Pages

Thursday, June 28, 2012

Top What?!!

At one glance
Aku baca 'topping mozarella cheese' as topless

Clear case of sugar depletion

Sent from my BlackBerry® wireless device.

Wednesday, June 27, 2012

McDonald dapat adik baru

yay.. bukan artis je yg dpt baby  baru, McDonel pun dah ada baby baru.. tapi baby tua baru bawa masuk malaysia la hehe. dun worry ini ada lesen punya.

bagi penggemar kopi tapi taknak bayar mahal2 untuk segelas kopi yang sedap
sila menuju ke McCafe sekarang jugak!
mmg kopi dia sedap penuh berkrim.. dgn buih2 yg haluuuuusssss jek..


damn we miss the free cawan. budak kaunter kata pukul 8.30am dah abis...



*just some of the google picture. akak bizi mentekedarah dah tinggai piring baru ingat nk amik gambar haha


to me, the taste is just nice. not so strong, not too softy
and..
the desert are smashing pumphking tooo!
tapinya rega se slice kek keju sama mcm kedai kopi kelas atasan - RM9.90
double choc muffin is in generous portion (and potion too) for RM.5.50.. dgn cekelat yg mencair di dalam..
wahh..sgt teruja
harap-harap rasa sebegini akan kekal sampai bila2, bukannya awal2 ni aje

oh minta maap kepada yg duduk jauh2 sebab buat masa la ni McCafe hanya ada di Kota Damansara sahaja,
sekian harap maklum

All news are good news

Kemarin saya dikejutkan dgn satu berita yg sangat mengujakan. Walaupun saya sedikit merasa tertipu bagai ditikam dari belakang, tapi saya redha dgn ketentuan ini kerana saya yakin semua yg berlaku ada hikmah disebaliknya.
Selepas hampir 2 bulan, PA bos saya yg menjaga mesin penimbang ofis baru saja memaklumkan bahawa penimbang tersebut dalam diam2 rupanya telah menipu kami semua kerana bacaannya terlebih 400g. Nmpak sikit, tetapi time bacaan berat saya menunjukkan 54.2kgn berat sebenar saya adalah 53.8!! Apabila kita abaikan perpuluhan dibelakang bukankah 1kg itu adalah satu penurunan yg amat dinantikan?!!!

Sent from my BlackBerry® wireless device.

Tuesday, June 26, 2012

Kubik kiub

Kengkunun nak train anak masuk MENSA makanya bila akak jumpa rubik cube berherge singgit kat GM, terus angkat 3 biji masuk bakul. Yg ni bukan takat kena susun sama kaler, siap kena ikut turutan nombor/abc lagi tuh!
Tingat dulu2 masa kecik mmg leka la main menda tu. Tapi seingat aku SEKALI ja dpt completekan semua kaler. Mostly mmg akan tinggai satu kotak sesat kat ujung2. Tapi aku baik lurus bendul mana nak fikir nak main kotor mcm abg ajies - dia siap kopek pastu tepek balik!! Tera la sgt kan !! :-p
Masuk kereta, abg ajies pusing2 nk scramble kan kiub tu pastu bg aisyah.
Tak sampai seminit
'nah abak! Dah siap!'

wahhhh!
Aku pandang abg ajies, dia pun pandang aku. Boleh tahan budak ni eh?
Abg ajies amik balik, pusing pusing pusing
'Haa buat lagi sekali'

Lepas 5 minit

'Abakkk ni!!!
Ni abak punya pasallaaaaaa nih!!!! huwaaaaaa!!'

Hahaha Mengamuk Aisyah sebab takleh buat balik
Balik rumah dpt kat abng Umar terus hancur. Dia sibuk nak buka pasang menda alah tuh.
Mmg penyakit keturunan ni ...


Sent from my BlackBerry® wireless device.

home school?

mmg kadang kadang akan timbul rasa nak duduk rumah tengok anak2 besar depan mata
kadang2 ada rasa macam tak berapa konfiden dgn sistem persekolahan sekarang. bukan semua la.
cuma mcm..err tah la. sebenarnya si emak ni yg dok konfius dgn dunia..
ye la, kdg2 fikir apa sebenarnya yg kita  nak anak2 kita besar jadi apa?
jadi "orang"?
org yg macam mana?
penting kah sekeping sijil itu?
adakah 'ilmu' itu hanya dapat di nilai dari gred, sijil, baju jubah dan topi graduasi?

i stumbled upon this site.. and to those yg nak tau pasai homeschool boleh la jenguk2.
saya masih melihat ni so tak leh nak komen lagi. :-)

tapi anak2 ku,
disebabkan ibu kamu ini masih tak mampu nak sediakan platform yg lain selain sekolah kerajaan,
maka jom la kita hehe

SHIT paradigm

from the paradigm of Jasmiza aka Jasmism,  -> SHIT happens.

and when it did :

3 steps to MANAGE SHIT:


1. accept the fact tht shit happens naturally in life; dont be too suprise

2. recognize tht SHIT is a byproduct from the main, expect it whenever u have a good cause

3. dont ignore shit, it will become toxic, dont dump toxic mindlessly, it will come back in different form and hunt u

intervention: istigfar, bcos shit comes from ur weaknesses,ask for forgiveness

taubat, clean your thought and realign your behaviour

take action, thts when different result happens.. (also some more shit tht come along with the cycle)

good luck people!

