Pages

Wednesday, September 30, 2009

fashionista

who knows more about fesyen than my aisyah?

check out what she insist to wear last week.. huhuu..:

- outgrown dress
- green legging
- kasut boya tipoo kaler oren/yellow
- topi adik..
adoilaaaa..
mummy.. aisyah cantik kan??

spek sendiri tanak pakai, tah mana2 dia buang

spek abak lajuu je nk menerai..

korang rasa anita serawak kecik2 dulu ada ropa gini tak??

Tuesday, September 29, 2009

Raya Part IV - beraya sakan haaa...

raya kedua pakat ramai2 pi beraya rumah tok
nasib kurang menyebelahi kami hari tu (ehh aku mandi aa.. taktau la sapa yg tak mandi tu..)
on the way, keta ku tercium bontot keta adik.. nasib baik tak laju, sikit je la. bumper dia renggang sket

puncanya adik aku brek emerjensi, sebab org depan dan og2 depan2 dia brek mengejut sebab ada org nk belok.. keta aku pulak ada ABS, bila brek dia bukan totally berenti.. so apa lagi.. merasa la aku tersenggok ke depan. budak2 ok alhamdulillah
nasib keta adik sendiri.. ku buat tatau je wakakkaka.. kejam tak??
petang tu mak ajak pi open haus kat bukit mertajam, so kami zrass ke BM, mak ayah aku terus balik kg ngah engku chik kat singkir dgn tok, wan dan pakcik2 sumer.
abis bbq kat BM tu, kitorang pulak zrasss ke singkir.. rushing jugak le sebab pakcik kata nk balik awai sebab dia keja esok, tp stil nk tunggu kitorang.. alaa kesian la pulakk

half way nk sampai rumah ngah tgk derang dah berkumpul rumah toknjang.. so kena la singgah dulu..

wahhh.. lakiku puji abes air teh o toknjang mabeles abess.. macamla aku ni tak reti sgt buat teh o kan? kena pulak cicah bauhulu perghhhh TB dah lupa bini dahh.. hehe


muka syahdu melayan teh o paling sedap di duniaa.. aaah nikmatt..


haa sedap sgt kan.. haa minum laa puas2.. hambekk ko satu jag besor toknjang kasii.. kembong jgn cari aku haaa..

the girls' club

aliya sebok mengusik kaklong..
lalaa bila la rambut hg nk panjang ni liya eh..
makcik2 sebok citer pegi beraya rumah sorang pakcik ni semua org, diulang SEMUAAAA org termasuk golongan veteran dan terlebih umor dapat duit raya, sorang $50 tuu.. cissss kitorang tak sempat..
takpe esok boleh pegi lagi kuikuikui!
esok tu, balik hantar kazenku, kitorang singgah rumah pakcik tu.. konon2 nk beli kopi haha
sekali dia tido daa..
petg tu singgah lagi sebab tersilap ambik kopi (hehe) dengan harapan pakcik dah bangun tido wakakakka giler desperateee
tp dah tersurat daku tak dpt duit raya tahun ni.. pakcik tu tak bangun2 lagi haha
balik kl, pegi rumah dia kat batang kali pun tak dapek duit raya.. aisyah n aliya je la dapat

RAYA 2009 - part III

haa gambar raya pulakk

jeng jeng jengg..

taraaa...
bersiap nk pegi semejid solat raya.. mummy tak pegi pon.. alasan bernas: susah nk tinggai aliya hehe.. sejak ada anak ni dah tak pegi solat raya dakuu.. huhu!
one hepi shemiliii..

ni dah petang raya, pagi2 semua sebok tak dan nk bergambaq mesra
disebabkan aisyah insist nk baju ala2 cekelat, sumer org kena ikut theme dia
nak tak nak (nak sgt2 sebenarnya hehe) mummy terpaksa lah memaksa TB beli baju raya lagii haha.. and my tudung tu actually aisyah suruh beli utk dia, tp tak pakai pun.. again.. mummy kena la pakai kan.. dah le matching sungguh dgn baju raya mami..
TB lak tetiba nk melaram gn jubah ala azmil mustopa..
sekali kembaq dia takmau pakai la pulakk
hehe bukan apa tu.. sebab takleh nk tayang kat org tu kan..kan? kan?



cantik gak kan pilihan aisyah ni..sweet je pinkish brown..


nahh amik le saya bagi duit rayaa..

ambik..jgn memaluu..

