpelihara (‘afifah) serta tidak mudah diganggu oleh orang-orang yang suka kejahatan atau orang-orang munafik.

Jadi jelasnya, bahawa ayat tersebut memberikan ‘illah (alasan) utama perintah ini adalah kerana bimbang wanita muslimah diganggu oleh orang-orang fasik dan menjadi perhatian orang-orang yang suka berzina. Bukanlah ketakutan yang timbul dari perempuan itu sendiri atau karena tidak percaya kepada mereka, sebagaimana anggapan sebahagian orang, tetapi ia adalah kerana sebahagian wanita yang suka menampakkan perhiasannya, berjalan dengan penuh lenggang lengguk dan bicaranya dibuat-buat manja, sering menarik perhatian nafsu lelaki dan menjadikannya sasaran orang-orang yang suka berzina. (Petikan dari kitab Al-Halal wal Haram fil Islam dengan sedikit pindaan)

Ayat ini juga jelas menunjukkan bahawa salah satu target utama menutup aurat yang diletakkan oleh Allah SWT adalah sebagai kaedah dan cara terbaik bagi mengelakkan wanita Islam dari diganggu dan disakiti.

BANTAHAN KAUM WANITA

"Eleh, tetapi hari ini ramai juga wanita bertudung yang kena rogol, malah setengahnya kena bunuh dijerut dengan tudungnya pulak, kanak-kanak pun kena rogol dan bunuh. Ini maknanya, tudung bukan lagi penyelamat la ustaz. Ha..macam mana ustaz nak jawab tu ?. Hujah balas yang selalu saya dengar bila isu ini ditimbulkan.

"Pernah tak anda merasa amat marah sepanjang hidup anda ?" Tanya saya kembali.

"Pernah juga ustaz..kenapa ustaz, apa kaitannya?" Bingung sekali lagi mereka nampaknya.

"Biasanya bila seseorang itu sedang amat marah, sempat tak agaknya ia berfikir bahaya atau tidak tindakan yang dibuatnya sebagai contoh; ada orang yang sedang marah kerana bising tangisan kanak-kanak, maka ditendang (seperti berita yang saya baca di akhbar baru-baru ini), ditolak jatuh tangga, ditekup wajah kanak-kanak itu dengan bantal dan macam-macam lagi bagi menghilangkan kemarahan atau gangguan bising itu, setelah beberapa ketika mungkin baru seolah-olah dia tersedar, lalu cemas dan mungkin menyesal"

"Demikianlah juga nafsu jahat, bila ia berada di tahap tinggi, ia tidak lagi melihat samada kepada pakaian dan umur wanita mahupun isteri orang dihadapannya, sasarannya hanya mendapatkan hajat jahatnya, kerana itulah wanita yang menutup aurat dengan sempurna serta kanak-kanak perempuan juga terancam, tanpa dapat dinafikan juga peranan vcd, laman, akhbar, majalah dan novel lucah " terang saya.

"Tapi macam mana pulak ayat tadi kata tutup aurat dapat mengelakkan wanita dari disakiti ?" Balas mereka dengan penuh minat kali ini.

"Jika kita lihat dengan teliti, ayat tadi sebenarnya ditujukan kepada seluruh kaum wanita. Ini bermaksud, jika sebahagian besar wanita tidak mentaatinya dan memakai pakaian seksi pula. Di ketika itu, faedah dan kebaikan dari tutup aurat bagi menjaga semua kaum wanita dari disakiti secara umum akan tergugat dariu mencapai matlamat umumnya. Sebenarnya, ayat itu nak beritahu bahawa seluruh wanita bertanggung jawab menjaga keselamatan kaum sejenisnya dengan menjaga aurat masing-masing" Jelas saya

"Maka bila ada yang seksi, ini bermakna, ia sedang mengancam kaum sejenisnya yang lain dan di tempat lain kerana telah menghidupkan nafsu kebinatangan lelaki jahat yang sedang tidur"

ANTARA LAWAK & HUKUM

Saya juga masih ingat, sewaktu di tempat lama, rakan-rakan sepejabat sering kali apabila mereka terlihat aurat wanita sebegini akan disebut .. "tak pe ustaz kan, pandangan pertama tak berdosakan?". Sedih saya melihat sikap sebahagian umat Islam hari ini yang kerap mempermainkan hukum hakam akibat kejahilan mereka.

Sebuah hadith : "Dari Jarir bin Abdullah, ia berkata: Saya bertanya kepada Rasulullah s.a. w. tentang melihat (aurat wanita) secara tiba-tiba tanpa sengaja. Maka jawab Nabi: Palingkanlah pandanganmu itu!" (Riwayat Ahmad, Muslim, Abu Daud dan Tarmizi) - Iaitu, Jangan kamu ulangi melihat untuk kedua kalinya sebagainya datang dalam hadith Nabi kepada Sayyidina Ali r.a.

