Pages

Thursday, July 30, 2009

Gergasi sukaria




bosan
plus takde masa nk tulis panjang2
so layan gambar anak2 je la ye
semlm tatau nk mkn apa
cam biasa TB buatla seprais dia tu kan
eii sepraisnyaa bawak I gi kay ep cii..!

aliya cam biasa.. offer apa saja semua sapuu bersih!

aisyah tengah mood ala2 diva popular bertemu paparazi :

'sila jgn ambil gambar saya plis!'


dah kenyang sumer, moh kita ke gergasi
nk beli kipas utk bilik tetamu
kesian karang org dtg panas tak boleh tidor pulak
kena beli mlm ni juga sebab esok tetamu jauh dah nk sampai
sempat beli bantal sekali (sebab ku tak sempat basuh n jemur bantal kat rumah huhu!)
cadar je tak beli sebab TB memberi tentangan hebat tiap kali aku submit proposal
kat rumah dah byk cadar tak cukup2 lagi katanya..
memang tak cukup abg ajies oii..
paling kurang kena ada 2 standby
karang elok ku tukar baru ada la sicantik manis tu muntah la, susu tumpah la.. nk suruh kitorang tido atas pelestikk??

aisyah terlebih suka dpt lari2 gitu
ku yg risau kot terlajak ke apa..

aliya tetiba excited bila escalator bergerak
beria wagging her feet hehe

eh panjang juga entri ni eh..

ok daa!!

Tuesday, July 28, 2009

aah

dari pagi tadi berangan nk buat entri ni
atas motor dpt ide hihi
tengok2 si cukicida pun ada buat entri yg ala2 jugak
'great mind think alike eh?' hehe
tp dok sebok dari pagi tadi ada meeting, pastu intenet tetiba kena blocked ada quota bagai haiyaaaaaRKKKK
nih baru okay
tp dah nk dekat punch out time la
besok lah yeaah

daa!

Monday, July 27, 2009

Aisyah Litel II

maklong siap ada dedicated entri untuk aisyah n cepek here




hehe

aisyah tak ckp pon kat mummy dia pening!

well,

more of specky aisyah


semlm gi jln





suruh aisyah pakai

tp dia kejap2 je pakai

lama sikit dia mula la nk buka

cute juga tgk budak2 pakai spek ni hehe



semlm ji OU, nak belikan baju batik utk ayah tp takde yg cantik2

kasut aisyah pun takde saiz

so cuma pi toyrus belikan cawan baru utk aliya

cawan ni ada teat besar, harap2 aliya nak le minum

jgn buat perangai lagi sudah laa


we had a coffee session @pick 'n brew

nice coffee, variety of choices, ikut sedap tekak anda



tengok la muka TB yg puas ati itu


cheesecake dia pun sedap.. no overwhelming taste, everything was just nice..



cantik sungguh perangai anak aku.. dia belasah minum susu right from the jar..

Friday, July 24, 2009

my new cepek

finally aisyah got her spec
cam kelakar je muka anakku inii..

-picture courtesy oleh mak ucu, muka menten tu yg tak senyum tuh!
tadi siap call buat 3G showing off her new spec
somehow she resembles my sister, i think so

Thursday, July 23, 2009

Hai people, met my fren


hai.. everybody,
this is Kiah,
(amboi,, klasiknye nama kawan hehe )


siann budak ni .. (suka suki panggil kawan dia budak hehe)
dia demam
emm nah makan ubat!

kita cucuk yee..

mummy : oiii!!!! jgn!! nanti kurus la kiah tuuu!!



ooo dia sakit mata..
mai dekter nk cek..
ermm.. kena pakai cepek ni..!



mummy : dia demam tu, dah, suruh dia pi tido!!!!