RAYA 2009 - part II

Ok, gambar time!

kita mulakan dengan perjalanan balik kg

hoyee..!

kasut aliya.. sruprais terjumpa saiz liya kat giant.. ingat dah muat, nmpk besar je, sekali ngam2 saje. besok2 dah takleh pakai le tu. pakai sekali 2 je sebab liya tak suka pakai, kejap2 jatuh
susah sgt mummy simpan dlm beg je la..!

oo ooo balik kg.. balik kampung.. hati giranggg..!! aisyah dah pandai nyanyi lagu raya

sukeee je duduk belakang sensorang hehe.. ku suruh tido, dia ckp tunggu takdak lampu dulu..


as expected, its jammmmm on the NKVE.


asalnya planned nk balik lepas jumaat, tetapi TB nyer program tak setel sampai ke ptg, so we decide balik mlm je la, mulanya nk tunggu mak abak semua sekali tp abak balik lambat, TB dah taktahan, dia takut mengantuk pulak kalau lambat sgt.. so we gerak dulu.. ala dlm awai sejam je pun.. adik ku pun balik juga, tp pukul doblas tu dia baru nk pack brg.. dekat pukul 2 baru dia gerak.

we'r so lucky gerak awai sebab after 12 mmg sangkut giler, dari guthrie mmg berchentaaa nk masuk nkve..and polis let us use the emergency lane, so at least boleh la speed sket. if not haa merangkak le jawabnye

alhamdulillah sampai kampung 4.30 am, just nice for the last sahur tahun ni..

tp masing2 dah tak selera nk makan.. ayah duduk kat meja, tenung nasi.. pastu 'ehm hgpa makan lah.. ayah tak lalu..' seraya meletak balik nasi dalam periuk. mak pulak nk makan mee sedap goreng, tp nk ada kuah punya! haiyooo cemana la rasanya tuh??

oh gambar buka posa last day takde la pulak.. takpe tgk je la kat sini

Malam Raya

melaram dgn bajutido raya hehe



seterusnya aktiviti malam raya diteruskan dengan bertahlil di pasar malam raya kat pendang

baguih sungguh kan? amalan yg sgt mulia kerana kita bersama2 membantu membangunkan ekonomi rakyat tempatan

last time ku pegi aisyah kecik lagi, masa tu dia sebok makan sotong kena gilis. tahun ni takde pulak nmpk org juai sotong. TB brothers Ptd nk cari kopiah ahli. kat kl mahal sgt katanya..



blom apa2 kita minumm dulu yaa!!

ooh tang ni WAJIB berenti ya tuan tuan.. !

tapi sebelum beli kena test dulu beh ke dak.. haa apa macam tokey, ada buleh ka??


Aisyah awal2 lagi dah aim nk belon.. tp bila dah beli dia tak main pun.. last2 aliya yg sebok nk pegang. abih langgar org

gambar pemandangan sekitar pasar malam.




nota: model tiada kena mengena dengan cerita





nmpk tak? nmpk??

ooh.. dah abis dah bunga api..hehe kamera i lambat la youu..

penat berjalan singgah sahur dulu..



gambar raya esoknya, next entri lah ye..

Daaa...!

Monday, September 28, 2009

RAYA 2009

Salam semua..



lamaaa nya tak jenguk sini.. sebok la katakann..



lgpun kg ku broadben tak cover, intenet cuma kat henpon je



malas aa nk tengok skrin kecik tonet tu!



ingat semlm nk upload gambar and update citer raya



punya la semangat bagi budak2 tu tido awai



tp pastu ahkak tersebok kan diri kemas dapor bagai.. masuk bilik teruss zzzz...







hari ni baru masuk opis



again, ada halangan juga



tak boleh upload gambar



pc sudah merajuk, sudah tidak kenai sama henpon ku..



aikk baru semgu udahada pengganti ka?



ke tanda2 nk henpon baru hahaha!







so, untuk tidak membuang masa mari lah kita cilok gambar2 kat fesbuk dan blog org wakakkaa..