Apabila ia adalah sebuah hukum, maka adalah tidak harus sama sekali sesiapa juga mempermainkan apa jua berkaitan dengannya. Nabi SAW bersabda :-

ان العبد ليتكلم بالكلمة ما يتبين فيها يزلّ بها إلى النار أبعد مما بين المشرق والمغرب

Ertinya : " Sesungguhnya seorang hamba yang bercakap sesuatu kalimah atau ayat tanpa mengetahui implikasi dan hukum percakapannya, maka kalimah itu boleh mencampakkannya di dalam Neraka lebih sejauh antara timur dan barat" ( Riwayat Al-Bukhari, bab Hifdz al-Lisan, 11/256 , no 2988)

KESILAPAN KERAP WANITA TENTANG AURAT

Ketika ini, saya mengambil masa sekitar satu jam untuk ke pejabat, memandu kereta dari Puchong ke Jalan Sultan Ismail. Setiap hari, laluan jalan pergi dan pulang ini akan mempamerkan kejahilan wanita Islam hari ini tentang penutupan aurat. Di manakah kesilapan penutupan aurat wanita hari ini ?. Jawabnya seperti berikut :-

KESALAHAN PERTAMA : Aurat itu adalah memakai tudung sahaja.

KESALAHAN KEDUA : Bertudung tetapi ber‘T-Shirt' berlengan pendek.

KESALAHAN KETIGA : Bertudung tetapi baju kebarungnya terbelah kainnya.

KESALAHAN KEEMPAT : Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah ‘menggoda'.

KESALAHAN KELIMA : Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya.

KESALAHAN KEENAM : Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya.

KESALAHAN KETUJUH : Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung.

KESALAHAN KELAPAN : Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh diihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya.

Sebahagian wanita menyangka bahawa tutup aurat tu adalah tutup rambut sahaja. Ia adalah tidak tepat sama sekali. Asasnya adalah dari firman Allah SWT: ertinya :

"Hendaknya mereka itu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya, dan JANGANLAH KAMU MENDEDAHAKN AURAT DAN PERHIASAN KAMU KECUALI APA YANG TERZAHIR." (an-Nur: 31)

Pengertian khumur (tudung), iaitu semua alat yang dapat dipakai untuk menutup kepala. Sedang apa yang disebut ‘juyub' kata jama' (bentuk plural) dari kata jaibun, yaitu belahan dada yang terbuka, tidak tertutup oleh pakaian/baju.

Setiap perempuan Islam wajib menutup kepalanya dengan tudung dan bahagian dadanya termasuk juga leher, sehingga semua tempat-tempat yang boleh membawa fitnah tertutup dari perkara yang memungkinkan dilihat oleh orang-orang yang jahat hatinya.

Menurut Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi yang dimaksud perhiasan perempuan dalam ayat itu pula, iaitu apa saja yang dipakai berhias dan untuk mempercantik tubuh, baik berbentuk ciptaan asli seperti wajah, rambut dan potongan tubuh, ataupun buatan seperti pakaian, perhiasan, make-up dan sebagainya.

Dalam ayat di atas Allah memerintahkan kepada orang-orang perempuan supaya menyembunyikan perhiasan tersebut dan melarang untuk dinampak-nampakkan. Allah tidak memberikan pengecualian, melainkan apa yang terzahir. Oleh karena itu para ulama kemudian berbeza pendapat tentang erti apa terzahir itu serta ukurannya.

Misalnya sahabat besar Nabi seperti Ibnu Abbas r.a, ia berkata dalam menafsirkan apa yang terzahir itu adalah : celak dan cincin.

Yang berpendapat seperti ini ialah sahabat Anas Bin Malik. Justeru, harus dilihat celak dan cincin wanita, bererti boleh dilihatnya juga kedua tempatnya pemakaiannya, iaitu muka dan kedua tapak tangan. Demikianlah apa yang ditegaskan oleh ulama Tabien seperti Said bin Jubair, 'Atha', Auza'i dan lain-lain.

Bagaimanapun Ummul Mukminin Aisyah r.a, Qatadah dan lain-lain menisbatkan gelang sebagai perhiasan yang boleh dilihat. Dengan demikian, maka tempat letak gelang iaitu di pergelangan tangan adalah dibolehkan jika tiada fitnah. Tetapi berkenaan batasnya dari pergelangan sampai ke siku, masih diperselisihkan. Seeloknya di jauhi dari mendedahkannya.

Menurut Syeikh Al-Qaradawi juga, ini tidak sama dengan make-up dan cat-cat yang biasa dipakai oleh perempuan-perempuan zaman sekarang untuk memakai gincu dan bedak merah di pipi serta kuku. Make-up ini semua termasuk berlebih-lebihan yang sangat tidak baik, yang tidak boleh dipakai kecuali di dalam rumah. Sebab perempuan-perempuan sekarang memakai itu semua di luar rumah, adalah untuk menarik perhatian laki-laki. Jadi jelas hukumnya adalah haram.

Namun, kiranya sesempurna mungkin seorang muslimah harus bersungguh-sungguh untuk menyembunyikan perhiasannya, termasuk wajahnya itu sendiri kalau mungkin, demi menjaga meluasnya kerusakan dan banyaknya kefasikan di zaman kita sekarang ini. Lebih-lebih kalau perempuan tersebut mempunyai paras yang cantik yang sangat dikawatirkan akan menimbulkan fitnah.