mummy dah ngantuk sebenornya, letih nk melayan dah



Wednesday, July 22, 2009

ketawa ubat terbaik

apabila tengok rumah bersepah
kain baju bergunung tak berlipat penuh bilik
dan tiba-tiba
si kecil tonggengkan bakul baju, menambah lagi ketinggian gunung-gunung itu

ketawa saja lah
kerana itu lebih baik dari membuang tenaga menjerit2 memarah mereka

percaya lah

lebih baik berketawa bersama-sama mereka
kerana bunyi kekekan dan gelak hilai si kecil dan si kecil junior mmg tiada tanding harganya

enjoy lah momen itu
kerana ia tidak akan berulang

biarkan..

biarkan ia menjadi perkara yang akan dikenang oleh si kecil
bukannya cubitan kamu di peha lembut itu

berbangga lah bila si kecil mengusung bakul serata rumah sambil berlagu
'nasi lemak, kuey kuey.. cik, cik nk apa?'

dan pabila
tiba-tiba gelak ketawa itu bertukar menjadi tangisan

peluk la mereka, usap kepala dan berlembutlah

tahan sahaja rasa ingin berkata 'there, i told you so!'
dengan lembut ucapkan lah 'nak buat lagi ke? pergi lah..'

hahaha

ketawa lah

dan kamu akan merasa lebih baik

terlebih lebih baik dari menyusahkan hatimu dengan memikirkan kesepahan rumahtangga

iyaaa.. percaya lahh

sila berhenti berfikir berlebih-lebih (ini nasihat Tuan Besar ku, terima kasih kanda!)

dan aku turut merasa lebih tenang

sungguh.

Aisyah Litel

sabtu lepas had another checkup for aisyah
turn out, aisyah diagnosed with astigmatism, at one eye only
her left one
quite high, near 200 if i not misheard the optometrist
her right is normal
so, as a result
cik aisyah kita akan memakai spek..
spek dia siap hari ni, tp tak sempat la nk lari ke pj nun before 6
most prob sabtu ni la kot nk pi amik
tp mak dah ofer nk ambilkan
tgk la what Tuan Besar says..
another discussion was her surgery, which can be decided later
or so until she aged 5
actually it better done earlier, sebab younger age could heal better and faster

check out her t-shirt - tu shirt family day, whic she insist to wear..

eh apa sal muka aisyah putih melepak stg tu? hehe

Aliya yg tak reti duduk diam

tah la, some times it scared me to put her litel eyes under the scalpel

dan, when you got to know something unfavorable like this
u tend to blame yourself..
like,
maybe aku tak cukup makan vitamin masa mengandung dulu..
maybe i did took something i'm not supposed too..
maybe..


tak baik kan?
yeah i know.. but
since there's no 'maybe' in Islam
everything was well written
and its destined for aisyah to wear spectacles at such young age

yeah, she's happy to wear it
biasa la budak2 kan
benda baru
mesti la suka kan
she said 'nak pakai spek mcm mami'
she chose her own spec
and cudnt wait for it to be ready
hari2 tanya bila spek nak siap

Tuesday, July 21, 2009

haiyaah

hari ni ada bom meletop kat ofis daa!!
takotttt!!!

ekeke

well,
berada di tempat ku
or shud i say, berada dalam kasut ini
kdg2 terhimpit juga
sementelah aku not the vocal type
and
aku jenis yg amik masa lama nk 'analyze' things
so by the time i got the so-anser, it's kinda not relevant already
or so i thought
and being the 'blur' type
aku 'lambat' sikit nk terasa kalau org ckp apa
kdg2 aku tak terasa pun org kata kat aku haha
betul bendul sungguh!
but maybe sebab aku ni 'suci' hati kot hehe so takde nk buruk sangka kat org..

positively, it kind of hinder me from nk panas ati ke apa
and help keep me stay 'balance'

Saturday, July 18, 2009

alahai anakk

having kids memang menduga iman

just now aisyah tetiba nk buka baju
sudah penat menjerit dari tadi, ku biar je la
kot dia panas
tak lama dia nk buka seluar pulak

geram,
me tanya dia " nk bogel ni nak jadi apa ha??'

inesengly, she answered

'jadi sopomenn..'