Aisyah n the Alongs' - maklong sampai je, terus buka beg 'maklongg.. nk mekapp..'


itu dia barisan (bakal) jemaah haji kepenatan dan kepeningan ketupat tekun mendengar nasihat pakar oleh Al-ustaz Ajiesi al Anwari

gambaq lain belom sempat dicilok, harap maklum.

Thursday, September 17, 2009

Asal Usul Baju Kurung _ Fakta yang menarik

Copied from fw email

Indah, indeed....bergantung kepada keperibadian si pemakai
Tulisan ini
khas sempena semangat aidil fitri yang bakal hadir beberapa hari lagi
(Dipetik Dari Bluehikari.com)

Aku mungkin manusia paling lewat mendapatkan novel Manikam Kalbu. Karya
akhi Faisal Tehrani. Aku teruja dengan novel yang satu ini. Perihal dunia busana
dicanai menjadi novel yang sarat ilmu. Alhamdulillah dua hari aku peruntukkan
selepas terawih dan tadarus untuk menghadam ilmu dari buku ini.
Kalian tahu
makna disebalik nama baju kurung itu? Di tempat aku, baju kurung merujuk kepada
baju kurung perempuan dan baju kurung lelaki (BACA: di kebanyakan tempat di
Malaya, ia disebut baju Melayu). Memang selari dengan apa yang dinaskhahkan
dalam novel itu. Panggilan yang sama pada baju untuk dua jantina.
Selama
ini, kita hanya tahu nama baju itu baju kurung. Tahukah kalian makna disebalik
nama "kurung" itu?
"Tuanku, pacal namakan busana yang pertama ini baju
kurung. Boleh sahaja disediakan untuk lelaki mahupun perempuan. Tetapi, dengan
sedikit perbezaan. Adapun pacal namakan baju kurung kerana pertama, busana ini
dikurung oleh syarak. pakaian Melayu itu haruslah dikurung ketentuan syariat.
Maka memang pacal rekakan pakaian ini supaya labuh, longgar, selesa dan tidak
mengetam."
"Adapun kurung itu dikurung oleh adat. Manusia Melayu itu apabila
mengenakan baju kurung, segera dia tahu membawa diri, menyesuaikan dengan
tempat, tahu pula alat kelengkapan yang harus dipakai sama, tahu cara
memakainya, dan wajib pula tahu apa makna dan tujuan mengenakannya"
"Pacal
mengimpikan sejenis busana yang apabila dikenakan di badan si pemakainya
terkurung dan terhindar sifat angkuh dan sombong. Oleh baju kurung itu
sekali-kali si pemakainya tidak bercakap bohong dan apabila sudah berbaju kurung
peliharalah iman supaya tidak terpesong"


Mengapa baju kurung lelaki berbutang lima dan baju kurung perempuan
berbutang satu?

".... Pacal membayangkan rumah butang yang lima itu
maknanya rukun Islam....., Ampun Tuanku, pacal juga mengimpikan butang yang satu
itu ialah lambang akidah kita. Kita mengesakan Allah yang satu....."
"Pacal
bayangkan bumi ini bulat seperti mulut belanga (leher baju kurung) dan kita
duduk di mukanya (butang nan satu yang mengancing leher baju) sebagai abdi
Tuhan."