"Dan hendaknya mereka itu tidak menampak-nampakkan aurat dan perhiasannya kecuali terhadap suami atau ayahnya." (an-Nur: 31)


Kesemua jenis berpakaian yang disebut tadi adalah diharamkan secara sepakat seluruh Ulama Islam. Pengarahan ini tertuju kepada perempuan-perempuan mu'minah, dimana mereka dilarang keras membuka atau menampakkan perhiasannya yang seharusnya disembunyikan, misalnya: perhiasan telinga (anting-anting), perhiasan rambut (sanggul); perhiasan leher (rantai), perhiasan dada (belahan dadanya) dan perhiasan kaki (betis dan gelang kaki). Semuanya ini tidak boleh dinampakkan kepada laki-laki lain. Mereka hanya boleh melihat muka dan kedua tapak tangan yang memang ada rukhsah untuk dinampakkan.

Amat jelas dari dalil al-Quran dan al-Hadith bahawa Islam mengharamkan perempuan memakai pakaian yang membentuk dan nipis sehingga nampak kulitnya. Termasuk diantaranya ialah pakaian yang dapat menampakkan bahagian-bahagian tubuh, khususnya tempat-tempat yang membawa fitnah, seperti: buah dada, paha, dan sebagainya.

Dalam hadisnya yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Ada dua golongan dari ahli neraka yang belum pernah saya lihat keduanya itu: (l) Kaum yang membawa cambuk seperti ekor sapi yang mereka pakai buat memukul orang (penguasa yang kejam); (2) Perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat, rambutnya sebesar punuk unta. Mereka ini tidak akan boleh masuk syurga, serta tidak dapat akan mencium bau syurga, padahal bau syurga itu tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian." (Riwayat Muslim)

Mereka dikatakan berpakaian, karena memang mereka itu melilitkan pakaian pada tubuhnya, tetapi pada hakikatnya pakaiannya itu tidak berfungsi menutup aurat, karena itu mereka dikatakan telanjang, karena pakaiannya terlalu tipis sehingga dapat memperlihatkan kulit tubuh, seperti kebanyakan pakaian perempuan sekarang ini. ( Al-Halal Wal Haram Fil Islam, Dr Yusof Al-Qaradawi)

‘Bukhtun' adalah salah satu macam daripada unta yang mempunyai kelasa (punuk) besar; rambut orang-orang perempuan seperti punuk unta tersebut karena rambutnya ditarik ke atas.

Disebalik keghaiban ini, seolah-olah Rasulullah melihat apa yang terjadi di zaman sekarang ini yang kini diwujudkan dalam bentuk dandanan rambut, dengan pelbagai macam bentuk dalam salon-salon kecantikan, lebih parah pula apabila kaum lelaki pula yang bekerja di salon seperti ini

Larangan Nipis

Saidatina Aisyah r.a meriwayatkan, saudaranya iaitu Asma' binti Abubakar pernah masuk di rumah Nabi dengan berpakaian jarang sehingga tampak kulitnya. Kemudian baginda SAW berpaling dan mengatakan:

"Hai Asma'! Sesungguhnya seorang perempuan apabila sudah haidh (cukup umurnya), tidak patut diperlihatkan tubuhnya itu, melainkan ini dan ini -- sambil ia menunjuk muka dan dua tapak tangannya." (Riwayat Abu Daud)

Walaupun terdapat perawi lemah dari hadis, tetapi diperkuat dengan hadis-hadis lain yang membolehkan melihat muka dan dua tapak tangan ketika diyakini tidak akan membawa fitnah.

Dr Yusof Al-Qaradawi menegaskan bahawa melihat secara normal kepada wanita atau lelaki, kepada selain aurat, selama tidak dilakukan dengan syahwat dan berulang-ulang, hukumnya adalah halal. (Al-Halal Wal Haram Fil Islam)

KESALAHAN KESEMBILAN : Bertudung tetapi menaiki motor sambil menayangkan betis sepanjang jalan.

Diriwayatkan dalam sebuah Hadith :-

يرحم الله المتسرولات

Ertinya : Allah sentiasa merahmati para wanita yang memakai seluar panjang (di sebelah dalamnya) (Riwayat Al-‘Uqayli, Dar Qutni dari Abu Hurairah, Musannaf Abd Razak, no 5043; Kanzul Ummal, no 41245) .

Menurut Imam Mujahid, hadith ini berlaku di satu ketika ada seorang wanita jatuh dari kenderaannya sehingga terselak kainnya di hadapan Nabi dan para sahabat, maka dengan segera Nabi SAW memalingkan wajahnya, maka para sahabat berkata dia (wanita itu) memakai seluar. Lalu sebagai respond Rasulllah SAW memuji dan menyebut hadith di atas. ( Al-Bayan wa At-Ta'rif, Ibn Hamzah al-Husyani, 3/ 252, no 1831)

Berdasarkan dalil ini juga, bermakna Allah sentiasa melaknati wanita yang tiadk berseluar panjang (di sebelah dalamnya) semasa naik kenderaan. Demikian menurut kaedah Mafhum Mukhalafah di dalam ilmu Usul Fiqh.

KESALAHAN KESEPULUH : Bertudung dan sempurna penutupan aurat tubuhnya tetapi memanja-manjakan suaranya ketika berinteraksi dengan lelaki. Samada menyanyi mahupun bernasyid. Tiada dakwah yag sesuai buat wanita menerusi nyanyian kerana sesaat sahaj ia berada di atas pentas dengan pakaian canggihnya, seribu mata lelaki yang memandangnya..kita tidak tahu dimanakah mata lelaki itu memandang. Suaranya yang merdu juga membuatkan lelaki yang rosak hatinya akan dibuai nafsu, walaupun penasyid wanita itu sedang mendendangkan lagu ketuhanan.