Friday, July 17, 2009

mencari yang sempurna?


Jika kamu sedang memiliki seseorang.... TERIMALAH dia seadanya......
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan mengganggapkan dia begitu istimewa......
Anggaplah dia manusia biasa......
Kerana apabila dia melakukan KESILAPAN .... tidaklah sukar untuk kamu MEMAAFKANNYA dan MEMBOLEHKAN hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhir hayat
Dan bukannya MENGHUKUMNYA dan MENINGGALKAN dia begitu sahaja kerana kamu merasa terlalu kecewa dengan sikapnya
Lalu semuanya akan menjadi TERHENTI begitu sahaja......

memang
kalau kita dah sukaaaa sgt kat sesuatu itu
nmpk cantik je kan
puji melangit

tp
bila suddenly 'ia' bukan lagi sesuatu yg kita puja
terasa terhentak seketika..

terima lah hakikat
semua kat dunia ni, termasuk manusia itu tiada yg sempurna
mesti ada bengkok, senget, parut di mana-mana
kerana kesempurnaan itu hanya milik Sang Rabb, the one and only

lihat diri sendiri
sempurnakah kita?

so,
layakkah kita demand sesuatu yg lebih baik dr kita?

jodoh maut telah ditentukanNya
(some would say how cliche it is, but i stongly believe what God had for me)
He would only set us up with someone/something that 'matches' us
maybe,
that's what we deserves, after all

time for muhasabah diri
what did i do wrong?

ye..
pertama-tama, check DIRI SENDIRI dulu
sebelum menuding jari kat org lain

Islam itu pengabdian
dan Islam juga mengajar dan membentuk kita menjadi manusia yg lebih berfikir..

ALLAH itu Maha Adil
and
everything happen for a reason


Ya Tuhan
kami mohon diberi kekuatan dan kesabaran

thank GOd its Friday? I thanked God for every other days in my life

dah pun jumaat lagi
kenapa ya, bila jumaat je mood keja mula la bertukar
(eceh mcm la hari lain berkobar sgt pon!)
dari pagi dok tgk jam, dah plan lunch time karang nk buat apa hehe

image courtesy of www.CartoonStock.com.


esok cuti
da esok selepas esok pun cuti
2 hari tu
tp percayalah
by the end of sunday
mesti akan rasa.. 'aikk kejapnye cuti 2 hari, buat apa taktau..'

tak kira la apa plan yg dah buat
patutnya segala mak nenek plan-plan itu melengkapkan dan memenuhi masa terluang

hmm.. ada ke 'masa terluang' tu?

patutnya ada..

mungkin makcik yg tak pandai ejas
kelamkabut saja
itu ini semua nk buat
jadi, bila tak dapat buat, kecewa sensorang
bila kecewa, mula la terbit rasa tak puas ati

sebenarnya
makcik rasa itu lah masalah dalaman makcik yang sebenar
- the underlying overwhelmed frustration untold to anyone

Thursday, July 16, 2009

fresh air please

its already July
hmm
time to stop and stare?
ermm.. later2 lah

nk berangan dulu hehe
i think 'time to plan family vacation' would sounds better!
now that aliya dah boleh duduk sendiri, esp at the baby hi-chair senang sikit nk bawa jln2
cuma nya, unlike aisyah kecik2 dulu, 'aliya ni sokmo nk berdokong
dia tak suka dok dlm stroler
so sightseeing (and shoping) agak leces sikit
tambah pulak TB sekarang ni asyik lenguh2 tgn je, urat lari la, krem la..
(petanda apakah itu abangku? ;-p)

so far the only vacations were trips balik kg and dekat2 je like perak

hmm ke PD pon blom bawa aliya lagi

i am thinking of white sandy beach..
KK again? last time wentt here i missed the beach
schedule were too packed
ye la pi 'bekerja' kan

so maybe.. maybe
harap2 ada rezeki for second chance
boleh merayau sampai ke manukan..

daa..!

