Pages

Wednesday, August 30, 2006

Balik kampung yeay! yeay!!

mlm ni kalau takde apa aral, aku sekeluarga (cewahh!) akan bertolak ke kampung aku kat tokai, kedah nun. ye lah, dulu mula2 balik sorang, pastu berdua..now dah bertiga.

dah lama tak tgk mak.. aku rindu nk peluk mak, rindu kat ayah, rindu nk tgk adik! hope kali ni balik ada masa utk lepak2 kat rumah. selalu bila balik byk sgt agenda sampai tak sempat nk rilek kat rumah pun. padahal konon2 nk balik kg nk rilek tp end up pi sini sana. tp tak leh nk kata gak kan.. dah aku balik sekali sekala, masa tu la mak pun usung aku ke sana sini. pi melawat sedara mara, pi shoping la.. ni pun mak awai2 dah ajak pi melawat kaklong kat taiping. insyaallah bulan 1 tahun depan aku dpt anak sedara lagi hehe..

kalau balik aloq setar, antara agenda wajib ialah bekfes nasi kandaq tepi sungai, nasi kandar madinah kat spg kuala, mee mutalib derga, bihun sup spg 4, mee rebus long kat err.. apa nama tempat tu tah. alahai nama maklong pun aku tak ingat hehe.. last time balik sibok gi kenduri, and before that aku dlm pantang lak. ni kira nk balas dendam le ni hehe.. aku cukup suka kalau balik kg boleh mkn mcm2, and its so cheapp!!! soping food and brg dapur kat pasar malam or pekan sehari cukup bestt! dah le murah, people so nice, kalau kenalan sure dia tak amik $ pastu bagi lebih2 lak. tu yg segan nk beli kat depa tu.

too bad, aku takde kamera, teringin benar nk tangkap gambar aisyah kat bendang. kesian aku tengok budak2 yang besar kat bandar mcm kl ni, nak main beskal pun susah. kalau kat kg boleh saja berlari2, panjat pokok sumer, main sampai magrib baru balik rumah..mandi pastu ngaji. mak bapak tak risau anak kena kidnap ke, kena langgar keta ke.. tapi sekarang pokok padi pun ada yang tak pernah tengok. macam kawan sepupu aku tu, dia nk sangat balik kg nak tengok pokok 'beras'' !! selama ni tengok dalam buku jek. sebab tu lah ayah aku tanam pokok kopi sepokok, pokok getah sepokok, pokok kelapa mmg byk pokok la..er pokok apa lagi eh.. ada la few pokok apa tah ayah tanam so that nanti cucu2 dia balik dia boleh tunjuk kat derang > 'ha ni lah asal kopi yg hangpa minum tu.. ni pulak pokok getah, getah dia buat tayar keta bapak hangpa.. ' hahaha..dia dah siap wat skrip dah, jgn tak caye!!!

hopefully perjalanan malam ni lancar dan takde sebarang gangguan, minta2 dijauhi dari segala bencana dan mudarat, semoga kami selamat sampai dan selamat kembali.. aminnn.

Tuesday, August 29, 2006

KL hujan lagi..

sekarang ni boleh dikatakan setiap petang hujan turun. bila hujan aje, hatta (aiceh!) gerimis sikit2 pun warga kl akan mengelabah kerana semua nk balik awal..hasilnya KL pasti jem teruk. harini hujan lebat lak, laaagii la org kalut nk balik. tadi aku pi pejabat EPF kejap kat jln raja laut tu, masa balik dah sangkut, tu belum hujan betul2 lagi, baru langit gelap. taktau lah karang nk balik camana.
aku cam biasa hr ni balik kul 6 sebab tunggu hubby balik kul 6. dia kalau tak keja sabtu mmg balik kul 6. kalau keja sabtu, balik kul 5. minggu lepas balik mcm ni tak jem pulak kat chowkit tu, agaknya semua org dah sangkut kat jln raja laut. cuma kat nkve dekat simpang damansara tu selalu slow sikit sebab ramai nk masuk.
tak sabar nk balik rumah jumpa aisyahh.. how i wish i can stay home.

my beloved hubby





hai abang,, miss you so much!
rasa mcm dah lama kita tak borak2 eh? nowadays jadual harian sungguhla padat. wiken lak masa nk recaj badan..nak main dgn aisyah lagi.. rasa mcm masa kita bersama dah terbatas pulak. takpe lah as long as i got to see u everyday kan..
*psst today i havent told u i love you!