Saturday, June 23, 2012

Peel baru

Abg Cik Umar skrg ni pantang kena tegur, kena marah sikit mula la nak cebek

Sometimes kitorang saje je 'marah' dia sebab suka tgk munchongg dia tu haha

Sent from my BlackBerry® wireless device.

Ciki ciki bumm

Alolooo syiokne tidooo..
Sampai ternganga
Penat 'bersembang' tadi tuh
Tgk la pipi + tgn saya dah berisi!

Sent from my BlackBerry® wireless device.

Friday, June 22, 2012

Mc donel anyone?

Mummyy!! Nak pegi Bek Donel!!

Ish Liya ni.. Org sebut MEK Donel la.. Bukan BeKdonel! Aper laa

Biar la along..
Liya ckp bahse Inggerishhh la.. (Dgn muka eksyen tak boleh blah)
..

Err btw sabtu ni bekdonel kasi kopi free kan? Sempena pelancaran the new Mc Cafe

Sent from my BlackBerry® wireless device.

Tuesday, June 19, 2012

Thursday, June 14, 2012

klasik bebeh!


versyen aliya :
'acikk nacenellll.....!'
acikk nacenellll...'

then suddenly

mak tok... maktok penah makan tak?
makan ape?
nacik necenel tu lah.. Liya tak penah makan pon?

dey tanggechi.. bukan nasi la..
klasik!
dengar betul2... k l a a a s i i i k k k....!

Wednesday, June 13, 2012

eiiiii Kawanku Hantu!!

lepas makan roti dah tgk ayaq pancut di klcc, kita laya movie lah pulak


itu diaa..!
first time oder citer cina dari astro first nih. atas alasan untuk mendidik dan memberi contoh kepada anak2 bahawa selain 'org Islam' di dunia ini juga wujud orang-orang berikut - orang Melayu, orang Malaysia, dan orang cina juga boleh berbahasa melayu.

citer ni dah kluar wayang, tapi versyen bahasa cina kot.
tapi yg di astro first ni dah dialihsora kepada bahasa melayu.. guna sora Zizan Sh. Shira dan abg Harun Salim Bachik

dan..
mereka mereka itu macam biasa suka suki buat dialog sendiri yang memang meraban tersasar gila dari landasan asal. tu yg buat lawak sgt tu.

semlm terus kensel sesi sit up sebab dah bergulung perut aku gelak.
ok lah for RM15..

org kata sebenarnya kalau bahasa asal dia tak de la lawak sgt pon. aku setuju.. kerana jalan cerita mmg tiada yg melangkaui tahap pemikir pilem malaysia ni sgt pun.

Monday, June 11, 2012

Org apa?

Ok anak2

Mula mula kita sapukan butter pada roti ya
Pastu kita sapU kan pula apa ni? K A Y A..
Ye kita makan kaya supaya kita jadi oraangg...?

ISLAM!!!

Errr actually mummy nak kata jadi org kaya
Tapi takpe la anak2.. Kita jadi org Islam yg kaya buleh?

Sent from my BlackBerry® wireless device.

Tu Diaaaa sudah mari!

jeng jeng jenggg..


akhirnya usaha menjejaki nasi kandaq idaman membuahkan hasil
walaupun melilau dan beberapa kali tersasar, berbekalkan gugel map kami sampai jua berkat kegigihan abang ajies dan adinda ku Incik Madi itu.
lokasi sebenar tempat  kejadian adalah di area fud kot Tiara ampang, Tmn Dagang (yg clubhouse dia tu.) makan tepi swimming fuul youu.. kelesss
dan disebabkan keless itu juga lah kami perlu membayar RM32 utk air sahaja, utk tujuh gelas air, air paling tera di order  pun hanyalah teh o ais laici. diingatkan tiada air kosong ye, hanya air minerel dan kitorang malas nak tanya berapa sebotol. malas.

sooo.....
the verdict:
1. pegang je nasi dah rasa 'lain' - tekstur nasi agak lembut, macam nasi butter gitu. tapi rasa-wise ok lah
buat melepas gian di kala tak mampu pulang ke pangkal jalan boleh lah menuju ke Taman Dagang ni aje

2. daging masak itam worrait.

3. sotong dia lain skit, mungkin sebab dia guna sotong spesis lain. tapi sedap la jugak.

secara keseluruhan, sedap la kalau ikut std key el
tetapi kalau dtg dgn harapan rasa akan setaraf sebiijik sejibun dgn yg asal, sila tabahkan hati. mmg tak boleh lawan yg original one le hehe. sama la mcam makan nasi dagang atau nasi kerabu ayam percik Yati di KL.

lagi satu, we all confues sebab rasanya yg aloq setaq punya nama dia nasi lemak 'ROYALE' hijau kuning, yg ni nasi lemak royal kedah.
tatau la depa ni sepupu sepapat ke apa.

semlm ramai gak, kena beratur panjang nk amik nasi. nasib kitorang terawal 2 minit.