Wednesday, July 15, 2009

'Aliya updated

Aliya dah pon nk masuk 9 bulan
now dah stat makan nasi, dia tak suka cereal yg lembek2 tu
or anything mashy mushy
dia suka food yg boleh pegang sendiri mcm buah2, biskut
anything coarse sebab dia nk rasa the texture agaknya, boleh gonyeh2 kat gusi yg gatal tu
so i don blend her nasi anymore
just make sure its soft enough, pastu tenyeh2 sikit je
yaa aliya dah tumbuh gigi
ku rasa gigi dia mcm ada 2 kot, satu atas, satu bawah, both belah kiri
kecik je but tajam!
tapi budak ini kan, susah sgt nk bg org tengok dlm mulut dia

and semlm aku baru tau
aliya sudah pandai tepuk tgn rupanya!!

masa tgh bayar kat giant, budak cashier tu dok nyanyi pok amai2 (ehmm..nyanyai kat baby ke kat bapak baby tu haa??)

kemain lagi si 'aliya tepuk tgn

ter amaze kejap mummy haha!

pastu all of us takde lagu lain le nk nyanyi suruh dia tepuk tgn
aliya ni, tgn tepuk, tp muka menten series je hehe

semlm melayan caramel cappucino kat jco
sedap la pulak!

kenapa motor kau kaler tu?

ada org tinggai soklan gini

tp apersal mostly motor in blue & green? mengikut warna kebangsaan
telekom sepanyol kah?

Mr Ana,

sila la jawab..

from what i know, hijau floresen tu warna kebangsaan kawasaki, sebab tu ramai amik motor ijau sebab boleh match kan dgn jeket dan aksesori lain

haa.. jgn tak caya

org lelaki yg konon ganas layan motor ni pun actually DO care about fashion!

cuba tgk, yg motor biru mesti jeket n helmet ala2 biru jugak

kalau jeket hijau (mcm org tu kan) helmet kena la ada sipi2 hijau jugak (wpun motor tak berapa nk hijau)

bagpack pun kalau boleh nk kena matching jugak

lagi satu, motor kaler hijau nmpk gempak and besaq sikit dari motor hitam. yg hitam nmpk 'kurus' jek?

apa2 pun i likee pearl white er6

mcm syaiton (dajal?) sucii je hehe..

Tuesday, July 14, 2009

Your Color Soul from Your Name

En3 takdak keja dan idea.........


CHE TA
, your name numerology is 1 which mean have color soul RED.

Below are the formula of number calculation :
C+H+E+T+A
3+8+5+2+1 = 19
1+9=10
1+0= 1
Below are the explanation detail of character calculation and numerology:

A, J, S = 1
B, K, T = 2
C, L, U = 3
D, M, V = 4
E, N, W = 5
F, O, X = 6
G, P, Y = 7
H, Q, Z = 8
I, R = 9

Numerology 1 and 2 = RED
Numerology 3 and 4 = ORANGE
Numerology 5 = YELLOW
Numerology 6 = GREEN
Numerology 7 = BLUE
Numerology 8 = VIOLET
Numerology 9 = WHITE

Below are the explanation of color soul RED:

You have very strong convictions, and are very assertive. You are action oriented, and like to have fun. You are more then likely athletic quite possibly have a large family.

TAG Lagi!!

ye..
saya sedang berusaha membayar hutang2 Tag yg berbulan lepas
maaf kepada jiran yang telah menuntut, dan merayu2 supaya saya membuat tag dia jugak2
jadi saya terpaksa buat, kalau tidak dia menangis saya juga yang susah hati kerana tiada org mahu temankan saya melenggeng ke pavilion hari jumaat nanti.

Sila jawab soalan-soalan ini dalam Bahasa Melayu sahaja.