Selamat Hari Merdeka.. dan selamat balik kampung cuti2 mesia!!

31 ogos malaysia menyambut ulangtahun kemerdekaan ke 49. maknanya mak aku dah berumur 50 tahun la tahun ni. tahun ni bes cuti merdeka sebab hari khamis, so jumaat aku buleh sambung cuti balik kg lama2 sikit.. dah lama tak balik kg tengok mak ayah. last balik awal bulan jun lepas, tu pun balik wiken ada kenduri kawen sedara.. mak ayah sibuk dgn kenduri, tadak masa nk main ngn cucu.. mesti mak ayah rinduu sgt nk jumpa aisyah kan..
tp tak tau laa..aku rasa cam tak bes je.. mana dgn zz tak abis2 lagi merajuk dgn aku, tambah pulak kes wang pos tu. mmg la tak besar mana pun, boleh tuntut balik cuma lambat sikit. tapi kesilapan aku tu somehow reflect what a careless person i am..tak bes nya dilabel begitu. aku ni jenis cepat sedih kalau buat salah, rasa cam what a useless person! i feel so bad! zz pun satu, benda kecik camtu pun nk merajuk berhari2.. sikit2 dah la. mengada2 tul!

aku tensyen la.. somehow aku rasa cam aku ni takde tempat mengadu, takde tempat bergantung. aku je dok sibuk2 tolong org itu ini, tp diri sendiri takde sapa kisah pun.. lagi tambah tensen bila anything happen aku takleh nk citer kat sesapa, having nobody to tell one thing, the other reason is it simply cannot be told.. ye lah hal rumahtangga takkan nk jaja kat org lak, iar la aku setel sendiri. kekdg serba salah.. nk citer kat mak aku sure dia berat sebelah, takpun dia pulangkan paku buah keras.. nk citer kat mak mertua pun tak sampai ati lak.. we neverr know hati budi org kan, silap2 aku lak disalahkan.. nk diskas dgn hasben pun payah..ntahla aku rasa susah sgt nk berbincang dgn hubby.. dia mcm taknk dengar je.. or maybe he simply jump into conclusion terus. takyah ckp byk2 kan senang. masalahnya aku ni nak jugak ckp mcm2 kat dia.. how i wish he listen to me, and take me seriously. maybe he does, cuma taknak tunjuk je kat aku. kot?? sometimes aku rasa cam nk pi kaunseling je kat pejabat agama, bukan nk cerai tapi dah takde tempat lain kan..lgpun maybe pegawai ustaz/ustazah kat sana boleh bagi good advice. or maybe hubby will notice that im dead serious!

another thing that bother me is i have to wait for another month to withdraw my epf. ingatkan bulan ni dah boleh buat but since bulan 9 baru habis potongan, then i 'l have to wait till oct. takpe lah dah takde rezeki bulan ni.. benarlah Allah memberi rezeki kepada mereka yg dikehendakiNya. kalau takde tu mcm2la halangan. harap2 Allah permudahkan. mungkin halangan2 ni plus all those that happen actually are reminders from him, i admit nowadays aku sombong, leka, sembahyang pun cincai jek.. kelamkabut tahapahapa..mcm tak ikhlas buat ibadah.
'Ya Allah, ampunilah aku, aku ni hambaMu yang lemah dan selalu leka dan lalai, berilah aku kekuatan untuk menahan diri dari godaan syaitan, agar aku beribadah dan menunaikan tanggungjawab aku dengan sempurna..semoga aku tergolong dlm golongan org2 yg berjaya..Aminnn..'