Larangan ini datang dari Firman Allah SWT : "Janganlah perempuan-perempuan itu berlaku lemah dengan perkataannya, sebab akan menaruh harapan orang yang dalam hatinya ada penyakit." (al-Ahzab: 32)

TUJUAN TUNTUTAN MENUTUP AURAT

Berdasarkan dalil Al-Quran dan al-Hadith, amat jelas bahawa isu aurat bukanlah isu remeh dan cabang. Ia adalah termasuk dalam katergori hukum qati'e dan usul. Malah ia juga merupakan salah satu dosa utama yang amat diperjuangkan oleh Syaitan. Ini adalah kerana, dengan terbukanya aurat, maka ia boleh mencambahkan dosa-dosa lain seperti zina, mengandung anak luar nikah, bercerai suami isteri akibat curang, membunuh anak luar nikah, putusnya hubungan keluarga dan pelbagai lagi. Perihal Syaitan mensasarkan dosa 'buka aurat' ini sebagai dosa pilihan utamanya ada disebutkan dalam Al-Quran dari firman Allah ertinya :-

" Maka Syaitan membisikkan fikiran jahat kepada keduanya untuk menampakkan kepada keduanya yang tertutup dari mereka iaitu auratnya .." Al-A'raf : 20)

Ringkasnya, antara tujuan utama diwajibkan umat Islam lelaki dan wanita untuk menutup aurat adalah :-

a) Perbezaan dengan binatang.

Allah SWT berfirman :

" Wahai anak Adam, telah kami turunkan buat kamu pakaian yang boleh menutup aurat-aurat kamu dan untuk perhiasan" ( Al-A'raf : 26)

Amat jelas dari ayat ini, penutupan aurat ditujukan kepada sesiapa sahaja yang termasuk dalam kategori anak Adam iaitu manusia. Justeru barangsiapa yang berpaling dari arahan ini, secara langsung ia menjatuhkan tahapnya selari dengan binatang yang tiada cukup kemampuan dan aqal bagi menjalankan arahan penutupan aurat.

b) Agar kaum wanita tidak disakiti

Ia berdasarkan ulasan yang telah saya buat sebelum ini bersandarkan firman Allah SWT dari surah Al-Ahzab ayat 59.

c) Tanda atau seperti uniform kepada penganut agama Islam.

Ia juga boleh difahami dari surah Azhab ayat 59 tadi apabila Allah SWT menyebut : « .. yang demikian itu lebih memastikan mereka agar dikenali (sebagai wanita Islam).. »

Dari sini jelas, menunjukkan salah satu fungsi tutupan aurat juga adalah sebagai syiar diri sebagai penganut Islam. Firman Allah : « Barangsiapa yang membesarkan syiar Allah maka ia adalah dari tanda ketaqwaan hati »

d) Tanda profesionalism dalam sistem pemakaian Islam. Kita dapat memerhati bagaimana ‘trend' sesebuah organisasi atau restoran hebat hari ini pasti meletakkan ‘dress code' tertentu bagi kakitangannya dan para tetamunya. Ia pastinya bertujuan penjagaan standard khas bagi organisasi dan restoran itu di tahap tertentu. Sebagai contoh, kita tidak akan dapat melihat individu berselipar Jepun di sebuah Persidangan Antarabangsa di PICC, Putrajaya mahupun di kalangan kakitangan PETRONAS di pejabat mereka di Menara Berkembar. Semua menjaga ‘standard' berbanding Tauke kedai runcit yang tidak beruniform.

Justeru, Islam adalah satu agama dan cara hidup yang profesional pastinya begitu lengkap menyediakan panduan melengkapi setiap sudut kehidupan manusia. Dari hal-hal yang sulit seperti urusan di dalam tandas hinggalah ekonomi dan kenegaraan. Walaupun demikian, Islam tidak mengarah umatnya membuat perkara yang tidak rasional, justeru, sudah tentu ‘standard' pemakaian yang diletakkan ini tidak membebankan bahkan ia amat bertepatan dengan logik aqal manusia yang sihat.

e) Sebagai ujian bagi manusia untuk melihat tahap ketaatan mereka kepada Allah SWT.

Saya kira hal ini amat jelas, dari firman Allah ertinya : Dijadikan hidup dan mati adalah untuk menguji siapakah yang terlebih baik amalannya" (Al-Mulk : 2)

DON'T JUDGE A BOOK BY ITS COVER

Ungkapan ini kerap saya dengari, saya yakin anda juga mungkin kerap mendengarnya. Kata-kata dari wanita yang tidak menutup aurat yang sering mendakwa bahawa hatinya baik dan suci walaupun ia berpakaian seksi serta mendedahkan aurat.

"Orang wanita bertudung pun banyak yang jahat hari ini, berzina, khalwat dan macam-macam lagi" Katanya memberi buah fikirannya.

"Malah, kami juga baik, kami tak kacau orang, tak mengumpat dan buat benda-benda tak elok" tambah wanita ini lagi.