Ironi sekali aku sudah nekad untuk tidak membeli sebarang persalinan baju
kurung melayu untuk dipakai pagi Syawal tahun ini. Alasan aku mudah, untuk
berjimat. Di gerobok pakaian aku sudah ada lima pasang baju kurung Melayu.
Jarang dipakai. Malah sekian kali Jumaat, tatkala ramai sahabat mengenakan
busana itu ke pejabat, aku berkira-kira dengan alasan, susah nak ke tandas
nanti. Nak buka samping bagai! Selesa konon dengan pakaian Barat!
Tetapi
usai membaca Manikam Kalbu malam tadi, tiba-tiba hati ini digayut rasa kesal
yang amat. Alangkah baiknya aku beli demi pahala yang mungkin aku dapati merai
makna disebalik terbinanya struktur kurung itu yang sangat akrab dengan Islam.
MasyaAllah!
Meski fiksyen sahaja novel itu, tetapi kalau niat memakai untuk mendapat
keredhaan Allah, tidakkah ia berbaloi? Kalian bagaimana? Sempat lagikan untuk
membeli baju kurung untuk dipakai 1 Syawal nanti. Tapi pastikan kurung kalian
sama sifatnya seperti yang di atas dan jangan tak cukup sifat, berbutang empat
dan ketat misalnya.

* Lagi tentang rahsia baju kurung mengikut syariat dan adat ada terdapat
dalam novel Manikam Kalbu, DBP muka surat 126-132

Sgt Cantik bukan..?

sELAMAT hARI rAYA aIDILfITRI 1430

Selamat Hari Raya Aidil Fitri
Maaf Zahir BAtin


yahuuuu
hari ni last day keja
esok ku akan berangkat balik ke kedah..
time? cam biasa la... tgk la bila2 sempat haha
harap2 tak la jem sgt

uh uh tak reload lagi duit toll

wahai pak menteri
awatnya tol ke timur je kau bagi pree
kami org utagha ni dok laa reload tak renti-renti..
takat rebet doploh perseng canang sana sini
tu pon kena tungguh tgh2 malam satgii..

Wednesday, September 16, 2009

dam dam dum bunyi mercun

beberapa hari yg lepas (sudah agak2 nak basi tapi boleh la citer sebab masih releven dgn mood raya esok lusa ni) TB beli bunga api, utk aisyah la.. takkan utk aku kot.
kalau nk beli utk mami, sila beli yg tembak ke langit mcm org sambut tahun baru ye, takat bunga api kena patah2, cucuh sebab nk bg pusing, no tengs, takpayahh.. hehe (tp beli kat cik hasra takpe hahaha)

aliya pelik kenapa tetiba sumer org sebok2 kat luar..


takleh jadi ni.. kena join ni hu hu cepat kayuhh! yah yah!


aikkk sapa pulak intepremm ni wehh??!!

haa itu diaaa..

at last berani juga pegang sendiri hehe

ohh (mak)cik hasra sabar menanti turn..

haa aliya, hg tgk je la ye, tahun depan baru buleh main sama

Tuesday, September 15, 2009


hello.. aliya speaking
wat ken ai hep yu? apa cik, sila ckap kuat sikit, caya tak dengaq la..
aa.. urmm.. oh ok ok..




laa dah nak babai ke..

alalaaa cakap le lagiiii..

tak kira cakap jugakk

CAKAPPPPP!!

saya jerit ni haa.. haa!!

shopping raya

tahun ni jadual soping raya agak berterabur, sebab masa agak suntuk..
rasa cam tak komplit pula bila tak pi sogo.. kenape eh? mcm dah sinonim soping raya dengan sogo.. seperti sinonim nye mak aku dtg kl mesti gi sogo.. mcm sinonim juga member sale dgn sogo.. dan lain2 sale lagi lah.. sebab ku rasa tiap2 HARI sogo ada sale, kan? heheh

last week (kot) saja pi menjamu mata kat hiong kiong je la.. (zaman ekonomi meleset ni bawa2 bersabar ye cik kak) nk cari baju kurung aisyah sebenarnya, sebab bulan 5 hr tu tgk ada baju kurung budak kecik lawa2..
spt biasa aisyah gigih menjalankan tugas sebagai jurugambar (kurang) terlatih.. aku suruh terai baju pun susahh



seperti biasa, tidak juga terbeli sebab apa aku & aisyah bekenan, tiada lah berkenan jua di hati Duli Tuanku..
maka usaha perlu ditingkatkan di masa akan dtg!


haa yg ni kaluu.. pandai je abak jumpa iye? its kinda cute juga.. (haa dan mengkiutkan poket mak ler jugak huhu) nasib takde saiz kecit, kalau tak dah berduet la aisyah & aliya berbaju otomen di hari raya!