Aduhaii

Ya Allah.. tadi aku kemas2 laci, terjumpa satu envelop, buka dalam rupanya ada wang pos org hantar utk bayar balik duit advance!! camana aku boleh terlepas pandang ni..?? agaknya aku terletak sekali dgn sampul2 bersetem lawa yang aku simpan utk adik aku.. dah le cam nipis je agaknya aku tak tgk betui2.. padanlah org tu pun tak tanya resit dia. camana nak buat ni..boleh ke tuntut balik duit tu? or boleh ke minta pejabat pos kuarkan yg baru je? kalau boleh senang la aku, cuma leceh nk masuk balik dalam akaun je la.. apasalla lately byk benda aku buat silap ni.. dah le kerani yg handle advance ni pula ada hal sikit ngn aku.. and she's kind of intolerance kalau benda2 camni..betul2 menguji aku sungguh! mesti kerani tu tepuk tgn je tgk aku screw up kan..

lately aku rasa cam byk benda tak betui happen to me.. Ya Allah, adakah kau turunkan ujian kerana dosa2ku?? agaknya aku leka kot sekrg ni.. kalau betul ya Allah, kau ampunilah aku, dan jgnlah kau duga aku dengan dugaan yang tak dapat aku tanggung. sesungguhnya aku hamba yang lalai dan lemah dan menzalimi diriku sendiri.. Ya Allah kasihanilah aku, kerana Engkau sahaja tempat aku bergantung harap.tiada yang lain melainkan engkau Ya Allah! la haulawala quwwata illah billahi aliyyil azimm..

Monday, August 28, 2006

perkahwinan yang ditunggu-tunggu


Hari ni sumer sibok sebab Mak ET nk naik pelamin kat KLCC nun.. pepagi lagi dah penuh polis trapik di segenap penjuru jalan.
tak kisah la dia nk sanding sampai runtuh klcc ke apa ke, tp yg tak besnya kepada warga kl yg kerja area2 situ mmg la konpem sakit ati hari ni.. sure jem tak ingat punya petang karang. dah le sekarang ni selalu hujan. bila hujan je kl pasti jammed tak ingat punya.
alahaii mak et, takleh ke ko sanding hari cuti je... tak kesian ke kat kitorang ni..
err, takdenya kitorang nk stay after ofis hour semata2 nk tgk ko bersanding tuu

amboii itu yg dikatakan penyanyi nombor satu malaysia.. baru nak kawin dah macam2 kecoh. tu belum cerita pasai kisah cinta dia yg mmg sedia kecoh tu!

dalam seronok mak et nk kawin, aku rasa sedih.. ye lah, salah satu tanda2 kiamat ialah bila penyanyi diagung2 kan, sedangkan ulamak dipinggirkan. ada pernah ke tv tunjuk anak ulamak kawin? agaknya kalau tanya budak sekolah lagi kenal siti nurhaliza dari ulamak. jgn kata budak sekolah, yg tua bangka ni pun belum tentu tau sapa nama imam masjid negara, siapa mufti negeri, agak2 nama sorang dua penceramah yg terkenal tu boleh la kot..
err yg tak kenal tu termasuk la aku hehe..

Friday, August 25, 2006

Aku takleh balikk waaaa...!!

hari ni kemain merancang.. nak balik awal amik aisyah, then back to kl amik hubby. sekali turun kat lif guruh berdentum hujan selebat-lebatnya, alam dah gelap mcm dah malam padahal baru pukul 4.30. apa lagi..aku naik balik ke ofis. malas nk redah jem hujan2 camni, sure jem tak hingat punya. dah le spek aku tadek, leceh benor nk drive dgn mata rabun ni. nasib la nampk gak sikit2 cuma kalau yg jauh2 tu sori le kabur je pandanganku. alamak touch n go tak sempat nk reload lak tu. memula tadi ingat nk reload kat petronas or maybank on the way balik karang.
aku lepak ofis je la, tunggu hujan reda baru balik. dah tepon mak bgtau lewat sikit.

jumaat datang lagi..