Benarkah hujjah mereka?. Benarkah penampilan luaran tidak terpakai di dalam Islam ?. Ada juga yang sudah semakin ‘advance' hujahnya lantas berhujjah dengan sebuah maksud hadith Nabi yang sohih iaitu :

"Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada tubuh, rupa luaran dan harta kamu, tetapi melihat kepada hati dan amalan kamu" (Riwayat Muslim)

Simpati bercampur kesal saya mendengar bagaimana terdapat orang yang sewenangnya berhujjah dengan hadith untuk menyokong nafsunya. Hanya digunakan Islam dalam hal yang selari dengan kehendaknya sahaja.

"Seorang pekerja yang dijumpai oleh majikannya sedang bermain ‘game' semasa waktu kerjanya sedangkan dokumen yang dipinta si boss masih tidak disiapkan, lalu si majikan berkata: "Macam mana kamu nak cemerlang dalam kerja kalau begini sikap kamu"

Lalu jawab si pekerja : " Saya luaran je nampak main ‘game' boss, tapi hati saya ikhlas dan saya kerja dengan cemerlang"

Adakah anda rasa si boss boleh menerima cakap pekerjanya itu ?. Adakah Allah SWT boleh mengganggap hati seseorang itu suci dan baik dengan melanggar perintahNya ?

Hakikatnya, sesuatu untuk baik dan suci mestilah ditentukan mengikut neraca Allah dan RasulNya, bukannya neraca pemikiran kita semata-mata. Jika merujuk kepada neraca Islam, Nabi SAW pernah bersabda ertinya :

"Ketahuilah, bahawa di dalam diri anak Adam itu ada seketul daging, yang bila ianya baik maka baik seseorang itu, dan apabila buruk, buruklah amalan seseorang itu, ketahuilah, ia adalah hati" (Riwayat Muslim)

Berdasarkan hadith ini, menurut neraca Islam kebaikan hati seseorang boleh dilihat di peringkat pertamanya dari tindak tanduknya. Ertinya, bila tindakannya sentiasa menyalahi kehendak dan hukum yang diletakkan Islam, ia adalah tanda kekotoran hatinya. Jika tindakan luarannya pula bertepatan dengan kehendak Islam, maka adalah harus ianya dianggap baik pada peringkat pertama iaitu neraca luaran orang ramai, adapun baik di peringkat kedua adalah samada hatinya bertujuan kerana Allah ata selainnya seperti sekadar menunjuk-nunjuk sahaja.

Justeru, 'we can judge a book by its cover in certain cases' iaitu apabila perkara asas Islam dilanggar, maka sudah tentu ‘that cover is reflecting what's inside the heart of a person'.

Menghukum berdasarkan yang zahir ini bertepatan dengan hadith :

إنما أنا بشر , وإنكم تختصمون إلىّ , ولعلّ بعضكم أن يكون ألحن بحجته من بعض , فأقضي بنحو ما أسمع , فمن قضيت له من حق أخيه شيئاَ فلا يأخذه , فإنما أقطع له قطعة من النار

Ertinya : Sesungguhnya aku hanya manusia, dan kamu sentiasa membawa kes pertikaian untuk di selesaikan olehku, dan mungkin sebahagian kami lebih cekap berhujjah dari sebahagian lainnya, maka aku telah memutuskan hukuman berdasarkan apa yang kudengari sahaja. Barangsiapa yang telah ku jatuhi hukuman dan hukuman itu mengambil hak yang lain (akibat kurang cekap pihak yang benar dalam berhujjah), maka jangalah kamu mengambilnya, sesungguhnya ia bakal menjadi sepotong api neraka" (Riwayat Abu Daud, Tirmidzi dan lain-lain ; Rujuk Naylul Awtar, 8/632, no 3920 )

Hadith ini dengan jelas menunjukkan seorang hakim dalam Islam akan membuat hukum berdasarkan info dan bukti zahir yang diberikan. Demikian juga dalam kes penutupan aurat, tanpa menutupnya adalah tanda keingkaran hati terhadap arahan Allah. Mana mungkin hati begini boleh dianggap baik oleh Islam.

Kaum wanita perlu menyedari bahawa dengan pembukaan auratnya, setiap lelaki yang melihatnya akan memperoleh dosa setiap kali ia memandang. Tetapi yang beratnya adalah si wanita bukan mendaat satu dosa bagi kesalahan itu, tetapi juga meraih setiap dosa semua lelaki yang memandangnya. Bayangkanlah berapa banyak dosa yang diperolehi hanya dengan pembukaan aurat di satu hari. Ia berdasarkan sabda Nabi SAW

من سن في الإسلام سنة سيئة فعليه وزرها ووزر من عمل بها من غير أن ينقص شيئاً

Ertinya : Sesiapa yang mempelopori sesuatu yang buruk, maka ke atasnya dosa dan dosa setiap orang yang membuatnya tanpa sedikit kurang pun dosanya.." ( Riwayat Ahmad dan lain-lain : Sohih )

Termasuklah dalam erti mempelopori, apabila seseorang itu mempelopori pembukaan auratnya di hari itu, yang menyebabkan lelaki melihatnya mendapat dosa. Pastinya, si wanita itu juga mendapat dosa tanpa kurang bagi setiap mata yang memandang. Adakah hati orang sebegini boleh dikira baik ? setelah gunungan dosa mengaratkan hatinya ?.

Sesungguhnya Allah itu maha adil dan maha pengasih. Segeralah mendapatkan kasih sayang Allah dengan mentaatinya. Bagi yang berdegil, tiada kata yang dapat diberikan kecuali ; Yakinilah bahawa Allah itu benar, RasulNya juga benar, Syurga dan Neraka juga benar. Jika mempercayainya maka mengapa tindakan masih seolah meraguinya. ?

