Pages

Friday, January 16, 2015

Coffea oo Coffee

Salam Jumaat!

Hari penuh Barakah, mungkin aku yg cukup berkat, pagi2 dah mcm2 hal
stress kiri kanan.
time mcm ni mmg teringat kopi..

mm.. kopi peanut butter yg berkrim dah lama tak rasa ni


Tahun Satu

Aliya masuk sekolah betul tahun ni. darjah satu dah anak aku. Along Aisyah dah darjah 3. mak dia je dok perasan muda lagi.

tahun ni sebab 1st monday adalah 5hb. orientasi tahun satu dibuat agak lewat, 2hb Jan.
unlike tahun2 lepas biasanya sekolah buat hujung2 December tu.
jadinya untuk standby orientasi + daftar first day, mak nye terpaksa lah cuti lebih sikit.
memula dah amik 3 hari. alhamdulillah sebab new year hari khamis, makanya tereasa lama la jugak bila cuti sederet dari 1hb sampai 6hb tu..perghh..
sekali, siapa sangka dengan bencana banjir tahun lepas, kementerian suruh semua sekolah start 12hb pulak.. dan sebab sekolah agama kelolaan jabatan agama negeri takde pulak ckp nk tunda ke apa, aku pun tak de la nk kensel cuti 5hb tu. kebetulan juga mak ayah nk pi umrah 6hb tu boleh la terus saing hantar diorg kat airport.
tapi, sudahnya Allah jua yang merancang. sekolah agama pun tunda ke 12 hb. same goes to tadika.
apa lagi..merendekk sakan la budak2 tu kat rumah.
12hb tu pun baru stat hantar si kecik Adira and Umar pi tadika. tak hantar karang tadika potong nama pulak.

hari orientasi Aliya
rilek je buat mcm rumah sendiri sebab dah biasa kluar masuk sekolah kakak.

tahun ni Tahun 1 sesi petang pulak. Alhamdulillah sama dgn Along. senang sikit boleh Along tgk2 adik kat kantin, tunggu adik naik van balik sekolah karang.

Kitorang belikan Aliya beg sekolah biasa2 je, sengaja pilih kaler hijo froleseng tu. senang nak cam. pengalaman dari zama Aisyah dulu memang bersepah beg sekolah pink untuk gegirl. dah la seropa je budak2 sekolah ni dari jauh, susah nk spot. binau mata nk cari anak memasing.

tahun ni misi mencari beg sekolah mmg mencabar. dah le bapak mahaiiii beg sekolah anak2 zaman sekarang..koman2 40-50 hengget. yg elok mmg kurang2 79.99 sampai ratus2. ada sekali belek2 beg yg support pinggang apa kenamanye tu.. Ergo? eh tu carrier bb haha
sekali tgk price tag 300 beb!! terus calo kluar kedai
mak ko pun pakai beg freee je tau

last2 jumpa yg memenuhi kriteria kat kedai market besar tu, tgk material buleh tahan mcm kalis air so insyaallah time hujan ada gak harapan, padding pun tebal gak, saiz pun ngam.. kaler pun terang benderang. rega? mmg termurah hahaha tak sampai 30 pun. boleh beli tiga terus.
takde katun2 mmg muncung la kejap budak2 tu tp lepas tu blanja keychain sorang satu hepi la diorang.

tadaa..

beg sekolah agama lagi sempoi
Pasaraya Sakan mari..
tu pun kemain eh sekarang ni.. seblum cuti sekolah rasanya mcm seploh hingget jah, sekali nk buka sekolah dah belas2 ada yg puloh2..pehhh..

tahun ni tak byk amik gambar pun sebab malasnk bersesak dgn first-time parents. biar lah kasi can diorang pulak melayan perasaan hahaha. Si Liya ni pulak mmg jenis selamba bulldoze segala so mmg konfiden sikit nk tinggalkan dia. kejap je dah ada geng.
masa kat sekolah agama, kitorang tunggu depan pintu kelas masa student nk kluar rehat, tgk2 dah takde org dlm kelas, bila masa budak ni kluar???? arghhh dah le sesak dgn parent dgn budak nk pegi kentin.. tgk2 nmpk dia dok beratur nk beli food dah..ceh.. elok sampai kat kaunter tgk dah takde pulak... cari punya cari jumpa dia sedap2 tgh makan nugget. yg si Along ni kemain la cari adik nk 'ajar 'gi kentin padahal dia dah advance dulu dah..

Second day, kitorang suruh balik naik van. mak pak sekodeng dari jauh. ok, dah kenal makcik van, takde tolak2 ok la tu Pass!


like i said dulu, bila anak habis tadika dan masuk sekolah rendah ingat boleh la jimat duit yuran tadika diorang sebab yurang sekolah ditanggung oleh kerajaan.. tapi sebenarnya ada peningkatan kos tersembunyi di situ.. yuran tadika baru rm200, tp duit van dah 100 pagi petang, duit poket pagi ptg semgu je dah kurang2 rm30, blom campur tolak duit blanja buku tulis pensel kaler pemadam stokin kotak pensen yg sebulan tah berapa kali nk kena refill..
haa blom kira buku latihan, buku cerita la apa la..

takpe la semua tu untuk hgpa blajaq, mummy bukan nk berkira tapi mummy nk ajar anak2 menghargai nilai. Nilai barang, nilai duit, nilai diri..
untuk apa beli brg yg tak perlu just for the sake of 'having', pakai barang branded2 mahal2 walau mampu sekalipun.. lebih baik ringgit yg ada kita salurkan ke tempat lain yg lebih perlu. tak perlu ikut fesyen, ikut kawan tp ukur baju di badan sendiri, ikut guideline 'ukuran' Rasulullah dan keluarga Baginda then we'l realised betapa jauhnya kita...

jom patah balik!

Wednesday, January 07, 2015

bye 2014!

its new year 2015, finally.
last year was quite challenging. but i thin every year has its own challenge.

baru nk update hahaha

before year end, tadika aliya ada buat ihtifal.. ye ke camtu bunyinye hahah aku bukan reti sgt main bedal je. yg aku tau dulu2 zaman aku sekolah kitorang sebut hari penyampaian hadiah je.
dalam tak ramai org tu, meriah juga acara sebab sebenarnya tadika tu ada byk cawangan, jadi time gini diorg combine la semua. kalau harap tadika aliya tu mmg 5 org tu je la naik pentas.


Si umar pun sama terlibat.. actually si Adyra pun berlatih kemain, tapi hari tu nampak je teacher dia yg pakai niqab tu terus tanak turun dari dukung. takut.


dengan kawan sepergaduhan dia 

tahun ni dah darjah satu.
another new challenge for all of us!!