3. rega: sepinggan nasi+daging+sotong = RM7+

tapi tatau mcmana dia kira, total cost semlm utk 6 pinggan (ada yg amik daging saja, ada yg amik daging+sotong + nasi kosong sepinggan) hanya RM30+!! rega ayaq lagi mahai.

waktu beroperasi : 3pm - 3am
akak tak tangkap gambaq sebab sambil sebelah tgn dukung Adira, sambil sebok mengejar budak 3 orang dok kat tepi kolam. mmg bahaya gak la kalau bawa budak2 yg tak buleh tahan tgk air, kena duduk jauh2 sikit la. penangkap gambar upahan pulak sibuk pulun kayuh sampai tak pandang kiri kanan dah hehe..
untuk imej2  nasi dan lauk pauk yg menggiurkan air liur buleh gugel sendiri lah ye. dijamin gambar mereka lebih up.
p/s kalau tak mau makan nasi, kat belah depan turut baru dibuka adalah warung mee udang makjah.

Sunday, June 10, 2012

Jiran kotaraya

Aku terdengar jiran kat rumah belakang batuk teruk dan mcm muntah2. Baru nak capai hp nak updet status..then it striked me hard -oh em gee!!! apa ke heyyyy!!
Like he is on my frenlist pon. Patutnya aku pi rumah dia tanya kabar. Ni mcm kes org nmpk org lain jatuh longkang or worse kena ragut dpn mata. Bukannya nk p tolong tp sibuk tweeting and updet status!!

Mungkin Tatacara Hidup berjiran di bandar ni perlu diberi definisi baru. Memandangkan pandangan dan tanggapan kita pada org sekeliling yg semakin sinikal + semakin hilang kepercayaan sesama sendiri + kekangan masa utk bermasyarakat, cara kita berjiran dah tak sama dgn cara mak ayah kita. Kurang2 Org lelaki boleh gak spend time geder2 dgn jiran sejemaah dan sekedai mamak. Tp kami org pompuan kaum yg lemah ni mmg sgt terhad peluangnya. Balik kerja dah nk megarib, wiken lak nak setel itu ini. takkan nak p melapuk bertandang rumah org mlm2. Rumahtangga sendiri pun tungganglanggang nak p sibuk2 tanya kabar jiran. Tau je la org pompuan ni bukan reti sembang 2 3 patah..kena ada mukadimah, bunga2 dulu..
Owh dah senyap je jiran tu. Dah sihat dah kot. Minta maaf tak dpt p, ku kirim doa ku di angin lalu je lah ye..

Sent from my BlackBerry® wireless device.

Friday, June 08, 2012

perkongsian maklumat

aah.. seorang kawan baru buka cerita pasal makan nasi dgn ikan rebus goreng
lepas tu ada seorang kawan dia pula bagitau ikan rebus boleh dibuat masak lemak dgn belimbing buloh!
alahaii.. semacam bes sahaja.
selama ini saya cuma pernah merasa gulai lemak belimbing buloh+udang. itu sememangnya sgt top.
ini resepi baru yang boleh dicuba.
lupa pula nak tanya kena letak serai ke tak?

Thursday, June 07, 2012

Ahah!!

www.whocallsme.com
I came across this site when googling for something.
Its kind of database for ALL those unwanted telemarketers, charities, debt collector whatsoever yg dok call harassing us. So if u ever get any of those unwanted call boleh report kat sini for everyone to see it.
Boleh juga search those no to see if org lain juga penah kena dgn those eff numbers! Most likely, you r not the only one.
And today juga aku baru tau ada scam dari nomot2 ni yg akan call you bgtau uolls ada utang sekian2 byk dgn sekian2 bank (most likely OCBC) dan ugut nak kena bankrap bagai..and dia akan negotiate certain amount utk 'release' u from bankrapsi tu kononnya..whic the money to be bank-in in some acc..
Yg herannya depa ni ada semua detail kita siap ic alamat semua..
So be careful ya uollss..

Err I haven't tried other personal no so I dunno if kita boleh check those no yg 'mysteriously harassing' our spouse ;-p

Sent from my BlackBerry® wireless device.

Monday, June 04, 2012

Durian time again!

Anak dara sorang ni mmg suka durian.
Sanggup turun padang redah nyamuk bagai nak kutip durian!
Dapat la 2 3 biji durian sulung. Aliya pulun dia sorang dekat sebiji.
dlm 2 3 minggu lagi durian bakal runtuh rasanya.. harap2 ada kesempatan boleh balik kg lagi insyaallah

Sent from my BlackBerry® wireless device.

idola

sebenarnya kan aku dah lama syak mereka di bawah ini adalah idola abang ajies :


1. contoh bapa yg 'cool' la sgt!



dan yg tak boleh blah..
.
.
.
.

contoh suami paling 'misali'

yup.. the real (jerk) man. perhaps.

dah arwah dah kan di frank ni?