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

updates

bila dah dok depan pc, terus hilang segala pesanan penaja yg nak ditulis

so ku update je la eh

morning sickness telah  menyerang
kalau minggu lepas hanya stat after ofis hour (pandai pulak eh timing gitu.. elok sgt la balik rumah je ku mood nan ado nk ngadap suami dan anak.. monyok je sensorang)
sejak balik kg minggu lepas mmg full day course la.. kepala sakit, penin tak penin, mulut tak sedap.. apa lagi makan pun tak lalu la.. bila tak makan laagi la tak larat kan
eh ye ke tak makan? dalam tak selera tu 2 pinggan gak abih nasi. kalau ada selera berapa pinggan lah agaknya eh.. ni semua mira punya pasal la.. pandai pulak buat sambal belacan sekrg ni. mau tak bertambah semua org
ayah semelih ayam kg, separuh mak wat masak pedas, sparuh lagi ku goreng rempah. tp malas nk makan sebab liat hehe. ulam rebung madu sama sambal belacan+asam belimbing lebih menggiurkan.
lepas makan dan dan tu terus tak larat.. baring je kerja ku.
TB kata mau tak pening dok tido jee... amboi2.. lancarnya percakapann..
org tido sebab penin la..bukan penin sebab tido!

semlm cuti lagi, tp TB dah setat keja. so duduk la kitorang bertiga kat rumah
dah la tak larat, penat baru berjalan jauh.. tp sakit mata, sakit ati punya pasal ku gagahkan juga hangkut beg2 yg bersepah dan bersepai di depan pintu (buleh tak ada org tu kirai cari baju tang2 situ jugak..tak boleh ke angkat beg masuk bilik dulu kok ye pun..)
basuh baju satu round.. tu pun baju budak2 je dah penuh mesin.
lunch, ingat nk pegi mcdonald drive thru je.. (jenuh dok umpan budak2 suruh behave) tp last2 ku tak larat la pulak. tgk2 keta kancil yg adik ku tinggal tayar tinggal 3 je.. huhu nasib baik tak terus siap je tadi
keta aku lak dia bawa gi kedai, ada prob skit.
masuk dapur tgk apa yg ada. masak nasik lebih kurang sama sup telor. aisyah tu semedang nk sup aje, kalau tak, takde nye dia nk makan.
lepas makan berperang dgn budak2 nk soh tido
bila depa dah tido, baru la aman sikit.. tapi aku lak tak leh tido.. #%^&*&&%$@#!@!
kul 6 dgr bunyi motor.. fuh legaaa... sudah abis shif haha
pastu dgr bunyi2an.. wahh mak dtg dgn rombongan
siap bawa nasi lagi hehe
alhamdulillah..

Thursday, February 11, 2010

Alamak tak bawak!!!

nenooo nenooo nenoooo.. kecemasan kecemasann tepi! tepi!

opss.
intro kasi drama lebih ya

korang penah tak kuar rumah tak bawak wallet atau nama penuhnya beg duit
tak kira la beg tembakau yg merangkap tempat simpan duit
janji ada $ dan tanda pengenalan diri sebagai warganegara sah

hari ni saya bawak brg2 berharga milik saya itu.
sekrg penyakit lupa bawa mmg jarang2 berlaku
setelah diberi ceramah pendek tapi padat beberapa kali oleh sound engineer rumahtangga saya
lengkap dgn pandangan sinis dan unsur2 perli dalam dos yg cukup utk bg anak kucing jiran sebelah lari terkincit.

selalu ia berlaku bila plan asal saya digubal dan diolah semula oleh org lain.
cthnya saya telah siang2 letak henfon atas meja, dan siap dgn ingatan pada diri sendiri utk ambil esok pagi  masa nk keluar. akan tetapi sekiranya ada mana2 sound engineer yg terlebih rajin dan baik hati utk 'tolong' ambilkan utk saya, seluruh universe seakan huruhara kerana plan asal saya telah terganggu. saya akan mencari2 seluruh rumah sambil membebel dan seluruh tenaga akan dipusatkan kepada urusan memperbetulkan semula perjalanan bintang2. yang mana akan menyebabkan tumpuan pada benda lain mungkin terganggu dan berkemungkinan saya akan terlupa sesuatu. kelupaan itu juga mungkin kerana ditambah rasa hangin kerana sound engineer memilih untuk berdiam diri walaupun tau saya melilau satu rumah mencari benda tu. time2 camni taknak sound pulak!
fuhh.. penat nya bercerita.