1. Bekas kekasih saya adalah: Luke Perry

2. Saya sedang mendengar:
Teman sepejabat bergelak ketawa 'aku peninggg..hahaha' katanya

3. Mungkin saya patut:
Buat kerja yang lebih berfaedah dari menjawab tag ini di dalam waktu pejabat ;-p

4. Saya suka: tgk org kesayang saya tgh tido.. sangat comel

5. Sahabat-sahabat baik saya:
suka ketawa dan periang! mereka seperti kanak-kanak rebina apabila berjumpa beramai2 walaupun masing2 sudah menjadi cikgu rubina

6. Saya tak paham:
bahasa jepun, latin, perancis dan segala bahasa lain di dunia kecuali bahasa inggeris dan melayu. bahasa arab dan hindustan saya hanya tau beberapa patah perkataan seperti inspektor sahab, syabass bete, haraem zadee, zindagi ek sa far sangam eh banyak juga yg saya tau.
saya juga tak paham kenapa saya jawab soalan ini panjang berjela..

7. Saya kehilangan:
~ anak pertama saya . dan saya tak pernah tidak ingat pada nya
~ baju yg baru dibeli, tak sempat pakai lagi, masih dlm plastik tetapi tidak tahu dimana sekrg. di rumah saya ada ramai pembantu yang mungkin telah 'mengemas' dan mengubah susunatur barang2 saya

8. Ramai yang berkata:
mereka faham, tapi sebenarnya tidak!

9. Makna nama saya:
Yang hitam manis - menjelaskan kenapa saya tidak putih melepak

10. Cinta itu adalah:
pengabdian, pengorbanan

11. Di suatu tempat, seseorang sedang:
mengingati saya?

12. Saya akan cuba:
menambah simpanan saya.. simpanan apa, itu rahsia.hehe

13. Ayat SELAMANYA membawa maksud:
sampai bila-bila
tapi kadang2 tempoh sah hanya sampai hujung tahun depan je..

14. Telefon bimbit saya:
belum di cas baterinya yang dah nyawa-nyawa ikan itu

15. Bila saya terjaga dari tidur:
saya buka mata laa

16. Saya paling meluat apabila:
org yg baru tahu sesuatu benda berckap mcm sudah ada phd, siap dgn mimik muka 'iyee aku tauu, kau tau? hellooo org dah tau lama tak kecoh pon laa!

17. Pesta/Parti adalah: Lagha!

18. Haiwan yang paling comel yang saya pernah temui ialah: twisted whiskers

19. Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya ialah:
5-12 thn .saya sangat gembira waktu itu!

20. Hari ini: ada kenduri bubur durian di pejabat

21. Malam ini saya akan:
menyambung usaha melipat kain baju yang sudah menggunung

22. Esok pula saya akan:
bekerja seperti biasa, membuang masa di blog seperti selalu

23. Saya betul-betul inginkan:
tidur yang lena, dan bangun dengan perasaan gumbira.. aahh syurga...!

24. Ketika anda lihat wajah anda di hadapan cermin pagi ini:
aarghh mata saya..

25. Pusat membeli-belah atau arked permainan:
Pastinya pusat membeli-belah!

26. Makanan Barat atau Jepun:
Kedua-dua!

27. Bilik yang terang atau gelap:
yang sedang2 aje

28. Makanan segera adalah:
kegemaran suami saya tetapi bukan kegemaran saya

29. Ayat terakhir yang anda katakan pada seseorang?
takpe..

30. Siapa yang anda mahu tag?
siapa siapa yang ndak..

Monday, July 13, 2009

RIDE TERJAH&SESAH PULAU MUTIARA

Last weekend Mr.Ana telah kuar ride lagi meninggalkan che ta dan anak anak.....kali ni ke penang plak...
reportnyer....