hamper raya



ok byk gambar nk upload ni so ku buat je la entri byk2 ;-P




dekat2 nk raya ni kan, byk la 'sedara2' yg murah hati bersedekah hemper2 raya kek opih ni

yg pastinya bg kat bos2 je la, golongan2 marhaein camaku ni tgk je la

hemper sumer malatopss weii.. bukan calang2, takat femes emes tu tak heran la ye..sila tahu.. haa tu diaa.. koman2 krebtree&ebelin, las pareress.. batil.. godiva je tak nmpk (ke ade?) tp tak heran la godiva tu kitorang dah borong hari tu..kan kan..hehe

yg kesian si penunggu kaunter.. jamu mata je la diknon eh.. hihi

tahun ni alhamdulillah org2 kat tingkat bawah ni merasa la jugak.. since org tingkat atas bermurah hati utk berkongsi sesama kita di bulan mulia ini.. okay lah tak le kitorang ni memendam rasa je.. walaupun sebenarnya yg kitorang tringin ya amat adalah bakul2, beg2 kulit, kotak yg canteks itu, biskut raya tu tak dapat pun takpee..

paling bes adalah hadiah sekotak kurma oleh yayasan al-bukhary utk SEMUA staff.. kurma mahal lak tu.. tak silap ku kurma medjool sekilo $80 hengget.. haa gitu la nk bagi sedekah, biarlah yg terbaik, tak kira kat sapa...
Long Live al-bukhori!!

Eid Mubarak!

Selamat menyambut Aidul Fitr

seronok sebab raya, sapa tak seronok nk raya
boleh pakai baju cantik2, makan2, jalan2, main bunga api, paling bes dapat duit raya! wahh

itu dulu..
masa kekecik..

now dah masuk alam veteran ni lain pulak seronok dia
yaa masih seronok, tp perasaan dah lain la ye

seronok sebab now dah faham, kita beraya kerana celebrate kemenangan kita berpuasa sebulan di bulan ramadhan..
seronok tgk anak2 dan keluarga bersuka ria
seronok sebab raya ni both my family and kuarga mertua beraya sama2 haaa.. hebat tak??
seronok dpt berkumpul ramai2 sedara mara

persiapan raya ala kadar je
baju akak sepsg je (tp tudung berpasang2 takyah le citer ek? haha), baju TB blom tau.. dia suka tunggu last minit, tak pun selagi tak jumpa yg tak berkenan mmg tak beli langsung
baju anak2 je la yg meriah.. akak ni selalu ingat anak2 tak cukup baju hehe
tp bila tgk bersusun sumer tu mak akak ckp 'eiii ni kau nk meniaga kain baju ke apa?'
haha lagi mau komplen kan? anak org lain ada 2 3 lai je tau! insap la weiii

dlm berkadar2 tu abis gak le beratus.. kuih raya dlm taknak tu, 'teroder' jugak 2 3 jenis
dlm dok bising bila beg akak berat semcm je balik keja, tgk2 dlm raga TB pun aikkk ada balangkueh jugak? hehe sama naik je dia!

tp sebenarnya, dalam hati ni byk yg tak berapa nk seronok
rasa tak berapa bes bila kenang balik tah berapa markah je puasa tahun ni
lagi tak bes bila kira terawih cuma buat sebelah tangan je..
tambah tak bes bila rasa cam melepas je lailatulqadr hari tu..
tah tahun depan panjangkah umur ku berjumpa ramadhan lagi..
harap2 ada la rezeki ye..

ok
selamat hari raya
maaf zahir batin
kalau ada salah silap harap maaf kan
akak ni bukan perfect
akak tau kdg2 akak ckp direct je,
lgpun 'bahasa' akak kot korang tak berapa nk paham,
kot tersilap pemahaman ke
kot2 kecik ati ke apa ke, minta maap lah ye
kalau ada utang tu, bgtau lah
akak ni pelupa

oppss utang adik aku tak bayar lagi
eh kira tolak duit raya anak menakan dah la ye!

aa lupa pulak
selamat memandu balik kg
selamat makan2 - ingat2 la sama ye perut anda saiz apa ..hehe
berhati2 di jalan raya, patuhi hadlaju kebangsaan

Daa!!