berikut adalah pengalaman paling kronik saya pasal tak cukup duit ni..
pada suatu hari balik dari mana saya tak ingat, memandu seorang diri balik ke rumah. tiba2 baru perasan meter minyak sudah menjunam. lalu berenti di kedai projet. ye kedai myk ini sudah bungkus balik yindiaa.
dgn konpiden saya ckp kat attenden 'lima belas ye'. ok set.
kemudian terus mengisi myk dgn penuh yakin. (maahap jln cerita tak berapa ingat mana satu dulu. la ni jrg boleh isi myk dulu sblm bayar kan, aku pun tatau cemana aku buleh isi myk dulu)
bila pi kaunter nk byr, tgk2 allahhh.. duit tak cukup!! peluh cerau dahh.... ku lupa yg tadi ku dah guna duit kertas seploh hinggit tu..
tp lepas tu ceria kejap sebab teringat rasa2 cam ada belas2 ringgit dlm keta. wahhhh selamattt!!!
masuk keta, korek punya korek buka segala kompatmen yg ada. tinggai bonet je ku tak selongkar
dpt la kumpul $13.. huwaaaaaaa tak cukup lg $2!!!!!!!
pusing belakang tgk2 yess!! ada atm mesin. terus gi sana, elok depan atm, buka wallet, tgk2 aisehhh mana lak kad aku nih.. @$%&^%^&%^$%#@!@!^&()) tak bawakk!!!!!!!
cemana la nk buat ni
kawan2 lak dok jauh.. kalau mintak balik rumah agak2 tokei dia kasi ke? nk basuh pinggan pun mana ada pinggan kat destina tu..
oh teringat satu kawan kepada kawan yg tinggal agak dekat dgn tempat kejadian.
'kak...  minta tolong buleh.. tolong la mai sini sat, saya nk pinjam dua ringgit' mcm mat despatch pulak bunyinya.
tah sakit apa tah akak tu dok la gelakkan aku tak renti2.. dok tanya' laaa abis tu cemana, nk buat apa'
weii yg aku minta tlg hang mai sini tu la master plan aku b####. ko faham bahasa melayu ke tak ni..
last2 ku fedap.. 'hmm takpe lah kak..' sayup2 ku dgr dia ckp ' u okey ke?' aargh malas nk layan
so,kesudahan cerita, aku lenggang2 pi kat budak pompuan yg jaga kaunter.. selo2 buka mulut
ermm dik, camne ni ha? (adik tu dah tau aku tak cukup duit sebab aku gelabah secara terbuka depan kaunter tadi hehe)
rezeki Allah, dia ckp 'takpe lah kak, esok je lah kak bayar!' YAHUUUUUU!!!
legaa gilerr. 'ye ye akak janji esok pagi2 akak bayar! terima kasih byk la dikk..! i lap u la dik.!
seperti dijanjikan, esok tu aku pi bayar. tp petang lah, lepas balik keja. bila nmpk aku adik tu sengeh2 je hehe..

so moral of storiy:
1. always have backup - plan, money (especially), battery henfon, spare cloth watever u deem necessary. we never know.

2. make sure duit ada sebelum commit kat apa2. betul2 sure. triple sure!

3. buat baik dgn org,be frenly insyaallah tak rugi. ckp elok2. jgn nk belagak tak tentu pasal. dont forget to be genuine as possible. ngaku terusterang duit takde. abis citer. tayah buat2 crita tamil kat situ. buang masa yo.

4. keep your network. kalau boleh biarlah kat mana pun ada org yg kita boleh minta tolong kalau ada kes2 kecemasan mcm ni. but make sure kawan tu boleh harap, bukan tukang gelak semata.

5. ni of kos la, tawakkal, dan jgn berhenti mengharapkan bantuan Allah. amalkan baca surah al-insyirah, ayat 1000 dinar dan doa bg mudah, yg 'robbi yaasir...' tu. selawat byk will also help, hopefully.
Fundamental Techniques in Handling People


1. Don't criticize, condemn or complain.



Six Ways to Make People Like You

1. Become genuinely interested in other people.

2. Smile.

3. Remember that a man's Name is to him the sweetest and most important sound in any language.

4. Be a good listener. Encourage others to talk about themselves.

5. Talk in the terms of the other man's interest.

6. Make the other person feel important and do it sincerely.

Twelve Ways to Win People to Your Way of Thinking

1. Avoid arguments.

2. Show respect for the other person's opinions. Never tell someone they are wrong.

3. If you're wrong, admit it quickly and emphatically.

4. Begin in a friendly way.

5. Start with questions the other person will answer yes to.

6. Let the other person do the talking.

7. Let the other person feel the idea is his/hers.

8. Try honestly to see things from the other person's point of view.

9. Sympathize with the other person.

10. Appeal to noble motives.

11. Dramatize your ideas.

12. Throw down a challenge.

Be a Leader: How to Change People Without Giving Offense or Arousing Resentment

1. Begin with praise and honest appreciation.

2. Call attention to other people's mistakes indirectly.

3. Talk about your own mistakes first.

4. Ask questions instead of directly giving orders.

5. Let the other person save face.

6. Praise every improvement.

7. Give them a fine reputation to live up to.

8. Encourage them by making their faults seem easy to correct.

9. Make the other person happy about doing what you suggest

 
source : unknown

Wednesday, February 10, 2010

Laila Namamu terindah

sapa takde nickname angkat tangan?