Day 1
RNR Rawang
7.00pagi Pendaftaran di buka ( Lowrider,roy,amy,matduan,Rebond )

7.45pagi Brieffing dgn semua peserta konvoi
8.00pagi on the bike


8.15pagi Tayar golek ke 1 point

9.30pagi Sampai ke Simpang Pulai ( isi minyak)
10.00pagi gerak ke plaza Toll Changkat Jering
11.15pagi sampai ke Toll ( Jumpa geng2 dari Taiping )
11.30pagi sampai di Mee udang Kanji Arab....Changkat Jering ( Lunch )
12.15pm gerak ke toll Kemunting masuk highway
12.45pm isi minyak di Hentian Gunung Semanggol ( Bukit Merah )




1.15pm gerak ke Hentian Juru Penang

1.45pm sampai ke Hentian Juru ( shell ) Tunggu geng Penang
2.00pm gerak ke Ferry
2.15 Masuk ferry

3.00pm dari ferry gerak terus Ke Padang Kota ( Jumpa mamu&ninjablue)
ambik gambar group photo...

4.00pm gerak ke batu uban check in Dorm & Anggerik Lodging
5.30pm Hujan mencurah-curah menyambut ketibaan kami...hingga la ke malam
Dinner terpaksa la di buat di kantin kompleks belia yang kami tinggal tu..
terpaksa la Plan nak merayap pada belah malam tak jadi....
masing2 tarik selimut......

Day 2
8.45pagi check out

9.00 breakfast

10.00 ke batu Feringgi
11.00 layan koner Ke Balik Pulau
12.00 Lunch di Pekan Balik Pulau ( Pekena durian free )
2.00pm....Kami Berangkat pulang
2.30pm Hentian sebelah Juru...salam dgn geng2 Penang
Kami Berpisah dgn geng2 Penang&Perak&Captian Bikers
5.30. pm sampai dah kat umah...Alhamdulillah..selamat semua....
6.30 dapat berita geng lain selamat sampai kerumah masaing2.......

gambir2 yang lain nanti diuploadkan

Kasih ibu bawa ke syurga, kasih Ayah sampai ke mana ya?

ada yg kata
kasih ayah sepanjang masa
kasih ayah berkorban nyawa
kasih ayah jua selama-lama..

apa apa pun,
ku rasa bapa/ayah mana tak kasihkan anak2 kan?
cuma sebab nk menten 'aura' ketua rumahtangga tu makanya kena la buat2 garang sikit kan
sikit je la
kalau terlebih garang, anak jadi takut, bukan hormat lagi dah
paling teruk, kalau takut itu jadi benci

ada ke anak2 yg benci bapa sendiri?
ada la kot?
aku rasa ada.

dan aku harap mereka itu bukan anak2 ku
not now, and never forever

entri ni bukan apa
td sebenarnya nk citer lain, tapi dah terjadi citer lain pulak
apa2pun..
selamatt ahkak dari mengata org hehe

rasanya bapa2 moden skrg ni dah tak malu2 kucen tunjuk kasihsyg kat anak2
dan mostly now anak2 lagi manja dgn abah dari mak
( ye.. cari mak time nk nenen je.... ;-p )
esp those young parents yg baru anak sorg dua
beria je tgk si bapa berebut dgn si mak nk tolak stoller, mendukung anak, bg susu
paling penting, sanggup menggalas beg baby yg penuh dgn segala hrta karun tu

sesungguhnya kegigihan yg sebegitu amatlah dialu-alukan oleh kami kaum ibu
maka nya,
teruskan usaha murni anda itu!

TAG GAME

Tag Game...
my fren tagged me......
deceide to give a go, macam bes je.....wakakakakakka

1.YOUR REAL NAME:
Tengku Rak Che Ta binti Tengku Che Mat
(yess aku tipuu)

2.WITNESS PROTECTION NAME: (mother and fathers name)
Che Nah Che Mat

3. NASCAR NAME: (first name of your mother's dad, father's dad)
Cin Tok Napiah

ok here come the mencabar part..

4.STAR WARS NAME: (the first 3 letters of your last name, first 2 letters of your first name?
Maraz (ada bau2 bacang dgn Amedala tak?)

5.DETECTIVE NAME: (favorite color, favorite animal)
Blue Sheep. - terer skit dari pink panther hahaha

6.SOAP OPERA NAME: (middle name, town where you were born)
Ta Tokai - fuhh glemer seyyy.. mcm nama pemain sumo ja

7.SUPERHERO NAME: (2nd fav color, fav drink, add "THE" to the beginning)
The Deep Purple Twister!