Monday, September 14, 2009

ahh aku malas nk update
tgh mood konpius : seronok ke nk raya.. sedih tak tak dpat fully utilized ramadhan kali ni (again)
harap2 panjang umur tahun depan bertemu ramadhan lagi
aminn..

Thursday, September 10, 2009

buka puasa di mana??

semlm tetiba berbuka puasa dgn adik gua, who came with bakal adik ipar
dah last minit, masing2 no idea nk mkn di mana
nak yg murah tp besh.. haa mana nk cari?
terpaksalah akak bertungkuslumus melayar intenet yg dah suku nyawa tu
owh kluang stesen ada buffet you.. $11.90 je
tp eksyen tu nokk.. 'alah sebelas hengget je? apa je yg ada..?'
amboiii 2 deknon.. dabel standad ko eh.. apa ingat sebelas hengget tak dpt mkn kenyang?
disebabkan kami tidak mahu mengambil risiko, maka akak pun teponla kedai kopi pick&brew iteww.. kekonon nk buat reseversyen la.. tuu dia nk mkn tempat kena tempah2 la pulak ye
'helo.. kedai kopi ye.. haa akak nk booking utk buka posa ptg ni ada laie ko?
'ptg ni??? hmmpp.....' si penjawab tepon buat2 terkejut sambil tarik napas panjang
akak dah saspen
'..adaaa..' sambil terkekeh2 gelak. cehhh buat lawak ko ye
so dipendekkan citer, makan dlm kelambu lah kitorang semlm.
ada je meja kat luar tapi gatei, kekunun nk privasi la sikit hehe. private la sgt, mcm laorg tak nmpk hg dlm tuu.
Madi, adik ku.. org ckp muka cam aliya.. haa ada sama ka?


Aisyah enjoying her soup. wat peel dia semlm. malu kat auntie moriz la tu.
dlm memalu tu sempat juga pau ayaq auntie haha

the food kaunter. byk tak byk jugak la. nk kata byk, mcm byk gak, tp tak byk sgt la
haa camna tu? tak sempat nk amik gambar betul2. tetiba akak malu pulak hehe
ni je paling close-up - gambaq desert : cheese kek bersos cili haha
cekelat kek dia sedap, mmg terasa kayanya cekelat dia tu. kalau yg tak suka tu mmg akan rasa too much la kot.

senarai pilihan makanan:
mee rebus - so so saje. TB kata pedassy, tp akak belasah je
choice of pasta : sketi, penne, angel hair with bolonis,carbonara and pesto (kot, akak dah tak dengar dah dia ckp ape) bolonis sedap, dia masak balik masa ko order, siap hidang cantik2
nasi apa tah - with lauk2 ala kari ayam, daging goreng+mushroom, braised lamb, kerabu mcm2, ikan masin, ulam2 +sambal belacan (akak perass u tak dan nk terai) ikan bakar (cenonet je tp ko amik le byk2 hehe) pecal pon ada,
kuih2 melayu - tak perasan sgt tp ada roti jala with kari, kuih kelantan yg ada gula kat dlm tu apa eh nama dia? ada few lagi, puding yg rasa pelik sikit - mcm rasa asam boi je?, cakes, jelly
buah2
air - teh tarik and cordial

tp cam biasa Tb mesti la nk pekena kopi kan, siap promote kat Madi lagi

series nya berdiskas nk pilih kopi apa

check out our litel 'rendezvous' (betui ke ku eja) hehe




aliya cam biasa tak reti dok diam
tp yg bes, dia makan je apa saja



oiihh.. org bisnes skrg.. bizi tuu
kelakar sungguh ku tgk dia mai pakai baju keja, siap tuck-in tuh!!

wakakakka
sebab adik aku ni jenis selebet je dulu..
yg bes, TB selamba buat komen ' hg tau dak, hg pakai gini nmpk gemuk giler' haha
mmg pon! chubby je ku tgk

lepas makan tu jln2 jusco jap
tetiba..
eh eh sama la pulakk!