Jumaat datang lagi.. mcm biasa bangun pagi dengan kemalasan yang amattt.. dah le semlm sejukk.. aduhaii alangkah nikmatnya kalau boleh tidur berbungkus selimut time mcmni..
tp hairan kan, kalau aku bangun jugak, mandi dan siap2 sembahyang subuh sure mata terus terang je badan pun segar mcm2 benda nk buat. padahal tadi kemain mengantuknya. tu lah sebenarnya bisikan syaitan taknak kita bangun solat subuh. eh cam ne eh lagu nasyid azan di subuh hari tu.. bergema azan ...bla..bla mata celik dipejam lagi. tu je aku ingat hehe..

aku ingat lagi pesan moyang aku 'kalau nak ikutkan, sampai ke mati takkan puas tido..'
betul kan? hari2 tido pun nk tido lagi. kalau makan tu ada gak berenti bila kenyang tp bab tido ni i can go on and on.. ye lah memula tido sebab letih, pastu dah tido banyak kan ke jadi letih.. bila letih kena la tido, dah tido letih..letih tido.......ha sapa nk jawab?!

Apa apa pun, paling best hari jumaat sebab hari last day keja minggu ni.. besok boleh dok rumah ulit anak and suami..yess.. !

Thursday, August 24, 2006

the sleeping beauty




Daddy's Girl


love to see them together..baby kecik sama itu baby tua.. hehe..

Lets Do it More Often......NOT!!

ingat lagi statement pelakon sensasi masa kini si seripah amani tu? 'If making fil is mencemarkan budaya, lets do it more often!'
amboii mulut.. tak padan kecik. well i admire her spirit though, bersemangat betui. But if i translate what her say as 'wanting to do film yg mencemarkan budaya' or perhaps she and the geng have the will to mencemarkan budaya sendiri, i totally disagree.
not that i'm against art and culture, or Yasmin's films but personally to me, making films is more than that. what are they trying to prove anyway?? that our malay culture is not good enough for them? so they think they're educating the malays, to be more open-minded like them? define me open-mind please!!
yes, those films could have been truly happening in our community, but nonetheless i dont think there are many ustaz who are willing to pat a dog on the way to masjid! what a troublesome! i wont! ok unless the dog is severely need attention then i'l help.
its so sad to see our films todays, some directed by non-malay director, who may happen to mix around with modern-malay who somehow forgot that they are indeed a muslim. so, my guess this director seek advice from this malay friend, or worse, he take it from self-observation. seeing malays today who claim to be the modern muslim to deviate themselve from some teachings of islam. how pathetic.. just look at scenes from gol and gincu, girl and boy publicly hugging each other.. and dont make me start on their wardrobe..
is this the muslim hadhari??

my little princess - NurÁisyah Farhana



every minute mummy miss you my dear..

áisyah almost 6mth now, dah pandai main cak cekuq udang gamit hehe.. tapi stil nerap gitu2 je, cam malas lak anak dara aku nih. tak sampai 3 min dah buat muka kesian soh angkat.

but paling bes, every morning she wakes up with big smile, totally lite up my day. noting can beat that. priceless...

Gugur Dosa bila Suami Isteri bersalaman..