8.FLY NAME: (first 2 letters of 1st name, last 2 letters of your last name)
Char - mcm char kewtiau je

9.ROCK STAR NAME: (pets name, current street name)
waa takde pet, sama nk jadi pet gue ni..
Ming Ming 14 boleh?

10. PORN NAME: (1st pet, street you grew up on)
Ben Tokai

11.YOUR GANGSTA NAME: (first 3 letters of real name plus "izzle")
Azizzle - gangstres la sgt! ekekeke

12.YOUR GOTH NAME: (black, and the name of one of your pets)
Black Ben?

13. STRIPPER NAME: (name of your fav perfume, fav choc)
Vanilla After 8 - wowweee very the strippy hehe

14. WIZARD'S NAME: (last 3 letters of mother's name, first 3 letters of current job, first 3 letters of your zodiac sign and last 3 letters of home street's name)
Nahmancanara - mcm real je hehe.. sila takott!

15. PIRATE'S NAME: (fav actor last name, your 'pet' name, fav actress last name, add "Captain" at the beginning)
Captain Shauqi 'Ayang' Streep
(* me also konfius, my 'pet' name, or my pet's name?)


tu je

so now i wan to tag.. hmm sapa ya ??
SEMUA yg membaca ini
yaa diulangg..
SEMUAA
termasuk ijat, alongs, jiran ku puan junida nama sebenar
haha
sila.. silaa

Monday, July 06, 2009

my water babies

aksi mak+anak2 yg gian nk masuk dalam air..




aliya dah ketaq sejuk, tapi tetapppp jugak tergedik2 nk pi ke arah air..


aisyah komen 'sini bes, tp klcc lagii besh!'





wiken yg penat

last weekend is yet another tiring but fun-filled event
my ofis had organized its initial family day at the hotsping right in the middle of ladang kelapa sawit
the place, i mean the resort is nice though - the place is calm and nice, its cool because it's raining. nasib tak berapa lebat, except masa dinner. terpaksa la berbbq dlm ujan
the girls in the room. pooh tu door gift for baby, aisyah tak dpt ler hehe

i didnt get any prize, sebab tak masuk apa acara pun. TB macam biasa, mana boleh mencemar duli, kena la duduk dlm bilik mengadap wifi yg slo-mo itu.. (sebenarnya kena babysit aliya yg tido ;-) )
so cuma me and aisyah je yg turun padang
too bad acara mewarna hanya utk budak2 5yrs and above.. aisyah dah merengek2 nak kaler..
try to keep her busy.. pemalu anak aku ni, budak2 rebut gelung tu dia tgk dari jauh je. cemana nk nk main rebut kasut karang ni..!

ku pujuk2 suruh dia main cari gula2, but it started a bit late, aisyah dah keboringan and kepanasan, dia dah bising2 ajak balik 'rumah' nk tgk katun..
jadinya.. the only prize i manage to grab cuma lucky draw (tu pun semua org dpt!) hehe
pg tadi claim - turn out i won a slow cooker (courtesy of bank rakyat subang jaya) - just nice sebab mmg dok plan nk beli, senang nk masak nasi aliya.
gambar tak byk, sebab ku jrg bawa henpon ke mana2. tgn sama poketku sudah full mana, leces mau bw beg besar (hint: time for wristlet maybe.. hehe)

during the bbq nite, hujan, wpun tak berapa lebat, meja kitorang basah gak ler mula2 tu. tak tunggu sampai habis, kuar je no aku, terus blahh..TB beratur dgn penuh kesabaran..

Ahad checkout, lunch pastu terus balik. dlm kete semua org sudah tangkap lentok. letih main air. owh gambar main air belom dpt dr TB dan penaja2 yg lain. harap bersabar. kita akan ke udara dengan part II kemudian ye.

Mummy pon lentok sama (sebenarnya tangkap gambar sendiri)