mesti ada kan..
koman2 kecik2 mesti mak ayah ada panggil nama manja utk korang
cuma mungkin korang tak ingat sebab by the time korang cukup umor, mak ayah pun stop panggil nama tu
mungkin sebab dah tak berapa sesuai.. ye la korang dah tak secomei masa baby dulu2 haha

nama saya ada lima suku kata
suku kata yg ketiga pertama itu yg paling raaaaaamai manusia di dunia ni guna bila berkomunikasi dgn saya
kira nama glemer lah ye. merangkap nama rasmi.
tp kadang saya malas nk sebut nama sendiri
jadi saya pendekkan. pandai2 sendiri.
jadi lah TA ajek.
sebab nk bahasakan diri ITA cam.. gelimat la pulak
yg dua uruf tu lebih macho rasanya.
tp masa form 3 ada musim org tulis buku otograf pakai nama samaran
jadi saya pun gatai2 letak nama samaran Tasha.. konon habis artis lah eh. nk termuntah bila ingat balik

selain itu, dlm keluarga saya dikenali sebagai kakngah.
lebih tepat lagi, kakngah yg garang. haha
ye sila percaya adik2 semua takut dgn saya okeh. bila saya hendak balik dari asrama mereka akan sembunyikan buku rekod sekolah di bawah alas meja sebab takut kena marah. eleh mcm saya tak tau kan.
tp kalau depa dpt markah cantik eksyen je letak atas meja. siap buka mukasurat yg tertentu itu.

antara banyak2 manusia kat dunia ni
ada beberapa mereka2 yang saya akan kenang sampai mati kerana memanggil nama saya di luar kotak.
mmg lain dari org lain.

okeh, mari lihat countdown carta toplist
tangga ke 3 (ye tak ramai mana pun, 3 org saja)
adalah ustaz sekolah rendah, yang suka memanggil saya 'asmar'
sila lah google utk tahu apakah makna nama itu lebih lanjut.

nomot 2 adalahh pegawai di pejabat lama yg panggil saya 'mar'
aahh.. pelik. tak minat. gelimat sikit2
terasa dia bukan bercakap dgn saya.
saya tak mengaku itu nama saya haha

dan pemenangnya adalahh..... (drumm roll pleasee)
ustaz sekolah kafa, dengan nama NILAM.
yes, nilam. klasik kan?
bukan nur nilam sari, sebab masa tu m.nasir hanya terkenal dgn lagu cinta yg mati dan usung keranda tu.. apa eh nama kumpulan tu? kan ku usung jenazah cinta.... haa something like that.
dan juga bukan neelam pelakon hindustan tu.
taktau pulak ustaz minat hindustan ke apa sampai boleh panggil nama anak murid sebegitu.
sebenarnya ustaz selalu lupa nama saya.
tp saya suka. nilam. biru nilam
cantik kan?
permata gituu. sapphire kan?
wahhh.. saya adalah permata.. glemer seyyyyyyyyyyy.

eh kenapa tiba2 byk pulak entri ni
tadi kata malas.

ceritera org kaya baru

pagi tadi gigih aku buka tabung pejabat pos yg dah lama penuh.
campor2 syiling dlm laci
susun.. kira.. siap letak dlm uncang dan feeling2 ala2 org kaya baghdad 'wang emass.. wang emass..'

wahh..
hari ini aku lebih kaya dari semlm sebanyak Rm43 tunaii..
ehh silap, semlm pun kaya jugak, tp aku taktau aku kaya
sebab malas nk kira.

ha tu lah
point aku hari ni
kdg2 kita taktau apa yg kita ada
sebab kita malas nk amik tau
tak amik berat
kita tau dia ada, tp apa yg ada tu kita tak pasti.

belajar2 lah amik tau
byk benda yg kita boleh buat bila kita lebih tau..

dan lunch hari ini aku belanja
'kak, tak payah kira.. nah amik satu uncang wang perak!"
wahahahhahaha

updates

sejak 2 menjak ni bosan pulak nk apdet
mcm takde benda je nk tulis
so takyah la tulis
buang masa je takat nk citer aku nyampah kat keta org kaya yg potong line. eh pedulik hape aku keta kau besar emak gilbert grape.. atau no plet kau cuma satu angka.. eleh sure drebar je dlm tu.. dah nk menyelit tu tak reti2 nk buat baik dgn org// eksyen gitu sori ya.. sila dok belakang aku dendiam. tu pun nasib le kalau amoi belakang aku tu kasi can kat kau. eh keta kitorang cikai je tak kisah la kalau kena pon.. keta kau tu haa sakitt le abis sebulan gaji drebar kau nk ganti!
ye aku sedang buang masa mengulangtayang citer minggu lepas
tu belom masuk citer 2 jam dari tun razak ke parlimen, gear satu okeyyyyy!!!! bengkak tempurung lutut aku!
aah balik rumah mmg tak masak la jawabnya.
ye, mmg aku masak pakai lutut

alhamdulillah masih  menten
episod muntah hijau belum bermula. cuma mulut takde selera nk makan.. taktau nk makan apa
so far tgk ayam pun sebelah mata je. tp selalunya sebab malas nk pikir aku order nasi ayam juaa..
perut mcm dah setat naik.. hihi (tetiba seronot sensorang) kalau dulu masuk belas2 minggu baru nmpk
org komen nmpk cergas dan bersinar2 fm - kot2 baby boy ni..
wahhh.. aminnnn..
yg pasti
dari hari ke hari aku menjadi semakin garang
haha
mulut buleh tahan.. kalau apa2 selamba je ku bom. kat ofis la
kat rumah takkan nk marah laki lak.. kan dosa!
one thing, laki ai makin baik hati pulak hihi (again) sabar layan aliya yg tgh proses pemisahan dgn 'rakan' tersayang dia..  exactly the support i need.

ok sudah kembali malas.. tgk la mlm2 satgi kalau sempat meloloskan diri ke alam maya i'l try to write something. something 'real', maybe.