RASULULLAH saw bersabda, yang bermaksud: "Seorang isteri yang bermukamuramdi hadapan suaminya, maka ia dalam kemurkaan Allah hingga ia dapat membuat suasana yang riang gembira kepada suaminya dan memohon kerelaannya."Begitulah besarnya harga senyuman seorang isteri kepada suaminya kerana senyuman akan mencetuskan suasana kegembiraan yang sebenarnya dikehendaki suami ketika pulang dalam keletihan.Muka yang masam bukan saja akan menimbulkan kemarahan suami, malahan menyebabkan Allah turut murka dan kemurkaan Allah itu berkekalan hingga isteri berjaya mengembalikan suasana gembira serta memohon keampunan daripada suami.Sesungguhnya keredaan Allah terletak pada keredaan suami. Justeru, apabila suami pulang segeralah bukakan pintu, persilakan masuk dengan penuh hormat dan ciumlah tangan suami sebagai tanda hormat serta meminta maaf,walaupun isteri merasakan tidak berbuat sebarang kesalahan pada hari itu.Sebuah hadis ada menyebut bahawa apabila seorang suami bersalaman dengan isterinya, maka gugurlah segala dosa dari celah-celah jari mereka berdua.Andai mempunyai anak-anak, ajarlah mereka itu untuk selalu bersalaman dengan ayahnya kerana kelaziman akan memupuk rasa kasih dan hormatanak-anak kepada orang tua.Kebahagiaan rumahtangga terletak pada akhlak dan budi pekerti isteri.Biarpun seorang isteri itu tidak cantik tapi jika cukup sempurna layanannya terhadap suami dan berakhlak pula, tentu ia akan menjadi penghibur dalam rumahtangga.Oleh itu wahai isteri, hendaklah berlumba-lumba untuk menjadi seorang isteri yang solehah, yang bertakwa, berakhlak mulia dan taat kepada suami.Rasulullah bersabda, yang bermaksud: "Sungguh-sungguh memintakan ampun untuk seorang isteri yang berbakti kepada suaminya, iaitu burung-burung diudara, ikan-ikan di air dan malaikat di langit selama dia sentiasa dalam kerelaan suaminya."Jika seorang isteri mengharap cintanya berbalas, maka banyakkan mencari keredhaan Allah melalui keredhaan suami.

kau merubah segalanya...


tanggal 4 Mac 2006 detik tidak kan ku lupa. kehadiran my much awaited princess is quite a shock actually as she was not due for another 20days. that saturday morning i went to see doktor at nearby hospital just to register and book her as my alternate choice gynae, incase i had any emergency since i frequent my inlaws house alot.

but God has written for my daughter to arrive earlier. at 1.29pm i delivered a healthy baby girl, weigh only 2.19kg..looking all fragile and very small.. and soo sweet and calm. she cried out loud though, i've been told!
the first thing yang aku sibuk masa tu, nak kira jari tangan dan kaki dia! but they took her away, until few hours after that only she came to my bedside.. soundly sleeping. wahhh.. so this is the little thing yang dok dalam perut aku selama ini. cant take my eyes off her. cant wait to cuddle her. looking at her, i know, from today my life will never be the same again..

cepatnya masa berlalu

pejamcelik its already august 2006..
literally, i've been living for more than 20 years.. hmm such a long period. kalau tanam pokok durian dah berpuloh kali berbuah kan.. agaknya dah tua dah pon.. kalau pokok getah pastinya sduah diganti pokok baru..dah tah bergetah lagi kata org.
tapi aku manusia, bukan pokok. . usia begini masih belia lagi apa! pada aku muda ke tua ke bezanya hanya pada angka, kalau hidup lama tp tak mencapai apa2 pun apa guna?? kalau begitu biarlah cuma singgah sekejap tapi mampu mengubah dunia. itu yang aku mau.

but again..siapa aku nak mengubah dunia... george bush sah2 tak pernah dengar pun nama aku! alangkan PakLah sendiri pun tak pernah jumpa. takpe..aku tak kisahh... kalau tak mampu mengubah dunia, ubah saja diri sendiri.. bukan mengubah kejadian tuhan, tapi ubah dari yang tak seberapa menjadi sesuatu yang hampir sempurna. kan lebih baik begitu.

err no, my besday is not in august ya!!

Peh..My own blog..at last!

so, this is my first blog entry. have been trying to write for some time, alhamdulillah hari ni sampai jugak hajat. nothing much, just looking for a place where i can share my thoughts with those who care to share.